1. PARTI Amanah Negara (Amanah) merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi. Bagi Amanah ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan  dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukkan.

2. Beberapa kes tangkapan terhadap 'jerung besar' termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka.

3. Namun begitu, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalaikan dan dipesongkan dari isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia. Amanah sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan tindakan SPRM mutakhir ini.

4. Semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM  supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baru dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.

 

SALAHUDDIN AYUB

Timbalan Presiden

Parti Amanah Negara

10 Januari 2017

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AGAKNYA berapa jumlah graduan Pengajian Islam (PI) dari universiti di seluruh dunia, pemegang ijazah dalam pelbagai peringkat dalam bidang Usuluddin, Syariah atau lain-lain disiplin Pengajian Islam?
  • HUBUNGAN manusia dan kehidupan adalah pertengahan. Kebendaan semata-mata berteraskan makan, minum, nafsu syahwat, harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Kerohanian semata-mata menolak keduniaan, tidak berkahwin, malas mencari rezeki dan sebagainya.
  • PERTUBUHAN kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) berharap dunia antarabangsa tidak lagi bermain sandiwara dalam menangani isu kekejaman dan kezaliman kerajaaan Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya.
  • TAHUN 1989 menyaksikan keruntuhan Tembok Berlin dan faham komunis yang dilambangkannya. Ini disusuli dengan kemunculan satu orde dunia baharu yang disebut sebagai market-place society atau masyarakat pepasar.
  • DALAM tahun 2013, bekas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Zaman Khan pernah menyatakan kegusarannya kepada pihak media bahawa rasuah terbesar negara adalah melibatkan kebanjiran pendatang asing yang masuk ke Malaysia secara haram.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.