VIRAL
CHERAS - Tindakan seorang anak muda, bantu memandikan seorang lelaki gelandangan di jalan belakang sebuah restoran makanan segera mendapat pujian dan perhatian dari netizen di Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri di sini.
  • ILMU Islami ditautkan oleh ilmu yang benar dan ilmu yang bermanfaat. Sinergi antara keduanya menjadikan Ilmu Islami lebih bertenaga dan terarah dalam membawa perubahan dan memberi makna kepada kehidupan.
  • ISLAM bukan agama slogan, retorik dan idealisme melulu. Islam adalah agama yang benar dan citranya tidak saja rohaniah tetapi terpancar dalam amaliah yang menjadi contoh dan teladan kepada yang lain.
  • DALAM tradisi Islam ilmu yang benar dihubungkan dengan al-Quran dan As-Sunnah dan ilmu yang bermanfaat dihubungkan dengan ilmu yang berguna dan tidak melanggar syariat.
  • AL-QURAN dalam Surah Az Zumar ayat 9 menyebutkan adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Jawapannya sudah tentu tidak sama. Orang yang tidak berilmu berada dalam kejahilan sementara orang berilmu ibarat sudah menerima cahaya. Si jahil sering berjalan dalam kegelapan dan boleh membawa kepada kesesatan.
  • ILMU adalah ibarat cahaya. Ia memberi suluh kepada kegelapan. Ia memerdekakan diri dari belenggu ketidaktahuan dan kejahilan. Ia menjadi penunjuk kepada jalan kehidupan. Tanpa ilmu yang benar dan bermanfaat kehidupan tidak memberi makna.
  • PROSES mengajar dan belajar memerlukan metodologi. Mendidik manusia tidak sekadar akal dan pemikiran untuk membangun ingatan tetapi mendidik hati dalam sistem tarbiah yang menghasilkan pembentukan watak dan diri.
  • ASAS binaan Teori I sebagai sifatnya melengkapi berdiri atas pertimbangan IHSAN dan INSAN. Keihsanan menghubungkan manusia dengan Pencipta dan keinsanan menghubungkan diri sesama manusia dan sistem.
  • AL-QURAN menyatakan dengan jelas tujuan dijadikan manusia ialah untuk melakukan ibadah kepada-Nya (wama khalaqtul jinni walins illa liyakbudun – tidak dijadikan jin dan manusia melainkan melakukan ibadah kepada-Nya). Al-Quran juga menyebutkan, Inni ja’ilun filardhi khalifah – manusia adalah khalifah ALLAH di muka bumi).
  • IlMU yang integratif dan pendidikan yang transformatif menjadi asas penting kepada binaan tamadun. Ilmu yang integratif adalah adunan faktor naqliah-aqliah yang menjadikan hubungan menegak (dengan ALLAH) dan merentas (manusia dan sistem) sebagai asas tunjangan.
  • KONSEP tasawur yang telah dibincangkan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan merangkumi. Sesuatu yang dihasilkan tidak hanya dilihat dalam perspektif luarannya tetapi memerlukan pemahaman tentang kekuatan dalamannya dan menjadikan pendekatan ini menyumbang secara seimbang.
  • KONSEP tasawur (world-view atau pandangan semesta) adalah sesuatu yang asas dalam memahami kewujudan sesuatu. Ia mengambil pendekatan menegak (hubungan dengan ALLAH) dan merentas (hubungan dengan manusia dan sistem).
  • PENDEKATAN reflektif terhadap faktor-faktor kejayaan dalam pembangunan tamadun silam menjadi asas penting mengapa Islamisasi ilmu dan pendidikan berbangkit.
  • PENGISLAMAN ilmu dan pendidikan adalah suatu proses. Ia menuntut penguasaan ilmu Islam dan ilmu berbanding supaya dualisme dan sekularisme dapat diatasi.
  • ISTILAH sekular berasal daripada bahasa Latin saeculum. Dalam bahasa mudahnya bermakna masa kini. Maksud yang luas sekular bukan sekadar suatu konsep mengenai keduniaan. Ia suatu faham yang memisahkan apa saja dari agama.
  • PERSOALAN fikrah menjadi sesuatu yang amat penting dalam memahami Islam dan sumber-sumbernya. Al-Quran sebagai sumber utama ilmu memerlukan fikrah Islami dan Qurani supaya cara berfikir umat dan amalannya terarah.
  • RASULULLAH SAW dalam hadisnya, “Addabani Rabbi Faahsana Taadibi” – Tuhanku didiklah aku dengan didikan yang terbaik. Hadis ini memberi makna yang amat luas tentang maksud adab dan taadib. Adab bagi sesetengah ilmuwan ialah disiplin terhadap akal, disiplin terhadap diri (nafs) dan disiplin terhadap amal.
  • CITRA Islam dibangunkan atas tunjangan atau aksis (axis) hubungan menegak (hablum mina’llah) dan hubungan merentas (hablum minannas). Memahami dan menghayati Islam berdiri atas tunjangan ini. Ia tidak saja menjadi landasan kepada terbangunnya epistemologi (ilmu) tetapi juga tasawur (pandangan semesta) Islami.
  • KEPENTINGAN epistemologi (teori, asas) ilmu dalam Islam adalah sesuatu yang sangat mustahak. Sifat epistemologi ilmu dalam Islam tidak sama dengan epistemologi ilmu di Barat.
  • FAKTOR rohiyyah (dalaman diri manusia) dan faktor amaliah (pekerti manusia) bergerak seiring. Al-Quran mengungkapkan “Illallazi na’amanu wa’amilussalihat” – orang yang beriman melakukan amal soleh. Ianya wajar sedemikian supaya apa yang diyakini tidak hanya terhimpun dalam hati semata-mata dan tidak dipancarkan dalam amal.
  • ADAB merujuk kepada pekerti dan sahsiah. Kata ilmuwan adab adalah disiplin akal yang membawa natijah pemikiran yang baik, disiplin hati yang memberi kekuatan dalam diri dan disiplin amal yang beri fokus kepada fikiran dan amalan yang dipedoman oleh hati.
  • ILMU dan pendidikan yang integratif amat relevan dengan perubahan hari ini dan kemajuan hari depan. Ia tidak asing dalam pembangunan tamadun Islam pada masa lalu dan ia terus relevan untuk membangun tamadun Islam pada masa kini dan masa depan.
  • PENDIDIKAN adalah proses mengadabkan insan. Adab dalam bahasa ilmu ialah mendisiplinkan akal, hati dan amal. Tujuan pendidikan ialah untuk membentuk watak dan sahsiah manusia supaya pemikirannya tangkas, hati budinya baik dan amalannya menjadi contoh ikutan.
  • DIKATAKAN ilmu dalam keadaan krisis kerana tidak berlakunya integrasi ilmu nakliah dan akliah, menyebabkan dualisme terjadi. Faktor penting dalam kesatuan ilmu ialah pembentukan tasawur (pandangan semesta) yang memiliki faktor kesatuan dan keseimbangan.
  • DUALISME dalam pendidikan bermaksud wujudnya dua aliran yang tidak integratif. Sama ada pendidikan akliah bergerak berasingan dengan pendidikan rohaniah yang sifatnya tradisional mahupun pendidikan yang bergerak dalam sisi yang berbeza (agama dan akademik) tetapi tidak berlaku integrasi.
  • DALAM tradisi Islam ilmu terbahagi kepada dua - ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ia juga disebut ilmu nakliah dan akliah iaitu daripada sumber al-Quran dan sumber pemikiran. Kedua-dua ilmu ini penting dalam kehidupan. Kehidupan tidak saja dipandu oleh akal untuk berfikir tetapi juga oleh wahyu bagi memahami yang nyata dengan yang ghaib.
  • AL-QURAN sebagai sumber ilmu dan sumber petunjuk banyak menarik minat sarjana-sarjana luar Islam menyebabkan timbul kekaguman terhadap apa yang terdapat di dalamnya.
  • KONSEP hisab, hasabah dan muhasabah amat berkait rapat dengan al-Quran. Ia mempunyai konotasi dan makna yang unik dan tidak sama dengan konsep matematik yang kita gunakan selama ini. Konsep matematik mengajar manusia bagaimana angka itu dimanipulasikan untuk keperluan lapangan kerja dan juga penyelidikan di samping memberi kemahiran menghitung dan mengira.
  • DALAM tradisi keilmuan Islam berfikir aras tinggi adalah sesuatu yang dianjurkan. Berfikir aras tinggi menjadikan al-Quran sebagai sumber lantaran tidak saja hal-hal ghaib difahami dan diyakini tetapi hal-hal yang nyata juga diketahui.
  • KONSEP hisab, hasabah dan muhasabah amat berkait rapat dengan al-Quran. Ia mempunyai konotasi dan makna yang unik dan tidak sama dengan konsep matematik yang kita gunakan selama ini.
  • TEKNOLOGI adalah ilmu tentang alat. Al-Quran mendidik manusia supaya memiliki nilai guna yang Qurani. Nilai guna Qurani menghubungkan etika dan nilai yang sifatnya memberi guna (yanfaunnas). Ia penting kerana setiap alat jangan sampai disalahgunakan dan membawa mudarat kepada pengguna dan manusia.
  • AL-QURAN terkandung kisah perjuangan golongan Nabi dan Rasul dan juga kisah manusia untuk dijadikan ibrah dan sumber teladan. Sifat kisah dan rantaian sejarah mengulangi jejak. Berlaku pada masa yang lalu diulangi semula manusia pada hari ini dan bakal berlaku lagi pada masa depan.
  • METODOLOGI pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang Qurani sifatnya adalah penting dikuasai oleh para pendidik atau murabbi supaya ia memberi kesan kepada pembangunan insan.
  • AL_QURAN adalah kalam ALLAH. As Sunnah adalah pekerti Rasulullah SAW. