• AHAD lalu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dewan Pemuda Pas dan NGO-NGO melakukan rapat umum di Kuala Lumpur bagi membantah cadangan Kerajaan PH untuk meratifikasi ICERD.
  • PRU14 yang lalu menyaksikan berakhirnya era dominasi politik 61 tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno. Justeru, ada yang mengatakan bahawa dengan berakhirnya era kerajaan BN, maka berakhirlah era politik dominan ketuanan Melayu yang seolah-olah ‘mencengkam’ dan ‘mengancam’ politik bangsa lain berdekad lamanya.
  • DUA minggu lagi rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Seluruh rakyat Malaysia menanti apakah bentuk Belanjawan sulung Kerajaan PH sejak membentuk kerajaan pada 9 Mei yang lalu.
  • SETIAP yang baharu akan menjadi lama dan setiap yang lama mungkin akan berakhir dan berkubur. Begitulah lumrah alam bagi setiap kejadian, solusinya ialah pembaharuan, naik taraf dan penjenamaan baharu.
  • PADA 29-30 September 2018 yang lalu, telah berlangsung Perhimpunan Agung Umno 2018. Seperti yang saya jelaskan pada minggu yang lalu bahawa perhimpunan kali ini adalah yang pertama selepas kekalahan Umno pada PRU14.
  • TANGGAL 29-30 September 2018 ini akan berlangsung Perhimpunan Agung Umno 2018.
  • ISLAM menyeru umatnya agar tolong-menolong atas kebaikan dan tidak tolong-menolong pada perkara mungkar dan kejahatan. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 bermaksud:
  • PERISTIWA hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah adalah satu naratif sirah yang penting sejarah ketamadunan Islam. Peristiwa itu mengandungi ibrah atau pengajaran yang perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan hari ini.
  • HARI ini seolah-olah menjadi satu fenomena baharu, apabila berwacana tentang agenda Melayu dan Islam terus dilabel dan ditohmah sebagai rasis dan ekstremis. Persoalannya adakah dengan membangkitkan tentang agenda Melayu-Islam dalam konteks politik menjadi satu ‘dosa besar’ atau pun sebenarnya menjadi satu ‘ancaman’ kepada kerapuhan konsep Malaysia baharu?
  • PENGORBANAN adalah kata terbitan daripada kalimah korban yang antara lainnya bermaksud amalan menghampirkan diri kepada ALLAH dan pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sebagai tanda kebaktian.
  • ISLAM rahmatan Lil A’lamin dengan maksudnya bahawa Islam adalah rahmat bagi alam secara keseluruhannya. Kita sebagai Muslim memahaminya bahawa kedatangan Islam memberi kesejahteraan, keamanan, kesusilaan, ketenangan dan kelebihan bagi setiap makhluk di alam buana ini secara keseluruhannya.
  • MELAYU dan Islam adalah teras dan induk kepada pembinaan negara Malaysia. Nama kepada Malaysia juga terbina daripada perkataan ‘Malay’ atau Melayu. Lebih dari itu, ketamadunan dan peradaban asal negara ini dilakarkan oleh sejarah panjang perjuangan bangsa Melayu yang beragama Islam.
  • JIKA pokok ada akarnya, jika rumah ada tiangnya, maka begitulah bagi setiap perjuangan, akan sentiasa ada asas dan tunjang tatkala ia dipasakkan. Asas ini adalah punca utama sesuatu perjuangan itu diwujudkan. Biasanya ia bersifat suci dan murni daripada tujuan-tujuan lain yang muncul setelah asas ini diletakkan.
  • Pada penghujung minggu ini Umno akan menghadapi pemilihan parti untuk tahun 2018. Pemilihan kali ini adalah yang pertama sejak kekalahan Umno sebagai parti teras BN dalam PRU14.
  • PRU14 telah selesai sebulan yang lalu. Buat kali pertama dalam sejarah BN yang terasnya adalah Umno tewas dan kehilangan kuasa memerintah kerajaan persekutuan dan negeri-negeri kecuali di Perlis, Pahang dan Sarawak. Manakala BN Sarawak pula kemudiannya mengumumkan keluar BN dan realitinya sekarang BN hanya memiliki dua negeri sahaja.
  • BARU-BARU ini seorang individu yang ‘berpengaruh’ dalam Kerajaan Pakatan Harapan menulis sebuah artikel dalam blognya yang secara langsung menyentuh tentang institusi Yang di-Pertuan Agong. Penyiaran artikel sedemikian pastinya mengundang pelbagai persepsi dan kritikan dalam kalangan rakyat...
  • AKHIRNYA terlantik juga Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, walaupun rakyat berpolemik dengan pelbagai kegusaran yang tercetus lantaran pelbagai isu menyentuh reputasi dan kredibiliti dirinya hinggalah kepada falsafah dan pola pemikiran beliau yang difikirkan mengancam kedaulatan Islam di negara ini.
  • TIDAK dinamakan perjuangan jika hanya kalimah “menang” yang difahami dan diingini. Perjuangan punya erti yang lebih besar nilaiannya yang mana ia adalah mata rantai penghubung di antara siri-siri perjuangan yang terkandung padanya menang dan kalah.
  • PILIHAN RAYA Umum ke-14 telah berakhir. Gabungan Parti Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri. Ini menyaksikan Barisan Nasional buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia gagal membentuk Kerajaan Persekutuan. BN perlu menerima kekalahan ini sebagai satu yang positif.
  • SEORANG Muslim mempunyai kebebasan untuk memilih tetapi dengan batasan dan sempadan yang tertentu. Dalam perihal muamalat atau urusan harian, Islam menawarkan kebebasan yang luas di mana seseorang itu punyai hak untuk memilih jalan dan kaedah yang disukainya selama mana ia tidak terdapat halangan syariat.
  • JAWATAN adalah satu amanah dan tugas. Ia membawa erti satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi satu-satu tanggungjawab yang diberikan. Sering kali jawatan ini didatangi dengan tiga perkara utama iaitu pertama jenis tugasan perlu dilakukan, kedua ganjaran ataupun upah di atas perlaksanaan tersebut dan ketiga bidang kuasa...
  • POLITIK sering dikonotasikan dengan pelbagai yang negatif. Politik digambarkan sebagai pertelingkahan puak dan perebutan kuasa dua pihak atau parti yang bertentangan. Namun adakah itu sebenarnya politik dalam Islam?
  • SUHU PRU14 makin terasa. Semua parti politik yang bertanding mula merancang pelbagai strategi kempen untuk memikat hati pengundi. Berikutan itu, pelbagai pendekatan kempen akan digunakan sebagai satu jentera pilihan raya.
  • GENDANG Pilihan Raya Umum ke-14 sudah mula dipalu. Pengumuman Manifesto Barisan Nasional oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak boleh dianggap sebagai manifesto yang bersifat inklusif dan holistik.
  • PILIHAN Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir. Parti-parti politik yang akan bertanding pastinya menggiatkan lagi kempen mereka bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan undi untuk berkuasa.
  • WALA' boleh didefinisikan sebagai kesetiaan sepanjang masa yang dipupuk dengan nilai kasih sayang. Dalam konteks kepemimpinan, wala’ adalah kesetiaan yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah.
  • ISLAM bukanlah agama ritual semata-mata tetapi agama yang mengandungi sistem kehidupan yang syumul dan menyeluruh.
  • JIKA diimbas kembali, berita palsu sudah dipopularkan sejak zaman-berzaman. Isu fitnah dan berita palsu ini bukan hanya berlaku ketika hampir musim pilihan raya, tetapi sudah menjadi tradisi sejak berkurun lamanya.
