APA yang berlaku di Timur Tengah perlu dilihat dengan kerangka yang luas bukan sahaja pertembungan Sunni dan Syiah yang hanya strategi untuk melaga-lagakan umat Islam.

Antaranya ialah perebutan kuasa-kuasa besar untuk menakluk kawasan yang kaya dengan minyak. Sangat menarik kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh ISIS sama ada di Iraq atau Syria adalah kawasan yang kaya dengan minyak. Ini menimbulkan banyak persoalan.

Perancangan Israel juga mesti diambil kira untuk meluaskan jajahannya bagi mencapai matlamat Israelraya yang merangkumi seluruh negara Arab.

Dalam krisis Syria, ia sangat komplikated dan payah untuk dirungkai.

AS, Saudi Arabia, Turki dan kebanyakan negara-negara Teluk mengambil pendekatan untuk menjatuhkan regim Basyar Al-Asad dengan matlamat yang berbeza. Matlamat AS ialah untuk menyelamatkan Israel ( pendirian AS berubah-ubah). Matlamat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang bersama dengannya untuk menghentam Iran yang bersekutu dgn regim Basyar. Matlamat Turki untuk menjaga sempadannya dari pemberontak Kurdis.

Iran pula menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk mempertahan dan mengukuhkan kedudukannya kerana Syria hanyalah satu-satu negara di Timur Tengah yang menjadi sekutunya.

Rusia juga menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk menandingi kuasa hegemoni AS. Setakat ini Rusia berjaya apabila diberikan keizinan pengkalan tentera lautnya dibina di Tortuz, Syria (Satu-satunya pengkalan tentera laut Rusia yang berada di laut lepas).

Krisis yang berlaku ini yang menjadi mangsanya ialah rakyat Syria. Justeru perlu kepada kaedah yang tuntas untuk menyelesaikan krisis ini supaya ianya tidak berpanjangan yang akan menambahkan lagi pertumpahan darah. Teringat amaran Nabi S.AW yang menyebut antara apa yang akan berlaku di akhir zaman; orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh dan orang yang membunuh tidak tahu kenapa dia membunuh.

Semoga ALLAH menyelamat dan mengeluarkan umat Islam daripada fitnah ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUDAH menjadi lumrah, setiap pembaharuan yang dilaksanakan, tidak mudah diterima dalam sekelip mata, lebih-lebih lagi melibatkan sektor pengangkutan awam yang moden seperti MRT.
  • UKHIYA - Sebanyak 120 tempat perlindungan atau shelter berjumlah RM80,000 yang diperoleh dari dana SINAR4ROHINGYA dibina di Kem Pelarian Balukhali, di sini.
  • PASIR PUTEH - Walaupun kelompok pembeli belalang tidak besar, peniaga Pasar Besar Pasir Puteh di sini, tetap menjualnya bagi memenuhi permintaan pelanggan tetapnya.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menugaskan 60 pegawai dan pakar perubatan di hospital medan yang akan dibina di kem pelarian etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.
  • KUALA LUMPUR - Influenza atau demam selesema mungkin jangkitan saluran pernafasan yang biasa berlaku di Malaysia, namun jangan sesekali mengambil mudah penyakit ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.