• KADANGKALA kita berasa hairan dengan perangai buruk seseorang yang masih tidak berubah, walhal telah pun berkahwin dan umurnya pula sudah melebihi 40 tahun.
  • SEBOLEH mungkin kita mahu orang lain memahami diri kita dan persekitaran juga tunduk dengan kehendak diri kita. Kalau boleh kita mahu orang lain sama cara berfikir dengan kita...
  • SEMUA manusia tidak sempurna, termasuklah kita. Setinggi mana usaha dan sejauh mana perjalanan, kesempurnaan tetap tidak akan dilengkapi oleh kita. Oleh itu, kenapa kita harus kecewa jika tidak peroleh kesempurnaan dalam hidup?.
  • MASIH ramai yang merasakan jiwanya kosong. Walaupun pelbagai aktiviti telah dilakukan, namun jiwanya masih kosong. Malah, lebih teruk lagi apabila beranggapan segala perjalanan hidup yang mereka lalui sebelum ini adalah sia-sia.
  • HANYA mereka yang berjiwa besar sahaja boleh rasa dirinya bersalah. Selari dengan sifatnya yang mudah rasa bersalah, maka ucapan memohon maaf kepada individu dan kelompok yang dia telah lakukan kesalahan sentiasa meniti di bibirnya.
  • TIADA sesiapapun di atas muka bumi ini yang boleh menjamin semua benda atau perkara yang dihajatinya boleh dicapai sepenuhnya. Lantaran itulah, manusia sentiasa tidak puas untuk mengejar apa yang diimpikan oleh mereka.
  • WALAUPUN kita bertambah maju dan peroleh pelbagai kemudahan dan kesenangan, namun tetap gagal mencari kebahagiaan. Pelbagai cara dilakukan untuk mencapai kebahagiaan namun hidup tidak gembira juga.
  • SECARA prinsipnya kita harus berbudi tanpa syarat. Sebagai manusia biasa, secara realitinya kita akan rasa kecewa jika kita sahaja yang bersungguh-sungguh untuk berbudi, namun mereka yang menerima budi tersebut bukan sahaja payah untuk mengenang budi tetapi tidak sedikit pun mengambil semangat untuk berbudi...
  • ADALAH lumrah setiap insan akan mengalami kekecewaan. Ada yang kecewa pada diri sendiri kerana gagal mencapai sasaran dan impian dikehendaki. Ada yang kecewa dengan darah daging sendiri kerana gagal menjaga maruah keluarga. Ada yang kecewa dengan orang lain yang menjadi punca segala kekecewaan..
  • KITA masih dalam mood raya. Alhamdulillah kita telah menyambut 1 Syawal dalam keadaan aman dan makmur. Seperti biasa; berpakaian baharu, bermaaf-maafan, kunjung-mengunjungi, menyediakan pelbagai juadah dan pemberian duit raya telah menjadi suatu kelaziman berpuluh tahun lamanya.
  • RAMADAN semakin melabuhkan tirainya. Setakat mana Ramadan telah beri impak kepada kita, hanya kita sendiri yang tahu. Namun ALLAH lebih tahu di mana letaknya diri kita selepas Ramadan ini.
  • SESEORANG yang bijak bukannya boleh menguasai semua perkara, terutamanya berkaitan perhubungan sosial. Ramai yang bijak, namun gagal menguasai cara untuk berhubung dengan masyarakat apatah lagi untuk memenangi hati mereka.
  • JIKA kita membuat carian di internet dan merujuk kepada beberapa penulisan dalam buku, majalah serta media cetak, terdapat banyak isu dan penulisan berkaitan dengan istilah kebenaran dan kebatilan. Pun begitu, rumusannya tetap sama iaitu, kebenaran akan muncul dan kebatilan akan lenyap.
  • WALAUPUN dikatakan bahawa segala yang pahit ada kemujarabannya, namun bukan senang untuk menelan kepahitan tersebut. Sifat manusia yang sentiasa mahukan keselesaan dan menjauhi kepayahan memungkinkan fenomena ini berlaku kepada kita semua.
