SHAH ALAM - Pas menegaskan perancangan yang dilontarkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikannya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki tidak mewakili pendirian dan keputusan parti itu.

Pengarah Eksekutifnya, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, kenyataan Zuhdi itu merupakan pandangan peribadi beliau dan perbincangan tidak formal dalam aplikasi whatsapp AJK Pas Pusat yang telah dibocorkan dan kini viral dalam media sosial.

"Pendapat yang dikemukakan Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi beliau yang dikomunikasi melalui media sosial dan bersifat informal.

"Pas sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tuntut Hadi jawab dua perkara ]

Mengulas lanjut, Dzulkefly menambah segala perbincangan dan kajian yang dikongsikan dalam kumpulan whatsapp AJK Pas Pusat yang menimbulkan kontroversi itu tidak menggunakan kaedah "scenario planning".

"Pelbagai senario lain yang merangkumi kemungkinan-kemungkinan termasuk yang paling buruk atau 'worst case' juga telah dibincangkan secara sumbang saran," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya Pas tetap konsisten dengan perjuangan PR serta mendukung dasar bersama seperti mana yang diulangi oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perbahasan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) tidak wajar dihentikan atas apa juga alasan.
  • KOTA BHARU - Pas menafikan tindakan mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek di sini dibuat kerana dendam.
  • KUALA LUMPUR - Cadangan Pas mahu menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) mungkin kerana baru menyedari perkara itu perlu mendapat sokongan.
  • SHAH ALAM - "Hanya orang yang ‘otak senget’ memanggil Bugis sebagai lanun," kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
  • GOMBAK - Pas memberi gambaran Rang Udang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bakal dibentangkan selepas PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.