Pengunjung : 25756 Rabu 10-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Kerajaan Negeri peruntukkan RM1.2 juta Bantu bela rakyat termiskin

Kerajaan Negeri peruntukkan RM1.2 juta

KOTA BHARU - Prihatin dengan nasib mereka kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi membiayai program pembelaan rakyat termiskin.

Pengerusi Jawatankua-sa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebanyak RM200,000 diberi untuk penempatan semula penduduk, RM1 juta untuk Projek Bantuan Bekalan Air dan Elektrik dan RM2 juta untuk subsidi baja padi.

“Kerajaan juga akan meneruskan program membantu rakyat termiskin yang menghadapi penyakit kronik di mana sejumlah RM500,000 diperuntukkan, manakala RM800,000 lagi dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, Kerajaan Negeri telah menambah peruntukkan sebanyak RM2 juta di bawah aktiviti belia, manakala RM1.5 juta untuk aktiviti pembangunan sukan.

Manakala, beliau berkata, golongan armalah (wanita tanpa suami) terus dibela apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta.

“Kerajaan juga telah menambah peruntukkan bantuan am (bantuan bulanan) daripada RM4.40 juta kepada RM6.38 juta mulai 2009 dan peruntukkan sama disediakan pada tahun 2010.

“Peruntukkan ini disediakan sesuai dengan hasrat memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam ke arah mewujudkan masyarakat dan negeri sejahtera,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan dalam melaksanakan Program Perumahan Rakyat khususnya Program Perumahan Kos Rendah dan mampu milik.

Untuk itu katanya, Kerajaan Negeri peruntukan berjumlah RM3 juta disediakan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setia-usaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan kemudahan perumahan awam kediaman mampu milik.

“Kerajaan menaruh harapan tinggi supaya Kerajaan Persekutuan dapat membantu Kerajaan Kerajaan dalam menyediakan peruntukan bagi melaksanakan Projek Perumahan Awam Kos Rendah dan mampu milik sebagaimana yang disediakan kepada kerajaan negeri lain sejak sekian lama,” katanya.