  • SESUATU perkara adalah benar sekiranya telah terbukti kebenarannya. Ini adalah prinsip yang diguna pakai oleh dunia hari ini. Namun sebelum terbukti sesuatu kebenaran, prosesnya agak panjang kerana perlu melalui liku-liku kebenaran oleh ‘hakim’ masyarakat terlebih dahulu.
  • PADA zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuwan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan. Suatu hari sultan memanggil menteri agamanya dan bertanya tiga soalan iaitu; Apa itu dunia, apa itu akhirat dan apa itu iman.
  • SIFAT yang berlawanan bagi lembut adalah kasar. Apabila kita bersifat kasar, kecenderungan untuk bersikap agresif adalah tinggi. Mereka yang bersifat agresif sudah tidak malu dan kurang menghormati orang lain. Pandangan mereka sahaja yang betul.
  • PERNAH suatu hari, saya meminta isteri untuk memasukkan udang kering sebagai salah satu bahan dalam masakan sup sayur. Hasrat tersebut datang sepantas kilat bila mana teringat masakan ibu sewaktu dahulu.
  • KITA adalah spesies sosial yang tidak boleh bersendirian. Setiap hari kita perlu berinteraksi sesama manusia. Sama ada kita peroleh kebaikan dan keburukan hasil daripada interaksi tersebut...
  • KEBANYAKAN ahli psikologi bersetuju bahawa seseorang itu terganggu bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku kepada dirinya, sebaliknya oleh pentafsiran mereka terhadap peristiwa tersebut.
  • HARAPAN membawa maksud suatu perasaan yang terbina dalam diri agar segala impian dan kemahuan terhadap apa yang dihajati tercapai. Namun tidak semua harapan kita akan tercapai...
  • ISU masyarakat prihatin telah pun menjadi isu yang sering dibicarakan pada hari ini. Hampir setiap hari tular di media sosial berkaitan dengan sikap masyarakat yang tidak prihatin dalam menolong mangsa ragut, kemalangan jalan raya, kes penderaan, buli, dan sebagainya lagi.
  • ADALAH amat mustahil untuk kita membaca dan apatah lagi mentafsir minda dan hati seseorang manusia.Kita hanya boleh membuat jangkaan sahaja tentang apa yang mereka fikir dan rasa...
  • ADALAH jelas, perkaitan manusia dengan alam adalah amat dekat sekali. Tidak hairanlah kalau pujangga sebelum ini begitu banyak menukilkan kisah alam dan perkaitannya dengan kehidupan manusia.
  • SECARA umumnya, siapa yang tidak suka dipuji?. Walaupun demikian tidak semua individu yang mengharapkan pujian.
  • MANUSIA adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT. Manusia dicipta dengan begitu unik dan pelbagai. Namun setiap manusia secara asasnya telah diberikan hati dan perasaan serta akal bagi membantu mereka untuk meneruskan kehidupan atas landasan yang betul dan benar.
  • BILA kita berhubungan sesama kita, tidak boleh tidak terdapat empat perasaan yang sentiasa bercampur-baur mengikut ketika dan keadaan. Perasaan tersebut adalah sayang, suka, tidak suka dan akhir sekali benci.
  • MENURUT pakar psikologi sosial, Branscombe dan Baron, manusia adalah spesies sosial yang tidak boleh hidup berseorangan.
  • MASIH belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua pembaca Sinar Harian. Saban tahun kita akan menetapkan matlamat atau sasaran yang hendak kita capai apabila memasuki tahun baharu.
  • SETIAP hari adalah ujian untuk hidup. Ujian bukan hanya datang dalam bentuk kesengsaraan dan kepiluan, namun juga hadir dalam bentuk kesenangan dan keselesaan. Bagi mereka yang menerima ujian kesengsaraan merasakan ia adalah berat, malah terasa cukup lama untuk ditanggung.
  • Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya, “Apakah yang paling besar dalam hidup ini?”. Tidak ramai anak muridnya yang dapat menjawab dengan tepat. Jawapannya ialah nafsu. Terdapat pelbagai jenis nafsu. Namun nafsu yang paling payah untuk ditangani ialah nafsu amarah.
  • SABAN hari kita mendengar dan membaca berita berkaitan permasalahan anak dalam sesebuah keluarga. Kalau dahulunya hanya bersikap melawan ibu bapa, namun pada hari ini sudah mula berani dan tidak malu untuk mencederakan ibu bapa mereka. Kalau dahulu hanya jiwa ibu bapa sahaja yang sakit, namun hari ini fizikal pun sudah mula sakit.
  • SEDAR atau tidak kehidupan kita hari ini realitinya terbentuk daripada rantaian cerita dan pengalaman sejak dari kecil hinggalah kini. Cerita hidup sentiasa dibicarakan dalam diri kita dan juga dikongsi dengan orang lain. Apa yang jelas, cerita itu akan memberi kesan secara langsung kepada apa yang kita lihat, rasa dan buat.
  • PENGARUH sosial boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha oleh seseorang atau kumpulan untuk mengubah tingkah laku, tanggapan, sikap dan juga kepercayaan seseorang dan sesebuah kumpulan.
  • HEBAT sungguh bidalan Melayu. Ringkas tuturnya, namun mendalam maksudnya. Mulut masin sering dikaitkan dengan kata-kata yang sentiasa menjadi kenyataan oleh orang alim atau seseorang yang dianggap baik dan suci. Benarkah begitu?. Adakah kita orang kebiasaan tidak boleh ada sifat mulut masin?
  • BARU-baru ini, saya terima mesej daripada seorang kenalan berkaitan permasalahan dalam keluarganya. Menurut beliau, sudah lapan tahun anak saudara perempuannya tidak bertegur-sapa dengan suaminya akibat satu krisis sebelum ini.
  • SECARA fitrahnya walaupun sedikit, kita memerlukan pujian untuk menambahkan keceriaan dalam kehidupan. Bagaimana kita menerima pujian, sebanyak mana kita menerima pujian dan sejauh mana kita memproses pujian tersebut adalah bergantung kepada diri masing-masing.
  • LEBIH kurang dua minggu lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran yang penuh bermakna. Setiap tahun, hari lebaran disambut kita semua dengan cara dan maksud tersendiri.
  • KITA mungkin pernah melalui peristiwa beratur panjang di ATM dan bila sampai ke giliran kita, mesin tersebut offline. Kita juga mungkin pernah menunggu teksi sehingga berjam-jam dan hampir rasa kecewa dan marah bila mana melihat orang lain di seberang jalan mudah pula mendapat teksi.
  • SEWAKTU saya hadir di Seminar Kesedaran Kesihatan Mental pada tahun lepas, ada seorang peserta bertanya satu soalan yang cukup menarik kepada salah seorang panel penceramah iaitu seorang pakar psikiatri.
  • BUKAN senang untuk menguruskan emosi kita. Sementelahan untuk menguruskan emosi orang lain. Perkataan bersabar dan terus bersabar sentiasa meniti bibir orang lain dalam menasihati kita dan begitu juga sebaliknya apabila kita menasihati orang lain. Soalnya adakah cara tersebut membantu kita dan orang lain dalam mengurangkan sesuatu kesedihan?
  • SECARA sedar atau tidak, setiap hari kita akan mendapat pengajaran positif daripada pelbagai sumber. Ada ketikanya, kita hanya sedar akan pengajaran tersebut setelah beberapa lama kita melaluinya.
  • SUATU masa dahulu ada seorang mahaguru yang cukup hebat kerana mempunyai ilmu sangat tinggi. Ilmu tersebut diperoleh hasil daripada pertapaan di sebuah gunung berpuluh tahun lamanya.
  • ADALAH lumrah, kita akan menerima ujian setiap hari sama ada ujian tersebut adalah kecil atau besar. Namun apa yang penting setiap ujian akan memberikan pengajaran kepada kita.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf