RM2.2 billion naik taraf
sistem pengairan, saliran
![]() Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mariam Mas Yaacob berkata, sebilangan besar golongan tersebut daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Serawak. ”Bagi Kelantan, Jajahan Pasir Puteh terlibat di bawah program tersebut dengan membabitkan 100 petani,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Kerajaan Persekutuan Kepada Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Machang di sini, semalam. Beliau berkata, ramai yang beranggapan Mada sudah lengkap tetapi sebenarnya masih banyak lagi benda yang perlu dilakukan. “Mada terletak di kawasan bandar dan skim yang ada sudah 40 tahun di mana semasa ia dilancarkan pada waktu itu sebanyak 79 peratus orang yang miskin berada di kawasan itu, tetapi sekarang ia hanya tinggal satu peratus sahaja dan ia berkesan,” katanya kepada pemberita semasa meninjau projek pertanian tepat Lem-baga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Ladang Merdeka, Mulong, di sini semalam. Beliau berkata, untuk Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ini di Kedah, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memperbaiki sistem perairan yang ada bagi mengelakkan masalah seperti banjir dan sebagainya. Mohd Johari berkata, langkah yang sama juga akan diperkenalkan di Kada. Menurutnya, bagi tujuan pelaksanaan, lebih banyak kawasan tanaman padi diubah kepada mini estet untuk memberi peluang golongan petani mendapat pulangan lebih lumayan. “Sistem mini estet ini mampu meningkatkan pendapatan petani yang selama ini mengalami masalah gangguan proses penanaman dan tuaian yang tidak seragam. “Keadaan tersebut menyebabkan terdapat sesetengah orang tengah yang mengambil kesempatan mengenakan harga rendah kepada petani yang lambat mengeluarkan hasil tuaian,” katanya. Beliau berkata, langkah memperbaiki infrastruktur itu untuk meningkatkan pengeluaran makanan pada masa hadapan di samping projek tersebut turut berfungsi menjadi tebatan banjir. Mohd Johari berkata, buat masa ini perancangan awal meningkatkan infrastruktur berkaitan giat dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah pintu air dan terusan yang perlu dibaik pulih dengan melibatkan sebahagian daripada 96,558 hektar sawah di Mada. Menurutnya, sudah tiba masa sistem yang sedia ada diganti kerana digunakan selama 30 hingga 40 tahun dan jauh ketinggalan dibandingkan dengan negeri-negeri lain dari segi pengeluaran hasil. “Kekurangan sistem ini telah mengganggu proses penanaman padi dan keseragaman tuaian yang melibatkan seramai 48,740 warga penduduk desa tani di Mada,” katanya. Beliau berkata, pihaknya turut memberi tumpuan kepada beberapa lokasi di luar daripada Mada dan Kada yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan penghasilan padi dua kali setahun. “Kawasan yang berpotensi akan disediakan termasuk membina empangan baru dan sistem pengairan, contohnya di Gunung Raya, Langkawi mampu menyalurkan sumber bekalan air untuk proses penanaman padi dan ia merupakan suatu yang positif,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut





