| Kekangan kewangan jejas usaha dakwah Orang Asli
Kekangan kewangan jejas usaha dakwah Orang Asli
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri menjelaskan kekangan kewangan merupakan antara punca usaha menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli di negeri ini tidak dapat dilakukan di semua penempatan masyarakat itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun, Kerajaan Negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih beberapa Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah Islam di kalangan masyarakat itu. “Kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki dan ia memberi ruang kepada penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) mengenai langkah kerajaan negeri menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli berikutan penganut agama lain kini aktif menyebarkan agama mereka di kalangan masyarakat itu. Mohd Amar berkata, penganut agama lain mempunyai sokongan dana yang kukuh untuk menjalankan misi mereka selain bersedia berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka. Sehubungan itu, Mohd Amar berkata, Kerajaan Negeri masih meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang bersedia berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli sebagai langkah mengukuhkan dakwah Islam. “Kerajaan Negeri juga menggalakkan Orang Asli menyertai program ladang rakyat dan diberikan bayaran elaun sebagai langkah mendekatkan golongan tersebut kepada Islam,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut
1 maut, 2 kritikal
Siapa cabar siapa?
Anwar digesa henti guna politik murahan
Nik Aziz imamkan solat Istisqa
Mangsa tidak syak pujukan berniat jahat
Kedudukan wakil rakyat Bebas ditetapkan
Turun padang pantau projek
Saksi tidak pasti kejadian khalwat Norman, Memey
Sebutan kes pelakon Darling 16 April
Pelakon lelaki ditahan reman
Ammar tampil mohon maaf kes ugut bunuh wartawan hiburan
Negara tempuhi transformasi ekonomi kali ketiga: Husni
Mayat dalam bonet kereta
Kaji semula benar gadis bawah 16 kahwin
Tiong Lai tunggu reaksi ahli sebelum umum tanding
Pencen tidak dituntut




