Pengunjung : 32465 Isnin 15-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
MB akui silap dalam

urusan Bazar Tok Guru
MB akui silap dalam

urusan Bazar Tok Guru

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN



:BACHOK :- :Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam urusan melibatkan Bazar Tok Guru di sini sehingga Kerajaan Negeri terpaksa membayar sejumlah wang kepada syarikat pembinaan terbabit bagi mengembalikan hak tempat berniaga kepada peniaga Arked Uda di tingkat satu pasar tersebut sebagaimana yang dijanjikan kerajaan sebelum ini.

:Bagaimanapun katanya, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat terbabit masih dirunding dan perkara tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob untuk diselesaikan.

:“Sebelum ini saya sudah sebut, Bazar Tok Guru akan diberikan kepada peniaga yang terpaksa keluar di Arked Uda dan Bazar lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), tetapi kesilapan berlaku menyebabkan jadi lain.

:“Akhirnya kita terpaksa tarik balik apa yang dibuat dan beli daripada syarikat untuk diberi kepada peniaga-peniaga terbabit, (bagaimanapun) janji tetap dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Bubur Asyura sempena sambutan bulan Muharam di Kampung Kemunting, Gunung Bachok di sini, semalam.

:Sebelum ini, bekas bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan dalam blognya bahawa Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk memba-yar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan kepada sebuah syarikat swasta bagi menebus tuntun perjanjian dengan sebuah syarikat swasta dalam urusan pembinaan Bazar Tok Guru.

:Syed Azidi berkata, perjanjian yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abd Rahman menyatakan seluas 1.5 ekar diperuntukkan untuk pembinaan Bazar Tok Guru manakala baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh syarikat Sensa Timur.

:Melalui perjanjian tersebut katanya, PMBK hanyalah mendapat tingkat dua dan tiga bangunan Bazar Tok Guru dan ia diperoleh selepas perbadanan tersebut membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang diberikan oleh syarikat tersebut.

:Sehubungan dengan itu, Syed Azidi yang juga penulis blog terkenal menyatakan Kerajaan Pas Kelantan terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada syarikat Sensa Timur Sdn Bhd bagi mendapat tingkat satu bangunan tersebut.

:Katanya, Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta iaitu RM30 juta hasil kehilangan dari pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada syarikat tersebut dan RM23 juta kerana menebus untuk mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru.

:Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, Nik Abdul Aziz bersetuju memberikan tingkat satu (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.