VIRAL
CHERAS - Tindakan seorang anak muda, bantu memandikan seorang lelaki gelandangan di jalan belakang sebuah restoran makanan segera mendapat pujian dan perhatian dari netizen di Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri di sini.
  • HARI ini 29 Mei 2016 genap 43 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tokoh ikonik bangsa Melayu khasnya dan anak semua bangsa Malaysia amnya.
  • UNTUK pertama kalinya, minggu lalu aku gagal melunasi rutin mingguanku menulis untuk kolum Lantera. Aku dihambat oleh kesibukan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maaf kepada pembaca setia kolumku ini.
  • MINGGU ini aku ingin menulis tentang perkembangan terkini salah seorang pengarah filem dunia tersohor paling aku minati karya-karyanya.
  • HARI ini, 1 Mei adalah Hari Pekerja atau Hari Buruh yang disambut oleh kaum pekerja di seluruh dunia. Hari ini juga dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Pastinya penggiat dan pembikin filem sama menyambut hari istimewa ini kerana mereka juga termasuk dalam golongan pekerja dan buruh.
  • AKU terbaca satu tulisan di internet oleh Hassan Muthalib, seorang penggiat, pengkaji dan pengkritik filem bertajuk Hypocrisy Abounds In Life and Cinema. Terjemahan ringkasnya - Hipokrasi Penuhi Kehidupan dan Filem.
  • AKU bertemu dengan rakan lama, di satu warung untuk bersarapan minggu lalu. Kami seronok bersembang kerana hampir 20 tahun tidak bertemu. Kami sempat bercerita tentang pengalaman dan kenangan zaman sekolah rendah kami.
  • FILEM 'Slank, nggak ada matinya’, arahan Fajar Bustami adalah filem muzikal Indonesia ditayangkan pada penghujung 2014. Aku hanya berpeluang menonton filem ini lewat DVD dipinjamkan oleh seorang rakan.
  • ADA dua bahan tentang filem tempatan, aku terbaca sepanjang minggu lalu yang menarik perhatianku. Pertama, kejayaan filem Munafik arahan Syamsul Yusof, pengarah muda yang punya sentuhan emas. Hampir kesemua filem arahannya menjadi dan berjaya menghasilkan kutipan pecah panggung. Filem terbarunya ini telah berjaya mengutip RM17 juta setakat ini selepas 26 hari tayangan. Masih ditayangkan ketika artikel ini ditulis.
  • DALAM buku Kritikan Filem Mansor Bin Puteh, beliau bukan setakat menulis artikel dan kritikan filem sahaja. Bab 24 dalam buku itu, beliau menulis tentang persembahan teater yang diadaptasi daripada filem Esok Untuk Siapa? arahan Jins Shamsudin.
  • MINGGU lalu aku menulis bidang kritikan filem dalam filem Melayu era 80-an sehingga awal 90-an. Salah seorang tokoh pengkritik filem paling menonjol ketika itu Mansor Puteh. Beliau dikenali dengan kelantangan dan sikap berterus-terang ketika menulis kritikan sesebuah filem Melayu yang dihasilkan ketika itu.
  • LAMA aku mencari buku ini kerana naskhah kepunyaanku lesap sejak lewat 90-an. Mungkin aku tersilap letak atau hilang ketika berpindah rumah. Mungkin juga ada rakan meminjam tetapi terlupa hendak pulangkan semula atau sahaja hendak buat harta sendiri.
  • SENI filem dan pembikinan filem tidak dinafikan merupakan the highest form of art – kerja seni bertaraf paling tinggi.
  • SELEPAS pertemuan pada petang 1 Jun 1984 bersamaan 2 Ramadan 1404 itu, aku seperti tidak percaya M Nasir mahu aku terlibat dalam projek filemnya.
  • BEBERAPA minggu kebelakangan ini aku berpeluang bekerjasama dengan beberapa filmmaker dan pengarah filem generasi baharu.
