PERNAH sesekali itu di mana saya menonton satu dokumentari TV tentang ikan salmon di Utara Barat Pasifik. Saya sangat tertarik dengan cara ikan itu berenang pulang ke kawasan asal mereka bertelur.

Dalam sesetengah kes, ikan salmon ini mampu berenang sepantas 600/700 kms. Mereka akan berenang ke hulu sungai sebelum mengawan dan kemudiannya mati.

Saya tidak ingat di mana saya berada pada ketika itu, namun gambaran ikan yang mati dalam perairan setelah usaha  genting itu kekal dalam minda saya.

Sekarang, tidak kira kalau saya sedang sibuk dalam perjalanan atau baru bangun tidur dalam bilik hotel, saya selalu mengaitkan kisah ikan salmon itu dengan tanah air yang tercinta.

Biasanya, saya akan berada di Indonesia untuk sambutan hari raya (atau lebih dikenali sebagai lebaran di bahagian selatan), tetapi pada tahun ini - setelah meluangkan banyak masa menjelajah ke seluruh Malaysia untuk pilihan raya – saya mengambil keputusan bahawa saya patut meluangkan masa di Kuala Lumpur pada hari raya ini.Saya patut berada di tanah air.

Memandangkan saya merupakan seseorang yang outgoing, jelas bahawa saya tidak mampu menetap di satu tempat untuk masa yang lama.

Setelah mendengar cerita orang lain, saya telah mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kawan terdekat supaya saya tidak perlu terlalu melakukan sebarang aktiviti.

Saya ingin berehat dan menikmati hidup – sesuatu yang saya berjaya melakukan untuk beberapa hari, di samping menikmati juadah hari raya termasuk nasi kerabu, kegemaran nombor satu saya.

Saya mendapati bahawa juadah Aidilfitri tidak begitu tradisional sekarang: makanan di kebanyakan rumah yang telah saya pergi adalah pelbagai namun masih boleh dikatakan sebagai makanan harian orang Malaysia. Ini termasuk salmon sandwich, lasagne, roast chicken serta vegetarian quiche.

Saya mengaku bahawa “hidup” saya berbeza sedikit dengan “hidup” mereka yang saya telah temu ramah dalam siri TV saya Ceritalah Malaysia.

Saya adalah budak bandar yang nyatanya  tidak membesar bersama golongan nelayan, petani dan buruh yang saya telah menemu bual untuk siri itu.

Namun yang demikian, setelah pulang ke tanah air dan melawat seluruh Lembah Kelang, dari Damansara ke Petaling Jaya, Ampang dan Putrajaya (bukan tempat kegemaran saya), saya terkejut dengan sentimen negatif yang saya telah temui.

Setelah bertemu dengan rakan-rakan saya, topik perbualan hangat yang menjadi fokus utama adalah  jenayah di negara ini.

Pada mulanya, saya menjangkakan bahawa ramai yang akan berminat mengikuti perkembangan terbaru politik tempatan dan sebagai “tukang cerita”, saya telah bersedia untuk meluahkan pendapat saya. Namun, tiada sesiapa yang berminat untuk bercakap tentang isu “Kerajaan uniti” atau Pemilihan Umno yang semakin hampir.

Sebaliknya, ramai yang lebih berminat bercakap tentang kejadian jenayah yang semakin berleluasa di negara kita.
 
Daripada pembunuhan berkontrak, pengeboman dan kejadian menikam yang mengejutkan satu negara.

Dalam persekitaran sebegini, isu penguatkuasaan undang-undang adalah fokus utama dan isu politik tidak begitu relevan.

Ramai yang mempunyai kisah mereka yang tersendiri.

Lebih lama kita berbual, ramai yang mengutarakan kebimbangan mereka. Apa yang saya dapati ialah individu yang duduk di apartmen berasa lebih selamat daripada mereka yang tinggal di banglo.

Perasaan kurang senang ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah temui di Kuala Lumpur.

Setelah pulang ke rumah (Saya tinggal di blok apartmen yang tinggi dan uzur), saya ingat lagi setelah keluar dari kereta, saya berasa seolah-olah dunia saya ingat tidak bertukar telah pun berubah.

Ya, saya seperti salmon yang pulang ke kawasan asal saya, tetapi tempat ini semakin bahaya daripada dulu.