PILIHAN Raya Umum Ke-13 yang akan berlangsung tahun ini bakal memberikan mereka suatu pilihan yang sukar.

Di satu sudut, mereka terpaksa memilih barisan calon penyandang, yang pada tanggapan mereka, masih tidak berubah dan di tampuk lama.

Malah, video kelantangan dan kebiadaban aktivis NGO, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang telah tersebar di serata negara seolah-olah mencerminkan perwatakan Barisan Nasional.

Namun demikian, pihak pembangkang tidak berikan sebarang nilai positif dalam perkembangan politik terkini. Dalam tempoh empat tahun setengah, realiti kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa bergolak telah didedahkan kepada rakyat untuk dinilai.

Prestasi di Selangor dan Penang boleh dibanggakan manakala Kedah dan Kelantan nampaknya masih ketinggalan.

Pada PRU 2008, ramai daripada golongan kelas menengah menolak parti kerajaan di mana kebanyakan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia memakan umpan janji PR. Untuk pilihan raya kali ini, sungguhpun pihak pembangkang diramal bakal mengekalkan kuasa di negeri-negeri pantai barat tersebut, peratusan sokongan mereka kemungkinan akan jatuh.

Antara sebabnya adalah tekanan yang mereka hadapi dalam mengekalkan kesatuan antara parti komponen PR yang memiliki dasar yang berbeza, terutamanya Pas, parti yang menegakkan Islam, dan parti sekular DAP.

Setelah sekian lama, kita semakin menyedari kelemahan yang menyelubungi gandingan oportunis partiparti pembangkang. Tentu sekali, serangan bertubi-tubi oleh musuh Pakatan Rakyat kini telah mendapat momentumnya kembali.

Kita semua tahu bahawa segala isu berkaitan agama dan moral rakyat dirujuk ke Majlis Syura Pas sebagai petunjuk dan bimbingan. Dalam hal ini, pimpinan Melayu PKR tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan mereka.

Dari aspek teknikal, apa dimaksudkan di sini adalah, sementara Perdana Menteri masih kekalkan pendekatan beliau yang menyeluruh dan inklusif, parti beliau dilihat beralih ke “kanan” demi membangkit dan memobilisasikan pengaruh Melayu.

Benar, ramai yang kecewa dan berang terhadap kenyataan (dan anggapan) tentang penyelewengan tadbir urus kerajaan BN, dengan itu melihat PR sebagai penyelamat yang dapat mentadbir secara jujur dan profesional.

Bagaimanapun, kejadian di Kedah baru-baru ini mengenai larangan wanita menyanyi dan membuat persembahan di tempat awam menunjukkan fahaman konservatisme Pas yang menjangkaui batasan masyarakat Melayu/Islam.

Lebih-lebih lagi, keriuhan mengenai penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan bukan Islam dan ketidaktentuan pendirian Pas mengenai isu tersebut menjadi faktor kritikal dan melambangkan keunggulan reputasi Majlis Syura.

Jadi, bagi kebanyakan rakyat kelas pertengahan, janji PRtentang pentadbiran secara jujur dan profesional telah sama sekali tergugat oleh kebimbangan masyarakat mengenai kekangan moral dan penguatkuasaan undang-undang Syariah.

Kebimbangan ini tidak dapat ditepis dengan janji bahawa PKR dan DAP mampu mengawal Pas apabila mereka memegang kuasa.

BN tetap dan akan kekal dengan kenyataan mereka dalam menjawab sentimen perkauman Umno dan ini sama sekali tidak berikan keputusan yang baik.

BN yang secara multlaknya akan membuktikan bahawa mereka sanggup untuk menerima bahawa Malaysia telah berubah dan pandangan mengenai isu moral sudah tidak lagi sama, akan berupaya memenangi golongan kelas pertengahan.

Pastinya, hal ini adalah suatu yang sukar tetapi inilah yang diperlukan untuk membawa negara maju ke hadapan.

Sungguhpun demikian, golongan kelas pertengahan di Malaysia harus menentukan apakah unsur yang lebih membahayakan negara: prospek tentang kekangan moral dan penularan prinsip fundamentalisme, atau penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terbiar.

Adakah mungkin ancaman ini bercantum dan menjadi cabaran besar dalam menentukan apakah yang menjadi maksud sebenar menjadi rakyat Malaysia dan apakah hakikat negara kita?

Sekarang bolehkah anda kaitkan apa yang saya maksudkan tentang golongan kelas pertengahan di Malaysia kini telah terperangkap?