  • SOLAT adalah tiang agama. Solat wajib ditunaikan walau di mana sahaja Muslim itu berada. Solat juga menjadi perisai iman yang utuh daripada segala perbuatan yang keji dan mungkar.
  • BAHANG PRU14 makin terasa. Pelbagai pihak mula memfokuskan gerak kerja ke arah meraih sokongan politik daripada rakyat di bawah.
  • POLITIK atau siasah bermaksud menjaga atau mentadbir urus kehidupan manusia. Dalam Islam, politik secara umumnya difahami sebagai kepimpinan dan urusan yang menggalang ganti tugas kenabian bagi menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama.
  • ISLAM subur di Malaysia. Kesu-buran agama ALLAH SWT ini disebabkan faktor pengaruh kebangkitan Islam di dunia Islam yang berlaku secara menyeluruh. Namun hakikatnya, faktor dan tempias fenomena kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia tidak akan menyuburkan Islam itu jika tidak mendapat dukungan dan naungan daripada institusi kenegaraan.
  • JUMAAT lalu penulis diundang untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam Putrajaya International Security Dialogue 2018.
  • KITA memasuki tahun Masihi 2018 dengan penuh debaran dan pengharapan. Jika disoroti perkembangan tahun 2017, beberapa isu penting terus menghambat umat Islam di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
  • KEJAYAAN Himpunan Putih Solidariti Baitulmaqdis yang berlangsung Jumaat lalu di Masjid Putra, Putrajaya menggambarkan komitmen, kebersamaan dan kesepakatan rakyat Malaysia dalam menyatakan bantahan dan penolakan terhadap usaha Amerika Syarikat (AS) menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • ZIONIS ialah gerakan antarabangsa Yahudi yang berbentuk politik, perkauman, penjajahan dan permusuhan. Zionis mencipta ideologi Zionisme.
  • BAITULMAQDIS merupakan kota suci ketiga bagi umat Islam selepas kota Makkah dan Madinah. Baitulmaqdis adalah sebahagian dari tanah Palestin yang terletak di Bilad al-Sham.
  • MINGGU ini bermulanya Perhimpunan Agung bagi parti Umno yang telah berusia 71 tahun sejak ditubuhkan pada 1946. Signifikannya perhimpunan tahun ini adalah yang terakhir sebelum bermulanya gendang PRU14 tahun hadapan.
  • USAHA berterusan dalam memastikan komitmen kerajaan yang termaktub dalam Perlembagaan tetap diteruskan sejak kita merdeka lagi.
  • PEMBENTANGAN Bajet 2018 baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri bo-leh dilihat sebagai memenuhi kehendak Islam yang inklusif lantaran perancangan dan anggaran perbelanjaan negara untuk tahun hadapan itu dirangka berasaskan acuan maqasid syariah.
  • PEMBENTANGAN Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu memperlihatkan olahan baharu dimensi keislaman dalam pengurusan ekonomi negara.
  • HARI ini, tahap kemampuan manusia untuk memproses maklumat dalam berkomunikasi sudah mencapai tahap yang mungkin pernah dianggap mustahil pada zaman dahulu. Situasi sedemikian telah menjadikan teknologi satu sumber ‘keajaiban’ yang mampu menghasilkan pelbagai idea rekaan bagi tamadun manusia.
  • SIKAP berlebihan dalam berpolitik sehingga mengganggu gugat asas dan kerangka kenegaraan adalah tindakan yang tidak boleh dibiarkan sama sekali.
  • MEMBICARAKAN tentang politik, secara mudahnya akan terbayang di benak pemikiran kita tentang parti-parti politik, wajah ahli-ahli politik, kerajaan yang memerintah, barisan pembangkang dan segala macam isu dan kontroversi yang timbul disebabkan oleh ‘masalah’ politik.
  • SABAN tahun, Hari Pahlawan disambut dengan penuh adat istiadat oleh kerajaan dan seluruh rakyat sebagai suatu penzahiran penghargaan dan tanda terima kasih kepada barisan anggota keselamatan di negara kita, sama ada yang telah gugur di medan juang mahupun yang masih utuh mempertahankan agama dan bangsa.
  • TIBANYA awal Muharam setiap tahun mengujakan minda penulis untuk terus mengokestrakan perpaduan Islam dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang perlu sentiasa utuh dan kukuh.
  • BARU-baru ini negara digemparkan dengan tragedi kebakaran sebuah sekolah tahfiz yang meruntun jiwa dan menyayat hati kita semua. Lebih mengejutkan apabila kejadian tersebut dirancang oleh remaja belasan tahun, malah ada yang masih dalam kategori kanak-kanak bawah umur.
  • PADA Mei yang lalu ketika bertitah pada majlis Pentau-liahan Peguam Syarie Negeri Pahang di Kuantan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan hasratnya agar hukuman diyat dipilih untuk dilaksanakan melalui Jemaah Pengampunan Pahang sebagai alternatif terhadap banduan yang menghadapi hukuman mati bagi kesalahan membunuh.
  • KEBANGKITAN Islam adalah istilah penting yang digunakan oleh para sejarawan bagi merujuk kepada sejarah perkembangan Islam pada abad ke-20. Dalam erti kata lain, kebangkitan Islam adalah satu gelombang yang berlaku disebabkan faktor penjajahan, campur tangan asing dan proses pembaratan yang berlaku di hampir keseluruhan pelosok dunia Islam.
  • ISLAM di Nusantara terbentuk secara berevolusi. Perkembangannya banyak ditandai dengan evolusi secara berperingkat melalui aktiviti dakwah, perdagangan dan peranan Raja yang mempengaruhi rakyat menerima Islam sebagai agama dalam bentuk akidah ahli Sunnah Wa al-Jamaah dan fiqah mazhab Syafie.
  • TIADA perkara yang paling indah bagi seorang Muslim selain dapat menjadi tetamu ALLAH (Dhuyuf Ar-Rahman) kerana tidak semestinya semua umat Islam akan mendapat peluang ini.
  • KEPIMPINAN adalah satu wilayah amanah yang sangat berat. Hanya pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab dengan baik dapat kekal sebagai pemimpin yang berkualiti dan memenuhi ciri-ciri yang diredai oleh ALLAH SWT.
  • MELIHAT pelbagai kemelut dan pergeseran yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, penulis merasakan keperluan memahami dan mendalami konsep fiqh ta’ayush dalam konteks semasa adalah amat mendesak.
  • FIQH Ta’ayush atau Fiqh Kewujudan Bersama adalah istilah dan cabang baharu dalam perbendaharaan ilmu fiqh. Fiqh ini khusus bagi menangani cabaran umat Islam yang hidup dalam konteks negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya.
  • MALAYSIA terus tampil memperkenalkan Islam dengan pelbagai prinsip dan nilai positif dengan adanya Indeks Syariah Malaysia, konsep wasatiyyah dan terkini Garis Panduan Tadbir Urus Berteraskan Syariah (GTU-s) pula diwujudkan.
  • REVOLUSI Perindustrian ialah istilah yang menggambarkan fenomena dunia pada zaman moden. Fenomena ini berlaku disebabkan peralihan sejarah hidup manusia yang berasaskan pertanian kepada kehidupan yang berasaskan industri dan pengeluaran barangan untuk pasaran komersial secara besar-besaran.
  • SATU Syawal disambut dengan penuh kesyukuran setelah beroleh kemenangan sebulan mengharungi tarbiah dalam Madrasah Ramadan. Kemenangan ini memberi makna yang luas dan erti yang besar dalam kehidupan kita sebagai insan yang bergelar hamba-Nya. Apa pun, sudah pasti Aidilfitri telah meletakkan mereka yang beroleh ketakwaan di tempat yang mulia di sisi ALLAH SWT.
