SUDAH bertahun-tahun lamanya pertubuhan bukan kerajaan mengenai linguistik telah menyuarakan, membahaskan, membincangkan, dan memanggil cara untuk meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia.

 Ramai juga telah berkongsi pandangan dan pendapat mengikut kefahaman dan kehendak acuan serta membentangkan kertas kerja masing-masing, namun tidak menemui noktah persetujuan.

 Dan yang terbaharu Angkatan Belia Islam Malaysia (1 Mac 2018) telah memberi pandangan mereka dengan menyatakan bahawa ‘pendekatan pengajaran’ yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah merupakan salah satu faktor kegagalan.

Apabila menyebut mengenai ‘pendekatan’ tentunya kita merujuk kepada ‘pedagogi’ (ilmu seni dan sains pengajaran) yang dipelajari oleh guru dan guru pelatih ketika mereka menjalani latihan pendidikan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Jadi adakah IPGM kini merupakan punca masalah bermula? Adakah pelatih guru tidak terlatih, berkelayakan dan berwibawa untuk mengajar Bahasa Inggeris atau mana-mana mata pelajaran lain? Adakah kurikulum Bahasa Inggeris di IPGM tidak memenuhi piawaian standard? Apakah yang dilakukan oleh IPGM atau pengurusan KPM untuk mengatasi dan memperbaiki isu ini?

Bagi mereka yang tidak terlibat sepenuhnya dalam ‘pengajaran dan pembelajaran’,  mungkin tidak faham apa yang sedang berlaku.

 Untuk memahami lebih lanjut tentang pengajaran dan / atau pengajaran Bahasa Inggeris, seseorang perlu mengetahui perbezaan antara konsep-konsep berikut:

 Terdapat empat konsep pengajaran yang termasuklah pendekatan, kaedah, teknik dan strategi.

i) Pendekatan pengajaran: adalah “cara pemikiran tertentu”. Kaedah pengajaran, teknik pengajaran, dan strategi pengajaran akan bergantung dan berkait rapat dengan pendekatan pengajaran yang kita ambil. Jika pendekatan adalah “cara berfikir” atau “falsafah peribadi”, pendekatan pengajaran mungkin berubah mengikut pengalaman kita sendiri. Ini bermakna pendekatan pengajaran adalah dinamik.

 ii) Kaedah pengajaran: adalah rancangan yang sistematik untuk penyampaian bahasa, yang berdasarkan pendekatan yang telah kita pilih. Reka bentuk kaedah pengajaran merangkumi objektif, sukatan pelajaran, aktiviti, peranan guru, peranan pelajar, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

iii) Teknik pengajaran: merujuk kepada strategi atau taktik yang digunakan guru untuk mencapai matlamat secara segera. Ia melibatkan kemahiran dan aktiviti bilik darjah tertentu. Sebagai contoh, “latihan dan latih tubi” dan “penyelesaian masalah berkumpulan”. Teknik yang kita gunakan akan bergantung pada kaedah dan pendekatan pengajaran kita.

 iv) Strategi pengajaran: adalah rancangan yang bertujuan mencapai matlamat; ia lebih berbentuk umum daripada teknikal. Strategi mengajar bertujuan untuk membantu pembelajaran berlaku. Ia boleh melibatkan pelbagai cara menganjurkan kelas dan merancang pelajaran.

Terdapat empat pendekatan yang diajar dan dikongsi untuk pengetahuan guru pelatih iaitu Integratif, Induktif, Deduktif dan Eklektik.

 Pendekatan eklektik, adalah gabungan dari mana-mana pendekatan pengajaran lain, seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif.

Dalam pengajaran Bahasa Asing, ramai guru menggunakan gabungan kedua-dua pendekatan langsung dan tidak langsung.

 Walaupun ada yang menyarankan penggunaan Pendekatan Tatabahasa adalah mudah untuk guru, tetapi pendekatan yang berbentuk terlalu intelektual tidak akan memberi kelebihan kepada murid biasa; boleh membunuh semangatnya untuk pembelajaran bahasa, memberikan sedikit peluang untuk menguasai bahasa lisan yang akan digunakan dan / atau murid tidak dapat memperoleh pemahaman yang sebenar dalam penguasaan tatabahasa kecuali dia pernah menguasai aspek yang diucapkan.

Ada juga sesetengah guru mencuba pelbagai cara dari Pendekatan Tidak Langsung yang sebenar, dengan harapan dapat mengurangkan kandungan intelektual pelajaran mereka dan memberi murid peluang untuk bercakap.

Pengajaran Pendekatan Langsung tidak dapat memberikan jumlah bilangan perhubungan percakapan aktif yang diperlukan untuk murid mula ‘berfikir’ dalam bahasa tersebut.

 Memang benar pelajar bahasa kedua perlu mempunyai pengetahuan mengenai blok tatabahasa untuk membantu mempercepatkan perkembangan kecerdasan lisannya. Jadi siapa sebenarnya yang boleh membantu menyelesaikan isu ini?

* Penulis ialah pendidik di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai Kuala Lumpur