SEPERTI pelacuran, pembu-nuhan, sikap cemburu, dengki, dan salah guna kuasa, amalan rasuah juga bukan perkara baharu.

Ia sudah berleluasa zaman berzaman dan kini merebak di segenap pelosok muka bumi.Mana negara yang tidak ada rasuah langsung?

Bahkan negara-negara yang sombong kononnya mereka berprinsip dan bermaruah, turut rakus dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Antara kes terbaharu adalah tindakan puluhan ribu penduduk Israel yang keluar ke jalan raya di Tel Aviv bagi membantah amalan rasuah dalam kerajaan mereka dan tidak puas hati dengan kele-watan siasatan skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu disyaki menerima hadiah mewah daripada penyo-kong yang kaya dan turut disiasat berhubung dakwaan cuba meme-terai perjanjian rahsia bagi men-dapatkan liputan eksklusif daripada akhbar paling laris di Israel, Yediot Aharonot.

Bantahan itu diadakan di luar kediaman Peguam Negara, Avishai Mandelbit sejak beberapa bulan lalu.

“Netanyahu dan kerajaannya menghancurkan negara ini,” kata seorang aktivis.

Parlimen Israel melakukan bacaan kedua dan ketiga bagi rang undang-undang baharu di mana penentang Netanyahu mendakwa ia untuk membantu pemimpin itu terlepas daripada siasatan.

Netanyahu disyaki menerima hadiah mewah daripada individu kaya, termasuk ahli perniagaan Israel dan penerbit Hollywood, Arnon Milchan, yang turut disiasat.

Polis turut mengesyaki Netan-yahu  mengadakan perjanjian rahsia dipercayai masih belum muktamad yang berkemungkinan mendapat liputan meluas sebagai balasan kerana membantu menyekat pesaing akhbar Yediot, Israel Hayom.

Perdana menteri itu secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan mendakwa dia menjadi sasaran kempen fitnah pembangkang.

Kalau kegiatan rasuah sudah menjalar di seluruh dunia, apalah mahu dihairankan jika ia juga berlaku di negara kita.

Cuma kita tidaklah mahu orang tuduh kegiatan rasuah di negara kita antara yang paling serius di dunia.

Ikut laporan awal tahun ini, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016 dunia terus terjerumus dari tangga ke-55 ber-banding 54 pada 2015.

Transparency International (TI) dalam laporan itu meletakkan Malaysia di belakang negara kecil seperti Brunei (41).

Skor atau mata negara juga jatuh daripada 49 mata pada tahun 2015 kepada 50 mata pada tahun lalu.

Walaupun Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mem-punyai skor menurun, kedudukan itu masih ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Penurunan itu dikaitkan de-ngan kekurangan kesungguhan pemimpin politik dalam menangani rasuah.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya.

Beliau mahu pemberi rasuah diberi tumpuan wajar dari aspek siasatan dan pendakwaan seperti mana penerima rasuah

Pada masa ini, katanya, pihak berkenaan seolah-olah terlepas pandang terhadap pemberi rasuah apabila tidak ramai pelaku kesalahan itu didakwa dan dihukum.

Katanya, adalah tidak adil jika tindakan siasatan, dakwaan dan hukuman hanya dikenakan kepada penerima rasuah, khususnya dalam situasi pemberi yang membuat aduan terhadap penerima berikutan rasa tidak puas hati dengan pulangan yang diharapkan.

“Kita harus lihat keseimbangan di antara pemberi dan penerima. Kita juga sering melihat penerima rasuah dikaitkan dengan pegawai-pegawai sektor awam atau pihak kerajaan (apabila) mereka didakwa selepas siasatan dilakukan serta dihukum,” katanya, seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, kerajaan mendu-kung cadangan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat keterlibatan sek-tor swasta, badan korporat serta individu, terutama usahawan yang cuba menawarkan rasuah untuk memperlicin urus niaga atau permudahkan perolehan kerja ditawarkan oleh jabatan, agensi dan kementerian.

Ahmad Zahid juga mahu pihak berkuasa melakukan pendakwaan dan mengambil tindakan terha-dap sesuatu kes berdasarkan hasil siasatan termasuk melalui maklumat risikan dan bukannya  bergantung pada laporan pengadu semata-mata.

“Jangan hanya mendengar hearsay (khabar angin) atau setiap pemberitaan dalam media atau media dalam talian serta lontaran-lontaran tuduhan menyebabkan tindakan dilakukan,” katanya.

SPRM  sudah  lama  menunjukkan ketegasan untuk menentukan mereka yang ingin menjadi Yang Berhormat tidak terlepas daripada perhatian suruhanjaya itu.  

Kini Perhimpunan Agung Umno sudah bermula.

Kita percaya presiden parti itu akan turut bercakap mengenai usaha ke arah memerangi rasuah. Wallahuaklam!