Kementerian diminta
segera pindahkan murid
![]() Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun berkata, murid SK Sri Wangi 2 terpaksa menumpang bangunan SK Sri Wangi sejak sesi persekolahan bermula 3 Januari lalu. Menurutnya, pada peringkat awal ibu bapa dan murid dijanjikan belajar di SK Sri Wangi cuma untuk tempoh dua minggu sahaja disebabkan masalah teknikal, tetapi masuk bulan kedua mereka masih menumpang di SK Sri Wangi 2 dan terpaksa belajar pada sesi petang. “Perkara ini menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa murid yang amat mengharapkan anak mereka dapat belajar sesi pagi di sekolah baru. “Kita berharap Kementerian Pelajaran memandang serius terhadap permasalahan ini demi meningkatkan kecemerlangan murid SK Sri Wangi 2,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat dan majlis dialog bersama Pemuda Barisan Nasional dengan Pegawai Pelajaran Daerah, di Wisma Persekutuan di sini. Zamzani berkata, beliau bangga dengan pencapaian murid dan pelajar di daerah Gua Musang sejak kebelakangan ini. Menurutnya, beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang, Muhammad Zahari Othman kerana telah menunjukkan kecemerlangan daripada segi pencapaian akademik sekolah di bawah seliaannya. Sementara itu PPD, Muhammad Zahari mengucapkan terima kasih dan me-ngalu-alukan kedatangan rombongan Pemuda BN ke PPD dan berharap program tersebut membawa kebaikan khususnya untuk kecemerlangan pendidikan di daerah Gua Musang. |
Lain-lain Artikel:-
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara
Pas, DAP sahabat setia
Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi
Zulkifli dakwa pemimpin ‘badut hingusan’ jejas Pas
Nik Aziz anggap DAP mula faham Islam
Isu lompat parti sengaja dihangatkan: Mustafa
Polis ambil keterangan Anwar hari ini isu ucapan ceramah
Tindakan Zulkifli diakui jejaskan PR
Sedia jumpa Najib - Guan Eng
Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama
Rakaman VCD Sungai Buloh fitnah: Anwar
Perodua tambah belian bahagian tempatan
Kementerian Pelancongan sasar 650,000 pelawat India
Tiada tanda gelombang kedua H1N1
Kerajaan mansuh bayaran wad untuk pegawai, pesara





