PRU13 lalu menyaksikan persembahan terburuk Ba-risan Nasional (BN) di negeri Selangor. Daripada 56 kerusi yang dipertandingkan BN hanya mampu memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam PRU12 (2008) punca terbesar kekalahan BN Selangor merupakan tsunami politik kawasan bandar dan pantai barat yang melebar di seluruh Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang sehingga ke Kedah dan sebahagian Negeri Sembilan dan Melaka.

PRU13 (2013) membawa senario berbeza. BN merampas kembali Kedah, Perak dan beberapa kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Namun mengejutkan BN Selangor menga-lami kekalahan lebih teruk ber-banding 2008.

Salah satu faktor dilihat menye-babkan BN Selangor gagal mem-perbaiki prestasi pada 2013 ialah kekurangan pemimpin berwibawa untuk ditonjolkan sebagai pemimpin negeri Selangor. Berbanding Kedah yang menonjolkan Mukhriz Mahathir dan Perak membawa nama Zambry Abdul Kadir, BN Selangor gagal menonjolkan calon menteri besar berwibawa untuk memimpin negeri termaju ini pada 2013.

Nama-nama seperti Budiman Mohd Zoohdi (Sungai Panjang), Shukor Idrus (Kuang), Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali), Johan Abdul Aziz (Semenyih), Shamsudin Lias (Sungai Burong) dilihat tidak menampakkan aura kepimpinan yang mantap untuk menandingi Khalid Ibrahim ketika itu.

Kali ini BN akan berhadapan Pakatan Harapan dengan diketuai Azmin Ali dan tidak mustahil Ezam Mohd Noor dan Nik Nazmi akan ditonjolkan sebagai pengganti kepada Azmin. Siapa panglima perang BN Selangor yang akan dilihat sebagai pengganti Azmin untuk mengangkat sumpah sebagai menteri besar jika BN menang?

Mahu tidak mahu, BN Selangor harus menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada barisan yang ada hari ini. Bukan mereka yang ada tidak bagus, namun aura kepimpinan tidak mencukupi untuk menandingi barisan kepimpinan Pakatan Harapan.

BN Selangor tidak boleh me-nolak hakikat kepimpinan yang kuat adalah salah satu faktor untuk menarik sokongan pengundi. Ini dilakukan oleh Terengganu dengan perwatakan Idris Jusoh pada 2004, Mukhriz Mahathir (Kedah 2013), Zambry Abdul Kadir (Perak 2013).

Merampas kembali negeri tidak sama dengan pertukaran biasa menteri besar. Selangor boleh melantik menteri besar kurang berpengalaman seperti Dr Moha-mad Khir Toyo pada 2000 kerana ia peralihan kuasa. Namun untuk merampas sebuah negeri yang dipenuhi oleh lautan pengundi terpelajar, ia memerlukan lebih daripada isu caj plastik 20 sen.

Mungkin sebab itu juga sebuah portal pro-Umno, MYKMU.NET, mendedahkan ada usaha membawa tokoh-tokoh tertentu sebagai calon Dun Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Nama Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kewangan Kedua, adalah antara yang ditonjolkan. Johari sebagai anak jati Kampung Pandan mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat selama 25 tahun.

Pengalaman beliau sebagai Pengerusi Uda, ahli Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera dan Menteri Kewangan kedua akan membantu Selangor merancang pembangunan yang lebih baik terutama dari segi perumahan kos rendah dan mampu milik yang gagal ditangani oleh Pakatan hari ini.

Pengalaman politik beliau merampas Parlimen Titiwangsa dari pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah satu aset dalam usaha menawan kembali Selangor.

Johari bukan saja seorang akauntan bertauliah yang mema-hami pembangunan ekonomi negara tetapi juga lahir di celah-celah kemiskinan negara pada 1964. Gabungan latar kanak-kanak dan tokoh korporat beliau akan mem-bolehkan beliau memahami denyut nadi Selangor yang dilihat mem-punyai dua paradigma iaitu bandar dan luar bandar.

Secara teknikal Johari adalah anak Selangor kerana Kuala Lumpur hanya dipisahkan dari Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Lagi pun Azmin kelahiran Singapura pun dilantik juga menjadi menteri besar.

Selain Johari, nama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan turut mendapat perhatian. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini merupakan bekas Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Subang Jaya semasa di bawah pentadbiran Mohamad Khir Toyo. Pengalaman beliau dalam pen-tadbiran Selangor dan PBT meru-pakan aset penting dalam menjadi menteri besar.

Nama lain yang boleh diper-timbangkan ialah Datuk Dr Karim Mansor bekas Adun Tanjong Sepat yang digugurkan dalam pilihan raya lalu. Menurut sumber, Dr Karim akan dicalonkan semula untuk merampas Dun Tanjong Sepat dalam pilihan raya akan datang.

Kedudukan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Sepang, pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor selama lapan tahun merupakan aset politik penting untuk diterima oleh kepimpinan BN Selangor.

Dr Karim juga berpengalaman luas dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan selama lebih 10 tahun sebelum membuka klinik sendiri, adalah satu bonus untuk Selangor yang diancam wabak denggi di bawah pentadbiran Pakatan.

Pengalaman sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor selama lapan tahun juga mem-bolehkan beliau berkhidmat di peringkat tertinggi pentadbiran negeri dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri dan PBT.

Pengerusi BN mungkin mempunyai beberapa calon lain lagi. Apa yang penting selain manifesto yang mantap, BN Selangor harus mema-suki pilihan raya umum kali ini dengan calon-calon menteri besar yang berwibawa dan mampu menyaingi karisma Azmin.