VIRAL
GOLONGAN wanita dan 'shopping' tidak boleh dipisahkan. Ia bagaikan terapi buat golongan hawa.
  • SENI itu persis seorang wanita. Ia tidak mungkin dimengerti hanya perlu dihayati - dan disayangi. Seni juga tidak boleh dianalisis, atau diperhalusi habis-habisan dari setiap perspektif kerana ia langsung tersendiri.
  • KADANG-kadang Kuala Lumpur tak sedar ia berdosa, jadi rumah untuk orang-orang yang jahil.
  • HARAPAN. Satu perkara yang paling menjahanamkan. Tetapi setiap orang ha-nya dapat meneruskan hidup, sekonyong-konyong masih percaya harapan itu tadi.
  • KEMAKMURAN sosial, kemantapan polisi dan pertumbuhan ekonomi adalah faktor yang mendorong imigrasi. Orang putih kata, pull factor. Sementelah itu push factor boleh datang dari pelbagai segi seperti ketidakadilan sosial, penindasan etnik dan peperangan di negara asal migran.
  • DEMOKRASI tiada kena mengena dengan kebebasan. Malah demokrasi adalah sebuah varian longgar fahaman komunisme, dan jarang dalam sejarah idea ia dikira sebagai suatu yang lain. Keras makna demokrasi dari benak Profesor Hans-Hermann Hoppe, penulis buku Demokrasi: Tuhan yang gagal.
  • SEGALA yang terancang tak semestinya terpateri dengan ketentuan – dalam hidup selalunya, Sabtu lepas semestinya. Jika saya lurut kembali pelan penulisan yang dirangka atas buku conteng, saya ada pelbagai isu yang harus ditulis (macam bagus-bagus saja).
  • JIKA benar kuasa politik berada di tangan rakyat dan pengundi, persepsi pula adalah molekul yang membentuk kuasa tersebut. Tiadalah yang lebih berkuasa dalam politik selain daripada persepsi – ia boleh menubuh atau meroboh sesebuah kerajaan di atas mana-mana paradigma demokrasi.
  • BERDOSA. Itu yang saya rasa bila tinggalkan ruangan ini sekian lama. Berdosa kerana saya tidak sempat memegang pensel untuk berkarya meluahkan apa yang saya percaya. Berdosa kerana tidak berdaya melawan elusif masa yang mengekang hidup.
  • DEMI masa, sesungguhnya melangsungkan survival politik alaf ini berbeza. Saya beri contoh. Soekarno, Presiden Indonesia yang pertama pernah berkata, “Gantungkan cita-cita mu setinggi langit! Bermimpilah setinggi langit. Jika engkau jatuh, engkau akan jatuh di antara bintang-bintang.”
  • KENAPA selalu ada percanggahan antara si puitis dan si politikus? Kenapa prosa puisi tangkas saja menempelak mana-mana agenda politik yang menjengkelkan? Kenapa – sebagai contoh – orang yang mampu mentafsirkan bait-bait puisi W.S. Rendra, lantang mengkritik Suharto si pencetus Orde Baru Indonesia?
  • LEMBAH Kathmandu menyapa saya datang, pada hari pertama Soshil Koirala dilantik menjadi Perdana Menteri Nepal yang keenam, pada tanggal 10 Februari 2014.
  • KUALA Lumpur, sungguh saya cinta. Walau mungkin tidak sehebat cinta Carrie Bradshaw terhadap New York; tak setara perasaan Hemingway terhadap kota Paris tatkala menulis A Moveable Feast.
  • KALAU diikut sembang si Sigmund Frued, kekuatan manusia hanya ada ketika mereka sedang memperjuangkan sesuatu idea. Jadinya Frued kata, kita akan lemah sekiranya kita membangkang mana-mana gagasan idea.
  • SALAM dari Soekarno-Hatta. Seperti saya titipkan dari Doha dua tahun lepas, lapangan terbang masih suatu tempat aneh untuk saya.
  • Kalau mengikut Pak E.B. White, seseorang penulis itu hanya perlu membuat apa yang dia suka, apa yang menyentuh hatinya dan apa-apa sahaja yang bisa menggerakkan mesin taipnya, kerana seorang penulis tidak perlu rasa bertanggungjawab terhadap mana-mana polar politik, kecuali kepada masyarakat yang membaca apa ditulis.
  • Setiap kali panggung Makyung dibuka dengan bertabuh dan tarian mengadap rebab, setiap kali itulah perasaan takut menjajah seluruh punca deria. Kurang pasti berapa usia saya ketika itu, mungkin dalam lingkungan antara 10 hingga 13 tahun.
  • HAMZAH Fansuri melalui puisi Perahu pernah berpesan, muda datang hanya sekali dan muda yang sekali itu biarlah bererti. Tapi mengisi muda itu banyak pancaroba, ada 1001 macam petualang minda yang perlu dipilih dan ditampi dalam memburu kematangan insani.
  • MASIH dalam semangat dan minggu menyambut merdeka, bukan? Jadi kita teruskan bertemu minda tentang pengertian merdeka di ruangan minggu ini.
  • SALAM lebaran. Lumrah Ramadan dan Syawal saya sekarang, walaupun membosankan, sudah jadi mapan. Tidak semestinya berada dalam susunan yang tegar, lazimnya ia begini: mula berpuasa...
  • TERGELAK besar saya membaca kicauan @TheTunku di laman Twitter tentang kes penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (Aziz Bari) baru-baru ini: “Good god, you fools, he’s an academic, why are you silencing him? Nobody listens to academics unless they are silenced!”
  • SUDAH minum kopi, pembaca budiman? Jom sembang. Harus saya titipkan di sini sedikit latar belakang agar jalan cerita tidak jadi seperti kapal sesat di tengah laut. Dalam mengejar salah satu cabang mimpi yang beratus itu, yakni untuk membuka sebuah kedai buku online, ia memberi pengajaran tidak rasmi untuk saya.
  • Pencapaian asas, kehidupan untuk kebanyakan kita, lazimnya bermula di sekolah. Setiap kali keputusan peperiksaan rasmi negara diumumkan, pasti saya tersenyum tumpang gembira melihat ibu bapa yang meraikan keputusan cemerlang anak-anak mereka.
  • Tanpa mimpi dan imaginasi, insani tidak mampu mencapai evolusi. Lazimnya, sang pemimpi akan menjadi ahli fikir kritis untuk merealisasikan imaginasi yang didambakan.
  • BILA bercakap tentang grafiti, pendapat terjana lazimnya berbentuk bipolar. Ada terma grafiti sebagai cabang seni untuk insan meluahkan pendapat, sementara ramai memanggilnya vandalisme – bikin semak mata dan minda memandang, kota jadi cacat dengan lakaran amatur.
  • CPI: Persepsi atau hakikat?

    Rasa cukup tercabar setiap kali dihadapkan dengan nombor, gamba rajah atau skala peratusan dan kebarangkalian. Justeru, bila laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan dan susulan email dari Unit Komunikasi Korporat SPRM sudah diterima, saya peram keduanya dalam inbox sebelum diulang baca.

  • Ombak Rindu: Magis Lensa Osman Ali

    Jika dari Indonesia, saya kagum dengan filem arahan Riri Riza. Beliau kreatif, berani menggabungkan elemen mimpi dan kesempitan hidup, lantaran meniup semangat ke dalam jiwa setiap perintis bangsa yang menonton karya adaptasi daripada novel-novel tulisan Andrea Hirata.

  • Emas termanis bola sepak negara

    Bak bertemu buku dengan ruas; mura dengan tedung; teras dengan beliung. Itu antara kata-kata bidalan Melayu lama yang paling tepat untuk menggambarkan perlawanan bola sepak tahap epik antara Indonesia dan Malaysia dalam merebut emas bola sepak Sukan Sea 2011.

  • Kemelut amanah dan kepercayaan

    Mengetuk jemari di meja, menghela nafas lega sejurus selepas selesai menguruskan majlis perkahwinan antara rakan paling rapat dalam hidup, saya terfikir bahawa perkahwinan dan persahabatan antara insan sebenarnya berdenyut dalam nadi yang digelar amanah dan kepercayaan.

  • Kemelut amanah dan kepercayaan

    Mengetuk jemari di meja, menghela nafas lega sejurus selepas selesai menguruskan majlis perkahwinan antara rakan paling rapat dalam hidup, saya terfikir bahawa perkahwinan dan persahabatan antara insan sebenarnya berdenyut dalam nadi yang digelar amanah dan kepercayaan.

  • Memperkasa wanita melalui Facebook

    Setiap kali saya membaca tentang perkembangan atau mendengar wawancara yang dihadiri ahli-ahli persatuan Obedient Wives Club (OWC), hati akan terdetak, tiadakah ilmuwan dan bijak pandai wanita lain yang ingin mengambil pendekatan berbeza?

  • Suara ahli akademik yang dibisukan

    Tergelak besar saya membaca kicauan @TheTunku di laman Twitter tentang kes penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (Aziz Bari) baru-baru ini: “Good god, you fools, he’s an academic, why are you silencing him? Nobody listens to academics unless they are silenced!”

  • Pelopor peradaban moden manusia

    Saya mulakan ruangan minggu ini dengan pengakuan tanpa provokasi: saya sering teruja dengan gadjet-gadjet rekaan mendiang Steve Jobs di bawah label Apple. Teruja sehingga sanggup berpisah dengan wang ringgit untuk mempelopori setiap keluaran Apple yang terbaru, tidak kira sama ada ia bernama iPod atau iPad atau iPhone atau MacBook.

  • Gaun Vera Wang di Muzium Negara?

    Sedang dahi berkerut cuba memahami krisis mata wang Euro dan kemelut perbankan yang meribut di Eropah, satu email daripada sahabat masuk ke dalam peti bacaan. Turut disertakan pautan ke laman berita artis tempatan yang memberi khabar bahawa baju pengantin Memey akan dipamerkan di Muzium Negara.

  • Mencari penyair si tukang kasut

    Salam dari Athens, Greece. Sebentar tadi, ketika sedang beratur di hadapan kaunter tiket sistem keretapi metro Athens, hati tidak keruan memikirkan platform yang mana bakal dituju untuk sampai ke Monastiraski. Berdiri di stesen Syntagma, walaupun peta di tangan dalam bahasa Inggeris, seluruh sistem metro, termasuk papan tanda dan penunjuk arah, ditulis dalam dua bahasa sahaja: Yunani dan Latin. Kedua-duanya saya tidak faham sepatah haram.

  • Nota persinggahan dari Istanbul

    Ralat: Ruangan minggu lepas ditulis dari Qatar, bukan Abu Dhabi. Pohon maaf. Senja di Istanbul indah sekali. Tiada kosa kata dapat menggambarkan kota yang menyimpan sejarah lebih dari 3000 tahun ini. Merdu laungan azan sahut-menyahut dari ratusan menara masjid di sekitar Sultanahmet. Paling jelas di telinga sekarang, panggilan menunaikan solat Maghrib dari masjid terletak antara Universiti Istanbul dan Grand Bazaar. Terhenti seketika segala tuntutan dunia.

  • Waktu-waktu yang terhenti...

    Jujur kata, rasanya sudah bosan berkunjung di puncak Cameron Highlands setiap kali musim cuti tiba. Tapi walau sudah jelak menyumbat jagung lemak manis dan strawberi ke mulut, saya dan keluarga tetap kerap ke sana. Mungkin faktor logistik dan kewangan yang tidak melampau serta bayu dinihari yang dingin kerap memanggil kami untuk kembali.

  • Media baru dalam perang persepsi

    Setiap kali mengunjungi keluarga besar Karangkraf di Shah Alam, bilik Encik Abdul Jalil Ali adalah destinasi pertama saya tuju. Tanpa temu janji, tanpa panggilan telefon terlebih dahulu, saya akan redah melulu mencari beliau. Sungguh kurang sopan. Bukan apa, jika bersembang dengan orang lama dalam dunia kewartawanan, banyak sekali ilmu percuma dapat saya curi. Pengalaman kata pepatah, guru paling berkesan dalam kehidupan.

  • Rungkai dilema guru B. Inggeris

    Pagi Ahad lepas, kening saya terjungkit dalam keliru semasa membaca laporan akhbar bertajuk: Lack of trained teachers the cause. Laporan itu telah memetik buah fikiran Presiden National Union of Teaching Profession (NUTP), Hashim Adnan, yang berpendapat guru Bahasa Inggeris negara tidak fasih dan kurang arif dalam perkara dasar yang membentuk penguasaan bahasa itu secara efektif. Tambah beliau lagi, bagaimana hendak mengajar murid apabila guru sendiri tidak mahir dengan bahasa penjajah itu

© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf