TIMBUL persoalan bagaimana sebuah negara yang memiliki hampir 27 juta populasi penganut beragama Islam mampu mengambil satu pendekatan yang tidak sensitif berkait dasar hubungan antarabangsa.

Dilabel sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik, Malaysia seharusnya berbangga dengan tanggapan masyarakat global bahawa negara ini dilihat sebagai negara Islam contoh.

Sayangnya, tindakan membenarkan diplomat Israel masuk ke program dengan kerjasama anjuran kerajaan menunjukkan seolah-olah harimau kehilangan taringnya.

Reputasi negara ini dibangunkan hasil usaha pemimpin negara dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menekankan aspek pembangunan kondusif dan kesatuan ummah telah berjaya mengangkat Malaysia selaku pendukung isu serantau, apatah pula dengan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

Setelah sekian lama menidakkan sebarang perhubungan diplomatik dengan Israel, kehadiran sekumpulan diplomat dari negara berkenaan buat pertama kalinya di acara ‘World Urban Forum’ ke-9 (WUF9) di Kuala Lumpur menimbulkan penolakan dalam kala-ngan warga tempatan.

Lebih merisaukan, apabila Men-teri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan bahawa rombongan diplomat Israel berkenaan hadir dengan jemputan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di bawah agensinya, UN-Habitat.

Ini bererti kehadiran diplomat Israel ini adalah atas kapasiti jempu-tan pihak kerajaan, dan bukannya di luar kawalan seperti didakwa.

Rakyat tidak sedangkal itu untuk menelan bulat-bulat jawapan menteri bahawa kerajaan tidak tahu menahu tentang jemputan ini memandangkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mendapat kebenaran Malaysia setelah menerima tekanan diplomatik.

Memperlihatkan ‘perkemba-ngan’ Israel dan perjuangan berterusan warga Palestin, amatlah tidak wajar bagi Malaysia memberi sebarang bentuk sokongan terhadap pengganas dan perampas Israel.

Sudahlah kita masih meneruskan hubungan dagang kedua-dua negara bernilai RM5.9 bilion setahun, terpaksa pula Malaysia tunduk dengan tekanan diplomatik hanya kerana kelemahan kerajaan dalam bersikap tegas dan tuntas.

Bagaimana mungkin diplomat Israel boleh dibenarkan hadir ke program ‘World Urban Forum’ yang menekankan aspek pembangunan negara dan masyarakat, sedangkan Israel sendiri gagal dalam mengimplementasikan pendekatan two-state-solution seperti dipersetujui.

Jika diselidik latar belakang wakil diplomat Israel, David Reot merupakan seorang duta yang juga telah secara lantang mengecam tindakan United Nation Relief and Work Agency UNRWA, di mana agensi berkenaan paling banyak membantu isu penindasan pelarian Palestin.

Ujar beliau “From an early age, Palestinian children are taught that the only solution to their plight is the so-called ‘Claim of Return.’ Many UNRWA facilities are decorated with keys, symbolizing this claim of return,” the ambassador noted. “The ‘claim of return,’ make no mistake, is a euphemism for the destruction of the State of Israel. This ‘claim’ is the real obstacle to the two-state solution, to which Israel and so many of us in this room are fully committed.”

Jelas, ini merupakan satu usaha yang tidak bersifat diplomatik dan secara mutlak bertentangan dengan pendirian diambil rakyat Malaysia. Alangkah malangnya tatkala kita telah membuka pintu sempadan negara atas nama kemodenan dan pembangunan tanpa ambil kira aspek keharmonian yang terjejas.

Perjuangan Palestin yang pernah diperjuangkan kerajaan Malay-sia terdahulu secara berterusan dengan lantang, hanyalah isu bermusim waktu sekarang.

Di mana Solidariti Bebaskan Palestin di World Urban Forum? Apakah kita sebuah negara dwi-wajah yang kini bermuka-muka antara satu dasar dengan dasar yang lain?

Di sini, saya mendesak Perdana Menteri, Datuk Sri Najib  agar tampil dengan kenyataan tegas dengan kadar segera.

Malaysia perlu telus mendedahkan segala bukti berhubung aktiviti perdagangan antarabangsa, termasuk dengan Israel (yang pernah direkodkan oleh beberapa kerajaan dan agensi antarabangsa).

Kita sudah terlepas sebegitu banyak peluang dalam mendominasi suara moderat Muslim di peringkat antarabangsa. Ketika memangku salah sebuah kerusi bebas dalam Majlis Keselamatan Negara, PBB.

Antara peluang yang dibazirkan untuk mengangkat solidariti kemelut Rohingya dan Palestin, sa-yangnya digunakan sebagai alatan sentimen oleh kerajaan.

Mengakui bahawa ada garisan jelas yang membezakan antara Zionis dan Yahudi, namun keputu-san desakan pengiktirafan Baitul-maqdis sebagai ibu negara Israel adalah sesuatu yang mengganggu proses rundingan dan gencatan senjata yang diusahakan.

Oleh itu, kita sebagai rakyat harus memainkan peranan. Bantuan kebajikan perlu digerakkan - baik melalui NGO atau kerajaan. Desakan vokal melalui petisyen atau usaha antarabangsa perlu digiatkan, dengan penglibatan agensi tertinggi seperti OIC, Asean dan PBB. Segala inisiatif ini perlu diperjuangkan oleh kerajaan, bukan ketika krisis saja.