• GANDINGAN tujuh kementerian, dua Rancangan Malaysia dan lebih 10 bilion Ringgit Malaysia dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan, dari 2015 hingga 2017 - akhirnya - di mana tahap kejayaan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) pada hari ini?
  • SIAPA yang dapat menyangka, bangunan dan premis tinggi tidak mampu melindungi anak-anak kita dari terbejat dengan kalung kemiskinan. Bayangkan, PPR Seri Rejang yang terletak dalam radius pusat bandar raya, antara flat kos rendah yang turut mencatatkan kes gejala sosial tinggi akibat struktur ekonomi keluarga yang miskin.
  • DI SAMPING pendekatan ibadah, hukum undang-undang serta sejarah peradaban terdahulu, al-Quran turut menitikberatkan soal penstrukturan masyarakat berlandaskan nilai moral dan jati diri yang utuh.
  • Seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya tidak akan menjerumuskan dirinya dalam amarah, sebaliknya mengangkat kehormatan dan maruah secara istiqamah walaupun dalam dicela. Rasulullah SAW sendiri sentiasa menumpukan usaha tegas tetapi penuh hikmah untuk menangani mereka yang gagal menghormati wanita...
  • TANGGAL 9 Mei 2018, detik perubahan yang dinanti sekian lama akhirnya tiba. Rakyat bertegas memberi mandat kepada Pakatan Harapan (Harapan) untuk memikul tanggungjawab mengubah hala tuju Malaysia.
  • AKAN kah sebuah negara benar-benar diangkat oleh harapan rakyatnya? Wujudkah mana-mana pemimpin yang hidup dengan impian warganya?
  • SAYA menyambut baik pendekatan yang diambil Ustaz Nik Omar Nik Aziz yang mempertahankan hak bersuara secara berhikmah demi kepentingan masyarakat Islam secara umum.
  • PEMERKASAAN anak muda Permatang Pauh adalah salah satu tunjang komitmen saya terhadap bumi bertuah ini. Sebagai langkah pertama, saya bertekad untuk memperkukuh pembentukan peribadi para remaja dan belia Permatang Pauh dengan usaha penjenamaan semula Yayasan Aman.
  • KEHANGATAN kempen PRU14 semakin terasa. Bendera-bendera parti memenuhi ruang bandar dan pedalaman, ceramah umum dihadiri masyarakat pelbagai lapisan - walau pentasnya berbeza, bergantung kepada parti pemerintah biru tua dan barisan pembangkang biru muda anti-GST.
  • SABTU lepas, Axiata Arena Bukit Jalil bergema dengan sorakan gelombang 40,000 penyokong Barisan Nasional (BN). 364 inisiatif yang dicanang Najib Razak diterima dengan laungan tanpa henti. Sayangnya, taburan janji yang ada masih lompong dan tidak mampu menyelesaikan isu sedia ada.
  • MINGGU lepas, saya ada melahirkan kebimbangan tentang mengapa isu rakyat dikesampingkan, terutamanya dari sudut ekonomi dan keadilan sosial.
  • DALAM siri jelajah utara sepanjang sebulan yang lalu, saya berkesempatan bertemu ramai penoreh getah yang semakin susah dan gundah. Kata mereka, pendapatan tidak mencukupi untuk menanggung biaya hidup yang makin sarat...
  • KONFLIK di Syria kini masuk tahun ketujuh, tapi sayangnya masih tiada penghujung. Hampir sejuta nyawa yang telah menjadi mangsa (khususnya wanita dan kanak-kanak), namun nasib masyarakat tempatan dan tahanan perang tetap tidak terbela...
  • SIDANG Parlimen lalu merupakan sesi yang sedikit beremosi dan padat dengan diskusi dan penetapan. Maklum sahajalah, siapa dapat menyangka Mac ini kita akan melalui Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas (2018) yang mendahului pilihan raya ke-14.
  • TIMBUL persoalan bagaimana sebuah negara yang memiliki hampir 27 juta populasi penganut beragama Islam mampu mengambil satu pendekatan yang tidak sensitif berkait dasar hubungan antarabangsa.
  • MASIH segar di ingatan saya, penceritaan kenangan mama bersama ilmuwan ulung filasuf Islam iaitu Allahyarham Profesor Dr Isma’il Raji al-Faruqi.
  • GARA-GARA hanya kerana menangis, anak berumur dua tahun dibelasah ayah-nya sendiri - lelaki dewasa 29 tahun yang waras, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
  • MASIHKAN kita ingat laungan Perdana Menteri tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam Bajet 2018 yang menggambarkan masa depan nan gemilang buat negara dan generasi akan datang, disambut pula dengan kanvas kegemilangan negara untuk 30 tahun mendatang, dengan ruang kebebasan memberikan pendapat, mencurahkan idea dan mengarca sebuah cita-cita untuk Malaysia pada tahun 2050.
  • SEDERAP langkah menuju bulan pertama tahun 2018, semahunya diisi ruang harapan dan cita-cita rakyat dalam menggenggam kehidupan yang lebih baik pada tahun ini.
  • Bilangan kakitangan awam yang mencecah 1.6 juta di Malaysia yang sering menjadi pertikaian, sebenarnya membawa kesan politik yang begitu signifikan terhadap landskap politik negara.
  • PERSOALAN tentang ekonomi negara adalah perbincangan umum yang wajar diangkat sebagai wahana utama pemimpin untuk menyelesaikan maslahat rakyat.
  • ISU perumahan di negara ini terutamanya perumahan kos rendah dan sederhana, semakin nazak dari hari ke hari.
  • GENERASI pertama negara terdiri daripada golongan belia, sedang dilanda suasana krisis ekonomi berpunca daripada pengangguran. Saya kongsi pendapat daripada Ibnu Khaldun yang sangat meyakini bahawa pada dasarnya sesebuah negara perlu berdiri dan bergantung kepada generasi pertama (pendiri negara) yang memiliki tekad dan kekuatan untuk mendirikan negara.
  • 'SUAMI belasah isteri dijel dua tahun'; 'Suami belasah, kencing isteri hamil minta makanan'; Dinasihat cari kerja, suami belasah isteri'; 'Polis buru suami belasah isteri hingga mati’.
  • IZINKAN saya menyorot kembali pertemuan terkini di antara saya dan Tun Dr Mahathir, mantan perdana menteri merangkap rakan-seteru politik ayahanda tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini terkenal selaku tahanan politik Malaysia.
  • “MENGAPA...” begitulah keluhan ibu Allahyarham Kadet Zulfarhan apabila mengenang kezaliman yang diperlakukan terhadap anaknya. Demikian juga raungan tangisan ibu mendiang T Nhaveen - kedua-duanya adalah mangsa akibat gejala buli. Ibu mana tidak patah hati, anak dikandungi, tak dibenarkan nyamuk untuk gigit, inikan pula didera secara demikian rupa.
  • PERDANA Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak tidak faham atau buat-buat tidak faham perihal kebimbangan rakyat terhadap pelaburan luar biasa China di Malaysia.
  • SAYA amat sedih dengan berita kemalangan jiwa yang membabitkan doktor dalam latihan, Allahyarham Dr Nurul Huda Ahmad yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika memandu pulang pada 9 Mei lalu.
  • PADA (9 April 2017), saya dimaklumkan oleh teman-teman Persatuan Pengguna Islam Malaysia tentang kes lima sekeluarga yang melakukan jenayah curi barangan kosmetik bernilai RM2,000.
  • SEWAKTU sesi penggulungan jawapan menteri di Parlimen minggu lalu, saya muat turunkan dua fakta yang diumumkan Kementerian Sumber Manusia; Pertama, Malaysia baru sahaja mengambil seramai 252,000 pekerja Bangladesh untuk mengisi keperluan industri. Keduanya, seramai 103,000 siswi dan siswazah kita masih mencari peluang pekerjaan.
  • DALAM ucapan di Sandakan, Sabah pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia bukan negara gagal bersandarkan kepada pengumuman bahawa syarikat minyak nasional Arab Saudi, Saudi Arabian Oil Company (Aramco) bakal menyuntik AS$7 bilion ke dalam Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid), sebuah projek hiliran industri minyak dan gas mega milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
  • DASAR negara mampu berubah. Sekiranya mandat dipegang oleh kerajaan prihatin, maka keutamaannya mengurangkan jurang miskin kaya; mengawal inflasi yang menekan ekonomi rakyat; melawan gejala rasuah dan salah guna kuasa - dan menjaga kebajikan rakyat menerusi pentadbiran yang anti ketirisan, pro kesihatan dan pendidikan. Sekiranya negara dipegang​perompak; makanya dasar tentu akan pro inflasi, rasuah berleluasa dan sekiranya dana negara berkurangan - pendidikan dan kesihatan yang dimangsakan terlebih dahulu.
  • SIDANG Dewan Rakyat penggal ke empat kali ke-13 menyaksikan satu-satunya peraturan yang di luar kebiasaan formaliti Parlimen. Tan Sri Speaker telah memutuskan supaya ahli-ahli Dewan Rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan isu berkait 1MDB kerana ia subjudis.
  • SEJAK beberapa tahun kebelakangan, umum mengetahui tentang skandal gergasi iaitu 1MDB yang berkisar di dalam dan luar negara.
  • PADA malam 10 Ogos lalu, saya sempat merenung jauh ke tembok Penjara Sungai Buloh yang suram - menyembunyikan genggaman rindu serta sayu - tinggalan sejarah reformasi yang juga disulami realiti terkini.
  • PADA 4 Mac yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh intelektual Islam yang dekat dengan keluarga kami.
  • BUDAK-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.
  • MENYELUSURI gerakan membela maruah Melayu pasti menemukan kita dengan pelbagai cabang perjuangan. Malah kebanyakan cabang tersebut hanya menumpukan soal penyatuan bangsa semata-mata tanpa membicarakan keperluan dan pengisian pengangkatan bangsa Melayu itu secara holistik dan menyeluruh.
  • KELIHATAN tekanan yang tidak berkesudahan oleh kuasa Eksekutif dalam usahanya membersihkan Perdana Menteri dan syarikat pelaburan gergasi -1MDB yang didukung kerajaan dari persepsi skandal pengkhianatan amanah.
  • HAK berpolitik merupakan salah satu daripada hak-hak peribadi setiap rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia. Sokongan terhadap parti-parti tertentu tidak seharusnya menjadi kayu ukur terhadap kebolehan seseorang itu untuk berkhidmat kepada negara.
  • TANPA disedari, kita menempuh tahun 2015. Kita meninggalkan tahun yang dipenuhi dengan musibah, dugaan dan cabaran - ada yang terpahat sahaja di ingatan, ada yang berterusan - terutamanya buat teman-teman di pantai timur sehingga kini.
  • DEWA ini kedengaran suara-suara menyahut cabaran selaku ‘hero’ (wira) Melayu. Sejarah telah menyaksikan senarai barisan hero, termasuklah Hang Tuah, Hang Jebat, Tok Janggut, Datuk Maharajalela sehinggalah Leftenan Adnan. Tentu tidak disangka, salah seorang daripada nama-nama tersebut termasuklah Datuk Ibrahim Ali?
  • SEJARAH menyaksikan bagaimana pejuang rakyat dipenjarakan daripada Nabi Yusuf a.s, rakyat-rakyat Makkah di bawah pemerintahan zalim Quraisy, Ibn Taymiyah, Hassan Al-Banna, Sayyid Quttub, Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani, Hamka, Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, Kim Dae-Jung, Antonio Gramsci, Mahatma Gandhi, Liu Xiabo, Benazir Bhutto sehinggalah ke ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • UNTUK kali ke enam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan belanjawan Malaysia bagi tahun 2015. Sementara ada yang bersorak dengan pertambahan pemberian BR1M; hendaklah ingat, kita bertanggungjawab memastikan kerajaan berusaha menjamin kemapanan ekonomi masa depan.
  • DARI semasa ke semasa, saya terdengar juga keluhan masyarakat Kampung Kerinchi tentang penggunaan daun ketum dalam masakan kenduri-kendara - kononnya menjadikan lauk lebih lazat dan menarik dijamah. Akibat dan kesan - khayal dan sebagainya tidak diambil kira.
  • SAYA baru selesai menonton video pendek karya sebuah syarikat pengiklanan - Naga DDB yang mempamerkan kesediaan warga Malaysia biasa dalam mempertahan teman-teman Melayu, Cina ataupun India dengan keengganan menggunakan bahasa kesat lagi rasis dalam suatu sesi penggambaran - walau ditawar bayaran lumayan.
  • PADA Mei 2013, Timbalan Pengarah UMcedel, Amer Saifude Ghazali, mendedahkan bahawa Barisan Nasional akan tetap memerintah negara ini selagi Malaysia kekal menggunakan sistem first-past-the-post dalam pilihan raya.
  • AIDILFITRI sudah tiba dan berlalu. Pun begitu, rakyat Malaysia, khususnya umat Islam merayakan hari yang penuh kemuliaan ini bercampur perasaan sedih dan hiba; bila mengenangkan tragedi yang menimpa kita semua - termasuk umat Islam sedunia umumnya.
  • SEGALA kemelut yang kita hadapi dalam negara; dari persoalan kualiti pendidikan, kemiskinan, pembelaan golongan terpinggir, pemberdayaan masyarakat, toleransi antara kaum dan sebagainya, kita tidak dapat mengimpikan suatu tanpa masyarakat dan negara di mana keadilan dan kesaksamaan menjadi prinsip dan batu asas matlamat pemerintahan.
  • 25 Jun lepas Wisma Putra melaporkan, dianggarkan sebanyak 15 rakyat Malaysia terbunuh dalam konflik di Syria, selepas terlibat dengan perjuangan The Islamic State of Iraq in the Levant (ISIL) di negara tersebut.
  • PADA Jun 2013, Timbalan Menteri Kewangan Kedua membuat kenyataan bahawa hanya 1 juta daripada 4 juta orang yang mempunyai fail di Lembaga Hasil Dalam Negeri diklasifikasikan sebagai pembayar cukai.
  • TANGGAL 25 Mei menandakan tarikh Malaysia berjuang sekali lagi sesudah tempoh 12 tahun dalam perlawanan akhir Piala Thomas.
  • KENYATAAN penuh kontroversi oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, (Isma), saudara Abdullah Zaik Abdullah Rahman memenuhi dada-dada akhbar dan media alternatif pada ketika ini. Antara kenyataan beliau yang paling mendapat perhatian ramai ialah label penceroboh yang digunakan ke atas warganegara Tionghua.
  • SASTERAWAN Negara, Usman Awang pernah menulis, “Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru.
  • SAYA bersama-sama rakyat Malaysia yang lain sungguh terkesan dengan tragedi MH370. Misteri yang melibatkan 239 nyawa di atas penerbangan tersebut masih belum kelihatan penghujungnya, walaupun sudah sebulan berlalu.
  • BUAT ke sekian kalinya kita mendapat khabar keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baik dan memberangsangkan.
  • BAS mini yang pernah berdesup di jalan raya Kuala Lumpur masih segar dalam kenangan warga kota. Dengan perkhidmatannya cepat dan murah, ia menjadi pilihan serta nadi utama pengangkutan awam di ibu negara kita.
  • MENURUT blog rasmi Jabatan Peguam Negara, kepentingan nasional bermaksud: “Kepentingan negara secara khusus... perkataan nasional adalah...
  • 2014 menandakan tahun keenam perayaan Hari Wilayah Persekutuan bagi saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih di Kuala Lumpur; hari tersebut disambut bukan sahaja oleh warga Kuala Lumpur, malahan ia turut disertai penduduk di Labuan dan Putrajaya.
  • PENGGANTUNGAN akhbar The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri membangkitkan satu persoalan yang telah lama menghantui Malaysia. Media massa di Malaysia jelas tidak bebas. Kekangan secara sistematik ke atas media sejauh ini menenggelamkan suara rakyat.
  • DITAKDIRKAN ketika Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti “mama buat apa di Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;” adalah soalan, “Siapa yang cipta telefon atau piano? Takde ke orang Malay
  • PERHIMPUNAN Agung Umno empat hari mengingatkan saya cerita rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu, tentang bagaimana mereka dipau (peras ugut) semasa berada di Kuala Lumpur.
  • KADANGKALA kita lupa segala apa yang berlaku ada hikmahnya, perancangan teliti telah dibuat oleh yang maha Esa. Noktah hitam yang jelas; pemecatan dan seterusnya fitnah berlaku kepada ayahanda, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 mempunyai hikmah tersembunyi.
  • Mac 2010 masih lagi segar dalam kenangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM); sebuah rancangan pengurusan ekonomi negara yang memberikan sebuah jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.
  • BAYANGKAN tahun 2023 – mungkin sedekad sahaja lagi tapi kalau tidak dikawal dengan hati-hati, mampu memperlihatkan harga secawan teh tarik bernilai RM6.25; iaitu 5 kali ganda harga sekarang. Malangnya, gaji purata tetap malar pada kadar RM2,900 sebulan.
  • “BIARLAH kita sedar, iaitu di Tanah Melayu ini ada orang-orang yang bukannya keturunan orang Melayu, tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu - barangkali lebih - daripada sesetengah orang Melayu sendiri.
  • Pertemuan Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur bersama Menteri Wilayah minggu lepas menjadi titik permulaan usaha sama untuk membangunkan kota Kuala Lumpur secara saksama.
  • PRU13 menampakkan garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.
  • Tatkala saya melihat wajah-wajah warga Lembah Pantai dari muda hingga ke tua, menunggu giliran untuk pemeriksaan doktor-doktor pakar sukarelawan pada acara Karnival Kesihatan Ahad lepas - terlintas sejenak di hati saya - ‘masih ada banyak mampu dilakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan warga kota, khususnya Melayu.’
  • HARAPAN dijadikan tempat berteduh bagi idaman seseorang itu tercapai. Harapan mampu menyatukan semua jiwa - apabila dijadikan panduan kepada yang miskin, mahupun kaya dalam usaha membina masa depan lebih baik.
  • Negara kita kini sedang berada di persimpangan. Dengan nisbah hutang kepada GDP yang kini sudah mencapai kadar 53 peratus - bahana bakal menanti anak muda yang tentunya akan mengambil alih bebanan hutang negara kita pada masa akan datang.
  • Satu ketika dahulu ada disebut bahawa pembangunan dan perkembangan kelas menengah Melayu menjadi agenda utama kerajaan.
  • SAYA adalah seorang wanita yang juga seorang anak, isteri dan ibu. Sebagai seorang ahli Parlimen yang mewakili warga Lembah Pantai saya juga sentiasa mendengar dan mencari inti pati aspirasi wanita di negara kita.
  • Saya percaya setiap ahli politik perlu melihat dan menilai sesuatu perkara dari kaca mata seorang pengundi. Oleh itu sebagai seorang Muslim, Melayu, wanita, ibu dan wakil generasi muda; berdasarkan Daftar Pemilih terkini, wanita merangkumi 50.19 peratus jumlah pengundi keseluruhan.
  • Hujung minggu lepas menyaksikan saya bersama beberapa ibu, ayah berserta anak-anak yang bakal melangkah masuk ke alam persekolahan di sekitar Lembah Pantai dengan penuh semangat.
  • Insya-Allah, saya yakin dan komited bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Tidak kira bila Parlimen akan dibubar; kami, rakyat dan negara sudah bersedia membawa perubahan besar demi Malaysia yang lebih baik.
  • Alhamdulillah saya diberikan peluang sebagai wakil rakyat Lembah Pantai untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2013 kerajaan BN pada hari Khamis lalu, 4 Oktober 2012.
  • Antara kelebihan manusia adalah menggunakan imaginasi untuk membayangkan masa depan yang lebih membahagiakan. Ada yang menggelarnya wawasan dan ada yang mengatakan ia angan-angan mat jenin.
  • Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai persamaan pada perkara-perkara pokok kenegaraan. Perbezaan yang wujud adalah mengenai pendekatan prinsip pemerintahan dan soal demokrasi. Secara ringkasnya ada lima persamaan dan lima perbezaan tersebut.
  • Lagu dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang berjudul Tanggal 31 merupakan antara lagu patriotik popular yang mencerminkan nurani kesetiaan dan kecintaan rakyat terhadap kemerdekaan negara sehingga hari ini.
  • Alhamdulillah, Hari Raya Aidilfitri akan menyusul selepas Ramadan sebagai tanda kemenangan setelah pengorbanan dilunaskan selama sebulan, Insya-Allah.
  • Manusia sering membuat pertimbangan antara keuntungan dan kerugian lebih daripada membuat penilaian antara benar dan palsu. Ini dapat dilihat apabila menyingkap sejarah mahupun di dalam retorik politik.
  • Seringkali orang tua berpesan kepada anak, ‘jangan main-main’ apabila menyentuh perkara kebertanggungjawaban dan sikap serius dalam bidang pelajaran, kewangan, kesihatan termasuklah perkahwinan.
  • Kontroversi pengumuman Perdana Menteri bahawa tema Hari Kebangsaan tahun ini, Janji Ditepati yang dipinjam daripada cogan kata kempen BN telah menimbulkan andaian penganalisis politik.
  • Bercakap benar bukan sahaja tuntutan agama malah terhadap pemimpin negara khususnya apabila menyentuh perihal keselamatan dan kedaulatan negara
  • Lazimnya pembangkang dipersalahkan pemerintah; serangan terhadap mereka dihebohkan ke seluruh negara oleh media arus perdana milik parti pemerintah.
  • Akal membezakan antara manusia dan haiwan, berfungsi untuk berfikir dan menilai sesuatu secara logik. Hati pula tempat letaknya perasaan dan penilaian menggunakan emosi hati nurani.
  • Jiwa sesuatu bangsa terbentuk melalui pengalaman bersama apabila mengharungi perjalanan sejarah dengan pertembungan dan penyerapan pengaruh pelbagai tamadun.
  • Demokrasi memudahkan rakyat menilai ‘tawaran politik’ yang berbeza melalui media bebas dan ruang berdebat yang luas. Demokrasi melalui pilihan raya yang telus lagi adil memudah cara dan mempertahan hak rakyat memilih sebuah kerajaan mewakili kepentingan rakyat.Malah suara rakyat dapat didengar termasuk bantahan melalui protes, jikalau cara lain menemui kebuntuan.
  • Budaya politik Dunia Pertama adalah kuasa untuk rakyat dan bukan kuasa untuk harta. Ia bercirikan demokrasi rakyat yang berteraskan kebebasan berfikir dan kebenaran ilmu.
  • Menyingkap sejarah silam, kita melihat kerajaan Islam Abbasid pada kurun ke-10 sebagai sinonim dengan zaman kegemilangan dunia Islam dan dilihat sebagai empayar Dunia Pertama. Kemajuan ilmu sains, falsafah dan pemerintahan kerajaan Abbasid mendahului kerajaan-kerajaan lain, termasuklah dunia Barat yang ketika itu diselubungi Zaman Gelap (Dark Ages).
  • Acap kali kita dihidangkan impian pimpinan kerajaan supaya Malaysia terus berjaya menjadi negara maju, hingga bila kita tiba kepada tahun 2020, sasarannya adalah gaji per kapita (GNI) daripada RM23,700 kepada RM48,000, hampir seperti negara-negara dunia pertama lainnya.
  • Kejutan hanya untuk yang tidak tidak menjangka sesuatu akan berlaku di luar dugaan dan dalam politik, tidak ada mustahil. Segala yang mungkin pasti berlaku dan yang hanya ‘mengejutkan’ rakyat adalah ‘waktu’ dipilih untuk sesuatu berlaku, menyebabkan ada tersalah sangka dan tersilap jangka.
  • Tarikh 9 Januari 2012. Tempat Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Hati mana yang tidak sedih apabila melihat ayahanda tersayang menunggu penghakiman yang akan memisahkan ayahanda daripada keluarga, lebih-lebih lagi apabila tuduhan palsu digunakan sebagai senjata politik.
  • Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran disemat di hati, semualah menjadi penentu kepada kejayaan kelak.
  • Saksi kepada fenomena dalam diam

    Ada kayu diukir indah berseni; Ada kayu dibakar merah membara; Diam-diam ubi, untunglah petani; Diam-diam korupsi, rugilah negara;

  • Novela Gadis Berambut Merah

    Adegan-adegan terkini memaparkan ancaman agama Kristian yang berkemungkinan menawan Malaysia mengingatkan saya kepada kisah tragis Sierva Maria karya Gabriel Garcia Marquez, penulis tersohor dari Colombia.

  • Antara kebersihan dan kekotoran

    Membaca nukilan terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said bertajuk Bersih, Bersih ... Kasih, Kasih! mengingatkan saya perkataan ini simbol amat menakutkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan jentera-jentera yang digunakan untuk menekan serta menakutkan rakyat.

  • Skim Pak Man telo dan bahananya

    Jikalau Pak Man Telo yang mengasaskan Skim Cepat Kaya masih lagi menjalankan skim tersebut tentunya dia orang yang paling gembira di Malaysia. Masakan tidak sebagai pengasas skim ini tentunya dia akan menjadi perujuk utama kepada pelbagai skim yang sedang beroperasi di Malaysia.

  • Apabila telaga minyak kering

    “Salam sejahtera. Saya seorang rakyat Malaysia. Saya cintakan negara kita. Malaysia cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kita tahu apa masalah ini. Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah, apa pun terjadi Malaysia ini negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. Ingatlah walau apa pun terjadi, negara ini adalah negara anda. Ia negara kita. Malaysia perlukan kita semua.”

© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf