Pengunjung : 25973 Isnin 15-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:

Interaktif - SMS

DI mana letaknya budi bahasa kakitangan klinik kerajaan? Saya amat kecewa dengan khidmat petugas makmal Klinik Kesihatan Peringat pada 7 Februari 2010. Prosedur MOGTT telah ditampal dengan jelas di buku rekod ibu mengandung tetapi kerana sikap kurang cakna petugas makmal, saya terpaksa ke hulu ke hilir buat pemeriksaan yang sepatutnya tidak perlu saya jalani. - ATIE, BINJAI, Kota Bharu



SAYA berpesan juga pada diri saya dan pembaca Sinar Harian. Manusia ada dua pengawal yang bernama Atib dan Ratib. Dua malaikat ini akan mencatit setiap perbuatan manusia tanpa penipuan. Mereka juga ada CD, laman web dan kamera canggih dari mana-mana stesen TV atau satelit. Ingat, anda tak lepas dari satelit Allah. Oleh itu, yang sesat kembalilah ke pangkal jalan. Call 24434 talian Allah. Itulah solat lima waktu. - DAV827



KES UMNO Tanah Merah adalah perkara yang sangat serius dan perlu dikaji secara mendalam sebelum buat keputusan. Pihak pengurusan perlu panggil mereka yang terlibat untuk keterangan dan berunding bagi menyelesaikan masalah sebelum menjadi parah. Banyak lagi kes-kes yang timbul belum selesai. Saya berpandangan, pihak pengurusan mesti mendapat pandang daripada banyak peguam berkaitan Akta Pertubuhan. Jika silap ianya boleh melumpuhkan UMNO keseluruhan. Seperti hal berkaitan penipuan keahlian dan penyamar pelajar 2004, penyerahan pengendalian mesyuarat 2008 kepada Pemantau Perhubungan, laporan minit mesyuarat dan pemalsu tandatangan 2009, mesyuarat kelompok 2009, sabotaj PRU-12 dan lain-lain bermula di Tanah Merah. - INSAN PRIHATIN, Tanah Merah



SEJAK akhir-akhir ini Kampung Kulim pula yang menjadi mangsa kejadian kecurian kabel telefon. Saya menyarankan pihak berkuasa agar kerap melakukan pemeriksaan mengejut pada kedai-kedai yang menjalankan perniagaan barangan lusuh. Ingatkan mereka akan dikenakan hukuman berat sekiranya membeli barangan tersebut. Pada pendapat saya jika tiada permintaan maka tiadalah penawaran. Penjenayah juga perlu dikenakan hukuman berat kerana menyusahkan masyarakat dan orang ramai. Lagipun mungkin orang yang sama yang melakukannya berulang-kali. - WEE, KAMPUNG KULIM, Wakaf Bharu



PERIHAL tanah tapak kedai kawasan Pasar Tani Ayer Lanas. Beberapa penduduk Ayer Lanas yang tidak ada tempat duduk pergi tanya di Pejabat Tanah Jeli. Katanya kawasan itu hak Majlis Daerah Jeli. Yang hairannya, individu yang sudah banyak tanah dan kewangan yang kukuh sudah dapat hak milik. Pemilikinya sudah pun dirikan kedai. Ada individu lain yang memberi deposit masa sama hampir 6 tahun tak tahu ke mana perginya. Penduduk Kampung Ayer Lanas berasa kecewa dan perkara tak telus dalam memberi hak milik. Diminta SPRM siasat. - RAKYAT MISKIN, Ayer Lanas



HARAP petugas makmal Klinik Kesihatan Peringat lebih bertanggungjawab dan berintegriti dalam melakukan tugas. Jangan buat acuh tak acuh dengan permasalahan pesakit. Kerajaan tidak untuk gaji buta. - NOR, BINJAI, Kota Bharu



TAHNIAH kepada wakil rakyat yang keluar parti. Ini kerana anda semua telah mengkhianati perjuangan dan amanah rakyat. Semoga Allah membalas apa yang telah anda lakukan. Bertaubatlah sebelum ditimpa balasan Allah SWT. - PENGHUNI WAKAF BERANGAN, Tumpat



JANGAN campur adukkan politik dengan sukan. Sekarang ini pasukan The Red Warriors yang dipimpin Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden Kafa, menunjukkan prestasi yang baik dan membanggakan. Kalau dapat kat orang lain, saya percaya Red Warriors akan hancur dan mungkin Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan sepi. - ANTI CAMPURTANGAN POLITIK DALAM SUKAN, Kota Bharu



JAWATAN KOSONG! UMNO-BN Wakaf Bharu perlukan calon DUN Wakaf Bharu yang lebih berwibawa, berani dan berjiwa prihatin rakyat yang sesuai dengan Gagasan Rakyat Didahulukan, Pencampaian Diutamakan. Kita perlu seseorang pemimpin dapat memenuhi inspirasi rakyat di DUN Wakaf Bharu. Saya ingin menyeru kepada semua anak-anak Tumpat agar berani tampil ke depan dan cuba melobi untuk bertanding atas tiket UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. UMNO tak perlu kepada pemimpin yang hanya bijak berlakon baik tapi hampas, berkroni, berkepentingan diri, kontraktor, ahli UMNO perlu melawan arus demi kebaikan agama, bangsa dan negara. - ASRI, Kota Bharu



SOLAT berperanan menjadikan individu Muslim berakhlak tinggi dan sabar terhadap dugaan. Tetapi apabila melibatkan parti, kenapa kita mudah hilang kawalan sampai sanggup kita melakukan solat Hajat meminta Allah menurunkan bala kepada individu yang tidak kita senangi. Kenapa jadi begini? - NGAH ABADI, Kota Bharu



TIDAK kisah apabila beberapa pemimpin PKR keluar parti kerana ini proses biasa untuk memperkuatkan lagi parti. Biar segala ‘sampah-sampah’ dibuang untuk dibersihkan. Retak menanti belah adalah mainan media (lama dah ayat-ayat ini digunakan). Pas dulu pun kehilangan presiden, bukan pemimpin kecil. Tetapi ianya jadi makin kuat kini kerana parti bukan milik individu tapi milik rakyat terbanyak. Seorang keluar, seratus orang yang berbaris untuk masuk. - PRO INTEGRITI, Kota Bharu



PANGGILAN warga emas patut dikaji semula. Apa yang emasnya? Panggil saja warga tua, lagi sedap didengar. - TUA SENSITIF

Interaktif - Maklumbalas


Interaktif - Emel