| Bajet ala kadar: Mad Alwi
Bajet ala kadar: Mad Alwi
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Mad Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) menyifatkan Bajet 2010 negeri Kelantan yang dibentangkan semalam sebagai bajet ala kadar memandangkan kadar defisit yang semakin melebar. Mad Alwi berkata, Kerajaan Negeri dilihat terlalu bergantung pada sumber alam dan langsung tidak menyentuh mengenai penggunaan sumber manusia. “Kalau kita tengok punca hasil negeri Kelantan ada dua sumber. Satu hutan, kedua tanah. Sepatutnya selepas 19 tahun memerintah Kerajaan Negeri sepatutnya telah membina asas yang begitu panjang untuk membina sumber manusia tetapi tak ada sumber baru. Cuma yang baru nak minta ini pun adalah royalti. “Ini menunjukkan Kerajaan Negeri bergantung sepenuhnya kepada sumber yang diberikan oleh Allah sepatutnya kita guna akal fikiran kita untuk menambah hasil. “Baru negeri jadi makmur dan barulah kita ini khalifah Allah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet 2010 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini. Beliau berkata, Kerajaan Negeri perlu memikirkan perancangan lebih mendalam serta strategi yang baik bagi meningkatkan pendapatan serta hasil negeri melalui penyediaan rancangan pembangunan jangka panjang. “Jumlah defisit semakin melebar. Dulu RM20.2 juta sekarang RM29.5 juta yang menunjukkan tiada langkah kerajaan negeri untuk memajukan hasil perolehan Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah. “Kerajaan Negeri dilihat masih bergantung kepada hasil sumber asli seperti hutan dan tanah dan tiada kaedah lain untuk meningkatkan hasil negeri. “Sekarang ini mereka mengharapkan sumber bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Pas perlu ada kaedah yang lain untuk mencari hasil perolehan baru seperti penggunaan tenaga manusia atau rakyat Kelantan untuk memacu hasil perolehan negeri,” katanya. Md Alwi menganggap bajet yang dibentangkan itu masih lemah memandangkan banyak aspek yang perlu diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri diabaikan khususnya soal pengangguran yang langsung tidak disebut di dalam bajet itu. “Tak disentuh langsung soal pengangguran. Setiap tahun pelajar universiti dari Kelantan yang keluar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta hampir 5,000 dan mungkin juga lebih. Jika diambil kira jumlah pemerintahan dengan jumlah graduan ini sudah lebih 20,000 graduan. “Yang menjadi persoalannya, apakah alternatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan peluang pekerjaan kepada mereka ini? Kalau ada peruntukan sekalipun ia terlalu kecil. Bukan peruntukan yang menjadi persoalan tetapi apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata, sebab itulah setiap tahun, ramai anak Kelantan yang tamat pengajian terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk bekerja berikutan peluang itu tiada di Kelantan. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas




