Saya  rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen pasal isu Hak orang muflis setelah saya melihat kes yang dipaparkan oleh pihak Dato' Dr. dalam bulettin TV3 baru-baru ini. Saya amat menyokong penuh perjuangan dan daya usaha PPIM membangkitkan isu ini yang seterusnya pihak kerajaan misti mengkaji dan membuat penilaian semula Akta Kebankrapan yang nampaknya tidak ADIL  yangmana fenomena  rakyat Malaysia  terpaksa menjadikan lumrah berhutang sebagai perkara wajib untuk menjalani kehidupan harian ...........seawal usia muda lagi peringkat pelajar  kerajaan BN sudah memaksa rakyatnya berhutang ...sehinggalah keusia pencen ataupu tidak berupaya bekerja lagi......manakala pihak pemberi hutang mendapat habuan riba yang amat besar????Diantara aspek dirasakan tidak adil seperti:-
 
1) Pihak pemberi hutang selalunya dianggap betul dan adil seperti kes penipuan kad kredit....selalunya pemilik kad kredit dipersalahkan hingga bankrap
 
2) Pihak Jab Insolvensi selalunya bertindak mengikut kehendak pemberi hutang hinggalah sampai memenjarakan sibankrap yang telah tidak berupaya lagi
 
3) Jumlah nilai hutang RM30,000 layak dibankrapkan tidak patut.... jumlah kiraan  itu tidak jelas kerana pihak pemberikan hutang akan memasukkan jumlah semua riba, denda dan lain-lain caj. Jika RM30k itu jumlah baki pokok (principle) sahaja ada logiknya....dan di kira pada status  NPL 3 bulan shj.
 
4) Pihak Jab. Insolvensi mistilah memberikan pendidikan/kesedaran kepada sibankrap mengenai  masalah hutang dan kaedah menyelesaikannya. Jangan anggap sibankrap tidak ada jalan & harapan untuk membaikpulih semula aliran kewangannya
 
5) Pihak pemberi hutang mengaut keuntongan besar berbanding jumlah hutang oleh  pelanggan  bankrap?? Jadi jumlah baki  hutang (dari denda, faedah dan caj-caj lain) tiu boleh diserap setelah segala harta peminjam dilelong cukuplah jika jumlah pokok(principle) ditutup....kenapa harus terus dibankrapkan???
 
6) Rakyat Malaysia tidak ambil berat pasal bankrap dan akta bankrap yang lemah telah menjadikan pihak pemberi hutang, lawyer dan pelelong mengambil kesempatan menindas peminjam hingga bankrap. Mereka terlibat mengaut keuntongan
 
7) Sejarah bank di Malaysia telah menunjukkan bahawa agensi pemberi hutang gulong tikar akibat pecah amanah pihak pengurusannya bukannya dari sibankrap...
 
8) Pihak pemberi hutang misti memikul tanggong jawab bersama bila peminjam gagal bayar hutang......jngn nak bankrapkan shj
 
9) Ratusan ribu graduan muda menanggong hutang belajar ditambah hutang sara hidup (kereta,rumah, peribadi, pelaburan d.l.l) jika sikap Kerajaan tidak peduli masalah mengurus hutang dijadikan agenda negara takut nanti mereka yang terlibat membenci kerajaan
 
10) Semua NGO misti ada kesedaran untuk membantu ratusan ribu sibankrap dengan memberikan peluang kedua....
 
11) Jab Insolvensi misti mengambilkira kpd sibankrap  dengan mengkaji/ menilai selama mana tempoh bankrap dikenakan.....takkan dah usia hingga 60 thn keatas masih dibankrapkan lagi.
 
12) Sibankrap telah tidak dpt peluang lesen berniaga dan berbagai jenis sekatan dikenakan...jadi pihak kerajaan misti adil hukuman bankrap itu misti ada nilainya berbanding dengan masa yang dikenakan....mungkin bankrap dengan nilai principle RM30k bankrap 4 tahun shj  ( RM7,500 pertahun nilaian hukumannya..)
 
13) Semua peminjam tidak mahu dibankrapkan....Malaysia negara Islam  janganlah hingga isu kebankrapan ini gagal ditangani kerana semakin hari semakin meningkat bilangannya....
Saya rasa terlalu banyak  aspek boleh dipertikaikan untuk sibankrap dan saya harap PPIM teruslah berjuang menegakkan keadilan isu kebankrapan ini.
Sekian terima kasih.
 

*Semua pandangan yang dikemukakan adalahpendapatperibadipenulisdantidak mewakilipendapatSinarHarian. Pihak kami telahmenyuntingartikel supaya lebih jelasdanringkas untuk memudahkan kefahaman pembaca.