Pengunjung : 19365 Ahad 14-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
475 golongan OKU terima elaun

TUMPAT - Seramai 450 Orang Kurang Upaya (OKU) menerima elaun pekerja cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diagihkan kepada penerima di Parlimen Tumpat di sini.

Pegawai JKM Tumpat, Rosni Yaakob berkata, agihan RM300 sebulan kepada OKU ini sebagai elaun pekerja cacat adalah rutin bulanan di sini sebagai Insentif kepada OKU untuk bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada keluarga atau orang lain.

Penyampaian elaun pekerja cacat disempurnakan oleh wakil Pengerusi Ma-yang, Wan Hanafi Wan Ismail yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat di pusat aktiviti masyarakat, JKM Tumpat.

Rosni berkata, elaun pekerja cacat juga sebagai penyelenggaraan pendapatan bagi memenuhi keperluan asas OKU dan penerima ini adalah antara OKU yang aktif berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang boleh menambahkan pendapatannya.

“Gunakan sebaik mungkin elaun pekerja cacat ini dan dengan elaun ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan pendapatan OKU lebih-lebih lagi yang sudah bekeluarga,” katanya dalam majlis tersebut.

Seorang penerima, Abdullah Mat Isa, 40 berkata, dia yang bekerja sebagai peniaga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk berdikari me-nyara keluarga.

“Saya tidak bergantung kepada elaun pekerja cacat semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga cuba hidup berdikari untuk me-ngubah nasib agar keluar dari belenggu kemiskinan.

“Walaupun tidak mewah seperti orang lain, tetapi saya bangga kerana mampu hidup berdikari lebih-lebih lagi ada sumber pendapatan lain,” katanya.