  • FEBRUARI 2016, genaplah 30 tahun usia filem sulung arahanku, Kembara Seniman Jalanan (KSJ). Filem KSJ memperkenalkan M Nasir (Datuk) ke layar perak ini mula ditayangkan kepada umum pada 22 Februari 1986.
  • SEDAYA upaya aku berusaha elakkan hutang dan berhutang dalam hidupku ini. Tidak kiralah berhutang duit atau hutang janji. Kenapa tiba-tiba minggu ini aku mulakan nukilanku dengan isu hutang?
  • SEPANJANG minggu lalu, aku melayan isu klip video kempen TPPA Malaysia yang viral di alam siber. Kempen ini digambarkan sebagai salah satu usaha penerangan isu TPPA oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada rakyat. Dalam kes ini, penerangan lebih menjurus ditujukan kepada penggiat dan karyawan seni tanah air. Klip video kempen ini menggunakan bahan-bahan daripada filem pertama arahanku 30 tahun lalu, Kembara Seniman Jalanan (1986).
  • KETIKA pertemuan malam 5 Januari 2016 itu, Pyanhabib beritahu dan menunjukkan aku tentang satu klip video kempen TPPA Malaysia sedang viral di alam siber. Klip video itu merupakan bahan kempen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menerangkan kepada umum tentang apa itu – Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). TPPA, isu yang hangat diperkatakan sekarang dengan pro dan kontranya.
  • MALAM Selasa (5 Januari 2016) lalu, aku bertemu Pyanhabib aka Osman Tikus di restoran di Ampang. Aku datang dari Melaka dan perlu berada beberapa hari di Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Sudah lama aku tidak bertemu member lamaku ini.
  • SUDAH tiga hari kita berada di tahun baharu 2016. Aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada pembaca Lantera. Moga kita lebih sukses dan berjaya mencapai impian yang mungkin gagal dipenuhi tahun lalu.
  • AKU mula tahu tentang fi lem Jagat, fi lem Tamil tempatan pada 3 November 2015. Hari itu aku terjumpa trailer promosi filem ini di YouTube. Trailernya menarik perhatianku. Aku dapat merasakan kelainan dari segi naratif dan visual yang cuba dipaparkan lewat fi lem cereka sulung pengarah generasi muda anak Malaysia berbangsa India, Shanjhey Kumar Perumal. Aku terus catatkan dalam diari tarikh tayangannya bermula pada 17 Disember 2015.
  • AKU akan nukilkan lagi pengalaman peribadiku yang ada hubung kait dengan perkembangan media massa dan filem khususnya di negara kita pada era 60-an dan awal 70-an.
  • KURANG 20 hari lagi kita akan berada di tahun baharu 2016 Masihi. Seiring dengan ketibaan tahun baharu ini, aku tiba-tiba teringat usia industri filem Melayu. Filem Melayu pertama berjudul – Leila Majnun, arahan BS Rajhans diterbitkan pada 1933.
  • SEBELUM aku menulis tentang keesentrikan pengarah filem Werner Herzog seperti aku janjikan minggu lalu, aku ingin mengimbas kembali untuk merumuskan pandangan dan pendapat si film buff yang menghubungi aku memperkatakan tentang perangai esentrik pengarah-pengarah filem dunia.
  • AKU bercadang menulis tajuk baharu selepas empat minggu menulis mengenai perangai dan sikap esentrik seorang pengarah filem muda Rusia, Illya Khrzhanovsky. Esentrisiti atau sikap dan perangai kegilaan seseorang pengarah filem seolah-olah satu kemestian untuk memberi kelainan dan imej tersendiri seorang pengarah filem. Konsep atau pandangan ini sememangnya sentiasa ada dalam industri filem di mana sahaja di dunia ini sejak dahulu.
  • APA lagi keesentrikan Illya Khrzhanovsky ketika mengarah filem Dau sejak 2006 sehingga peringkat suntingan sekarang? Filem ini masih belum siap.
  • APA terjadi dalam set dipanggil ‘The Institute’ atau Institut? Set penggambaran dibina khas untuk filem Dau arahan Illya Khrzhanovsky, pengarah muda Rusia yang esentrik dan dianggap ‘gila’ oleh media Rusia dan dunia.
  • MINGGU ini aku akan sambung menulis tentang eccentricity atau kegilaan esentrik kesenimanan pengarah muda Rusia bernama Ilya Khrzhanovsky yang baru berusia 40 tahun.
  • MELALUI kolumku ini selama enam minggu lalu aku berhasil berkongsi dengan pembaca melayari sejarah masa silam era kegemilangan filem Melayu 50-an dan 60-an lewat tulisan aku tentang salah seorang pengarah era itu, Allahyarham Hussein Haniff dan filem-filem arahannya.
  • AKU akhiri artikel minggu lalu dengan pertanyaan - mengapa daripada 14 filem arahan Allahyarham Hussein Haniff, hanya filem Hang Jebat (1961) dan Dang Anom (1962) berjaya mengutip koleksi pecah panggung? Filem-filem Hussein lain gagal di pasaran berbanding filem-filem arahan P Ramlee yang kebanyakannya pecah panggung.
  • AKU menerima beberapa respons daripada pembaca dan juga rakan-rakan dalam bidang filem dan seni mengenai tulisan-tulisan aku tentang pengarah Allahyarham Hussein Haniff. Di antaranya yang menarik hati aku ialah respons daripada seorang rakan lamaku. Beliau bukan orang filem tetapi meminati dan mengikuti perkembangan filem dan seni hiburan tanah air sejak era 50-an dan selepas merdeka.
  • SEBELUM dan selepas menyambut Hari Raya Aidiladha, media massa baik elektronik, cetak dan media sosial alam siber dipenuhi dengan berita kejayaan filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo, arahan Ghaz Abu Bakar.
  • ADA dalam kalangan rakan-rakanku sejak dahulu mengetahui aku sangat meminati hasil kerja Allahyarham Hussein Haniff menghubungi aku selepas membaca tulisan aku mengenai pengarah yang under rated ini.
  • SEJAK dua minggu lalu aku menulis mengenai pengarah filem Allahyarham Hussein Haniff berdasarkan informasi pengalaman peribadi Yunos Alwi. Beliau merupakan seorang daripada pemilik syarikat filem iklan PROFILM pada akhir 70-an sehingga awal 90-an. Sebelum syarikat filem Cathay Keris, Singapura ditutup pada 1973, Yunos berhijrah ke Kuala Lumpur dan terlibat dalam pembikinan filem-filem iklan.
  • BILA menyebut dan berfikir tentang Allahyarham Hussein Haniff, aku pasti teringat tulisan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dalam kertas bahasnya tentang perbandingan antara pengarah Hussein Haniff dengan P Ramlee.
  • AKU nyatakan minggu lalu – aku menonton filem Dua Pendekar (1964) arahan Hussein Haniff ketika berusia 10 tahun.
  • TAHUN 1964 merupakan masa paling bermakna dalam proses permulaan aku mengenali apa itu filem. Berusia 10 tahun dan di darjah 4 ketika itu, aku menonton dua filem Melayu ketika menyambut hari raya.
  • PENGALAMAN pertama kali menonton filem Chuchu Datok Merah arahan M Amin di panggung Cathay Melaka bersama arwah bapaku pada 1963, membuat aku mula menjadi pencandu wayang seawal usia 9 tahun.
  • SEMALAM berakhirlah Syawal, ini bererti tamatlah perayaan menyambut Aidilfitri selama sebulan menurut budaya dan kelaziman orang-orang Melayu – puasa sebulan, raya pun sebulan.
  • DI awal dan akhir era 60-an penonton filem Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar kebiasaannya hanya berpeluang menonton di pawagam ketika menyambut hari raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.
  • PAGI Ahad lepas aku bertemu dengan seorang brother berusia lebih otai daripada aku. Brother otai ini bertanya kenapa sejak kebelakangan ini aku banyak menulis tentang isu dan hal-hal yang ‘berat’. Aku rasa beliau maksudkan tulisan aku mengenai kupasan kertas kerja Allahyarham Dr Anuar Nor Arai dan gagasan tentang Muslim Cinema atau Sinema Islami lewat kertas presentasi Mansor Puteh.
  • SELEPAS 16 tahun berlalu, usaha aku menelaah semula kertas presentasi oleh Mansor Puteh bertajuk Sinema Islami sebagai pencabar Hollywood dengan lebih fokus bagi tujuan menulis untuk berkongsi informasi dengan pembaca kolum ini telah menemukan aku dengan beberapa pencerahan dan penemuan penting.
  • SEBELUM aku menyambung menulis tentang usaha Mansor Puteh menarik perhatian peserta dan hadirin di perbincangan sinema Islami peringkat antarabangsa di Ramallah, Palestin, 16 tahun lalu, aku ingin membuat sedikit pembetulan.
  • DALAM kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema as an Antithesis to Hollywood dibentangkan pada 16–19 September 1999, di Khalil Sasakini Cultural Center atau Pusat Kebudayaan Khalil Sasakini di Ramallah, Palestin, beliau mencadangkan penubuhan World Muslim Film Foundation atau Yayasan Filem Dunia Islam.
  • SEBELUM aku sambung menulis dan menelaah kertas presentasi Mansor Puteh - Muslim Cinema As An Antithesis To Hollywood, aku ingin menceritakan tentang seorang pembaca menghubungi aku memberi respons kepada artikel aku pada minggu lalu.
  • MINGGU ini aku mahu berkongsi pandangan tentang isi kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema As Antithesis To Hollywood - Sinema Islami pencabar Hollywood; alternatif kepada filem-filem keluaran secara lambak daripada kilang mimpi bernama Hollywood.
  • ALHAMDULILLAH, akhirnya aku berjaya menjumpai semula kertas presentasi Mansor Puteh bertajuk Muslim Cinema As An Antithesis to Hollywood atau terjemahan ringkasnya 'Sinema Islami'.
  • KETIKA aku menunggu bas untuk balik ke Melaka di TBS – Terminal Bersepadu Selatan pada senja Isnin lalu, aku ditegur oleh seorang anak muda berusia lewat 30-an. Anak muda ini bertanya aku tentang filem Tombiruo. Dah habis shooting ke? Bila nak tayang? Siapa memegang watak Tombiruo?
  • AKADEMI Seni Filem Malaysia ditubuhkan pada 1989. Berlokasi di kompleks Finas, Hulu Kelang. Akademi Seni Filem Malaysia hanya mampu bertahan selama 16 tahun dan seterusnya digabungkan dengan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) pada 2005 sehingga sekarang.
  • AKU mengulang baca kertas bahas Dr Anuar Noor Arai beberapa kali lagi. Aku dapati ada lagi perkara yang aku rasa perlu dikongsi dengan penggiat filem baik yang lama mahupun baharu apatah lagi pelajar filem sekarang.
  • KITA teruskan menelaah kertas perbahasan Allahyarham Dr Anuar Nor Arai minggu ini. Melalui kertas bahas itu, aku lihat banyak masalah industri filem Malaysia sekarang yang masih belum selesai walaupun beliau telah memberi saranan 28 tahun yang lalu.
  • ALLAHYARHAM Dr Anuar Nor Arai pernah membentangkan sebuah kertas bahas yang menarik bertajuk – Ke Arah Peningkatan Mutu Industri Filem Malaysia di Hotel Ramada Rennaissance, Melaka sempena Simposium Pesta Filem Malaysia ke-7 pada 5 Disember 1987.
  • BANYAK perkara menarik dan di luar jangkaan aku alami ketika mengarah drama Funfair terbitan 1990 ini. Minggu lalu, aku catatkan ketika aku menulis skrip drama ini, aku tidak memikirkan sama ada pasukan produksi boleh mendapatkan atau tidak lokasi utama iaitu sebuah funfair untuk drama ini.
  • SATU lagi drama tulisan dan arahan aku paling meninggalkan kesan kepada aku ialah Funfair. Drama ini ditayangkan di slot cerekarama TV3 bersempena Hari Raya Aidilfitri, 1990.
  • DRAMA Runtuh hasil tulisan dan arahan aku ini, disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 1994 merupakan karya terakhir aku disiarkan oleh televisyen tempatan.
  • AKU mendapat ilham menulis skrip drama telefilem Runtuh sebaik sahaja operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi keruntuhan Highland Towers secara rasminya ditamatkan pada 22 Disember 1993.
  • DI antara pertengahan 1991 sehingga 1993, aku berhasil menulis skrip dan mengarahkan drama-drama berjudul Funfair, Joget, Tatoo, Runtuh dan Gigolo. Drama ini untuk siaran slot cerekarama di TV3.
  • AKU pernah menjadi penolong pengarah dan pengarah seni kepada Shuhaimi Baba semasa beliau mengarahkan telefilem pertama TV3 yang baharu mula beroperasi ketika itu.
  • SATU perjumpaan dan sesi dialog antara penggiat seni hiburan dan karyawan seni dan sastera bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diadakan pada 31 Oktober 2002 di rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah atas daya usaha Dinsman dan diaturkan Setiausaha Politik Tok Guru ketika itu, Anual Bakri.
  • SELEPAS Asar pada petang 24 Oktober 2001, hari terakhir penggambaran peringkat pertama, kami telah berpeluang membuat penggambaran Tok Guru di kebunnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.
  • PENGGAMBARAN dokumentari Tok Guru bermula pada 15 Oktober 2001. Penggambaran dibahagikan kepada dua peringkat.
  • ANTARA 1994 sehingga 2000, aku tidak berpeluang langsung untuk berkarya sama ada mengarah filem ataupun drama untuk televisyen. Selama enam tahun ini peluang untuk aku berkarya tertutup rapat.
  • SATU-SATUNYA kumpulan blues terunggul Malaysia, Blues Gang diiktiraf dengan penganugerahan prestij The BrandLaureate Country Branding Award 2014. Berita penganugerahan ini disiarkan dalam ruangan Zass, Sinar Harian pada Ahad lalu.
  • HUJUNG minggu lalu aku dan penulis novel Tombiruo, Ramlee Awang Murshid telah dijemput menghadiri satu rakaman program untuk Sinar TV sempena Karnival Karangkraf. Rakaman temu bual itu boleh ditonton secara online di Sinar TV, YouTube dan juga di Facebook – Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC).
  • MINGGU ini aku mahu berkongsi dengan pembaca-pembaca, latar belakang beberapa filem-filem adaptasi daripada novel-novel karya penulis-penulis terkenal dunia dan serantau.
  • AHLI-AHLI teori filem berdebat bahawa pengarah tidak harus sepenuhnya terikat dengan sumber cerita dalam mengadaptasikan novel ke filem. Pertama, sesebuah novel adalah sebuah novel, sebuah filem adalah sebuah filem.
  • MINGGU ini aku ingin mengajak pembaca berkongsi maklumat dan informasi tentang sejarah adaptasi novel ke filem di peringkat dunia. Filem-filem adaptasi dari Hollywood dan lain-lain sinema luar.
  • AKU menyarankan supaya kita semua menambah pengetahuan dan informasi tentang dunia perfileman, sama ada tempatan mahupun sinema dunia lewat tulisan aku minggu lalu.
  • MINGGU lalu aku menyentuh tentang maklum balas daripada peminat novel-novel karya Ramlee Awang Murshid melalui alam siber mengenai pemilihan pelakon bakal memeran watak Ejim aka Tombiruo. Berbagai pandangan dan luahan rasa hati dizahirkan.
