APA lagi keesentrikan Illya Khrzhanovsky ketika mengarah filem Dau sejak 2006 sehingga peringkat suntingan sekarang? Filem ini masih belum siap.

Minggu lalu aku menceritakan tentang ‘kegilaan’ melampau Khrzhanovsky membina penuh ketelitian mis-scene-en atau suasana penggambaran babak-babak yang diwujudkan dalam set yang dipanggil The Institute atau Institut.

Sehinggakan bunyi air dipam di tandas dalam set tersebut pun diusahakan supaya mengeluarkan bunyi seperti bunyi air tandas yang dipam pada 1950-an.

Satu kerja ‘gila’ yang dikenali sebagai eccentricity – kegilaan esentrik, aneh dan tidak konvensional lewat kapasitinya sebagai seorang pengarah filem. Filem Dau arahan Khrzhanovsky ini telah memakan masa penggambaran dari 2008 sehingga 2011. Sekarang masih di peringkat suntingan.

Kenapa dan apa yang membolehkan pengarah muda Rusia baharu menjangkau 40 tahun ini berperangai demikian? Sebelum kita mencari jawapannya, mari aku bawa pembaca mengikuti kegilaan kesenimanannya yang lain dilakukan oleh Khrzhanovsky dalam set penggambarannya lewat artikel tulisan Michael Idov ketika membuat liputan set Institut di bandar perindustrian Kharkiv di timur laut Ukraine pada 2011.

Set filem Dau, dicipta dan dibina untuk kelihatan Rusia seperti tahun 1950-an selaras dengan naratif filem ini yang mengisahkan kehidupan pakar fizik, Lev Landau pemenang Nobel Prize, 1962 dalam bidang fizik.   

Menurut Idov, di dalam set Institut ini, Khrzhanovsky menetapkan semua pelakon, kakitangan dan pelawat diwajibkan berpakaian era Stalin dan berkelakuan seperti ketika rejim totalitarian Soviet 50 dan 60-an.

Matlamatnya, adalah untuk mewujudkan satu ruang di mana Khrzhanovsky “boleh mencungkil emosi diperlukan daripada pelakon dalam keadaan terkawal, dua puluh empat jam sehari.”

Tetapi Idov menyatakan set besar itu lebih merupakan ruang atau gelanggang Khrzhanovsky memuaskan nafsu dan keangkuhan ego besarnya di sebalik  bertujuan merakam lakonan yang benar-benar autentik kononnya.

Berbekalkan dengan bajet lumayan dan kawalan kreatif yang seratus peratus di tangannya, Khrzhanovsky seperti ‘menyerang’ bandar Kharkhiv, Ukraine, dengan jumlah ribuan tenaga kerja dan pelakon.

Beliau membina sebuah masyarakat totalitarian di mana kamera sentiasa merakam aksi pelakon-pelakon yang tidak pernah dibenarkan meninggalkan set untuk pulang ke rumah masing-masing selagi penggambaran belum selesai.

Menurut Idov lagi, sebahagian besar pelakon-pelakon ini tidak berlakon sebenarnya. Bermula dengan membawa watak-watak diberikan dan akhirnya menjadi pekerjaan dan rutin hidup sebenar mereka sekarang.

Pameran watak-watak seperti penjaga bangunan, tukang gunting rambut dan lain-lain akhirnya mereka bekerja dan juga tinggal di set tersebut tanpa mengira ada penggambaran atau tidak!

Khrzhanovsky melakukan penggambaran tanpa disedari oleh mereka yang berada dalam set tersebut. Dengan menyembunyikan kamera dan mikrofon membolehkan Khrzhanovsky merakam apa yang dimahunya dari hampir mana-mana sahaja melalui tingkap, jendela langit dan cermin dua hala.

Idov menulis – Di set penggambaran tidak ada dan kelihatan  peralatan filem tradisional. Sebaliknya, terdapat kamera tersembunyi di mana-mana. Anda boleh membuat penggambaran melalui lubang di dinding.

Anda boleh membuat penggambaran melalui lubang pada siling. Terdapat mikrofon tersembunyi dalam lampu seperti anda benar-benar berada dalam era Stalin, Rusia. Fungsi mereka adalah untuk mewujudkan masyarakat totalitarian yang sentiasa di bawah pengawasan pihak pemerintah.

Siapakah pelakon-pelakon yang sanggup 'didera’ semata-mata ingin berlakon dan melayan keesentrikan pengarah ‘gila’ ini? Dari mana datangnya, pelakon-pelakon yang sanggup berlakon dalam keadaan bekerja pelik dan di luar kebiasaan proses berlakon untuk sesebuah filem ini?

Panina, salah seorang pelakon ekstra yang ditemu bual oleh Idov menyatakan, walaupun keadaan di set penggambaran yang ‘gila’ tetapi semua yang terlibat dalam suasana baik umumnya. Hubungan Khrzhanovsky dan pelakon-pelakon dengan warga tempatan adalah baik.

Sejak 2008, ramai daripada tenaga produksi dan pelakon yang menganggap apa yang diwujudkan oleh Khrzhanovsky di bandar Kharkhov bukan projek sementara atau ‘main-main’. Kebanyakan daripada mereka merupakan lepasan dan graduan baharu keluar daripada sekolah filem. Ada yang meninggalkan kerja tetap dan sanggup membawa keluarga mereka terlibat dan bekerja di set penggambaran filem Dau ini.

Ada juga seperti Anton, petugas mengendalikan pengkalan data pelakon ekstra telah bersama projek ini sejak dimulakan pada 2008, sehingga bertemu jodoh dan berkahwin dengan gadis yang ditemuinya di set penggambaran ini.

Isterinya baharu melahirkan anak sulung mereka dua minggu sebelum Idov datang membuat liputan penggambaran dan menemu bual Khrzhanovsky di set filem Dau ini.

Ada di antara mereka hanya mampu bertahan cuma satu hari dan ada sehingga sebulan. Ada yang kata mereka gembira bekerja dengan Khrzhanovsky dan mahu bekerja lagi dengan beliau jika diberi peluang  sekali lagi.

Ada juga bekas kru menulis dalam blognya - “It’s almost slavery, something akin to PTSD.But Ilya managed to make everyone think they were part of something truly great.” Terjemahannya – “Keadaan hampir serupa perhambaan dan berkaitan dengan PTSD. Tetapi Ilya berjaya membuat semua yang terlibat berfikir mereka adalah sebahagian daripada projek  yang betul-betul agung.”

Untuk makluman, PTSD ialah Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) – gangguan tekanan selepas trauma. Ini berlaku selepas seseorang terdedah kepada satu atau lebih peristiwa traumatik, seperti tekanan utama, serangan seksual, peperangan, atau ancaman lain pada kehidupannya.

Berbalik kepada filem Dau, menurut syarikat produksinya, Phenomen Films, kerja-kerja suntingan dan pos produksi sedang dilakukan di London. Ia melibatkan sejumlah penyunting filem berpengalaman British bertanggungjawab menyiapkan apa yang kini  dianggap “Dau projek.”

Proses pos produksi ini bermula sejak 2014 dengan harapan filem ini dapat ditayangkan pada Mei, 2015 di Cannes Film Festival. Tetapi gagal disiapkan untuk tayangan. Nampak gayanya, seluruh komuniti filem dunia terpaksa menunggu lagi sehingga tahun hadapan untuk menonton Dau.

Walaupun sepanjang produksi filem Dau ini berlaku beberapa kali kekeringan bajet dan ada pelabur menarik diri tetapi setiap kali ini berlaku Khrzhanovsky berjaya memujuk dan sweettalk pelabur lain dari Rusia, Ukraine, Perancis, Jerman, dan Switzerland untuk melabur.

Menariknya, pelabur-pelabur ini menambah lebih banyak jumlah dana walaupun masalah bajet ini timbul disebabkan perangai esentrik dan kegilaan kesenimanan Khrzhanovsky sendiri. Mengapa Khrzhanovsky masih mampu mendapat sokongan pelabur walaupun banyak kontroversi gila dan tidak siuman ditimbulkannya?

Filem Dau ini mengisahkan Lev Davidovich Landau, seorang tokoh fizik Pemenang Nobel Prize, 1962. Lakon layar ditulis oleh Vladimir Sorokin berdasarkan buku tulisan Kora T Drobaneza dan diarahkan oleh Illya Andreevich Khrzhanovsky.

Kata kuncinya di sini ialah Yahudi. Mereka dan pastinya para pelabur pun daripada serumpun bangsa. Fikir-fikirkanlah sendiri. Jawapan peribadi aku terletak kepada kata kunci – Yahudi.