SARAWAK secara rasmi diberi kemerdekaan oleh British pada 22 Julai 1963 dan bergabung dengan Malaya, Sabah dan Singapura, dalam Persekutuan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963.

Sepatutnya Sarawak berhak mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka pada 22 Julai oleh kerajaan Malaysia

Sebagai memperingati hari kemerdekaan tersebut, sepatutnya Kerajaan Negeri Sarawak diberi cuti khas sempena  hari kemerdekaan tersebut.

Malahan Sarawak perlu meraikan tarikh bersejarah tersebut setiap tahun sebagai tanda mengingati hari kemerdekaan sebelum Sarawak bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya dalam pembentukan negara Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Sarawak sepatutnya dapat menguruskan pentadbiran negeri dengan baik dengan sumber hasil galian yang cukup banyak untuk menampung pembelanjaan negara.

Kerajaan Negeri Sarawak perlu bersikap adil pada semua rakyat agar dapat hidup dalam kesejahteraan dan bahagia.

Kita mengesa Kerajaan Negeri Sarawak mewartakan setiap 22 Julai sebagai hari kemerdekaan setiap tahun mulai tahun depan.

Sempena hari kemerdekaan Sarawak, kita harap rakyat Sarawak dapat hidup aman sejahtera dan makmur.


Jofri Jaraiee
Pas Sarawak

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.