SOLAT adalah tiang agama. Solat wajib ditunaikan walau di mana sahaja Muslim itu berada. Solat juga menjadi perisai iman yang utuh daripada segala perbuatan yang keji dan mungkar.

Lantaran itu solat boleh ditu-naikan di mana sahaja dengan pelbagai cara dan keadaan kecuali bagi mereka yang sememangnya uzur secara syarak.  

Seorang Muslim yang bermu-safir misalnya diberikan keringanan untuk melakukan solat waktu secara jamak (gabung dua waktu solat) dan juga qasar (memendekkan rakaat solat).

Di Malaysia, umat Islam menik-mati kemudahan untuk solat di mana sahaja mereka berada. Sebut sahaja di mana? Masjid terindah di Putrajaya, kemudahan solat yang selesa di surau stesen MRT, kompleks beli-belah, stesen minyak dan juga di terminal lapangan terbang.

Sebagai contoh kita mungkin berpengalaman menunaikan solat waktu Maghrib yang jangka wak-tunya agak pendek di surau kompleks membeli belah atau surau di terminal lapangan terbang yang agak terhad ruangnya bagi menam-pung jumlah Jemaah yang ramai pada satu-satu masa.

Jemaah beratur panjang me-nunggu giliran di luar untuk berwuduk dan menunaikan solat. Pada masa yang sama mereka juga mengejar waktu untuk solat dan juga perlu bergegas supaya tidak terlepas penerbangan.

Ironinya ada pula imam yang mengetuai bacaan solat ketika itu memanjangkan pula bacaannya seolah tidak menyedari kehadiran Jemaah yang ramai di luar surau. Dalam konteks ini Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

"Apabila  seseorang daripada kalangan kamu menjadi imam, maka ringankanlah (ringkaskanlah bacaan), sesungguhnya dalam kalangan mereka ada orang yang lemah, orang sakit dan orang tua. Sebaliknya apabila dia solat bersendirian, maka panjangkanlah (bacaan) sebanyak mana yang dia inginkan".

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku sedang solat (pada suatu ketika), aku ingin memanjangkan (bacaan) pada solat itu, namun kemudiannya aku mendengar tangisan bayi, maka aku meringankan (meringkaskan bacaan) pada solatku itu, kerana aku tidak suka untuk memberati ibu bayi itu".

Kedua-dua hadis ini boleh menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang menjadi Imam dalam keadaan tersebut agar tidak meman-jangkan bacaan ketika solat dan memendekkan bacaan doa selepas solat demi untuk keselesaan semua Jemaah yang hadir.

Bahkan meringankan atau meringkaskan bacaan dalam solat ketika itu tidak menjadi satu kesalahan.

Malah Imam al-Suyuti dalam Kitab al-Ashbah wa al-Naza’ir menyenaraikan tujuh sebab yang membolehkan seseorang Muslim itu meringankan ibadahnya iaitu:

1. Bermusafir

2. Sakit

3. Berlaku paksaan

4. Lupa

5. Jahil

6. Umum al-balwa (kesulitan yang sukar dielakkan)

7. Ketidakmampuan dalam pelaksanaan

Walaupun kesemua tujuh sebab tersebut tidak ditujukan secara langsung kepada Imam yang mengetuai solat, namun dapat difahami bahawa seseorang imam itu perlu bertindak secara hikmah dan bijaksana berdasarkan rang-kuman tujuh sebab tersebut dalam mengendalikan solat berjemaah terutama pada tempat yang sempit dan terpaksa bergilir-gilir antara Jemaah yang hadir.

Kaedah fiqh Islam juga menyebut bahawa ‘kesukaran membawa kepada kemudahan’ yang sememangnya jelas merupakan satu garis panduan bagi Imam yang mengetuai solat memendekkan bacaan dan memberikan kesem-patan dan kemudahan kepada jemaah dan makmum yang lain menunaikan solat.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang indah. Fleksibiliti yang ada dalam hukum fiqh Islam adalah satu kemudahan dan keringanan serta bukanlah satu kepayahan bagi umat menunaikan ibadah dan tanggungjawab kepada ALLAH SWT walau di mana sahaja mereka berada.

* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri