PERSATUAN  Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) memuji sikap proaktif Bank Negara Malaysia dalam menganjurkan dialog dengan kadar segera untuk menyelesaikan krisis kadar kelulusan pinjaman sewa-beli yang rendah dan lambat. Kami percaya situasi akan bertambah baik dengan penjelasan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia dan mengharapkan tindakan segera.
 
Peda, Proton Edar, Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua), DRB-HICOM, Perodua Persatuan Peniaga (PDA) dan 11 orang ahli dari Persatuan Automotif Malaysia mewakili dialog dari industri automotif.
 
Peda memahami dan bersetuju dengan objektif dan niat garis panduan yang menggalakkan pinjaman berdasarkan kemampuan tetapi terdapat banyak pendapat berkenaan dengan tafsiran ‘kemampuan’ dan inilah yang menjadi punca utama krisis. Walaupun dalam rekod Bank kadar kelulusan adalah 54 peratus bagi pembiayaan kenderaan pada bulan Januari, sejumlah besar dari permohonan pinjaman tidak diterima lansung untuk pemprosesan (dan tidak diambil kira dalam statistik Bank) dan jika dicampur, jumlah kadar kelulusan hanya 30 peratus.
 
Industri memahami objektif Garis Panduan Bank Negara yang menggalakkan pinjaman berdasarkan kemampuan tetapi tafsiran kepada kemampuan harus dimaklumkan secara terperinci oleh pihak Bank. Kami telah diberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil untuk melncarkan pelaksanaan terhadap Garis panduan itu.
 
Industri automotif telah membentangkan dan menyuarakan isu yang seragam berkaitan dengan impak dari Garis Panduan BNM untuk jualan automotif, yang akan memberi kesan ‘snowball effect’ secara langsung ke atas jualan kereta dan serta ekosistem keseluruhan termasuk pengeluaran automotif keseluruhan. Selepas hampir dua jam berdialog, isu utama krisis adalah dari segi pelaksanaan dan bukan pada Garis Panduan.
 
Pihak industri juga telah mengemukakan kebimbangan kami apabila banyak polisi penting (Seperti Pemindaan Akta Sewa Beli dan juga Garis Panduan Bank Negara ini) yang boleh menjejaskan kemampanan (sustainability) industri seperti industri automotif tidak dibincangkan secara terperinci dahulu dengan Kementerian berkepentingan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan serta pihak berkepentingan yang lain daripada industri. Industri automotif adalah di bawah bidang kuasa pelbagai Kementerian / Agensi kerajaan dan apabila tiada komunikasi diantara satu sama lain, industri automotif seoleh oleh dipandu tanpa hala tuju.

Hampir 90 peratus daripada jumlah pengeluaran industri kereta dihasilkan untuk pasaran tempatan, jadi secara  tidak-langsung, rangkaian Peda menjadi salah satu pihak utama dalam industri automotif. Industri automotif menyumbang besar kepada pendapatan negara melalui duti eksais dan cukai yang dibayar dan sebarang kejatuhan jualan kereta rangkaian kami akan juga menjejaskan pendapatan kerajaan dan pekerjaan secara keseluruhan.
 
Berlandaskan objektif pinjaman berdasarkan kepada Kemampuan, Peda merancang untuk berjumpa dengan MITI dan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan rayuan untuk semakan terhadap eksais kenderaan dan cukai atau cara-cara lain untuk mendapatkan harga kereta yang lebih murah supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk membeli kereta dan kepada yang mampu, supaya mereka tidak di bebankan dengan pinjaman bank yang tinggi (disebabkan harga kereta yang mahal). Purata nisbah Penduduk dan kenderaan dalam negara-negara membangun (seperti Amerika dan Eropah) adalah tiga kali lebih tinggi daripada Malaysia kerana kereta mereka adalah lebih murah.
 
Dengan harga kereta yang lebih murah, lebih ramai rakyat Malaysia dapat membeli kereta berdasarkan kemampuan tanpa menjejaskan ekosistem automotif. Dengan cara itu, kita dapat mengekalkan ekosistem automotif dan juga mempertingkatkan lagi jualan kereta tempatan. Skala Ekomoni juga dapat dicapai dan rakyak akan mendapat kenuntungan.
 
Peda juga akan mendapatkan penjelasan lanjut dari kerajaan mengenai hala tuju masa depan industri automotif kerana terdapat banyak dasar-dasar dan polisi-polisi yang diperkenalkan yang boleh membahayakan kemampanan industri.
 
Peda juga, sebagai pengantara (intermediary) diantara Bank dan Pelanggan akan sentiasa menjadi pihak yang dipersalahkan (oleh pelanggan) apabila pinjaman mereka ditolak / dikurangkan atau pinjaman mengambil masa terlalu lama untuk kelulusan. Peda mewakili dan bertindak bagi pihak pelanggan dan juga beribu-ribu usahawan lain seperti jualan penasihat, pengedar, ejen insurans motor dan vendor. Persatuan Pengguna sepatutnya mewakili pihak pengguna yang terlibat kerana merekalah sebenarnya mangsa dari salah tafsir Garis Panduan.
 
Resolusi dari dialog itu adalah supaya institusi Bank dapat mengeluarkan satu garis panduan standard untuk mendidik orang ramai mengenai kriteria kelulusan piawai dan dokumentasi standard yang diperlukan untuk pemprosesan pinjaman kenderaan.
 
Jika salah tafsiran garis panduan BNM ini tidak dapat diselesaikan dengan kadar segera dan garis panduan standard untuk kelulusan pinjaman kepada pembeli kereta tidak dimaklumkan kepada awam, orang awam akan berhenti mengunjungi mana-mana bilik pameran kereta kerana mereka berfikir mereka tidak layak untuk memohon pinjaman kereta. Jika kita telah sampai ke tahap ini, seluruh ekosistem akan teruk terjejas.


Armin Baniaz Pahamin, Presiden Peda