  • ADAKAH Datuk M Nasir, Ito dan Pyanhabib yang turut hadir dalam majlis sidang media pra pelancaran filem Tombiruo minggu lalu akan terlibat dalam filem ketiga bakal aku arahkan tidak lama lagi?
  • SELASA lalu di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam telah berlangsung sidang media pra pelancaran filem Tombiruo berdasarkan adaptasi novel popular tulisan Ramlee Awang Murshid.
  • SATU lagi nama besar dalam industri perfileman tanah air pernah aku berkolaborasi sebagai penolong pengarah dan pengarah seni ialah pengarah filem tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba.
  • APA bezanya bekerja dan berkolobrasi dengan Othman Hafsham dan Rahim Razali? Sebenarnya tidak ada dan tidak banyak perbezaannya. Cuma cara kerja pengarah-pengarah yang terlibat berbeza-beza.
  • SETELAH selesai melunaskan tanggungjawab penolong pengarah dan pengarah seni untuk penggambaran filem Mekanik arahan Othman Hafsham, aku mendapat tawaran untuk tugas yang sama dari sebuah syarikat produksi baharu – ZSA Film Productions.
  • MINGGU ini aku bercadang untuk menulis tentang penglibatan aku sebagai penolong pengarah dan pengarah seni kepada Rahim Razali (Datuk) untuk produksi filem ketiganya, Matinya Seorang Patriot (1984) terbitan ZSA Film Productions.
  • SELEPAS hampir 30 tahun filem Mekanik dihasilkan dan ditayangkan, aku rasa masih banyak perkara dan pengalaman boleh aku kongsi dengan penonton, peminat, penggiat dan pelajar filem generasi sekarang.
  • KETIKA Hafsham membuat keputusan muktamad untuk mengambil Azmil Mustapha menggantikan Dharma Harun sebagai hero filem Mekanik, waktu pejabat sudah berakhir. Keesokan harinya, seawal pagi aku berusaha menghubungi syarikat Showmaster untuk mendapatkan Azmil.
  • SELEPAS 30 tahun berlalu, semua sudah tahu pengganti Dharma Harun al-Rashid untuk watak hero filem Mekanik ialah Azmil Mustapha. Satu Malaysia khususnya peminat dan penonton filem Melayu dan bangsa Melayu amnya tahu apa yang tercetus daripada kemunculan sulung Azmil melalui filem Mekanik.
  • AKU mula bertugas dengan Othman Hafsham dalam produksi filem arahan keduanya, Mekanik pada pertengahan tahun 1982. Selama kurang lebih enam bulan sehingga penghujung 1982, aku memikul tugas sebagai penolong pengarah untuk membantu Hafsham (nama panggilan santai tidak rasmi beliau) untuk mengemas kini dan mencantikkan lagi cerita serta skrip filem Mekaniknya itu.
  • PENGGAMBARAN filem Kami arahan Patrick Yeoh dan dilakonkan oleh Sudirman Haji Arshad dan adik Zul Zamanhuri dilakukan pada penghujung 1981.
  • TULISAN aku tentang filem Kami minggu lalu, membuat beberapa rakan lama yang tidak terlibat dalam bidang perfileman menghubungi aku.
  • AKU memulakan langkah menjadi penolong pengarah pada tahun 1981. Aku bermula dengan sebuah produksi antarabangsa dari Perancis untuk penggambaran filem berjudul After The River.
  • TAHUN-tahun 1981 sehingga 1985 merupakan jangka masa penting dalam proses dan usaha aku untuk menjadi seorang pembikin dan pengarah filem. Aku juga mengalami dan melalui perubahan peribadi dalam melengkapkan diri mengejar cita-cita.
  • ANTARA 1981 hingga 1985, permulaan kemunculan pengarah-pengarah baharu dengan idea dan filem-filem membawa tema dan isu terkini yang lebih ke depan dan progresif.
  • PERUBAHAN dibawa oleh Rahim Razali lewat filem-filemnya – Abang (1981), Pemburu (1982), Matinya Seorang Patriot (1984) dan Tsu-Feh Sofia (1985) tidak berjaya menghasilkan kesan perubahan yang diharapkan oleh kami daripada pembikin dan peminat filem golongan muda ketika itu.
  • MINGGU lalu aku mencatitkan tentang dua situasi yang sering mendepani pengarah-pengarah filem Malaysia dari dulu sehingga sekarang. Situasi di mana pengarah filem tempatan cuma ada dua piliha
  • MINGGU ini aku masih mahu berceritakan tentang filem Abang dan pengarah filem bernama Rahim Razali.
  • GELOMBANG baharu perfileman tanah air atau Malaysian new wave cinema bermula pada 1981 dengan lahirnya filem Abang arahan sulung Rahim Razali.
  • SECARA peribadi aku mengambil semangat daripada kelompok pembikin-pembikin filem new wave Perancis – French New Wave untuk aku melakukan perubahan dalam bidang pengarahan dan penghasilan filem. Makna mudah New Wave ialah gelombang baharu.
  • KALI ini aku ingin mengimbas kembali pengalaman lebih 30 tahun silam. Flashback aku dan rakan-rakan pencandu filem yang gila dan obses dengan filem Melayu dan world cinema lalui ketika itu.
  • ANTARA 1974 sehingga 1980, Merdeka Film Productions mula mengorak langkah baru dengan memproduksikan filem-filem berwarna dengan tujuan menarik sambutan penonton filem Melayu semula ke panggung.
  • SELAMA tiga minggu berturut-turut aku menulis tentang Seniman Agung P Ramlee. Aku terasa seperti kering idea pula. Aku minta pandangan daripada anak bujangku apa patut aku tulis untuk kolum minggu ini. Dia menyarankan supaya aku tulis tentang muzik yang popular pada tahun-tahun 70-an.
  • TRILOGY atau trilogi adalah satu terma dalam bidang pembikinan filem bermaksud satu susunan tiga filem yang berkaitan antara satu dengan lain. Trilogi boleh juga digunakan untuk mendiskripsikan tiga susunan karya hasil penulisan daripada seseorang penulis.
  • MINGGU lalu aku tulis tentang zaman kegemilangan dan kejatuhan P Ramlee berdasar pemerhatian dan melalui pengalaman aku sendiri.
  • TIGA hari lalu bersamaan dengan 29 Mei 2014, genaplah 41 tahun legenda bangsa Melayu dan Malaysia umumnya, P Ramlee meninggalkan kita.
  • MENJELANG penghujung tahun 60-an satu fenomena muzik dan gaya hidup baharu melanda anak-anak muda seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali.
  • SEJAK dua minggu lalu, aku menulis tentang muzik pop yeh yeh yang popular tahun 60-an. Muzik ini bukan setakat popular melalui ruang udara (radio) tetapi popularitinya telah diangkat melalui filem -filem Melayu tempatan.
  • FILEM A Go Go 67 (1967) arahan Omar Rojik, terbitan Shaws Malay Film Productions, Singapura. Setahu aku sepanjang sejarah perfileman Melayu, filem ini merupakan genre muzikal pertama dihasilkan sejak filem Melayu pertama, Laila Majnun arahan BS Rajhan diterbitkan oleh SM Chisty di Singapura pada 1934.
  • MULAI minggu ini aku mahu menulis tentang muzik Melayu. Selama tujuh minggu lalu, aku banyak menulis tentang filem dan apa terjadi pada aku serta pengalaman aku lalui dalam bidang filem sehingga tahun-tahun akhir 80-an. Sejak itu aku mula banyak mengarah drama telemovie untuk stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta.
  • ARTIKEL aku minggu lepas "Nasib baik aku mengamuk" menimbulkan pelbagai reaksi kawan-kawan. Di antara maklum balas aku dapat daripada kawan-kawan penggiat filem ialah mereka tidak tahu tentang insiden aku mengamuk di set penggambaran filem Perancis, After the River pada 1981 itu.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf