PADA Mei yang lalu ketika bertitah pada majlis Pentau-liahan Peguam Syarie Negeri Pahang di Kuantan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan hasratnya agar hukuman diyat dipilih untuk dilaksanakan melalui Jemaah Pengampunan Pahang sebagai alternatif terhadap banduan yang menghadapi hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

Secara peribadinya penulis melihat cadangan ini sangat sesuai untuk dilaksanakan, malahan bersesuaian dengan prinsip dan semangat maqasid syariah yang menetapkan agar matlamat hukum itu perlu memenuhi kehendak pengawalan terhadap aspek keturu-nan, harta, akal dan nyawa.

Dalam Islam, diyat adalah baya-ran denda ganti nyawa yang perlu dibayar oleh pesalah yang dihukum bunuh balas (qisas) kerana melakukan pembunuhan.

Persetujuan hukuman denda ganti nyawa ini diputuskan oleh pihak keluarga mangsa sebagai satu bentuk pengampunan kepada si pembunuh.

Dalam Surah al-Baqarah ALLAH SWT berfirman dalam ayat 178 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu melakukan hukum qisas (bunuh balas) dalam perkara orang yang mati dibunuh, iaitu orang merdeka dengan orang yang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.

Maka sesiapa yang mendapat keampunan (pihak yang terbunuh) daripada saudaranya maka hendaklah (pengampun) mengikut cara yang baik dan (pesalah) pula membayar diyat (bayaran ganti nyawa) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu satu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (berdendam) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Ayat ini diturunkan di Madinah dan ditujukan kepada dua suku Arab ‘Aus dan Khazraj pada zaman jahiliah yang kerap berperang antara satu sama lain sehingga membangkitkan dendam yang berlaru-tan dan mahu menuntut bela atas kematian setiap orang kaum mereka dengan membunuh kaum yang lain secara berlipat kali ganda dan tidak setara disebabkan semangat kemegahan dan ketaasuban puak yang melampau.

Kedatangan Islam membolehkan hukuman qisas iaitu bunuh balas dilaksanakan secara adil dan setara. Malah Islam memberikan ruang kepada ahli keluarga mangsa untuk memberikan pengampunan terhadap si pembunuh atau pesalah yang disabitkan hukuman qisas.

Hikmah pengampunan yang diperuntukkan kepada ahli keluarga mangsa ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya tidak menyimpan dendam yang berteru-san atas kesalahan yang dilakukan, di samping waris keluarga mangsa akan mendapat bayaran pampa-san secara langsung daripada pesalah qisas.

 Meskipun begitu, pelaksanaan diyat juga perlu diperhalusi secara teknikal dalam konteks realiti undang-undang jenayah sivil dan undang-undang syariah di Malaysia. Jika terdapat percanggahan maka sebarang bentuk pindaan undang-undang boleh dicadangkan untuk dilaksanakan.

Secara peribadi, penulis melihat titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang ini sebagai suatu inisiatif yang terpuji untuk memartabatkan perundangan Islam di Malaysia serta ke arah mengangkat institusi perundangan sivil yang patuh dengan semangat dan roh maqasid syariah.

 Pastinya pendekatan yang dibawa oleh Islam khususnya dalam bidang perundangan sangat menitik beratkan persoalan keadilan. Atas faktor tersebut, sistem perunda-ngan Islam sentiasa sesuai untuk diamalkan pada setiap masa.

 Namun begitu pelaksanaannya juga perlu berlaku secara berevolusi atau secara bertahap agar masyarakat terdidik dan faham dengan maksud yang hendak disampaikan daripada hukum Islam itu sendiri.

Moga ALLAH SWT merahmati semua usaha kita untuk mendaulatkan Islam di Malaysia.

* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BARU-baru ini negara digemparkan dengan tragedi kebakaran sebuah sekolah tahfiz yang meruntun jiwa dan menyayat hati kita semua. Lebih mengejutkan apabila kejadian tersebut dirancang oleh remaja belasan tahun, malah ada yang masih dalam kategori kanak-kanak bawah umur.
  • KEBANGKITAN Islam adalah istilah penting yang digunakan oleh para sejarawan bagi merujuk kepada sejarah perkembangan Islam pada abad ke-20. Dalam erti kata lain, kebangkitan Islam adalah satu gelombang yang berlaku disebabkan faktor penjajahan, campur tangan asing dan proses pembaratan yang berlaku di hampir keseluruhan pelosok dunia Islam.
  • ISLAM di Nusantara terbentuk secara berevolusi. Perkembangannya banyak ditandai dengan evolusi secara berperingkat melalui aktiviti dakwah, perdagangan dan peranan Raja yang mempengaruhi rakyat menerima Islam sebagai agama dalam bentuk akidah ahli Sunnah Wa al-Jamaah dan fiqah mazhab Syafie.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.