PERIHAL Menteri Pengangkutan Anthony Loke secara terbuka eng­gan menerima telefon bimbit yang dihadiahkan penganjur sebuah majlis baru-baru ini tersebar pantas dan meluas.

Katanya, beliau tidak boleh teri­ma hadiah itu berdasarkan pen­di­rian tegas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Tindakan tegasnya itu, katanya, selari dengan konsep walk the talk (kotakan kata) yang wajib diamalkan setiap pemimpin PH.

“Apabila panggil kami rasmi maj­lis lain kali jangan bagi hadiah,” katanya pada majlis itu sebaik sahaja mengembalikan telefon bimbit yang dihadiahkan pihak berkaitan kepadanya.

Banyak pihak memuji Anthony Loke atas tindakan tegasnya itu. Tidaklah dihairankan dengan reaksi demikian sebab itulah pertama kali mereka menyaksikan perkara seperti itu di kaca TV sedangkan ia bukanlah perkara baharu.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, ketika baharu menjadi Perdana Menteri pada 10 Mei lalu menegaskan, menteri, termasuk beliau, hanya boleh terima makanan dan buah-buahan sebagai hadiah.

Dr Mahathir tentunya akan sekali lagi menggunakan peluang memimpin kerajaan yang masih baharu dan tidak dicemari unsur- rasuah dan lain-lain masalah besar ini untuk membersihkan Malaysia daripada segala anasir bahaya dan tidak sihat yang boleh merugikan rakyat dan negara.

PH pastinya ingat atas landasan itulah juga parti baharu itu dipilih mengambil alih pentadbiran negara, menggantikan BN yang sudah mentadbir selama 61 tahun.

Pendirian yang selaras dengan azam memerangi rasuah dan salah guna kuasa itu lebih awal ditunjuk­kan oleh beberapa ahli Parlimen la­ma sebelum PRU14. Tabik dan tahniah.

Kelmarin, Istana Negara memu­tus­kan tidak akan menganugerahkan sebarang pingat sempena sambutan ulang tahun keputraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 9 September depan.

Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak tahu sebabnya, tetapi merasa kerana buat masa ini mereka tidak tahu kepada siaý, pingat dan bintang hanya patut diberi kepada mereka yang berkhidmat kepada negara, bukan kerana menyokong pemimpin.

Semua ahli Parlimen PH pun sudah mendengar taklimat menge­nai usaha membanteras rasuah dan salah guna sebelum isytihar harta kepada pemimpin mereka.

Semua ini adalah tindakan baik yang menunjukkan kesediaan wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan komitmen memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Ini juga jelas keazaman peme­rintah untuk memperkasakan integriti di semua peringkat.

Perlu disebut  mungkin ramai tidak tertarik dengan cara Pas ber­politik, namun hakikat bahawa wakil-wakil rakyat dari parti Islam itu tidak pernah dibuktikan terlibat dengan rasuah masih boleh diambil menjadi teladan.

Keputusan Istana Negara tidak menganugerahkan sebarang bin­tang dan pingat kali ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Semua pihak dan rakyat yang cintakan negara ini perlu menyo­kong dan memberi kerjasama da­lam usahagigih kerajaan dan pihak berkuasa seperti SPRM untuk mem­banteras rasuah dan segala gajala tidak sihat.

Imej negara kita akan tetap tercalar dan ekonomi terjejas jika rasuah dan salah guna kuasa masih brrleluasa.

Gejala yang menjadi musuh negara ini perlu dihapuskan di peringkat akar umbi kalau kita mahu negara kita benar-benar maju, membangun dan dipa ndang tinggi di sel3oroh dunia.

Cukuplah kita jadikan segala masalah dan kesilapan lalu sebagai iktibar untuk kita bergerak ke depan dengan dagu ke atas.