186 motosikal lesap di Tumpat
![]() Ketua Polis Daerah, Superin-tendan Khalid Munap berkata, daripada kes tersebut, kecurian kerap berlaku melibatkan motosikal jenis Honda EX5 sebanyak 152 buah, diikuti Yamaha 125 dan Ego sebanyak 24 buah, Modenas Kriss lima buah dan Suzuki, Mofaz masing-masing sebuah. Menurutnya, kawasan yang kerap berlaku kecurian motosikal ialah di Wakaf Bharu sebanyak 78 kes, Pasir Pekan 41 kes, Tumpat 28 kes, Cabang Empat 23 kes, Simpangan enam buah, Pengkalan Kubor dan Kuala Jambu masing-masing lima buah. “Enam daripada sepuluh kecurian motosikal yang dilaporkan hilang adalah berpunca daripada kecuaian pemilik termasuk meninggalkan kunci dan tidak menutup pagar rumah. “Kawasan Wakaf Bharu kerap berlaku kecurian kerana pasar menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah dan sikap pemilik motosikal tidak mengunci dengan sempurna motosikal mereka mengundang jenayah ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Menurutnya, faktor utama kehilangan motosikal disebabkan kecuaian pemilik apabila mereka mengambil sikap sambil lewa dengan sentiasa meninggalkan kunci motosikal ketika urusan harian. “Pemilik mengambil mudah dengan meninggalkan kunci di motosikal mereka dan beranggapan ia selamat. Padahal perbuatan itu menyebabkan motosikal mereka mudah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Untuk mengelakkan kecurian daripada berlaku, saya nasihatkan pemilik mengunci motosikal mereka termasuk mengunci tayar bagi mengelakkan penjenayah terus mencuri motosikal,” katanya. Khalid berkata, kecurian motosikal di rumah juga kerap berlaku dan dinasihati mengunci pagar rumah bagi mengelakkan pencuri mema-suki kawasan rumah dan seterusnya mencuri motosikal dengan mudah. Katanya, pencuri akan bertindak nekad melakukan kegiatan itu apabila motosikal berkenaan berada dalam keadaan tidak selamat selain kawasan gelap. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





