| Pembinaan generasi usahawan jadi keutamaan
Pembinaan generasi usahawan jadi keutamaan
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta di bawah Program Usahawan Berdikari (PUB) dalam usaha melahirkan lebih ramai kumpulan usahawan kecil dan sederhana di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Ke-wangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, Ke-rajaan Negeri akan menyusun semula program di bawah aktiviti keusahawanan supaya ia dapat dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu untuk memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat. “Kerajaan akan terus memberikan penekanan kepada enam aspek utama iaitu pembudayaan, latihan keusahawanan, peluang perniagaan, premis perniagaan, pembiayaan dan pemasaran dalam program pembangunan usahawan di negeri ini. “Untuk mencapai matlamat itu pada tahun 2010, sebanyak RM3.30 juta diperuntukkan di bawah PUB yang menggabungkan lima program pembangunan usahawan termasuk Program Gerakan Berdikari rakyat Kelantan, Program Khas Siswazah, Skim Kerjaya Pe-nganggur, Dana belia Niaga dan Tabung Usahawan Wa-nita,” katanya. Beliau berkata, di samping itu, sebanyak RM1.05 juta turut disediakan di bawah Projek Infrastruktur Usahawan yang akan diagihkan untuk setiap DUN dan Program Pembangunan Usahawan Tani. Husam berkata, Kerajaan Negeri juga peruntukan sebanyak RM400,000 pula disediakan untuk program Pembangunan Sumber Manusia bagi tahun 2010. “Kerajaan Negeri juga sedang menaik taraf pasar Kota Jembal, Kota Bharu, dengan pembinaan sebuah pasar baru yang berharga RM3 juta. Pasar tersebut dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada peniaga kecil di sekitar kawasan tersebut apabila siap kelak. “Di samping itu juga, sebanyak RM500,000 disediakan untuk membina dan memperbaiki pasar dan gerai di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka




