1. ANTARA perkembangan tidak enak dan kurang menarik dalam sesi pembentangan Bajet tahun ini ialah apabila Perdana Menteri mengambil masa terlalu banyak dalam berlebihan mempromosikan BN.

2. Sedang ini adalah Bajet Kerajaan, Bajet Negara. Memaparkan lambang dacing BN di skrin besar dalam Parlimen juga satu langkah yang nyata memperlihatkan kepada umum seperti BN benar- benar terdesak sehingga saat pembentangan Bajet dijadikan peluang untuk berkempen bagai di pentas pilihan raya.

3. Saya kesal perkembangan seperti ini dan harap ia tidak berulang di lain masa. Sebagaimana pihak BN mahu ahli Parlimen bukan kerajaan menghormati mereka, sewajarnya mereka juga tahu menghormati ahli Parlimen bukan kerajaan.

4. Logo dacing bukan logo kerajaan, Ia logo parti. Bajet 2017 bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan. Maka tiada sebab kenapa logo dacing di pertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen.

5. Seharusnya mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen. Kalau tidak ianya adalah salah guna kuasa eksekutif ke atas Parlimen. Saya mohon Tan Sri Speaker bertegas dalam mengawal bahan yang boleh dipaparkan yang tidak berkaitan dengan bahan pembentangan demi menjaga kemuliaan dewan.

6. Ia mungkin dilihat isu kecil oleh pihak BN, tapi saya melihat ia sebagai isu sikap dan kematangan dalam berpolitik. Kalau sedikit tidak mengapa tetapi kalau berulang kali mempromosikan BN dalam pembentangan Bajet 2017 maka tidak hairanlah kalau ada yang senak telinga mendengarnya.

Sekian.

NASRUDIN HASSAN

Ahli Parlimen Temerloh

Ketua Penerangan Pas
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAHASA Melayu sudah terjamin kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.
  • TAHUKAH anda, setiap rakyat Malaysia membuang sampah secara puratanya sebanyak 0.8kg setiap hari? Negara kita menghasilkan lebih kurang 15,000 tan sampah setiap hari. Jika kesemua sampah ini dikumpulkan, sampah-sampah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur dalam jangka masa 9.5 hari!
  • PILIHAN Raya Umum ke-14 pasti sahaja semakin hampir. Debarannya kian terasa. Ia sememangnya menjadi detik yang dinanti saban 5 tahun sekali bagi rakyat melakukan perubahan secara total.
  • SEMALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis satu tweet berkenaan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengalih kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang akan diiktiraf sebagai ibu negara Israel.
  • SEKARANG ini berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 5 hingga 9 Disember ini. Asasnya, Umno bukanlah sekadar parti biasa. Perjuangan Umno adalah perjuangan kepada rakyat. Umno bertahan sehingga 71 tahun di persada politik Malaysia kerana bertindak sebagai penjaga dan pelindung kepada bangsa Melayu. Ideologi yang mendasari kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu yang konsisten serta tidak berubah semenjak awal penubuhan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.