APABILA belum berkahwin, kita mahu berkahwin. Ada isteri cantik. Kemudian mahu ada zuriat. Ada kereta dan rumah sendiri. Ada kerjaya bagus, gaji besar dan hidup selesa. Kita juga mahu kesihatan yang baik supaya boleh membuat amalan yang disuruh agama. Kita juga mahu sesekali pergi melancong dan mahu terus berjaya dan berjaya.

Membina impian sebegitu, amat mudah di atas kertas atau dalam angan-angan. Ia boleh berjaya hingga menggenggam bintang atau memeluk bulan. Atau apa-apa sahaja yang lebih pelik daripada itu hingga kepada impian mahu hidup semula selepas mati dan menceritakan semula apa yang berlaku selepas mat...

Itu adalah impian yang tidak berkesudahan. Bolehkah berlaku? Sia-sia sahaja kalau kita kata boleh! Orang akan ketawakan kita. Ya kita sudah jatuh gila isim! Situasi ini seperti kita tidak percaya pada hakikat membina impian tidak sama dengan mengejar impian.

Membina impian bermaksud impian itu sudah pun berada dalam genggaman tangan kita. Impian itu hak kita. Cumanya kita perlu menggandakan usaha, perlu membina lebih sedikit demi sedikit dengan menambah ilmu, fokus, konsisten dengan impian itu. Terus membina impian itu dengan berfikiran besar dan lebih besar.

Mengejar impian pula bermaksud impian itu entah di mana-mana. Bukan milik kita. Belum lagi menjadi hak kita. Ia perlu dikejar bersungguh-sungguh sehinggalah impian yang kita kejar itu berjaya kita miliki. Akhirnya kita bina impian itu menjadi lebih hebat.

Dalam dua situasi ini kita di mana? Membina impian atau mengejar impian? Jika memilih untuk membina impian, teruskan. Jika sudah ada isteri bahagiakan dia. Jika sudah ada rumah, lengkapkan keperluan rumah. Jika sudah ada zuriat lengkapkan ilmu dunia akhiratnya.

Seperti impian kita mahu masuk ke madrasah Ramadan dengan jayanya esok, sudahkah kita langsaikan hutang puasa tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya? Sudahkah kita bersedia dengan puasa Isnin dan Khamis? Sudahkah kita pasang niat yang baik-baik sahaja?

Inilah matlamat membina impian kerana Ramadan adalah hak kita selamanya. Ramadan sudah ada dalam diri kita. Bukan impian kita mengejar Ramadan. Seperti tidak