30 pasukan bakal sertai Karnival Bola Sepak 9 Sebelah
![]() Penyelaras pertandingan, Azman Jaafar, berkata, pertandingan tersebut memerlukan 32 pasukan keseluruhan dan sekarang ini hanya dua pasukan lagi diperlukan bagi menjayakan perlawanan yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina. “Penyertaan ini kebanyakan daripada kelab pasukan bola sepak veteran, satu pasukan dari Terengganu dan Johor. “Bagi pasukan yang sudah berdaftar dan ada yang berminat, pihak penganjur mengalu-alukan supaya mereka hadir pada 10 Februari ini pada jam 4 petang di Kompleks USM,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, karnival berkenaan yang diadakan bagi mengeratkan hubungan pemain tersebut membolehkan pasukan menyertainya dengan menawarkan hadiah menarik termasuk hadiah pertama RM3,000 dan piala, manakala bagi hadiah kedua menawarkan hadiah RM1,500 dan hadiah bagi tempat ketiga dan keempat RM500 (masuk separuh akhir). “Bagi peserta yang layak menyertai sehingga masuk ke suku akhir dan mendapat tempat kelima dan kelapan pula akan mendapat RM150 satu pasukan. “Kejohanan bola sepak 9 sebelah ini juga terbuka kepada seluruh pemain di Kelantan dan dibuka kepada umum di seluruh Malaysia,” katanya. Karnival anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Sosial (KSKS) universiti memerlukan 13 pemain bagi satu pasukan dan mereka yang berminat dikenakan yuran RM300. Katanya, karnival tersebut bukan sahaja turut memberi promosi gaya hidup sihat, malahan merapatkan jurang pemain yang mewakili daerah dan negeri masing-masing. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





