KETIKA saya berusia 26 tahun (itu adalah 1989 yang lalu, alahai), saya adalah seorang peguam muda yang bergerak cergas dari mahkamah ke mahkamah dan berfikir bahawa terdapat sesuatu yang lebih dalam hidup daripada jam-jam yang mendatangkan wang dan mendraf penyata-penyata tuntuta

Adalah jelas saya tidak bimbang terhadap masa depan negara, jauh sekali untuk merentas negara berkempen di depan ribuan orang seperti bintang Bersatu yang sedang meningkat, Syed Saddiq.

Sudah tentu, zaman telah berubah. Ketika mana orang muda akan menjalani kehidupan lebih baik daripada ibu bapa mereka, kini kepercayaan terhadap peningkatan mobiliti sosial telah berkecai.

Optimisme bukanlah suatu kemewahan yang banyak orang muda mampu memiliki. Pengangguran anak-anak muda adalah tiga kali ganda purata nasional; kebanyakan mereka dibelenggu dengan hutang PTPTN dan bertungkus-lumus menyara hidup.

Bagi memperoleh pekerjaan berpendapatan baik, membeli rumah dan berkeluarga adalah suatu impian yang terlalu jauh bagi banyak daripada mereka.

Syed Saddiq yang lahir dan dibesarkan di Johor adalah seorang yang tampan, petah berhujah dan bersemangat. Dengan menolak untuk dikelirukan, beliau secara konsisten menumpukan perhatiannya kepada jalan awal fikirannya - dengan menggariskan hujah-hujahnya secara bertalu-talu melemparkan dalil-dalilnya, sesuai dengan beliau sebagai pembahas berjaya.

"Isu-isu anak muda tidak ditangani kerana terdapat kekosongan ahli-ahli politik muda. Dalam tahun 1980-an, pergerakan pelajar Malaysia amat cergas - orang seperti Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi muncul pada masa itu. Ia amat berbeza dengan keadaan sekarang.

"Sebab itulah mengapa saya amat percaya dalam soal bercakap sebagai seorang muda. Dan ia seharusnya demikian tidak mengira apa kepercayaan politik seorang itu pegang. Kita perlu lebih ramai orang seperti Shahril Hamdan dalam Umno - pemimpin muda yang mampu untuk mempertahankan pendirian mereka."

Apabila ditanya mengenai rakan-rakan sebayanya, Syed Saddiq mengambil gambaran lebih besar.

"Banyak rakyat Malaysia mahu melihat orang muda memegang kemudi negara ini. Kita mesti naik sebagai satu generasi, mendaki bersama tanpa mengira politik kita."

Anak muda Malaysia dituduh manja, dikritik kerana memiliki "jangkaan yang tidak realistik". Tetapi adakah adil jika janji pembangunan pesat dan satu kehidupan yang penuh peluang hilang begitu saja?

Adalah orang-orang muda yang kini memasuki medan yang akan mengemudi negara. Lim Yi Wei dari DAP berusia 28 tahun, exco Pemuda Umno Shahril Hamdan berusia 32 tahun, Jo-Anna Henley Rampas dari Warisan Sabah yang berusia 29 tahun dan aktivis lantang Sabah Jufazli Shi Ahmad adalah di antara mereka.

Dengan ukuran ini, malah ahli politik "pemuda" seperti bekas CEO Ideas Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah kelihatan seperti veteran yang banyak merungut. Tidak mengira kepercayaan politik, Malaysia memerlukan pemimpin-pemimpin muda untuk berada di kerusi memandu.

Walaupun saya sudah letih dan bersikap sinis setelah membuat liputan pilihan raya di seluruh Asia Tenggara selama 25 tahun, saya tidak dapat mengelak untuk berasa turut terhinggap dengan semangat dan terpesona dengan Syed Saddiq - walaupun pesona, seperti yang saya temui daripada interaksi saya dengan Anwar Ibrahim boleh menjadi senjata dua mata.

Seperti hujah Syed Saddiq: "Saya percaya pemuda memegang kunci masa depan. Kami adalah lebih vokal, kami tidak takut untuk melahirkan rasa tidak puas hati kami dan melibatkan diri dalam perbincangan yang sukar."

"Saya melihat YB Khairy Jamaluddin, dan ya, saya berharap beliau adalah masa depan Umno. Dalam DAP, PKR, Amanah... kita lihat pemimpin-pemimpin muda muncul bagi menghadapi cabaran. Saya berharap saya akan berperanan bagi pihak Bersatu."

"Kami kekurangan peluang tetapi generasi ini adalah yang akan membina semula Malaysia. Jika diberi peluang, tidak kira dari parti apa, kami boleh mencorak perubahan."

Demi rakyat Malaysia dari semua peringkat usia. Saya berharap kata-katanya itu adalah benar.

*Karim Raslan ialah Pengasas KRA Group