Benarkah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 memberi gambaran wujudnya trend undian bersifat perkauman, khususnya di kalangan pengundi Cina hingga menimbulkan kebimbangan apakah negara ini akan terjerumus ke kancah hubungan perkauman yang merunsingkan hingga boleh jejas keharmonian kaum yang begitu lama dipupuk dan dibangunkan?.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengucapkan terima kasih kepada pengundi sebaik sahaja pengumuman dibuat, berkata, BN sudah berjaya menubuhkan kembali kerajaan awal pagi Isnin juga meluahkan kebimbangannya terhadap ‘tsunami Cina’ itu yang menolak BN secara total dengan memberi sokongan menyeluruh merekakepada DAP.

Ini membolehkan parti perkauman itu berjaya meraih sehingga 38 kerusi di kawasan bandar yang ada majoriti pengundi Cina hingga melonjak menjadi partidominan dalam Pakatan Rakyat.

Pengundi Melayu yang lama diketahui tidak perhitungkan sangat pendirian keMelayuan menolak kedua-dua calon yang lantang perjuangkan hak Melayu seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin, menunjukkan kembali kematangan mereka tidak mahu menerima perjuanganbercorak perkauman.

Maka itu kerajaan dan rakyat keseluruhannya terutama orang Cina perlu lebih bermuhasabah terhadap corak pendirian dan pemikiran mereka supaya tidak berterusan tebal dengan pendirian perkauman yang tidak sihat ini.

Bagi Najib sendiri walau pun kecewa dengan corakpengundian itu berhasrat menanganinya dengan lebihberkesan. Malah kerajaan akan lebih serius untuk memupuk perdamaian antara kaum supaya masyarakat Cinatidak berterusan meminggirkan diri dari arus perdana.

Timbul juga persoalan bagaimana walaupun Najib telah berusaha untuk memenuhi kehendak Cina hingga telah menemui pertubuhan Dong Zong yang berterusan membuat pelbagai tuntutan Cina tetapi Cina tetapmenolak kerajaan.

Maka tidak menghairankan kenapa kerajaan ditekankan tidak lagi memberi pertimbangan luas kepada kaum Cina yang tidak berterima kasih terhadap apa yang diberikan.

Corak kempen berbaur perkauman DAP juga mempengaruhi Cina menolak BN hingga hampir menguburkan dua parti mewakili Cina dalam BN, MCA dan Gerakan keranabertekad mahu menukar pemerintahan yang ada.

Orang Cina dikatakan pragmatik dan diketahui akanmenyokong puak yang mereka fikir akan menang. Dan bagi PRU13 ini mereka termakan dengan laungan ‘Tukar’ dan telah membuat perhitungan PR akan menang sebagaimana banyakdipaparkan di internet.

Hasil dari kempen bertubi yang membawa persepsi masanya sudah tiba untuk menukar kerajaan mereka mempercayainya dan berpaling tadah meninggalkan MCA dan Gerakan untuk memberi undi menyeluruh mereka kepada DAP.

Keputusan itu juga menunjukkan BN khususnya Umno berterusan mendapat sokongan pengundi luar bandar. Apa boleh disimpulkan dari kedudukan demikian?

Apakah ia tidak menunjukkan bahawa rakyat di bandar rata- ratanya tidak menyokong atau kecewa dengan prestasi kerajaan. Apa sebenarnya yang membawa kepada penolakan BN secara menyeluruh itu di kawasan bandar?

Selain dari corak pemilihan perkauman apakah isu yang menyebabkan penolakan demikian itu?

Terdapat dua isu besar yang amat tidak disenangi penduduk bandar, bukan hanya Cina. Ia bersangkutan keselamatan dan rasuah.

Ramai penduduk bandar amat cemas dengan keadaan keselamatan. Orang biasa tidak lagi berasa selamat berada di bandar. Ini adalah kerana seringnya berlaku ragut dan rompakan serta pecah rumah dengan polis dilihat seolah-olah lumpuh untuk mengatasinya.

Kerajaan pula dilihat seolah-olah tidak mahu menerima kebimbangan penghuni bandar dengan berterusan mengeluarkan kenyataan keadaan keselamatan berada di tahap memuaskan. Kononnya perlakuan rompakan dan ragut sudah dapat diatasi walau pun ia berterusan berlaku.

Demikian juga perlakuan rasuah khususnya di kalangan penjawat awam yang diberi kuasa mengeluarkan pelbagai permit dan lesen bagi membolehkan rakyat dan syarikat menjalankan perniagaan dan perusahaan.

Wujud keadaan di mana permit dilambatkan kalau permohonan tidak disertakan dengan imbuhan untuk pegawai. Hal ini dirasai oleh semua yang mahu mendapatkannya tidak kira Melayu atau bukan Melayu.

Mungkin inilah juga sebabnya kenapa semakin ramai golongan profesional Melayu juga tidak menyokong kerajaan kerana mereka lihat kerajaan seolah-olah sudah lumpuh untuk mengatasi perlakuan rasuah yang amat jelik ini.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga tidak dapat memberikan keyakinan ia serius untuk mengatasi masalah itu. Jadi tidak menghairankan kenapa Malaysia sudah pun  diberi jolokan sebagai sebuah negara bergelimang dengan rasuah hingga boleh menyaingi Indonesia dan negeri Thai.

Selagi dua isu ini tidak dapat diatasi selagi itulah BN sukar mendapat sokongan rakyat di bandar.