USAHA berterusan dalam memastikan komitmen kerajaan yang termaktub dalam Perlembagaan tetap diteruskan sejak kita merdeka lagi.

Setiap tahun dapat kita lihat adanya peningkatan dalam pelbagai aspek, terutama bagi menjaga dan memacu ekonomi negara yang merupakan salah satu komponen penting dalam mengimbangi par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi sebagaimana yang ditekankan oleh perdana menteri dalam Bajet 2018.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam petunjang-petunjang bajet yang selari dengan salah satu prinsip asas maqasid syariah iaitu menjaga harta (hifz al-mal).  

Hakikatnya, pendekatan Is-lam amat menitik berat soal kea-dilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan dan penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi serta merugikan pihak lain. Sebab itulah, Islam menggariskan prinsip al-adl wal ihsan dalam menjaga harta.

Sebagaimana firman ALLAH dalam Surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang ALLAH kurniakan kepada Rasul-Nya (Mu-hammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi ALLAH, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

Justeru sebagai pemerintah, kerajaan wajib mengukuh dan melindungi harta kekayaan masya-rakat daripada kehancuran dan ketidakadilan. Kesemua inilah yang diusahakan oleh kerajaan melalui kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya yang berlandaskan maqasid syariah demi kepentingan rakyat dan negara.

Buktinya dapat kita lihat dengan jelas bagaimana komitmen kerajaan dalam memastikan ekonomi negara terus diperkukuhkan de-ngan merancakkan pelaburan dalam pelbagai sektor dengan memperuntukkan perbelanjaan mencecah ratusan bilion ringgit.

Bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang berimbang, kerajaan bukan sahaja memberi fokus kepada pelbagai sektor ekonomi seperti pelancongan, logistik dan kesihatan, malah turut memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi mengukuhkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui skim jaminan pembiayaan perniagaan serta latihan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan.

Pembiayaan mikro bernilai ratusan juta ringgit turut diperuntuk-kan untuk membantu rakyat lebih berdaya saing dalam meningkatkan ekonomi melalui pinjaman dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usa-hawan Niaga, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa bagi usahawan bumiputera desa.

Petani turut diberi perhatian melalui bantuan dan insentif kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan dengan perbelanjaan mencecah 2.3 bilion ringgit dan bayaran insentif khas peneroka Felda bernilai RM5,000. 

Usaha  menaik taraf infrastruktur ladang turut diambil kira dan program pembangunan pertanian sebagai sumber kekayaan baharu juga turut diperkenalkan dalam bajet kali ini.

Dalam usaha mengukuhkan pasaran kewangan negara, kera-jaan membuka ruang pinjaman perniagaan menggunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran sebanyak RM1.5 bilion, memberi pengecualian duti setem atas nota kontrak  Exchange-Traded Fund serta pengecualian cukai pendapatan ke atas penerima geran khas Sukuk Hijau SRI yang mampu melonjakkan lagi pasaran kewangan negara.  

Kesejahteraan rakyat turut diutamakan dengan membuka peluang menjana pendapatan melalui program seperti eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC, Memberi pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah yang rendah, program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan, Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS dan penggunaan  aplikasi e-hailing oleh pemandu teksi berdaftar sedia untuk membeli kereta baharu.

Malah, subsidi barangan, pengangkutan, elektrik dan tol turut diberikan, menyediakan 50 Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) dengan menjual lima barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak, tepung dan gas memasak dengan harga rendah termasuk penyeragaman harga barang keperluan asas di Sabah dan Sarawak dan Program BR1M.

Mungkin tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa pemberian BRIM merupakan satu inovatif yang mana dalam laporan bank dunia turut memuji pendekatan yang diperkenalkan oleh Malaysia ini.

Ini kerana, apabila rakyat diberikan sejumlah wang, mereka akan berbelanja di lokaliti masing-masing. Apabila mereka berbelanja, dengan sendirinya ia akan memberikan kesan gandaan ekonomi di lokaliti tersebut.

Namun, segala usaha ini tidak akan bermakna jika hanya dinakhodai oleh kerajaan. Rakyat dan semua pihak perlu mengam-bil dan menyambut apa yang telah dibentangkan kerajaan untuk sama-sama memelihara dan memacu pembangunan negara secara kolektif dan holistik.

Bersambung…