• UNGKAPAN ‘jauh perjalanan banyak pengalaman’ dan ‘bagai melukut di tepi gantang’ maknanya amat menarik jika direnungkan. Namun, jika direnung susun atur letak perkataan dalam pembentukan ungkapan tersebut akan bertambah menarik lagi maknanya.
  • SELEPAS menyambut hari raya pertengahan Jun lalu (walaupun Syawal masih berbaki lebih kurang sembilan hari lagi), umat Islam telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Yang tinggal ialah beberapa kosa kata yang hanya akan diulang sebut pada musim raya tahun hadapan.
  • ALAM pendidikan tidak asing dengan perkataan murid, pelajar, graduan dan siswazah. Dalam bahasa Indonesia istilah keempat-empat panggilan ini disebut sebagai anak didik iaitu sesiapa sahaja yang sedang mengikuti pendidikan atau berpengalaman pernah dididik oleh gurunya.
  • DALAM bahasa Melayu, kata kerja terdiri daripada Kata Kerja Transitif (KKT) dan Kata Kerja Tak Transitif (KKTT). Kata Kerja Transitif terbahagi kepada Kata Kerja Transitif Aktif dan Kata Kerja Transitif Pasif.
  • DALAM alam pendidikan tidak lengkap jika tidak diadakan majlis graduasi, konvokesyen dan komensmen. Majlis ini menjadi penamat atau khatam bagi sesuatu sidang atau tempoh pengajian.
  • DALAM perbualan seharian, kita sering mendengar ucapan daripada kawan kita ungkapan sedemikian. Kadang-kadang dalam perhubungan melalui telefon juga pernah kita terbaca hantaran daripada kawan penggunaan sebegini;
  • Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah berlalu. Ketika kempen pilihan raya selama 11 hari itu, pihak yang bertanding menggunakan segala perkara yang ada untuk memenangkan calon masing-masing. Ketika tempoh kempen, ada yang berbesar hati untuk memberikan itu dan ini kepada rakyat tanpa diminta.
  • KOSA kata bahasa Melayu terbentuk daripada beberapa proses, termasuklah proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Pengimbuhan pula ialah proses menambahkan imbuhan pada golongan kata tertentu yang akan mengubah makna, bentuk, tugas, dan golongan kata, serta membentuk kata terbitan.
  • DALAM hal jemput-menjemput dan undang-mengundang untuk meraikan majlis perkahwinan Islam pada zaman teknologi serba canggih ini, terdapat penggunaan bahasa yang boleh menimbulkan persoalan kepada orang yang kena undang.
  • TARIKH pilihan raya telah diumumkan. Semua rakyat yang layak mengundi sangat teruja untuk mengundi calon pilihan masing-masing. Berasaskan musim pilihan raya yang berlangsung lima tahun sekali ini, penulis ingin berkongsi huraian tentang kosa kata yang popular pada musim pilihan raya.
  • HASIL tinjauan melalui aktiviti turun padang penulis bersama-sama perancang bahasa DBP, pegawai, dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), rata-rata pemilik premis perniagaan dan peniaga bersikap peka dan prihatin akan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan gramatis pada papan tanda di premis perniagaan mereka.
  • UNDANGAN yang diterima oleh penulis untuk menyertai seminar bahasa di Brunei Darussalam pada minggu lalu membuat penulis teruja. Penulis pernah ke beberapa buah negara lain tetapi keterujaan penulis kali ini berbeza.
  • PERANAN bahasa secara asasnya sebagai alat untuk berkomunikasi sama ada secara lisan atau secara bertulis. Sifat bahasa yang digunakan seharusnya saling difahami antara penyampai dengan penerima. Ada juga suasana berlaku yang maksud yang hendak disampaikan tidak difahami dengan baik oleh penerima.
  • SATU daripada elemen bahasa dan berbahasa dalam komunikasi keluarga ialah kata panggilan mesra. Dalam keluarga Melayu, panggilan mesra dalam kalangan ahli keluarga sangat ketara. Kebanyakan ibu bapa tidak memanggil nama anak mereka. Mereka menggunakan kata panggilan lain yang lebih mesra...
  • KEADAAN penggunaan bahasa oleh masyarakat terutamanya Bahasa Melayu formal sama ada secara lisan atau bertulis dari dahulu hingga sekarang boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu pertamanya bahasa difahami dengan tatabahasa yang betul dan yang keduanya bahasa difahami dengan menyalahi hukum tatabahasa.
  • MENDUNG awan di daerah Mualim kian berarak pergi oleh pawana monsun barat daya. Alam malar hijau yang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa beransur-ansur cerah membiru disinari oleh cahaya mentari pagi yang garang.
  • PELBAGAI drama Melayu yang disiarkan di kaca televisyen tempatan kini membuktikan bahawa bahasa rojak merupakan suatu fenomena yang sukar dikawal di negara kita kerana drama meru-pakan cerminan hidup sebenar bagi masyarakat.
  • MASIH terngiang-ngiang pertanyaan jujur daripada seorang peminat bahasa kebangsaan dalam majlis bicara karya penulis mapan tanah air di Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak beberapa minggu lalu, yakni tentang perbezaan antara sajak dengan puisi dalam genre kesusasteraan Melayu tanah air.
  • Aspek budi bahasa hendaklah diamalkan dalam kehidupan harian, khususnya dalam komunikasi agar keharmonian dan ketenteraman hidup di negara berbilang kaum ini dapat dipertahankan.
  • BAHASA merupakan anugerah Tuhan yang sangat istimewa kepada makhluk-Nya. Bukan hanya manusia yang mempunyai bahasa tetapi makhluk lain seperti haiwan juga berinteraksi dengan menggunakan bahasa. Haiwan saling memahami bahasa sesama mereka. Antara sejenis binatang dengan binatang yang lain, bahasa yang digunakan adalah berbeza.
  • TAHUN 2017 telah berlalu dengan pelbagai kenangan dan persoalan. Musim tengkujuh pula masih belum berakhir. Hujan masih mencurah dan banyak tempat ditenggelami air. Lazimnya, banyak isu yang timbul daripada keadaan ini.
  • KETIKA bersarapan dengan sepinggan mi wantan dan secawan teh tarik kurang manis di Kedai Makan Ayah Din, Tanjong Malim, penulis didatangi oleh seorang bekas murid ketika penulis bertugas di SMK Methodist, Tanjong Malim beberapa tahun yang lalu.
  • SEBAGAIMANA bahasa-bahasa lain di dunia, bahasa Melayu juga mempunyai pelbagai dialek, iaitu kelainan dalam penggunaan lenggok dan ragam bahasa yang selalunya dipengaruhi oleh faktor geografi.
  • SETIAP minggu dalam beberapa bulan terakhir ini, penulis sering menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada rakan-rakan tentang harga minyak terkini.
  • SABAN tahun penulis akan meluangkan masa untuk mendengar ucapan bersemangat daripada perwakilan terpilih dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU).
  • BARU-baru ini, sebagai bapa dan ketua keluarga, penulis berkesempatan meraikan hari ulang tahun kelahiran anak bongsu saya bersama-sama keluarga tersayang di salah sebuah kafeteria yang terkenal di Taman Bernam Baharu, Tanjong Malim, Daerah Muallim, Perak.
  • SETELAH dilantik sebagai Munsyi Dewan (MD) 1996, penulis agak kerap mengendalikan kursus bahasa dan kursus-kursus lain yang berkaitan kepada kakitangan awam yang memerlukannya.
  • PADA minggu lepas, penulis berkesempatan minum kopi di kedai kopi berhampiran dengan rumah. Ketika penulis sampai di situ, kelihatan orang kampung penulis sedang bersarapan. Penulis mengenali semua orang yang berada di situ.
  • PENGGUNAAN frasa orang kata sememangnya lumrah dalam perbualan masyarakat kita. Antara lainnya, frasa tersebut digunakan untuk mendapatkan pengesahan tentang sesuatu perkara. Sila baca dan fahami maksud ayat yang berikut.
  • BARU-BARU ini, dalam bual bicara ringkas penulis dengan seorang guru Bahasa Melayu SJK yang prihatin, yakni melalui wahana komunikasi WhatsApp, timbul persoalan tentang kepersisan penggunaan ejaan kata atau frasa yang berhubung dengan perayaan utama di negara kita.
  • TERDAPAT banyak cara untuk mewujudkan suasana gembira dan mesra ketika berbahasa, salah satunya adalah melalui penggunaan tag line. Beberapa bulan yang lalu, penulis diundang untuk menyampaikan ceramah di SMK Bukit Saujana, Port Dickson.
  • HUKUMAN terhadap orang yang melakukan kesilapan bahasa mungkin dalam pelbagai keadaan. Hukuman yang paling ringan ialah biarkan sahaja dengan harapan apabila dia sedar, pada masa akan datang dia tidak melakukannya lagi. Kemungkinan juga hukuman kedua ialah memaafkan sahaja kesilapan itu kerana mengikut Kamus Dewan, ‘silap ialah kesalahan yang tidak disengajakan’. Kemungkinan hukuman yang ketiga boleh juga dilakukan dengan cara memberi nasihat kepada pelakunya. Manakala hukuman yang agak kasar adalah dengan memberikan amaran supaya pada masa akan datang dia tidak melakukannya lagi.
  • KELIHATAN sebuah kereta Persona dari Kilang Proton Tanjong Malim itu sedang menelusuri Jalan Slim Lama, Proton City menuju ke pekan Tanjong Malim, Daerah Muallim.
  • KETIKA kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan mengharungi pelbagai musim permainan di Kampung Kemelong, Sik. Kami bermain bola di padang sekangkang kera berdekatan madrasah.
  • BARU- BARU ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan 140 perkataan baharu atau istilah dalam pelbagai bidang.
  • SINTAKSIS ialah istilah yang merujuk satu bidang dalam ilmu bahasa yang mengkaji ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah, Jilid 3, ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna lengkap. Dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf besar dan diakhiri dengan noktah.
  • KETIKA penulis menulis artikel ini, penulis sedang menggunakan Per-khidmatan Kereta Api Elektrik atau Electronic Train System (ETS) dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani. Penumpang di sebelah penulis ialah seorang lelaki yang lebih berusia daripada penulis.
  • DEMIKIANLAH serangkap pantun Melayu yang diucapkan oleh pemidato Lisa Shimazaki dari negara Matahari Terbit sebelum meninggalkan pentas utama peringkat akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 yang telah pun usai diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai lalu.
  • AYAT yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang dicantumkan ini disebut ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk terbahagi kepada Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.
  • BARU-baru ini, penulis telah diundang untuk mengendalikan Bengkel Pengucapan Umum di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur.
  • “BAHASA menunjukkan bangsa. Bahasa juga boleh memberikan nilai kualiti peribadi seseorang.” Bertitik asas daripada definisi dan fungsi bahasa iaitu sistem lambang bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi dalam bentuk percakapan yang baik dan menjadi sarana perhubungan rohani dalam hidup bermasyarakat, maka dalam komunikasi lisan, suaralah menjadi titian utama menentukan keberkesanannya.
  • SUATU pagi, penulis menaiki komuter untuk ke pejabat. Seperti biasa, penulis membawa kerusi lipat bagi memastikan penulis tidak perlu berdiri sepanjang perjalanan dari Gurun ke Anak Bukit yang memakan masa 25 minit itu. Ketika penulis membuka kerusi lipat untuk duduk, seorang wanita yang lebih berusia daripada penulis sedang berdiri sambil melihat kelakuan penulis.
  • SUATU ketika saya dihubungi oleh seorang sahabat yang saya hormati dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau terus menceritakan tentang seorang pemuda British yang datang ke sini semata-mata untuk belajar berbahasa Melayu.
  • ZAMAN sudah berubah. Suatu ketika dahulu televisyen merupakan wahana untuk mendapatkan maklumat dan hiburan yang diminati oleh semua golongan masyarakat tidak kira peringkat usia. Rancangan yang ditayangkan juga pelbagai. Ketika itu, cerita tentang itik bernama Donald, tikus bernama Mickey dan Minnie menjadi tarikan.
  • DALAM perjalanan balik dari Hotel Grand Kampar ke Tanjong Malim pada minggu lalu, penulis menggunakan Jalan Persekutuan. Rasionalnya, kami sekeluarga ingin melihat dan menghayati landskap di sepanjang perjalanan tersebut.
  • KEPETAHAN Fatimah Omar Mukhlis bercerita tentang kehidupannya menjadi tular di media sosial. Apatah lagi dengan raut polos wajah comelnya, Fatimah dengan selamba bertutur dalam dialek Kelantan. Jika Fatimah berada di bumi Malaysia sudah tentu perkara itu tiada istimewanya.
  • BEBERAPA hari yang lalu, abang penulis yang bernama Takiyuddin (YB Kota Bharu) menghantar sekeping gambar kepada penulis melalui aplikasi WhatsApp. Beliau sedang bergaya dengan basikal tua dalam gambar itu. Gambar tersebut memberikan makna tersendiri dalam sejarah hidup kami berdua.
  • SENARIO bahasa Melayu di perantauan, khususnya di China amat menarik untuk diteliti dan diperhalusi kerana bahasa kebanggaan kita ini sudah mendapat tempat dan perhatian serius daripada beberapa universiti terkenal di sana.
  • KOSA kata, 'dalam' dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai makna yang wajar kita halusi dan telusur, yakni jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke tengah dari tepi atau pinggir sesuatu, tidak cetek, bukan sedikit, tidak sempit, lebih daripada sekadar yang perlu sahaja, mengandungi makna yang tidak mudah difahami (berkenaan perkataan, ungkapan, dan sebagainya), tidak ceper (leper), jeluk (berkenaan pinggan atau piring), bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dan lain-lain) yang lawannya luar, yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu (seperti negeri, keluarga, dan lain-lain) itu sendiri, yang tidak nampak atau ketara dari luar dan yang dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya.
  • APABILA kita menyebut sahaja bahasa Melayu, pastinya terlintas di benak kita semua; bahasa kebangsaan, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan, bahasa lingua franca, bahasa ilmu, bahasa pemerintah, bahasa negara dan pelbagai lagi yang seumpamanya.
  • KALAU kita berada di negara-negara Arab, yang kedengaran ialah pertuturan dalam bahasa Arab. Di alam Eropah, bahasa Eropah berkumandang pada setiap masa, malahan pengguna bahasa lain juga terpaksa berbahasa Eropah, kerana penduduknya tidak akan bertutur dalam bahasa yang bukan bahasa Eropah. Di Thailand, khususnya di bahagian tengah dan di utara, bahasa Thai yang digunakan. Dalam rumpun Melayu sendiri pun, umpamanya di Filipina dan di Indonesia, bahasa yang dituturkan ialah bahasa Tagalog dan bahasa Indonesia.
  • PENULIS hanya sempat menikmati kasih sayang ayah dalam tempoh sewindu (selama lapan tahun) sahaja (semoga ALLAH SWT merahmati ayahanda, Allahyarham Haji Hassan). Seperti kebanyakan masyarakat keturunan Pattani Thai yang lain, arwah ayah penulis suka memelihara burung. Penulis tidak pasti jenis burung yang dipelihara oleh arwah ayah.
  • SATU daripada kecenderungan berbahasa ialah penyingkatan perkataan. Perkataan yang terdiri daripada beberapa suku kata dipendekkan menjadi satu suku kata sahaja. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam bahasa Melayu, sebaliknya turut terjadi dalam bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris.
  • SELESAI program tahunan, Bual Bicara Tatabahasa Bahasa Melayu peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Daerah Muallim, kami minum petang di Kafeteria MDTM.
  • BELAKANGAN ini, isu berkaitan peribahasa Melayu ditularkan melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp, kononnya terdapat sejumlah peribahasa yang tidak tepat dan salah. Lumrah kehidupan di dunia, perkara yang agak luar biasa sedikit, mudah merebak melalui apa-apa sahaja saluran media.
  • KETIKA dalam lingkungan usia 10 tahun, penulis sering diminta oleh abang penulis untuk membeli akhbar. Penulis mengayuh basikal sejauh dua kilometer untuk membeli akhbar tersebut di Pekan Sik.
  • PERSOALAN dan masalah yang timbul berkaitan bahasa memerlukan tempat merujuk yang sesuai dan tepat. Ditambah pula matra dan ehwal bahasa sangat rencam dan luas litupannya.
  • PENGGUNA bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kosa kata, 'atas' sama ada sebagai kata sendi nama atau kata arah dalam wacana bahasa Melayu mutakhir.
  • ANAK-ANAK kita diibaratkan cerminan keperibadian kita orang dewasa. Bagaimana mereka hidup dalam didikan dan asuhan keluarga begitulah mereka memperagakan diri mereka.
  • SELEPAS bermesyuarat di Hutan Melintang, rakan-rakan penulis, iaitu Luqman, Tajudin, dan Dr Mani mengajak penulis untuk menyaksikan keindahan Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam. Ketika bersiar-siar di sekitar kawasan menara, penulis ternampak seorang lelaki sedang menjual apam balik.
  • KEBIJAKSANAAN individu berkomunikasi amat penting untuk menentukan keberkesanannya. Selain mesejnya jelas, tutur kata yang tersusun dan sopan melambangkan pekerti penuturnya. Meskipun begitu, nilai tersebut mudah dikesampingkan oleh sesetengah orang. Bagi mereka, bentuk komunikasi murahan juga yang menjadi pilihan.
  • KITA sering menerima kad jemputan atau kad undangan daripada sanak saudara, sahabat handai dan pihak tertentu untuk menghadiri majlis anjuran mereka dari semasa ke semasa. Sepintas lalu, kedua-dua kad tersebut mempelawa dan mengalu-alukan kehadiran para tetamu.
  • APABILA menilai seseorang, aspek kesantunan pasti menjadi antara kriteria penting dalam kalangan orang-orang terdahulu. Individu yang bersopan santun akan menjadi sebutan agar dijadikan teladan. Anak gadis yang memiliki nilai sedemikian akan menjadi pilihan ibu bapa untuk pasangan teruna mereka. Oleh sebab tingginya nilai kesantunan, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu, ibu bapa mendidik anak-anak agar bersopan dalam tindakan, terutama dalam komunikasi lisan.
  • KETIKA remaja, penulis sangat suka bermain bola sepak dengan rakan-rakan sebaya. Kami bermain di sebuah padang kecil di Kampung Kemelong Sik, iaitu tempat penulis dilahirkan.
  • SAYA cukup terkejut apabila seorang kawan menunjukkan satu video daripada YouTube memaparkan kegiatan seni masyarakat Barat yang berkonsepkan Open Opera.
  • BARU-baru ini, sambil bersarapan bersama-sama secawan kopi O dan dua keping roti mentega di Kedai Kopi Chiam, Hulu Bernam, Selangor, saya sempat menelaah dua buah rencana pendek tentang buah-buahan tempatan dan produk makanan yang tersiar dalam akhbar tempatan.
  • HUJAN di pantai timur begitu bertenaga menghimpit jarak dan kebebasan bergerak orang-orang di Kelantan dan Terengganu ketika orang lain riuh menyambut kedatangan tahun baharu.
  • AWANG Lanui yang mahu penulis ceritakan kali ini bukanlah sebaris dengan Awang dalam cerita Melayu yang pernah kita baca. Awang Lanui ini juga tiada kena-mengena dengan Awang Sulung Merah Muda dalam buku Sejarah Melayu atau Awang Batil, penglipur lara di Perlis. Awang Lanui ini ialah seorang Profesor Madya di Universiti Prince of Songkla Cawangan Pattani, Thailand.
  • TEMPAH kapak dengan beliung, Hendak tetak kayu berduri; Tuanku di atas kemuncak payung, Patik di bawah menjunjung duli.
  • PADA penghujung November yang lalu, penulis berada di Ipoh selama empat hari kerana menghadiri mesyuarat penting. Penulis menggunakan perkhidmatan Uber sebagai alat pengangkutan dari hotel ke tempat mesyuarat. Selain tambang yang murah, penulis tertarik akan sikap baik diamalkan oleh pemandu Uber.
  • “AMBOI, lawanya! Bergembak-gembak. Beringgit-ringgit.” Begitulah kata-kata pujian nenek penulis sambil membelek-belek perhiasan yang terdapat pada gaun yang dipakai oleh penulis ketika itu.
  • BARU-baru ini penulis bersama-sama rakan sepejabat, iaitu Mohamad Luqman Hidayat dan Tajudin Shaari dalam perjalanan ke Hutan Melintang Perak atas urusan kerja. Kami mengambil masa selama enam jam untuk sampai ke destinasi.
  • PERIBAHASA sering digunakan dalam percakapan pengguna bahasa Melayu. Peribahasa terdiri daripada perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan kata-kata hikmat. Contoh peribahasa yang biasa terdapat dalam bahasa Melayu ialah burung terbang dipipiskan lada yang bermaksud sudah bersedia untuk merayakan sesuatu yang belum pasti diperoleh.
  • DEMI masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Demikian antara ayat daripada Surah al-Asr yang banyak dihafal oleh orang Islam.
  • PENULIS teringat suatu kisah yang pernah diceritakan seorang rakan. Kisah dua orang petani yang sedang berteka-teki tentang objek yang berselindung di sebalik semak sewaktu mereka pulang bersawah. Masing-masing cuba membuat telahan terhadap objek tersebut.
  • KETIKA dalam lingkungan umur lapan hingga 10 tahun, penulis selalu membantu emak membelah kayu api. Kayu getah berbentuk silinder berukuran lilit enam inci dan sepanjang dua kaki itu dibelah menggunakan beliung atau kapak besar.
  • APABILA kita belajar tentang bahasa, kita akan diperkenalkan dengan istilah imbuhan. Dalam bahasa, terdapat enam jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi. Bagaimanapun, imbuhan morfem kosong dan bentuk fleksi tidak wujud dalam bahasa Melayu.
  • PENULIS masih ingat ketika gemulah nenek yang penulis panggil Tok Jah masih ada, penulis selalu ke rumahnya untuk berbual-bual. Usia penulis ketika itu lebih kurang lapan tahun.
  • NEGARA kita yang terdiri daripada beberapa buah negeri telah menyebabkan seseorang itu membesar dalam identiti negerinya yang tersendiri.
  • BARU-BARU ini, penulis menonton rancangan televisyen Indonesia yang menyiarkan temu ramah antara seorang pelajar sekolah dengan selebriti yang jauh lebih dewasa daripadanya.
  • PADA 22 Disember 2005 dijelmakan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 yang berjudul Langkah-Langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam yang dijangkakan menjadi satu penawar keramat untuk merealisasikan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.
  • “SEMUA murid-murid diminta diam!”
  • PEMBUKA bicara, renunglah kata-kata Abdullah Munsyi ini; “Adalah suatu yang menghairankan lagi mencengangkan aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu itu belum sedarkan dirinya...
  • AKRONIM merupakan singkatan daripada sekurang-kurangnya dua patah perkataan yang dijadikan sepatah kata. Terdapat penggunaan akronim yang banyak dalam masyarakat Malaysia.
  • KEBANYAKAN pengguna bahasa tidak menyedari bahawa terdapat kesalahan ayat yang tertentu dalam bahasa Melayu, kecuali bagi mereka yang peka dan cakna bahasa.
  • SEMUA orang memiliki nama. Ada nama pendek, ada nama panjang dan ada nama julukan atau gelaran. Nama seseorang seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran atau kad pengenalannya bersifat rasmi. Namun, nama julukan atau nama gelaran pula bersifat tidak resmi.
  • DALAM mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan pencapaian prestasi semasa dalam organisasi, ketua jabatan telah mengemukakan idea yang bernas.
  • KETIKA remaja, penulis gemar menonton wayang di pawagam. Antara filem Melayu yang masih kekal dalam ingatan penulis termasuklah Adik Manja lakonan Dharma Harun Ar-Rashid, Mekanik lakonan Azmil Mustafa, Marah-marah Sayang lakonan Maria Arshad, dan Prebet Badul lakonan A.R. Badul.
  • “DALAM membina satu-satu tamadun, perlulah dihalakan perhatian penuh kepada bahasa ibunda masing-masing supaya kita mampu berfikir dan melakukan inovasi seterusnya bergerak melakukan pembaharuan.”
  • PILIHAN Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah lama berlalu. Keputusan PRK itu juga telah diketahui oleh semua pihak.
  • KE manakah hilangnya roh “Bahasa Jiwa Bangsa”? Nilai bahasa kebangsaan semakin menghilang. Bahasa dirojakkan. Bahasa dipasemburkan. Bahasa menjadi caca marba. Dahulu, heboh dengan Sure Heboh. Selepas dikritik, akhirnya Sure Heboh ditukar menjadi Jom Heboh. Prihatinlah juga pihak berkenaan yang mahu mendengar rungutan dan teguran daripada pengguna bahasa yang cakna.
  • TERDAPAT banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang sama erti dengan perkataan lain. Perkataan tersebut dikenali sebagai perkataan seerti atau dengan istilah popularnya sinonim. Oleh sebab perkataan-perkataan tersebut membawa erti yang sama, maka perkataan tersebut boleh digunakan secara bertukar ganti serta wujud dalam pelbagai aspek.
  • BEBERAPA hari yang lalu, saya dan keluarga menghantar anak perempuan kami ke Kolej Matrikulasi Perlis. Sepanjang perjalanan dari Sik, Kedah ke Perlis, saya dan anak saya yang berusia 11 tahun bersiap sedia dengan kertas dan pen untuk mencatatkan kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda di sepanjang jalan. Anak saya, Aufa sangat berminat akan Bahasa Melayu.
  • RAMAI dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, termasuklah penulis sendiri, selalu sangat berat lidah atau sukar untuk menuturkan sesuatu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul.
  • ADUH, sakitnya hatiku! Sampai bilakah isu kesalahan ejaan ini akan berterusan? Sampai bilakah perkara ini boleh dinoktahkan? Bayangkan, ejaan mi pun masih ditulis “mee”. Yang menulisnya bukan warga Vietnam. Yang mencoretnya bukan warga Bangladesh, tetapi warga tempatan.
  • TIDAK terlambat rasanya untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, ustaz, pendidik, pensyarah dan semua yang mengajar kita sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya sehingga ke hari ini dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.
  • BAHASA Melayu (BM) dalam Perlembagaan Malaysia diperuntukkan sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Perkara 152 menjelaskan kedudukan bahasa Melayu tanpa menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Selaras dengan kepelbagaian etnik dan kemajuan negara, mandala bahasa menjadi semakin penting dalam menerapkan rasa cinta dan bangga negara kepada warganya.
  • SEJAK akhir-akhir ini, pelbagai pihak menjalinkan kerjasama bagi menjayakan sesuatu program. Melalui kerjasama ini, maka muncullah pelbagai istilah yang merujuk kerjasama, misalnya jalinan mesra, permuafakatan, gandingan atau kolaborasi.
  • BULAN Mei tahun 2016 menjadi tarikh keramat untuk peminat rancangan bahasa di radio Kelantan FM, kerana pada bulan yang sama tahun 2006, bermulalah program Kayanya Bahasa Kita menerusi rancangan Rampai Budaya. Program ini lahir daripada kesedaran bahawa, pada era globalisasi, peranan media amatlah penting dalam usaha pembinaan negara bangsa melalui pengukuhan jati diri rakyat.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf