PORNOGRAFI semakin hari semakin bermaharajalela dikalangan masyarakat Malaysia. Masih lagi memandang enteng terhadap virus pornografi ini. Hal ini kerana, kita tidak mengerti dan mengenal siapakah musuh kita.

Jika kita mahu memerangi musuh, maka wajar kita mengenali musuh. Setiap musuh pasti ada kelemahan. Tetapi hari ini, kita kehairanan kerana ramai di antara kita memuliakan musuh ini.

Pornografi ialah bahan atau unsur unsur yang terdiri daripada tulisan, gambar, visual realiti, dan video yang boleh meransangkan seksual seseorang. Hari ini unsur pornografi terlalu mudah untuk didapati.

Pornografi mampu merosakkan setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda dan apa jua status dari golongan profesional hingga ke agamawan. Penyakit mental ini juga ada pada ahli keluarga terdekat. Jika tidak dibendung maka haruan akan makan anaknya.

Terbaru, kita dikejutkan seorang kanak kanak 7 tahun telah didakwa merogol kanak kanak tadika. Persoalannya dari mana pemangsa ini belajar tentang rogol ini? Tidak lain tidak bukan mereka terpengaruh dengan unsur pornografi sejak kecil lagi.

Perlu diketahui, kanak kanak seawal 2 hingga 12 tahun mudah terpengaruh melalui visual. Apa sahaja yang mereka nampak, maka proses peniruan akan berlaku. Proses membezakan baik atau buruk belum berlaku. Tetapi kanak kanak ini meniru dek kerana ingin merasai apa yang mereka lihat.

Terdapat 3 langkah utama yang boleh diambil bagi mengekang pengaruh pornografi melekat di mental kanak kanak.

1. Elak bermesra di hadapan anak.

Menjadi suatu kebiasaan, ibu ayah perlukan masa masa bersama. Kemesraan ibu ayah semestinya di rumah demi mengeratkan kasih sayang. Namun jangan pula memperlihatkan kemesraan itu di hadapan anak anak.

Kemesraan itu bermaksud bergurau senda, bercium dan berpelukan sesama suami isteri. Benar, anak kecil seawal umur 2 atau 5 tahun tidak mengerti apa apa. Akan tetapi ingatan mereka sangat kuat. Apa yang mereka lihat, akan disimpan dan suatu masa mereka akan zahirkan bila bila masa. Tidak kira dengan adik kandung atau rakan rakan.

Ini satu kesan yang buruk. Anak anak tidak mengerti bahawa perbuatan itu salah kerana telah melihat ibu ayah sendiri lakukan. Mereka andaikan, apabila ibu ayah buat semuanya benar. Maka ibu ayah, elakkan bermesra di hadapan anak anak.

2. Jangan dedahkan aurat di hadapan anak.

Walaupun mereka anak anak kita, aurat ibu ayah dan anak anak tetap ada batasan. Sebagai ibu ayah usah memperlihatkan aurat anda di hadapan anak anak anda.

Telah menjadi kebiasaan, seorang bapa dengan sewenang wenangnya memakai sehelai tuala mandi sahaja tanpa berbaju di hadapan anak. Kemudian bapa tadi berehat di ruang tamu atau sambil bermain dengan anak anak.

Bayangkan seawal umur seorang kanak kanak telah melihat aurat seorang lelaki. Kesannya, apabila mereka meningkat usia, mereka merasakan berpakaian sebegitu tiada salahnya.

Jika anak perempuan, maka mereka tiada lagi perasaan segan silu terhadap kawan kawan lelaki begitu juga dengan anak lelaki. Maka perbualan harian mereka, gurauan sesama mereka pasti suatu hari akan memperkatakan tentang fizikal badan.

Daripada bercerita tentang fizikal badan secara lisan, mereka akan pergi ke suatu level dalam bentuk visual dan seterusnya akan merebak ke peringkat realiti iaitu ingin membanding bezakan bentuk badan seseorang dengan seseorang.

3. Kawal media sosial dan media massa.

Hari ini majoriti ibu ayah membekalkan telefon bimbit kepada anak anak. Dengan harapan anak anak ini dapat dikawal tingkahnya.

Seawal umur 2 tahun, seorang kanak kanak mampu mengenali icon YouTube. Mengapa ini boleh berlaku ? Kerana ibu ayah kerap membuka video video kartun pada anak anak. Sehingga satu peringkat, anak kecil tadi boleh buka apps tadi dengan sendirinya.

Pada awal pengenalan video pada anak anak sememangnya perkara perkara yang bermanfaat seperti didi & friends, omar & hana dan pelbagai lagi yang bermanfaat.

Tetapi lama kelamaan kanak kanak tadi telah bijak untuk mencari selain dari itu. Janji mereka mendapat keseronokan. Tambahan lagi, YouTube mempunyai iklan iklan pendek, yang mana kadang kala iklan iklan itu berunsurkan seks. Bayangkan ketika itu tanpa pengawalan ibu ayah, si anak tadi menonton tanpa ada rasa bersalah.

Hari ini, kebanyakan syatikat telco telah menawarkan pelbagai pakej internet. Ada sehingga unlimited kelajuan penggunaannya. Ini mendorong lagi anak anak kita yang giat membesar menerokai dunia maya tanpa sempadan.

Pengaruh televisyen pula tidak perlu diperkatakan. Ada segelintir ibu bapa hanya pandai memasang pelbagai channel tv. Dari barat hingga ke timur. Semuanya lengkap.

Tetapi, ibu bapa hari ini terlepas pandang hendak memberi kesedaran apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ditonton. Ini kerana ibu ayah pun sudah tiada KESEDARAN !

Dek kerana hanya nak mencari rezeki sahaja. Janji anak anak seronok. Maka berlakulah penyimpanan maklumat dengan apa mereka lihat dan dengar tanpa kawalan.

MOHD FADHLI OTHMAN

Speaker Modul Goodbye Pornography

 

 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TRAGEDI menyayat hati yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beberapa hari yang lepas telah mencetuskan kemarahan umum terhadap individu-individu yang disyaki melakukan perbuatan khianat menceroboh dan memulakan kebakaran tersebut.
  • BERSEMPENA dengan ketibaan 1 Muharram 1439H ini maka saya dan seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh negara ini.
  • ISLAMISASI merujuk kepada usaha untuk menjadikan Islam sebagai asas kepada segala pandangan, pemikiran, nilai dan budaya hidup dalam semua aspek kehidupan.
  • SAYA berasa sedih membaca rencana jawapan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap ulasan saya berkenaan parti Pas.
  • HARI Malaysia 16 September tahun ini nampaknya bakal disambut dengan persoalan adakah negara kita telah tergadai ke tangan Amerika akibat 1MDB?
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.