• KITA prihatin kepada nasib anak bangsa, memang itu satu kewajaran. Membiarkan anak bangsa hanyut dalam badai gelombang yang tidak mengira batas, adalah tidak bertanggungjawab. Bangsa yang hanyut tidak terpimpin bakal menjadikan mereka tanpa arah dan akan hilang di persada samudera tidak bertepi.
  • APAKAH yang lebih nikmat daripada kehidupan yang selesa dan serba cukup?. Sememangnya ini idaman semua. Namun inilah yang kian menjadi hampir mustahil bagi sebahagian besar masyarakat.
  • ADA semacam satu sentimen fobia yang mendalam dalam kalangan kelompok pendidikan Barat yang megah dengan sindrom liberalisme, terhadap peranan Islam dalam pemerintahan negara.
  • DALAM semangat sambutan kemerdekaan negara buat kali ke-61, ada yang sangat memerlukan perhatian kita. Sebagai sebuah negara berdaulat kita seharusnya berani dan bertanggungjawab juga untuk mengambil berat kepada apa yang berlaku di negara seagama kita.
  • KITA bertuah Ogos tahun ini dua perayaan penuh bermakna disambut pada bulan yang sama, iaitu Hari Raya Korban 1439H dan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-60. Kita ditakdirkan oleh Sang Pencipta bahawa bulan ini menggabungkan dua nilai, pengorbanan dan kemerdekaan.
  • MENDENGAR orang berhutang kerana mahu berniaga adalah perkara biasa. Berhutang untuk urusan membeli rumah, kenderaan dan belanja pendidikan juga pada zaman ini sudah menjadi perkara lazim.
  • UMARA' yang rosak, ulama yang fasik. Kombinasi paling lengkap untuk umat Islam hancur. Inilah peringatan yang pernah ditinggal oleh Rasulullah SAW. Memang Islam memberikan penghormatan yang tinggi terhadap ilmu dan ulama. Ditambah kedudukan yang sangat istimewa ini, ulama terangkat sebagai pewaris para Nabi.
  • TIDAK dapat dinafikan bahawa politik memainkan peranan sejarah yang amat signifikan dalam proses kebangkitan sebuah negara. Jatuh bangun sesebuah negara amat bergantung kepada hala tuju kepemimpinan dan budaya politik yang diamalkan.
  • PERSOALAN kedudukan bangsa dan agama kini semakin menjadi topik hangat. Kenyataan ahli politik dan badan bukan kerajaan kerap menambah panas debat mengenai topik ini. Kita boleh dan memang dianjurkan untuk cinta dan sayangkan bangsa kita daripada dihina atau diperlekehkan orang lain
  • “SILA duduk, jangan lari” kata-kata yang mencuit hati semua di Dewan yang dipenuhi mereka yang diangkat jutaan rakyat pada PRU14 yang lalu. Suatu sindiran kepada semua ahli Parlimen yang memulakan sidang kelmarin daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong.
  • SEJAK negara ini disepakati kelahirannya, semua pemimpin kaum bersetuju, teras jati diri negara adalah budaya dan bahasa kebangsaan. Ketika itu belum ada akta yang diperundangkan. Tetapi inilah kesepakatan yang kita terima untuk melangkah keluar dari zaman penjajahan.
  • KITA bakal menyambut kemerdekaan kali ke-61. Banyak yang telah dicapai sebagai sebuah negara yang dijajah sehingga kemerdekaan dikumandangkan pada 31 Ogos 1957. Mengimbau babak pengisian kemerdekaan mengingatkan kita betapa indahnya saat Union Jack diturunkan dan Jalur Gemilang dikibarkan.
  • NAMPAKNYA Malaysia baharu berdepan dua pola politik. Di satu pihak Pakatan Harapan terpaksa mencermati langkah mengisi kemenangan. Manakala di pihak parti-parti komponen BN bertungkus-lumus menguruskan kekalahan.
  • GEGARAN pasca PRU14 masih dirasai. Bagi sebuah parti yang berteraskan bangsa Melayu, debat masa depan politik Melayu menjadi tumpuan. Pokoknya dalam senario politik baru, maudhu’ adakah nasib bangsa Melayu akan terjamin atau sebaliknya menjadi lebih kritikal, adalah topik yang hangat dibincangkan.
  • PENDIDIKAN pada asasnya adalah untuk membina manusia yang baik dan bermanfaat. Bermakna pendidikan harus bersifat holistik dan membina sahsiah pelajar sebagai fokus utama.
  • APAKAH erti dan kepentingan memilih seorang wakil rakyat bagi pengundi. Ini adalah sebahagian soalan yang jarang diungkap. Yang lazim ialah setelah memilih dan sesudah terpilih, pengundi tidak tahu bagaimana wakil rakyat yang menang harus dipantau.
  • JANTUNG masyarakat Islam adalah masjid. Tatkala masjid lesu bermakna petanda masyarakat Islam tidak bermaya. Masjid yang tidak mengalir roh segar kepada masyarakat sama seperti jantung yang tidak mengalir darah hidup untuk menggerakkan tubuh manusia.
  • DALAM perjalanan sebuah kerajaan tidak mungkin sepi dari menerima kritikan. Bukan saja kritik dari luar malah juga dari dalam parti yang memerintah. Mengkritik adalah kelaziman. Malah ia sebahagian dari keperluan setiap insan apatah lagi sebuah kerajaan.
  • DALAM memilih pemimpin kita harus membimbing rakyat agar dapat mengukur sang pemimpin mengenai visinya dalam melahirkan masyarakat yang lebih demokratis, yang tidak dikuasai oleh ketakutan dan dibelengu oleh kebisuan serta tidak dilumpuhkan oleh birokrasi pemimpin.
  • PEMIMPIN dihargai kerana idea dan visinya untuk memperjuangkan martabat umat dan bangsanya agar bebas daripada ketakutan dan tampil dengan kepercayaan terhadap diri, berpegang teguh kepada suara nurani untuk mengatakan yang benar adalah benar dan yang batil adalah batil.
  • PEMIMPIN lahir daripada rakyat. Semada pemimpin kecil mahupun besar, bertaraf lokal mahupun nasional atau internasional, semua lahir daripada rakyat. Hatta golongan kraton juga lahir daripada rakyat.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf