• TIBA-TIBA berbondong-bondong warga Lembah Kelang berkunjung ke premis Kumpulan Media Karangkraf untuk membeli buku-buku di Jualan Gudang Akhir Tahun 2018 anjuran syarikat itu.
  • TREND penurunan jualan akhbar cetak di negara ini masih berlaku. Semua akhbar per-dana berada di dalam ICU. Pihak editorialnya semakin kerap ber-mesyuarat. Strateginya bukan lagi untuk meningkatkan jualan mahu-pun menawan pasaran. Sebaliknya untuk memanjangkan hayat ma-sing-masing. Namun semuanya sudah maklum dan menerima hakikat bahawa masa depan akhbar cetak sungguh gelap. Maaf cakap, menunggu masa untuk ditutup.
  • SAYA tak terkata apa, bila perihal kasut hitam dan stoking menjadi fokus utama sidang akhbar Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini. Dalam hati saya, cerita kasut dan stoking ini pasti akan menjadi isu dan menular di laman-laman sosial seperti mana sebelum ini.
  • SEBILANGAN daripada kita tentu pernah terdengar cerita teladan sufi, perihal tiga orang buta dan gajah. Kisahnya, tiga orang buta ini bertemu seekor gajah.
  • MENGAPA tiba-tiba timbul tafsiran bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa seolah-olah tidak mahu mencegah mungkar kerana mengutamakan privasi individu? Laporan The Star memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam untuk menyiasat dan menjalankan operasi khalwat serta aktiviti maksiat lain.
  • SEMALAM, beberapa buah akhbar perdana memetik laporan Bernama mengenai tabiat Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyimpan sebuah buku nota kecil di poketnya. Tun Mahathir akan sentiasa membawa buku catatan ini ke mana-mana jua dan mencatat nota dengan segera tentang tinda­kan yang perlu dilakukan
  • SETELAH tidak lagi bersama Sinar Harian, saya sering ke selatan ibu kota untuk berurusan. Saya ke sana awal supaya dapat memulakan mesyuarat dengan klien, tepat pada waktu temu janji. Kerana itu, sering juga saya bersarapan di sebuah medan selera. Makan apa lagi jika bukan nasi lemak dengan teh tarik.
  • DI TENGAH-TENGAH kemalapan industri filem tempatan, tiba-tiba dua buah filem, Hantu Kak Limah dan Munafik 2 meletup di pawagam dengan kutipan yang amat-amat luar biasa. Kutipan filem Hantu Kak Limah menghampiri RM30 juta pada akhir Ogos 2018. Munafik 2 pula sudah dilaporkan melepasi kutipan RM40 juta.
  • SAYA berbual dengan Hanum seorang siswi yang baru menyudahkan latihan praktikal di sebuah syarikat animasi. Oleh kerana saya selalu ke sana untuk berurusan, saya dan Hanum sering sapa-menyapa. Tambahan pula dia menuntut di UiTM. Sebagai bekas penuntut di sana juga, saya mudah mesra dengannya.
  • PADA Ahad lepas, saya mengunjungi gedung beli-belah Alamanda di Putrajaya. Sudah bertahun saya tidak ke sana. Apabila tiba sekitar jam 1 tengah hari, keadaannya agak sesak. Medan seleranya penuh, para pengunjung berbaris untuk mendapat tempat di restoran-restorannya.
  • BARU-BARU ini saya ke Bandar Baru Bangi menemui Izmael yang lama tak diketemui. Bermula dengan like di Facebook, kami berjejak kasih kembali setelah bertahun tak jumpa. Izmael adalah salah seorang teman sepejabat tatkala saya bertugas di sebuah syarikat perunding perniagaan di Kuala Lumpur pada awal tahun 80-an. Walaupun lama tak bersua, kami masih mesra berlawak dan bergelak.
  • ANAK saudara saya tertawa melihat video adegan filem Seniman Bujang Lapuk arahan P Ramlee. Ketawa kerana terdapat adegan watak sultan yang marahkan permaisuri hingga ‘tak akan mengampun dunia akhirat’ dan ingin pula memancung leher permaisurinya.
  • SAYA terpegun apabila menerima poster #MalaysiaMembaca: Apakah 10 buku kegemaran anda? di WhatsApp. Poster hijau gelap yang lengkap dengan imej Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik itu menguja saya kerana ia datang daripada beliau sendiri.
  • BANYAK pihak berasa lega apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy bertemu dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Putrajaya, kelmarin. Pertemuan enam mata itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menganjurkannya.
  • ADA orang kata, kawan paling baik yang boleh dipercayai adalah diri kita sendiri. Dalam pada itu, ada juga orang kata, musuh paling hampir dengan kita adalah juga diri kita. Mana satu diri kita? Musuh ataupun sahabat?
  • KELMARIN, ahli-ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada anggota parti Umno dan Pas meninggalkan sidang Dewan Rakyat ke-14 kerana mem-pertikai cara pelantikan Speakernya.
  • GURUH berdentum membangkitkan saya dari tidur. Selepas tahajjud sebentar tadi, saya bercadang hendak sambung tidur. Sebelum tergolek semula, memang sudah terbiasa, saya akan membelek telefon dahulu. Saya meneliti mesej-mesej yang masuk, lalu terpandang personal message daripada Abdul Rahman Adam.
  • ISTILAH ‘jodoh’ lazimnya dikaitkan dengan soal pasangan lelaki dan perempuan dalam konteks perkahwinan. Jarang sekali kita fahami istilah ini dalam erti kata lebih luas. Kamus DBP menjelaskan, jodoh itu mempunyai tiga maksud iaitu mengenai pasangan hidup, pasangan bagi benda dan juga membawa maksud sesuai atau secocok.
  • SEBAIK sahaja roh ditiup ke tubuh, maka perjalanan hidup kita pun bermula. Degup jantung, pembentukan tubuh dan organ-organnya, tulang, daging dan urat-urat terus terbentuk sebagai persediaan untuk kita menjenguk melihat dunia.
  • INSYA-ALLAH, lusa ini kita akan menyambut Aidilfitri. Barangkali ramai yang sudah pun bergerak ke kampung. Kita sebut sebagai balik kampung, bukannya pergi ke kampung. Kita kata balik, kerana ia bermaksud kita kembali ke tempat asal, tempat bermula ataupun ke pangkal jalan.
  • HARI ini, 21 Ramadan. Kita sudah sampai ke pusingan akhir puasa. Dikatakan, pusingan akhir inilah pusingan untuk kita memecut hingga ke garisan penamat. Ramai yang sudah khatam al-Quran dan meningkatkan masa untuk qiamullail pula. Dalam pada itu, lebih ramai lagi yang mula lelah.
  • 14 Ogos 2017. Saya dan novelis Ramlee Awang Murshid bercadang untuk minum petang di kawasan Anjung Senja, di hadapan Hotel Promenade Kota Kinabalu.
  • KERAJAAN telah pun bertukar. Mulai 10 Mei lalu, kita bernaung di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat memberi peluang kepada PH kerana berasakan kerajaan Barisan Nasional sudah tidak bermaya dan para pemimpinnya sudah hilang jiwa rakyatnya.
  • PRU14 telah mengubah sama sekali lanskap politik di Malaysia. Pakatan Harapan telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat menyambutnya dengan penuh keterujaan. Kerana fenomena ini, media massa menjadi tumpuan kembali. Masyarakat lebih suka menonton rancangan berita dan forum.
  • SEDARKAH kita, dalam hidup ini, kita akan hadapi momen di mana kita akan bersendirian meskipun dikelilingi ramai? Ada momen yang kita selalu alami. Ada juga yang jarang-jarang, malah ada yang belum pernah kita lalui lagi.
  • KEMPEN PRU14 kian rancak. Selain daripada kempen-kempen di media perdana cetak dan elektronik, ceramah dan syarahan, kempen juga dilakukan melalui medium internet.
  • PETANG kelmarin adalah di antara petang yang membahagiakan saya. Sebabnya, saya terserempak dengan mentor saya setelah 42 tahun tidak bertemu. Kami terpandang di antara satu sama lain tatkala membuat urusan di sebuah pejabat kerajaan. Lantas, dua orang sahabat lama ini saling bersalaman dan berpelukan.
  • SPR baharu sahaja mengumumkan hari mengundi bagi PRU-14 iaitu pada Rabu, 9 Mei 2018.
  • DAHULU, kita tidak selesa apabila dipuji. Malah, ada yang sampai marah-marah apabila teman-teman memberi kata-kata yang positif tentang diri kita. Barangkali, oleh kerana mempunyai nilai harga diri yang rendah, sesebuah pujian itu ditafsir sebagai sebuah sindiran.
  • MULAI Januari tahun ini, team Sinar Harian memulakan transformasi penerbitan akhbarnya. Jika selama ini Sinar Harian memberi tumpuan kepada versi cetaknya, mulai Januari 2018 akhbar ini mula menumpukan pula kepada versi online. Jargonnya ~ digital first!
  • HUJUNG minggu lalu saya ke gedung buku yang dah lama saya tidak kunjungi. Premisnya yang terletak di sebuah kompleks beli-belah itu kelihatan cantik berseri kerana terang dengan lampu-lampunya...
  • SEMUA perkara yang kita hadapi buat pertama kali adalah bersifat baharu. Semua kemahiran baharu yang kita buat itu pula kita pelajari dari orang yang mengajar kita, melalui pemerhatian, pembacaan ataupun melalui pengalaman sendiri.
  • SESUNGGUHNYA hidup ini adalah sebuah perjalanan. Mahu atau tidak mahu, kita mesti bergerak. Orang kata, kalau tak bergerak, kita akan ketinggalan. Namun, bergerak ke mana?...
  • PAGI kelmarin saya menerima kedatangan Amsyairi Ismail, seorang usahawan kek. Am, seperti nama panggilannya kelihatan tak makan usia meskipun sudah berusia 37 tahun. Orang sekarang kata, baby face. Kami saling mengenali lebih sembilan tahun...
  • BANYAK pihak sudah meneka bilakah PRU-14 akan diadakan. Pengulas dan penganalisis politik serta ramai kolumnis media telah cuba meramal tarikh itu. PM pun juga ditanya. Beliau sekadar menjawab, ‘belum dapat ilham.’ Walau bagaimana pun, SPR sudah pun memulakan taklimat persediaan kepada para petugasnya. Pilihanraya dah dekat.
  • SAYA terbaca sebuah artikel pendek yang tular melalui Whatsapp. Artikel yang berjudul PESAN ALAM itu antaranya mempunyai inti pemikiran yang menarik buat renungan kita bersama.
  • BILL Gates, usahawan terkenal seantero dunia dengan perisian Microsoft pernah berkata, dia membaca 50 buah buku setahun.
  • TATKALA menjalankan tugas, saya bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Biasa juga berdepan dengan berbagai kerenah dan bersemuka dengan bermacam tahap pemikiran.
  • PILIHAN keutamaan di antara kualiti dan kuantiti sering diperdebatkan. Ada pandangan mengatakan, bila kita terlalu menitikberatkan kualiti, maka kita tidak akan dapat mencapai sasaran kuantiti.
  • PETANG tadi, saya terpandang Erisya, anak staf saya sedang membuat latihan matematiknya. Bila emaknya tak dapat mengambilnya dari sekolah, ayahnya membawa Erisya ke pejabat sebagai tempat transit. Di sisi gadis sunti itu terdapat sebuah mesin kira. Hati kecil saya berkata, betapa mudah pelajar sekarang menyudahkan latihan matematiknya.
  • SUDAH lebih seminggu bayaran tol di Batu Tiga telah dimansuhkan. Saban hari saya melalui plaza itu. Namun, masih terdapat kenderaan yang berhenti untuk membayar tol!
  • SEBENTAR tadi saya baharu berbual dengan Karen Jacobsen. Karen, wanita kelahiran Australia yang berambut perang ini adalah seorang penghibur, penceramah motivasi dan juga seorang penulis lirik. Ada kalanya saya ajak Karen menemani saya ke mana-mana apabila memandu bersendirian!
  • PEPATAH Melayu ada menyebut, ‘tak kenal maka tak cinta.’ Ungkapan ini, antara lain membawa maksud, jika kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana mungkin kita dapat menyintainya? Ia juga membawa makna, andainya kita tidak meluangkan masa untuk mengetahui sesuatu perkara, bagaimana kita boleh menyukainya?
  • SEMUA orang termasuk kita mahu buat kerja mudah. Apa yang mudah akan menjadikan diri kita berasa selesa untuk berbuat apa yang kita suka.
  • INDUSTRI persuratkhabaran mula berkembang di Eropah. Pada awalnya, akhbar ditulis tangan dan beredar di Venice pada 1566.
  • SAYA terpandang seorang remaja yang sedang melengung di sebuah bistro. Di hadapannya ada sebuah komputer riba. Dia kelihatan tiada bersemangat. Saya menyapanya dan bertanya apa masalahnya. Rafie, nama remaja itu memberitahu saya yang dia penat membuat pelbagai promosi baju-T di dalam laman sosial Facebooknya.
  • SEKALI-sekala, saya akan bertemu dengan ahli politik yang berjawatan menteri. Selalunya, daripada apa yang saya perhatikan, mereka adalah di antara orang yang sibuk dengan pelbagai tugas kerana ruang lingkup peranan mereka yang luas. Seseorang menteri adalah juga seorang pemimpin di peringkat kawasan kampungnya, di peringkat negeri dan di peringkat nasional.
  • DALAM hidup, kita perlu memainkan pelbagai peranan. Peranan-peranan ini kita ketahui secara perlahan-lahan melalui pengalaman dan juga apabila ia diajar oleh ibu bapa mahupun guru.
  • KITA menyimpan banyak sekali wajah-wajah manusia di dalam memori. Wajah yang paling awal kita simpan ialah wajah ibu kita. Kemudian wajah bapa, diikuti dengan wajah mereka yang hampir dengan kita.
  • BARU-baru ini seorang bekas staf saya Rai, berkunjung ke pejabat. Dia sengaja singgah mencari saya kerana katanya, dia memang hendak bertemu. Katanya, sayalah orang yang menemu duga dan mengambilnya bekerja dengan Sinar Harian.
  • PETANG semalam, saya menghadiri program Wacana Sinar yang membicarakan tajuk Apa Sebab Etnik Rohingya Dizalimi? Kali ini saya tidak duduk di barisan hadapan majlis. Sebaliknya saya duduk di bahagian belakang Dewan Karangkraf. Saya sengaja berbuat begitu untuk melihat bagaimanakah perilaku audien di wacana yang ilmiah sebegini.
  • FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba, karya Ramlee Awang Murshid yang kini sedang ditayangkan di 115 pawagam-pawagam seluruh tanah air termasuk di Brunei dan Singapura telah berjaya mengutip lebih RM 2 juta, meskipun baharu empat hari tayangan.
  • DUA tiga hari lalu saya berasa tak selesa. Bukannya kerana tak cukup tidur, tak cukup makan, banyak kerja atau tidak sihat. Sebaliknya, saya berasa tidak selesa sebab terlepas cakap dengan seorang staf saya. Mula-mula saya hanya ingin menegur agar dia cepat dapat siapkan tugasannya. Entah bagaimana, ketika menegur itu, darah saya tiba-tiba naik, maka tersemburlah kata-kata yang laser. Sebagai seorang penghidap hypertensi, saya tertewas kali ini.
  • SEHINGGA kini, jumlah pelarian etnik Rohingya yang menyeberangi sempadan Myanmar untuk masuk ke Bangladesh sudah melebihi setengah juta.
  • RAMAI di kalangan teman-teman rapat, teman-teman sekolah mahupun jiran, tidak tahu apakah jawatan saya sekarang.
  • RABU dua minggu lalu, saya menerima mesej daripada Puan Suhaida, Setiausaha kepada bos saya, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub. Mesejnya ringkas, ‘Haji nak jumpa!’ ‘Haji’ adalah gantinama yang orang lama Karangkraf biasa gunakan untuk bos saya.
  • DARI semasa ke semasa, apabila timbul sesuatu isu yang punyai kepentingan awam, kita akan dapati pihak media segera mendapatkan komen-komen daripada pakar-pakar bidang-bidang yang berkaitan.
  • SABTU minggu lalu saya mengendalikan sebuah bengkel ringkas untuk penulis-penulis daripada Grup Buku Karangkraf. Saya menjadi fasilitator bengkel, bukannya kerana saya dipanggil oleh syarikat itu.
  • MULAI 12 Oktober depan, filem Tombiruo akan mula menemui peminat-peminat wayang. Tombiruo adalah sebuah filem adaptasi daripada sebuah novel karya Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid.
  • AKHIR-AKHIR ini berlaku pertikaman lidah di antara personaliti-personaliti politik tanahair. Cuma kali ini tikam lidah itu bukan menghujah mahupun mengkritik isu-isu semasa dan falsafah perjuangan. Tetapi pertengkaran jarak jauh itu berkisar mengenai hal-hal peribadi.
  • SAYA teringat semula zaman persekolahan. Ketika di sekolah rendah dan menengah rendah dahulu, saya dan kawan-kawan ada jugalah menakal dan menjahat.
  • PETANG ini, sekali lagi Sinar Harian menganjurkan Wacana Sinar. Siri ke-48 ini membicarakan sebuah topik yang hangat ~ Pakatan Harapan VS Barisan Nasional; Mari Kita Nilai. Tiga tokoh berpengalaman telah sudi untuk membicarakan topik ini. Moderator wacana ini, Nazri Kahar dari Astro Awani.
  • ORANG di kampung lazimnya punyai pelbagai kebolehan dan kemahiran. Untuk kehidupan seharian, mereka boleh membela ayam-itik, atau lembu-kerbau. Apabila tiba waktunya binatang ternakan itu boleh dijual atau disembelih sendiri. Mereka boleh bercucuk tanam, mengambil hasil untuk kegunaan sendiri atau menjualnya.
  • DARIPADA perpektif sosiologi, setiap kelompok masyarakat mempunyai norma masing-masing. Norma-norma ini merupakan persefahaman tidak rasmi yang menentukan sikap anggota di dalam masyarakatnya.
  • SEKALI sekala saya akan bertemu dengan individu-individu yang tersenyum, lantas menerpa dan bersalaman dengan saya. Situasi ini akan mengkagetkan saya. Namun, setelah beberapa kali mengalami situasi begitu, saya dapat mengagak, tindakan mereka itu kerana mereka gembira bertemu dengan saya secara live. Gembira kerana dapat bertemu dengan penulis kolum Maaf Cakap.
  • MALAYSIA #QuranHour bukan hanya happening. Ia sudah menjadi sebuah fenomena. Ia bermula sebagai riak yang kecil. Tetapi kini, ia menjadi sebuah gelombang yang besar. Semakin lama, kempen Quran Hour ini menjadi sebuah gerakan yang menarik sekian banyak khalayak untuk menyertainya.
  • 3 Jun lalu saya menginjak ke usia 60 tahun. Maknanya sudah 10 tahun saya menjadi warga emas. Tatkala berusia 50 tahun, saya berasa janggal kerana status warga emas itu. Adik pelayan di restoran mula memanggil saya pakcik, bukan lagi encik, apatah lagi abang. Jika menaiki LRT, ada anak muda yang bangun memberi saya tempat duduknya. Saya akan buat-buat tak perasan dan menyuruh orang lain duduk di tempat itu. Di lapangan terbang, diri terasa segan bila diberi peluang beratur menaiki pesawat terlebih dahulu kerana status warga emas itu.
  • DUA atau tiga bulan sekali, saya akan menghantar kereta untuk dibaik pulih di sebuah pusat servis yang terletak kira-kira satu kilometer dari pejabat.
  • KITA hidup di era ICT, yang membawa maksud era information and communication technology. Ringkasnya era teknologi maklumat, iaitu era IT. Pada asalnya, era IT ini adalah gabungan rangkaian telefon dan audio visual yang membolehkan penggunanya memperoleh, menyimpan, memindah atau mengubah maklumat yang diterimanya.
  • KITA tentu tahu mengenai istilah keyboard warriors. Keyboard ialah papan kekunci. Warriors pula bermaksud, wira. Jadi, keyboard warriors bermaksud wira papan kekunci. Dari segi istilah, ia dianggap sebagai suatu gelaran penghormatan.
  • PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 baru sahaja melabuhkan tirai. Reaksi spontan di kalangan pempamer di pesta buku kali ini menunjukkan ia mendapat sambutan yang lebih baik daripada tahun lalu. Malah, sudah terlukis bayangan senyuman mereka yakin khalayak pembaca mula kembali ke pesta buku.
  • AHAD lalu, saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Ini adalah pesta buku yang terhebat dan terbesar di tanah air. Lazimnya, tapak pesta akan dikunjungi oleh pelbagai golongan khalayak pencinta buku. Puluhan ribu pengunjung akan bersantai di sini.
  • BARU-baru ini saya di sebuah restoran berhampiran dengan pejabat saya untuk bersarapan. Sekali-sekala, saya akan ke sana. Tidak ramai pengunjung di restoran pada waktu itu. Sebahagian besar daripada para pelanggan sedang menikmati hidangan.
  • PAGI tadi saya menerima sebuah mesej Whatsapp daripada Shadidi, seorang teman penulis. Dia adalah di antara penulis yang bukan old school. Platform tulisan lazimnya kini ialah di laman sosial seperti Facebook dan juga blog. Dia juga rajin meletak foto di Instagram. Dan kapsyen tulisannya kerap dipaut ke laman Twitternya. Sekali-sekala saya terbaca juga karyanya apabila muncul di laman Facebook saya.
  • SEKARANG ini, promosi ayam goreng McDonald’s masih hangat sepanas ayamnya. Sebuah video iklan promosi ayam goreng syarikat itu di mana pelakon-pelakonnya meratah ayam goreng telah mempengaruhi khalayak ramai. Visual dan momen watak-watak itu menggigit ayam, siap dengan efek bunyi ‘krap-krup’ begitu mengecur air liur.
  • KITA tahu, terdapat mereka yang berada di antara kita terdiri daripada mereka yang suka kompelin.
  • MINGGU lepas saya menghadiri sebuah kursus pengurusan. Kursusnya ialah mengenai cara-cara meningkatkan prestasi kerja. Ia juga memberi panduan, bagaimanakah cara menjadi seorang pemimpin yang mampu memantau kerjanya dengan baik. Kursus itu turut memberi panduan bagaimanakah cara paling berkesan untuk menangani prestasi kerja anak-anak buah.
  • MINGGU lepas, saya bertemu Hasbi yang baru pertama kali mengerjakan umrah. Banyak cerita yang dibawanya. Hal kawasan Masjidilharam yang begitu luas, hal pelbagai gelagat umat dari merata dunia, hal betapa mudahnya menjamah kurma serta air zam-zam dan tidak ketinggalan juga suasana meriahnya kedai-kedai membeli-belah yang dibuka 24 jam sehari.
  • PUJIAN adalah reaksi seseorang yang memandang tinggi dengan pendirian atau tindakan yang telah kita lakukan. Lagi tinggi penghormatan mahupun persetujuan seseorang itu terhadap perlakuan baik kita, lagi tinggi melangitlah pujiannya. Kita lazimnya akan kembang hidung apabila dipuji.
  • PEMBUNUHAN Kim Jong-nam di KLIA2 pada 13 Februari lalu telah menambah satu lagi insiden buruk yang melanda negara. Sebelum ini, kita telah berdepan dengan pelbagai tragedi-tragedi besar yang mendapat perhatian dunia.
  • HAMPIR setiap minggu, ada sahaja tangkapan dan siasatan SPRM yang diumumkan kepada kita. Bagus kerana ia menunjukkan SPRM berjaya menghidu dan membongkar perbuatan rasuah di kalangan mereka yang menyalahgunakan kuasa.
  • SEMALAM, saya diundang makan tengah hari bersama tiga orang aktivis buku. Sambil menjamu selera, mereka meminta pandangan saya mengenai pasaran buku pada masa kini.
  • SAYA temui Rayyan dan kawan-kawannya ketika dia menunggu bapanya yang lewat tiba untuk membawanya pulang. Sebelum itu, Rayyan dan kawan-kawannya datang membeli buku di Karangkraf Mall.
  • SAYA teringat lagi tatkala di usia kanak-kanak, tiada istilah pembahagian waktu di antara yang serius dan yang main-main. Malah, bermain memenuhi hampir keseluruhan aktiviti seharian.
  • HUJUNG minggu lalu saya berkemas untuk berpindah pejabat. Susun letak pejabat kali ini lebih praktikal kerana kesemua warga kerjanya berada di aras yang sama. Kami duduk sekumpul samada wartawan, penyunting, grafik dan editor. Begitu juga ruang lokasi warga kerja Sinar Harian versi cetak, Online dan juga Sinar TV kesemuanya sejauh mata memandang. Boleh nampak di antara satu sama yang lain.
  • PADA dasarnya kita adalah insan yang cintakan keamanan. Peace-loving humans. Sebab itulah kita tidak gemar berbeza pendapat, berhujah, apatah lagi berbalah dan bertengkar meskipun ia bertujuan menyatakan pandangan peribadi terhadap sesuatu perkara yang subjektif. Seboleh mungkin, kita cuba mengelak daripada menyatakan sesuatu yang bertentangan daripada apa yang diutarakan oleh orang lain.
  • SEBENARNYA bukannya senang untuk berjaya. Namun, bukan sukar ia diperoleh asalkan kita berusaha dengan konsisten untuk mencapainya apabila kita menapak mengikuti pelan tindakan yang dilakar. Apabila kejayaan dalam genggaman, apa yang dirasa adalah kepuasan.
  • PADA hujung minggu lalu, saya menjemput staf Muhamad Mat Yakim untuk masuk sebentar ke mesyuarat harian syarikat. Saya menjemputnya kerana hari itu adalah hari terakhir beliau berkhidmat di Sinar Harian. Dia yang kami gelar Che Mat kelihatan tenang pada hari itu. Maklumlah, beliau memberi notis tiga bulan.
  • RAMAI yang inginkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diterokai. Daripada jumlah yang mahukan kejayaan, hanya sebahagian sahaja yang bertindak dan bergerak untuk memperoleh kejayaan itu. Sebahagian daripada mereka hanya memikirkan mengenai kejayaan tanpa melakukan apa-apa. Jika begitu, mereka sebenarnya sedang menempah kegagalan kerana kebarangkalian untuk gagal itu lebih besar jika tidak melakukan apa-apa.
  • ARMAN termenung sebaik sahaja berhenti bermesej dengan seseorang. Perbualan kami sering terencat apabila mesej-mesej masuk ke telefonnya.
  • PETANG kelmarin, saya ditemubual oleh Ferdaus, Aiman, Balqis, Hazwani, Nurul Anina dan Ramziah, siswa semester dua, Pengurusan Industri Kreatif dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM untuk memenuhi tugasan subjek yang mereka pelajari. Sambil bercakap, saya perasan mengenai beberapa sudut pandang baharu dalam dunia persuratkhabaran.
  • USIA saya sudah menghampiri 60 tahun. Namun saya biasa bertarung di gelanggang badminton secara berterusan hingga ke rubber set.
  • PANDANGAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden Umno, bahawa partinya tidak boleh memperlekeh ancaman gelombang besar atau gelombang kecil adalah suatu pandangan yang waras.
  • SEWAKTU kecil, saya berpeluang mengenali seorang wartawan sambilan atau stringer di daerah kelahiran saya ~ Mersing. Dia menulis berita di sebuah buku nota. Apabila dia hendak menghantar berita ke syarikat akhbar, dia akan gunakan telefon awam.
  • SAYA menerima sebuah mesej WhatsApp daripada Ramlee Awang Murshid. Ramlee adalah seorang novelis yang memegang jolokan Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia.
  • SAYA tidak boleh lupa kepada kajian pembacaan daripada Universiti Putra Malaysia, pimpinan Allahyarham Prof Atan Long, 33 tahun yang lalu.
  • PADA suatu pagi, dalam kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja, kita terpandang seorang pemandu sedang mengibar-ngibarkan tangannya kepada seorang anggota polis trafik. Anggota polis itu pula kelihatan terjerit-jerit ke arah pemandu itu. Apakah tanggapan kita?
  • ‘HANTU dah masuk ke Sinar Harian?’ demikian soal hati saya apabila terdengar suara staf perempuan terjerit-jerit seperti kerasukan di luar bilik mesyuarat. Tatkala itu, saya sedang berbincang dengan para editor saya mengenai perancangan akhbar untuk hari itu. Sedikit sebanyak ia mengganggu tumpuan kami yang sedang bermesyuarat.
  • SEORANG teman menjemput saya ke majlis perkahwinan anaknya. Majlis itu agak jauh dari rumah saya iaitu di Puchong. Kerana itu saya menumpang sahaja jiran sebelah rumah yang kebetulannya sepejabat dengan teman saya.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf