SEORANG peguam ultra kiasu, bernamakan orang putih, bermata sepet, tidak semena-mena mengkritik Jakim kerana dikatakan mempromosikan ekstremisme menerusi penyampaian khutbah, setiap kali ketika umat Islam di negara ini menunaikan solat Jumaat.

Malangnya ada juga ultra kiasu Islam yang menyokong peguam ultra kiasu ini.
Berapa kalikah dia mengikuti atau mendengar khutbah? Tanyalah sesiapapun, terutama orang Pas dan PKR. Mereka akan kata teks khutbah yang disediakan oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Negeri, tidak ummpphh, pro kerajaan atau mengampu, berbanding khutbah mereka yang lebih ‘berkualiti’.

Kenapa tiba-tiba si sepet ultra kiasu ini boleh mengatakan Jakim promosikan ekstremisme? Berapa dalam pengetahuannya terhadap agama Islam? Pernahkah dia mendengar khutbah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Ternyata, ultra kiasu ini dan kuncu-kuncunya semakin berani mencampuri urusan agama Islam. Sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka. Pernah saya mencadangkan supaya kita menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad. Tetapi dikritik ultra kiasu habis-habisan.

Sahabat saya beragama Kristian, selalu melaporkan ada sebuah gereja  mempromosikan kebencian, kerap kali menjemput paderi dari Singapura. Khutbahnya bukan sahaja ekstrem, tetapi amat jelas mencabar kedaulatan negara ini. Sejarah negara diputar-belitkan.

Jika ultra kiasu lain di negara ini jenis yang ikhlas, jujur dan tidak licik, sudah tentu ada kalangan mereka yang mengutuk tindakan si sepet putih itu. Ini tidak, kebanyakannya menyokong secara terbuka.

Lihat sahaja komen-komen mereka dalam laman web ultra kiasu. Kerajaan dan Jakim dikutuk habis-habisan, dengan pelbagai kata kesat dan penghinaan.

Bandingkan jika saya yang melakukan ‘kesalahan’ yang sama, saya fikir dalam laman web atau akhbar ultra kiasu, sudah tentu tidak ada cerita lain lagi.

Misalnya, penipuan berita mengatakan saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, bila saya dilarang masuk.

Sedangkan saya tidak ke sana pun.

Pendek kata, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat ultra kiasunya, termasuk melakukan penipuan.

Tahukah ultra kiasu bagaimana prosedur khutbah dibuat? Ada jawatankuasa panel penulis dan penilai. Khutbah tidak dibuat dengan sesuka hati. Antara tajuk-tajuk khutbah
Jakim sepanjang dua bulan lalu adalah, menjana masyarakat prihatin, Rasulullah teras perpaduan ummah, fitrah insani, mencegah rasuah, memperkasa zakat, kasih Ilahi, agenda memperkasa ummah, membina jati diri Muslim, cabaran membentuk keluarga milenium dan sebagainya. Ekstremkah tajuk-tajuk ini?

Apakah nilaian ekstrem pada kaca mata ultra kiasu? Saya cadang ultra kiasu pergi mendengar khutbah di negeri PR. Bagaimana saban minggu tema tidak lain, iaitu kewajipan melaksanakan hukum ALLAH untuk mengatasi semua masalah iaitu hudud. Khatibnya semua orang Pas.

Peliknya, PKR yang mendengar, menolak hudud.

Saya amat tertarik dengan respons seorang sarjana Muslim di German, apabila Islam dikaitkan dengan keganasan. Katanya, siapa yang mulakan Perang Dunia I dan II? Siapa yang bunuh 20 juta Orang Asli di Australia? Siapakah yang mengebom Hisroshima dan Nagasaki hingga menjadi padang jarak padang tekukur?

Siapakah yang membunuh lebih 100 juta orang India di Amerika Utara? Siapakah yang membunuh 50 juta orang Red Indian di Amerika Selatan? Siapakah menghambakan kira-kira 180 juta orang Afrika.

Kemudian 88% daripada mereka yang meninggal dunia, telah dibuang ke dalam lautan Atlantik? Adakah semua ini perbuatan umat Islam?

TIDAK!

Semua ini kerja orang bukan Islam. Justeru, siapakah sebenar yang ekstrem dan pengganas? Justeru, sebelum menuduh umat Islam, berikan maksud sebenar ekstrem atau pengganas?

Bila bukan Islam melakukan kejahatan, dikatakan jenayah. Bila orang Islam melakukan perkara yang sama dikatakan pengganas. Kenapa Islam sentiasa dijadikan sasaran?

Jika kerajaan pimpinan orang Islam hari ini ekstrem, sudah lama si sepet dan kuncu ultra kiasunya tidak akan dapat mencari makan di sini. Mereka tidak akan menjadi kaya-raya. Pernahkah kerajaan ambil sebahagian daripada kekayaan itu sebagaimana yang komunis lakukan?

Sama juga, jika Jakim mempromosi ekstremisme, sudah tentu orang bukan Islam tidur tak lena. Mereka akan dipulaukan dan sebagainya. Tetapi, keadaan berlaku sebalik. Bukan Islam tinggal di kawasan majoriti Melayu hidup dengan aman, tidurnya lena, lebih lena dari umat Islam sendiri.

Sebenarnya, toleransi dan kerjasama umat Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya. Maka hargailah, sebelum mereka hilang sabar.

* Penulis ialah pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA