DI kawasan-kawasan luar bandar di negara ini, menjelang pilihan raya yang ditandai dengan acara-acara disertai nama-nama besar, selalunya dengan kehadiran yang ramai tetapi anehnya, mereka senyap. Suasana sepi ini begitu amat dirasakan. Ceramah selalunya riuh dan kelam-kabut. Kini, yang ada ialah wajah-wajah penuh berfikir dengan mereka saling berbisik."

Saya berdiri dalam bayangan ribuan orang ramai. Terdapat jeritan ‘Reformasi’ dan ‘Lawan Tetap Lawan’ daripada penyokong tegar Pakatan Harapan yang duduk di depan, tetapi kebanyakan khalayak hanya diam.

Terdapat makcik-makcik memegang tangan anak-anak mereka di belakang. Orang-orang muda duduk di atas motosikal mereka di pinggiran. Wajah-wajah mereka tidak dapat dibaca. Apakah yang mereka fikirkan?

Di kawasan-kawasan luar bandar di negara ini, menjelang pilihan raya yang ditandai dengan acara-acara yang disertai nama-nama besar, selalunya dengan kehadiran yang ramai tetapi anehnya, mereka senyap. Suasana sepi ini begitu amat dirasakan. Ceramah selalunya riuh dan kelam-kabut. Kini, yang ada ialah wajah-wajah penuh berfikir dengan mereka saling berbisik.

Ia adalah seolah-olah hampir menyembunyikan perasaan mereka - banyak para hadirin enggan namanya disebut apabila ditemu bual dan amat berhati-hati. Adakah mereka takut?

Ada pemerhati melihat suasana membisu sebahagian daripada rakyat Malaysia ini adalah kerana kekurangan semangat. Antaranya percaya bahawa orang mungkin sudah letih, keliru, malah jemu dengan rentetan berpolitik daripada kedua-dua pihak yang tidak berkesudahan.

Tetapi hanya kerana akar umbi kelihatan membeku, ia tidak bermakna rakyat Malaysia tidak akan bertindak semasa pilihan raya.

Banyak daripada para hadirin adalah mereka yang pertama kali datang mendengar ceramah. Kebanyakan mereka adalah penyokong Umno seumur hidup yang perasaan ingin tahu mereka telah dipancing oleh penyertaan Tun Mahathir di samping digalakkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan kos hidup.

Dengan hanya hadir dalam acara-acara ini, ia merupakan satu kos bagi mereka. Ada antara mereka datang dari kampung-kampung yang tidak kenal selain daripada pemerintahan BN. Sementara yang lain seperti peneroka Felda, mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan untuk saraan hidup mereka.

Banyak daripada mereka tidak menyahut jeritan pembangkang yang biasa kerana mereka tidak mengalami gelombang Reformasi lewat 1990-an atau tsunami Pakatan 2008 dan 2013 - beberapa kawasan luar bandar ini malah tidak pernah melihat ceramah pembangkang sebelum ini.

Dalam tahun 2008, ketika saya menjelajah, terdapat suasana sepi yang serupa. Dalam pilihan raya itu, saya tidak menjangka tsunami politik; saya lihat suasana sepi itu sebagai sikap tidak peduli. Rupanya rakyat hanya tidak bercakap - mereka telah membuat keputusan dan hanya berdiam diri.

Ia merupakan suatu ketenangan palsu; tenang sebelum ribut.

Pada waktu sama, seperti mana kita pelajari sebelum ini, kehadiran ceramah tidak semestinya diterjemahkan menjadi undi. Rakyat mungkin mengambil keputusan untuk adalah lebih baik bersama dengan iblis yang dikenali mereka daripada memilih iblis yang tidak dikenali. Atau mereka hanya menolak pilihan raya kerana kekurangan pilihan yang baik.

Adakah rakyat Malaysia menahan nafas mereka?

Apakah makna kesepian yang begitu gemuruh kali ini?

* Karim Raslan ialah pengasas KRA Group