  • SEPULUH hari terakhir Ramadan dikaitkan dengan malam al-Qadr yang menjadi zon masa beribadah paling unggul, istimewa dan eksklusif bagi umat Islam yang benar-benar memanfaatkannya. Hari ini sudah 26 Ramadan 1438 Hijrah dan kita akan memasuki malam ke-27 Ramadan. Peluangnya hanya berbaki beberapa hari saja lagi untuk kita mengejar ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH SWT.
  • MASA berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik, sudah 12 hari Ramadan meninggalkan kita. Ini bermakna, fasa permulaannya rahmat sudah pun berlalu. Di manakah tahap puasa kita setakat ini?
  • TATKALA kehadiran tetamu, bagaimana persiapan kita menyambutnya? Apalagi jika tetamu tersebut merupakan tetamu istimewa. Semestinya bermacam-macam persiapan akan kita aturkan. Penulis terfikir, bagaimana pula agaknya dengan ketibaan tetamu agung Ramadan tidak lama lagi? Sewajarnya kita perlu lebih bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk bertemu dengannya.
  • GURU merupakan pendidik yang memikul tugas mulia dan sentiasa diyakini sebagai orang yang memiliki ketinggian ilmu, baik akhlak dan tingkah laku, mempunyai jiwa yang suci bersih, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
  • MUTAKHIR ini negara kita sering disajikan dengan berita-berita pergaduhan dicetuskan oleh sifat amarah yang tidak terkawal. Terbaru, kita digemparkan dengan insiden pergaduhan di hadapan sebuah masjid yang sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama yang aman seperti Malaysia.
  • PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Parti keramat orang-orang Melayu yang beragama Islam ini muncul sebagai respons dan reaksi kepada langkah kerajaan British untuk menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu.
  • MUTAKHIR ini kita bersyukur melihat kepekaan umat Islam dalam memastikan makanan yang dimakan setiap hari halal, bersih dan suci. Umat Islam juga semakin sensitif dalam memilih gerai dan restoran yang mempunyai persijilan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.
  • MUTAKHIR ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai isu yang ber-punca daripada pudarnya nilai budaya, terutama sikap hormat-menghormati sesama insan. Paling membimbangkan budaya ini sema-kin terhakis dan gagal dibudayakan dalam kalangan masyarakat kita.
  • BARU-BARU ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya menjelaskan bahawa kerajaan akan terus komited mendukung Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam adalah Agama Persekutuan dan pada masa yang sama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
  • DALAM dunia hari ini, ketenangan merupakan satu perkara yang amat mahal harganya. Ada saja ujian yang meragut ketenangan hati kita. Lumrahnya, manusia akan sentiasa diuji dari pelbagai sudut, sama ada melalui ekonomi, kesihatan, hubungan sesama manusia mahupun musibah alam.
  • PENYATUAN ummah dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. ALLAH SWT dalam ayat 6 hingga 7 Surah al-Hujurat menjelaskan tentang formula bagaimana kaedah terbaik menangkis berita dan maklumat fitnah dalam kalangan umat Islam boleh dibuat. Bahkan ayat-ayat tersebut juga menghuraikan punca perbalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.
  • AL-HUJURAT merupakan surah yang ke-49 dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Madinah dan mengandungi sebanyak 18 ayat. Al-Hujurat bermaksud bilik-bilik iaitu merujuk kepada rumah-rumah kecil Rasulullah SAW yang didiami para isteri Baginda dan terletak di sekitar Masjid Nabawi di Madinah.
  • BEKERJA merupakan satu tanggungjawab dan tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu yang berkelayakan dan berkemampuan.
  • TERDAPAT tanggapan umum yang mengatakan hukuman sebat yang dikenakan dalam kesalahan jenayah syariah adalah kejam kerana jumlah sebatan yang terlalu banyak. Bahkan jumlah tersebut melampaui jumlah yang diperuntukkan dalam hukuman sebat bagi kesalahan undang-undang jenayah sivil.
  • SEKALI lagi sejarah terlakar apabila negara menerima lawatan Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, pemimpin tertinggi negara Arab Saudi tiga hari lalu. Lebih bermakna lagi, baginda yang dalam lawatan selama empat hari itu, telah memilih Malaysia sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk dilawati setelah dilantik menjadi Raja Arab Saudi ke-7 pada 23 Januari 2015.
  • PADA 19 Januari 2017, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menggagaskan wawasan baharu Malaysia yang dikenali sebagai Transformasi Malaysia 2050 (TN50) pada majlis Dialog Perdana bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • DALAM dunia akhir zaman yang penuh dengan pelbagai godaan dan pertembungan ideologi, fitnah terancang mahupun tidak terancang mudah tersebar luas tanpa sekatan.
  • PADA 3 Februari 2017 yang lalu, sekali lagi sejarah terukir apabila Presiden Umno Datuk Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hadir bersama pada majlis pelancaran kapal misi Flotila Rohingya di Pelabuhan Klang.
  • SETIAP kali menyingkap fenomena penggunaan bahasa dalam komunikasi masyarakat terutama melalui media sosial, membuatkan hati penulis bagai ditusuk sembilu.
  • SEMALAM, penulis sekali lagi berkesempatan menziarahi dan bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sekitar Kelantan. Dalam perjalanan pulang, penulis terfikir sejenak. Mengapa ALLAH uji kita dengan kesulitan dan kesusahan? Ada yang diuji dengan kesakitan, kemiskinan, kegagalan, kecacatan, dan bahkan ada yang ditimpa musibah serta bencana yang amat dahsyat.
  • KEMAJUAN teknologi maklumat yang menunjangi kehidupan manusia kini, merupakan satu bukti ilmu pengetahuan kurniaan ALLAH SWT yang amat mengagumkan pernah dicapai akal fikiran manusia. Sebagai orang Islam yang beriman dengan kekuasaan ALLAH SWT, kita yakin bahawa pencapaian ini adalah satu bentuk rahmat ilmu yang seharusnya digunakan untuk menyebarkan kebenaran dan kebaikan.
  • MESKIPUN seketika dan tidaklah sebesar mana, penulis tetap bersyukur dapat bersama-sama dalam misi bantuan mangsa banjir baru-baru ini. Melihat dan merasai sendiri saat kepayahan dan keperitan mereka merupakan satu pengalaman berharga yang tidak dapat dibeli di mana-mana.
  • KITARAN bumi sudah lengkap mengelilingi matahari dan kini ia kembali memulakan kitaran untuk 365 hari yang baru. Seiring dengan perginya lembaran lalu, penulis percaya tentunya pelbagai harapan dan azam disemat dengan penuh semangat dan iltizam. Pasti semuanya untuk menambah kebaikan dalam segenap aspek kehidupan sama ada dalam bentuk ibadah, rohani mahupun jasmani.
  • TAHUN 2016 bakal menutup tirainya beberapa hari lagi. Ini menandakan fajar 1 Januari 2017 akan menyingsing dan memancarkan sinarnya untuk menerangi Malaysia bagi menghadapi bulan dan hari-hari mendatang. Jika disingkap pada diari politik 2016, menyerlahkan dua aspek utama yang menjengah ufuk pemikiran kita sepanjang tahun iaitu perpecahan dan perpaduan.
  • PENGUMUMAN pemilihan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 13 Disember baru-baru ini, disambut penuh kesyukuran dan keterujaan rakyat jelata dari pelbagai golongan.
  • SAMBUTAN Maulidur Rasul telah sebati menjadi budaya umat Melayu sejak kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu. Masjid-masjid dan dataran-dataran dipenuhi dengan himpunan puluhan ribu masyarakat Islam.
  • BUAT julung kalinya, lakaran sejarah tercipta baru-baru ini dengan menyaksikan dua pemimpin besar dari Umno dan Pas bergabung demi kesejahteraan umat sejagat.
  • TAHUN ini menyaksikan Umno menyambut ulang tahun yang ke-70. Kelazimannya setelah mengharungi pelbagai pengalaman pahit manis kehidupan, seseorang manusia akan dianggap cukup matang dalam usia sebegini.
  • MENJELANG Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi, penulis melihat ada nilai yang perlu dicungkil sebalik ketekunan persiapan yang dilaksanakan untuk direnungi dan dihargai.
  • ISLAM mula bertapak di bumi Andalus (Sepanyol) pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik yang merupakan Khalifah Bani Umayyah berpusat di Damsyik.
  • SEMACAM sudah sebati dalam kehidupan seharian dan menjadi belenggu sebahagian besar umat Islam hari ini adalah sikap terlalu gemar berpolemik.
  • BAHANG pembentangan Bajet 2017 Belanjawan Negara masih terasa kehangatannya. Terjawab sudah pelbagai teka-teki dan cakap-cakap serta ramalan dalam kalangan ahli politik, pakar dan penganalisis ekonomi, hatta rakyat jelata baik miskin, kaya, penganggur mahupun golongan berkerjaya.
  • MENGGUNA barangan dan menikmati makanan halal merupakan tuntutan ALLAH ke atas setiap Muslimin, sebagaimana yang difirmankan dalam ayat 168 Surah al-Baqarah yang bermaksud;
  • KEBEBASAN dan hak asasi menjadi tuntutan utama sejak sekian lama. Hal ini jelas terbukti dalam perkembangan politik di Timur Tengah dengan berlakunya kebangkitan rakyat seperti di Mesir melalui Revolusi Tahrir, Revolusi Jasmin di Tunisia dan revolusi menentang rejim Gaddafi di Libya.
  • UMUM mengetahui sejarah politik Islam bermula dengan pembentukan negara Madinah. Rasulullah SAW membawa risalah kenabian yang bersifat merangkumi secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan sama ada sebagai ketua agama, negara, ekonomi, diplomatik, peperangan, pendidikan, perundangan, sosial dan kekeluargaan.
  • SAMBUTAN Maal Hijrah pada setiap tahun pastinya mengingatkan kita kepada suatu sejarah agung umat Islam tentang penghijrahan Rasullah SAW dari kota Makkah ke kota Madinah.
  • BERLANDASKAN fitrah dan hakikat penciptaan ini, Islam dengan jelas telah meletakkan peranan dan kedudukan antara lelaki dan perempuan sesuai pada tempatnya. Islam bukan sekadar memartabatkan wanita, sebaliknya mengembalikan manusia seluruhnya kepada fitrah.
  • BERITA duka kembalinya Allahyarham Datuk Dr Haron Din ke rahmatullah pada pagi Jumaat yang lepas begitu dirasai oleh seluruh pelosok umat di dalam negara mahupun tokoh-tokoh dari luar negara.
  • APABILA tiba Hari Raya Aidiladha, saban tahun kita sering mendengar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as. Hakikatnya, nilai dan semangat pengorbanan Nabi Ibrahim ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan memberikan inspirasi keimanan yang kekal abadi dalam lipatan sejarah umat Islam.
  • PONDOK merupakan institusi pengajian Islam tradisional dalam masyarakat Melayu yang berkembang pada awal abad ke-19 sehingga abad ke-21. Hakikatnya sistem inilah yang mula mengembangkan Islam dalam masyarakat Melayu berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermanhajkan Asya’irah.
  • MERDEKA! Satu pemasyhuran yang memiliki nilai simbolik tinggi dan makna dalam sejarah perjalanan negara kita. Hari ini, tanggal 31 Ogos 2016 genap 59 tahun tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan kemakmuran yang membanggakan untuk dikongsi bersama setiap warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf