• *AGAKNYA ilmu hitam apa yang dipakai oleh Jho Low. Satu dunia mencarinya tetapi masih gagal mengesan laksawan @ bilionair berwajah dempak itu.
  • *MANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihadapkan ke mahkamah Khamis lalu, kali ini bersama mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. Seperti yang dilaporkan media, kedua-dua mantan itu didakwa berhubung skandal 1MDB...
  • *SEMALAM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke mahkamah atas 45 pertuduhan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram mencecah RM114 juta.
  • *SEMUA legaaa! Kementerian Pendidikan memaklumkan tiada sebarang perubahan pada kalendar cuti persekolahan tahun hadapan. Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata, orang ramai khasnya ibu bapa serta guru diminta supaya jangan panik.
  • *HANYA beberapa jam setelah Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Rahim dilepaskan daripada reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), anak sulungnya pula dicekup.
  • *SETELAH 40 tahun gigih dan tabah berjuang dalam Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed akhirnya mengumumkan keluar dari parti itu.
  • *LALUAN semakin hampir untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi anggota Parlimen, dan – jika ada rezeki – akan menduduki kerusi perdana menteri. Bakal Presiden PKR itu akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson yang dengan rela hati dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah – “saya bukan askar upahan.”
  • *PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan parti itu akan membentuk gagasan baharu dengan Pas menjelang PRU15.
  • *TAMAT sudahlah musim berjoli badak! Setelah eberapa bulan kita bergembira kerana bebas dari cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kini datang pula cukai baharu.
  • *ADA sesetengah pihak merasa bimbang kedudukan agama Islam, kedaulatan raja-raja serta hak orang Melayu dipertikaikan oleh kerajaan Malaysia baharu. Kelompok ini memperlekeh PH kerana dalam tempoh 100 hari gagal berbuat sesuatu untuk menguatkan Islam dan meningkatkan kedaulatan raja-raja Melayu. Malah, ada andaian bahawa Islam akan dipinggirkan, Kristian dimartabatkan, dan Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri.
  • *PARLIMEN membenarkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuka semula siasatan 1MDB yang failnya telah ditutup pentadbiran dulu.

  • *SATU lagi penyelewengan telah didedahkan. Lim Guan Eng memberitahu Parlimen bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ duit bayaran balik GST. Menurut Menteri Kewangan itu, wang yang lesap itu – jumlahnya RM18 bilion! – ialah bayaran yang sepatutnya dikembalikan semula kepada peniaga.
  • *SIAPA agaknya yang memberi cadangan kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) supaya syarikat pelaburan negara itu berniaga coli? Terbukti cadangan bergeliga itu telah menyebab Khazanah rugi hampir RM80 juta, seperti yang didedahkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.
  • *DATUK Seri Najib Razak tidak dapat mengesahkan atau menafikan isi surat yang dihantar kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), beberapa hari sebelum PRU14. Kata bekas perdana menteri itu, secara polisinya perkara seperti itu tidak wajar diberikan komen memandangkan ia merupakan rahsia kerajaan.
  • *SIDANG Parlimen pertama kerajaan PH mencatat sejarah apabila banyak tempat duduk bertukar. Almaklumlah yang dulu kerajaan kini pembangkang, yang dulu pembangkang kini kerajaan.
  • KHAIRY Jamaluddin kesal Umno masih tidak berubah, walaupun telah diadakan pemilihan parti baru-baru ini. Ahli Parlimen Rembau itu bertanya, dan menyindir: “Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum? Kutip tabung untuk mantan presiden dan repeat semula?”
  • *SEKARANG musim tangkap. Tiap-tiap hari ada sahaja orang kena tangkap, tidak kira orang biasa atau orang luar biasa. Lepas tangkap mereka yang berkenaan akan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat. Sekarang juga musim beku akaun bank.
  • MULANYA disangka hanya RM juta-juta, rupanya bilion. Lebih tepat lagi RM1.1 bilion! Itu adalah nilai jumlah barang-barang yang dirampas pihak berkuasa dari beberapa kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • *SETELAH teruk dilanda tsunami pada 9 Mei, pelbagai tanggapan dan gelaran diberikan kepada Umno. Parti terbesar orang Melayu itu dianggap sebagai dahan rapuh yang menanti runtuh, tidak boleh lagi dijadikan tempat bergantung. Ada yang menganggap parti cap keris itu sebagai rumah usang yang berlubang dan bergoyang...
  • *DULU-DULU dapat duit raya 10 sen, sudah dikira hebat. Kalau dapat RM1 boleh bersorak keliling kampung, tidak ternilai besarnya.Sekarang budak-budak kita tidak hairan 10 sen, RM1 pun mereka malas hendak pandang. Sebab mereka harap kalau duit raya paling koman pun RM5; kalau RM10 atau RM50 lagi sedap.
  • *WALAUPUN dakwat di jari telunjuk sudah hilang, ada sesetengah orang masih tidak dapat menyesuaikan diri – dan perasaan – dengan keputusan PRU14. Bagi pengundi yang telah membuat pilihan tepat, tempoh bersorak dan riang ria telah tamat; sekarang adalah masa untuk bekerja keras.
  • *TENTU ada seorang dua yang tidak puas hati, dan marah-marah. Tetapi sebahagian besar rakyat, khasnya pengundi, mengalu-alukan tindakan kerajaan Pakatan Harapan membubarkan beberapa agensi.
  • *BIASANYA hari ulang tahun - tidak kira individu, syarikat, pertubuhan, NGO dan sebagainya – akan dirayakan dalam kemeriahan. Tetapi tidak pada ulang tahun Umno yang ke-72, baru-baru ini. Tidak ada potong kek, tidak ada pulut kuning, tidak ada nyanyian, tidak ada tawa dan gurau senda...
  • *SETELAH beberapa jam seluruh rakyat berada dalam kegelisahan, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya sah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.
  • *HANYA tiga hari sahaja lagi sebelum kita meraikan PRU14 pada 9 Mei. Pilihan raya yang dianggap oleh semua orang sebagai paling hebat, paling sengit. Inilah yang disebut oleh semua pihak – kerajaan, pembangkang, pengundi, dan orang ramai – sebagai ‘ibu segala pilihan raya’.
  • *ADA yang merajuk, ada yang keluar parti, ada juga yang bertanding untuk melawan tauke. Demikianlah, setiap kali pilihan raya, dan setelah nama-nama calon diumumkan pasti ada suka dan ada duka. Mereka yang dicalonkan tentu sekali gembira tidak terkira.
  • *ADA blogger Umno yang menyifatkan Tan Sri Rais Yatim ‘semakin gila’, dan mencadangkan politikus veteran itu berundur atau dipecat dari parti. Ini berikutan gesaan Rais agar Majlis Tertinggi parti memohon perisytiharan di mahkamah sama ada parti itu telah melanggar perlembagaannya apabila Umno menangguhkan pemilihannya.
  • *WALAUPUN belum tiba hari penamaan calon, kempen PRU14 sudah semakin terasa di seluruh negara, macam esok atau lusa kita hendak mengundi!
  • *TEKA-TEKI sudah terjawab. Apa yang dinanti-nanti selama ini, akhirnya tiba. Parlimen sah dibubarkan hari ini! Laluan untuk PRU14 sudah terbuka.
  • “KALAU ikut suara kerajaan, tidak ada apa yang perlu ditakutkan mengenai Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar yang kini dibawa ke Parlimen.
  • *AKHBAR New Straits Times keluaran Khamis menyiarkan di halaman hadapan tajuk besar ‘Najib akan namakan calon BN pada 2 April.’ Semua orang berdebar menunggu tarikh tersebut...
  • WALAUPUN tarikhnya masih menjadi teka-teki, semua orang percaya PRU14 semakin dekat – bahang dan demam pilihan raya semakin terasa. Untuk meningkatkan lagi degree demam, SPR mengeluarkan kenyataan yang membuatkan orang lebih yakin bahawa kita memangkah dalam masa terdekat...
  • MELIHAT di atas kertas, manifesto Harapan yang dilancarkan dua hari lalu nampaknya menjanjikan banyak harapan kepada rakyat.
  • TAK fasal-fasal Robert Kuok, si Raja Gula dan laksawan itu dihentam ‘kau-kau’ oleh beberapa pemimpin Umno. Mulanya Datuk Seri Najib Razak memberitahu, kalau tidak kerana peluang yang diberi oleh Umno, Kuok mungkin tidak mencapai kejayaan sekarang...
  • INDEKS Tanggapan Ra-suah (CPI) negara merosot tahun ini berbanding ta-hun sebelumnya. Seperti dilaporkan Malaysia berada pada kedudukan 47 dalam skala kosong hingga 100.
  • *AWAL minggu saya lepak dan mengopi-ngopi dengan seorang pemimpin tinggi Umno, bercakap mengenai PRU14 yang macam sudah dekat sangat, walaupun tidak pasti tarikhnya.
  • BELUM apa-apa, sudah ada suara-suara sumbang – dan tindakan sasau, sewel lagi gila-gila babi – yang seolah-olah hendak memboikot PRU14. Seperti yang tular di media sosial, ada kempen antiPRU14 yang menyebarkan mesej dengan hashtag #UndiRosak atau #SpoiltVote, dan #ProtesPRU.
  • MALANG tidak berbau, dan boleh mengundang maut. Tidak fasal-fasal seorang kanak-kanak tidak berdosa, tiba-tiba meninggal dunia secara tragis, Selasa lalu.
  • *SANA-SINI orang sibuk bercakap mengenai PRU14. Macam-macam ramalan mengenai tarikh. Ada yang kata Februari, ada yang rasa Mac.
  • SEPERTI dilaporkan dan dihebohkan – tiga daripada empat parti komponen Pakatan Harapan bersetuju untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
  • SEPERTI yang dilaporkan media, negara kehilangan kutipan cukai berjumlah RM2.5 bilion kerana pemalsuan dokumen yang dilakukan oleh ejen perkapalan sepanjang tiga tahun lalu.
  • SETAKAT kelmarin – Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ternyata tidak sebulu dengan Presiden AS, Donald Trump.
  • SEJAK menduduki rumah Putih, Donald Trump tidak habis-habis membuat onar dan menyakitkan hati banyak orang di seluruh dunia, terutamanya umat Islam.
  • *PUSAT bandar Kuala Lumpur sesak. Baik yang hendak masuk atau yang hendak keluar, kenderaan merangkak seperti kura-kura di setiap laluan.
  • *TABIK saya pada Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang tegas mempertahankan pemakaian tudung oleh pekerja wanita Islam dalam sebarang kerjaya.
  • *AMARAN: Gunakan bahasa Melayu dengan betul, kalau tidak anda boleh didenda RM1,000 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • *ALKISAH banjir besar yang melanda Pulau Pinang dua minggu lalu telah membuka banyak mata, minda dan kalbu.
  • *TRAGEDI hujung minggu itu mengorbankan 11 nyawa. Tanah runtuh di tapak pembinaan kawasan bercerun di Tanjung Bungah Pulau Pinang itu sepatutnya tidak berlaku.
  • *SEHARI dua ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi tajuk berita utama baik di surat khabar, radio, TV, dan media sosial.
  • *TIDAK habis-habis terbongkar kes kementerian seleweng duit rakyat! Terkini RM1.5 bilion didakwa diselewengkan oleh Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah (KKLW).
  • *ADA orang mudah sangat buat duit. Mereka berani secara terang-terangan – dan tanpa sedikit pun rasa malu – 'sakau' duit rakyat, bukan RM puluh ribu, tetapi puluh juta.
  • *TRAGEDI berdarah itu sudah lebih tiga dekad berlalu. Kecuali yang terlibat secara langsung, rata-rata rakyat negara ini sudah melupakannya.
  • *RAMAI yang mengucap syabas sambil tabik spring kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas ketegasan menangkap dan menyiasat kaki rasuah.
  • *PERIHAL Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion, menurut Perkasa upacara pecah tanah projek berkenaan di Kuantan baru-baru ini telah menghilangkan identiti Malaysia.
  • *BERITA baik, apa yang disebut dan dikempenkan sebagai maqasid syariah beberapa tahun dulu ternyata memberi kesan yang amat positif.
  • *TABIK saya untuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang berazam untuk terus memperkasa bahasa Melayu sehingga mencapai tahap supranasional dan bertaraf universal.
  • TIDAK kira ekonomi merudum atau ringgit menjunam, dalam hal raya orang kita tetap hebat. Hingga ke penghujung Syawal orang kita masih tidak puas-puas berjamu raya.
  • *SEMUA orang bersetuju bahawa ros adalah bunga cinta. Tidak kira apa warnanya – merah, putih, ungu – inilah bunga yang selalu menghangatkan mereka yang sedang asyik ‘di alam percintaan’ atau disebut juga ‘DAP’.
  • *SYABAS kepada SPRM yang berazam untuk menangkap ‘ikan jerung’, seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin.
  • PEMANDUAN sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur tenang dan lancar. Baik ketika pulang ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menjelang Syawal, mahu pun ketika balik semula ke ibu negara selepas raya, semua tenang dan nyaman.
  • *SESETENGAH pihak, termasuk beberapa anggota Kabinet dan kepimpinan Umno, menganggapnya sebagai ‘mengarut’. Ada pula pihak yang awal-awal mendakwanya sebagai satu kebenaran.
  • *JOM ramai-ramai kita baca al-Quran! Insya-ALLAH, lusa – Isnin @ 24 Ramadan – seluruh negara akan digemakan dengan ayat-ayat suci, menerusi Malaysia#QuranHour.
  • AGAK-AGAK di penghujung cerita nanti, siapa salah, siapa betul? Inilah yang menjadi perhatian umum sekarang di tengah-tengah kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
  • ALKISAH, terbukti sudah walaupun sama seagama tidak semua orang boleh mengadakan iftar di masjid. Ini yang terjadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin @ Ahli Parlimen Pagoh.
  • BERSYUKUR kita kerana diberi kesempatan untuk sekali lagi menemui Ramadan al-Mubarak. Semoga kita berupaya meningkatkan amalan dan ketakwaan untuk meraih sebanyak-banyak pahala.
  • *TIDAK tahu siapa yang sebenarnya kurang sopan, tetapi insiden Sulaiman Yassin melempang David Teo di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap sebagai memalukan.
  • *UMNO genap 71 tahun Khamis lalu. Kalau diibaratkan hayat manusia usia tersebut sudah lanjut, dan jauh melewati tahap warga emas.
  • *SEPERTI yang dilaporkan, seorang bekas pengerusi dan bekas setiausaha masjid di Bukit Cina, Melaka direman empat hari kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan pada 2012 lalu.
  • *KISAH Mohamad Thaqif Amin memang menyayat hati. Dapat dirasakan betapa menderitanya kanak-kanak yang masih terlalu muda itu, baru 11 tahun.
  • *WALAUPUN mandat kerajaan BN sekarang hanya akan berakhir pada Jun 2018, sesetengah pihak macam tidak sabar-sabar untuk diadakan PRU14.
  • *TERDEDAH sudah siapa gerangan bekas pemimpin Pas yang dihebohkan menerima dana dari SRC International Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB. Sekarang semua orang sudah tahu!
  • *MEMANG sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan Khamis lalu mencatatkan beberapa sejarah. Pertama, sidang hari Rabu mencipta rekod baharu kerana berlangsung hampir 20 jam, dari 10 pagi hingga jam 5.05 pagi.
  • APA yang keruh nampaknya sudah menjadi semakin jernih. Kebimbangan dan kesedihan bertukar menjadi kelegaan dan kegembiraan. Setakat ini semuanya kelihatan beres.
  • *NAMPAKNYA kita menjadi semakin kalut. Ada sahaja ‘loklak’ untuk memburukkan imej seseorang. Terkini ada pertandingan mengarang untuk mengutuk pemimpin tertentu.
  • SECARA peribadi ada rasa berbeza berada di Jakarta dulu-dulu dan masa kini. Dulu saya - dan kebanyakan orang Malaysia - selalu berpersepsi Indonesia tinggi kadar rasuah.
  • KEADAAN memang semakin tegang. Setakat semalam, dua sudah keluar tetapi ada sembilan lagi warganegara kita masih terperangkap di Pyongyang.
  • DALAM hal-hal agama, sesetengah orang takut tidak tentu fasal, dan bertindak macam terkena sawan atau tersampuk hantu. Sebab itu mereka menjerit dan merapu yang bukan-bukan.
  • HUBUNGAN Malaysia-Korea Utara nampaknya semakin tidak selesa dengan Kuala Lumpur memanggil pulang dutanya di Pyongyang.
  • *SUKAR untuk berdoa di hadapan Kaabah? Kini ada cara mudah – menerusi Valet Doa! Ini adalah satu cara kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.
  • *ADA benarnya titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bahawa sesetengah orang Melayu menunjukkan sifat-sifat tidak sedar diri @ sombong.
  • *POKOK dari Brazil itu namanya Ceiba Chodatii, atau disebut sebagai ‘benang sutera’. Konon, tumbuhan itu hendak dijadikan mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus, di Negeri Penyu.
  • *TIDAK kira skala kecil atau skala besar, pengamal rasuah kini mesti panas punggung. Walaupun ada duit berjuta-juta – sama ada dalam bank, atau dalam almari di rumah – tentu mereka tidak lena tidur.
  • *RAMAI berasa lega dan berharap pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Samad berupaya melakukan sesuatu untuk memperbaiki lembaga tersebut yang sebelum ini dilihat tak tentu hala.
  • SEMUA setuju masanya sudah dekat. Tetapi tiada siapa dapat menjawab soalan bila PRU14 akan diadakan.
  • PENJAWAT awam, terutama pada peringkat pengurusan tertinggi, kini semakin diperhatikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • *SEMUA semakin ghairah bercakap mengenai PRU14. PKR nampaknya terbuka dalam hal pembahagian kerusi dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan termasuk memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
  • *TERINGAT zaman budak-budak dulu-dulu, pergi ke sekolah bawa duit hanya 10 sen. Itu sudah lebih dari cukup untuk makan di kantin waktu rehat.
  • * SEHARI dua ini ada pau paling hangat di KL. Bukan pau kaya, bukan pau daging, tidak juga pau kacang, tetapi PAU 2016. Itulah Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di PWTC.
  • *ANTARA yang menarik perhatian orang kita mengenai Donald Trump ialah kemungkinan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik @ TPPA. Itu yang diikrarkan ketika kempen.
  • RASUAH lagi! Awal minggu ini media melaporkan seorang pengarah sebuah syarikat GLC ditahan di rumahnya di Shah Alam selepas dikesan menganugerahkan projek bernilai RM50 juta kepada kroninya.
  • *SEHINGGA semalam beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya bandar-bandar utama di Amerika Syarikat, membantah pemilihan Donald Trump sebagai presiden.
  • *DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa penganjur Bersih 5 dan kumpulan baju merah tidak dibenar mengadakan perhimpunan pada 19 November ini.
  • *ADA dua nama yang sejak sekian lama menjadi sebutan di tempat kita. Pertama, P Ramlee, legenda yang filem-filemnya sampai sekarang masih diminati oleh rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu.
  • *KES rasuah sebuah agensi air di Sabah belum tamat, malah makin berkembang. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 19 lagi pegawai kanan agensi berkenaan untuk disiasat.
  • *SETINGGI-TINGGI kesyukuran atas segala rahmat dan nikmati yang dilimpahi ALLAH; rakyat mendapat payung baharu untuk bernaung bagi tempoh lima tahun akan datang, insya-ALLAH.
  • WALAUPUN telah diatur sebelum berlepas dari Kuala Lumpur, kami gagal menemui Recep Tayyip Erdoğan pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
  • *KATA Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim layak mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  • *NAMPAKNYA jika segala-galanya berjalan lancar, akan ada satu lagi parti politik baharu untuk turut merancakkan pilihan raya umum ke-14.
  • *ADA penganalisis politik berpendapat, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menggunakan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baharu ditubuhkan.
  • *ESOK – Ahad – tibalah harinya! Ketika berjuta-juta jemaah haji berwukuf di Arafah, umat Islam lain di seluruh pelosok dunia, memulakan World#QuranHour.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf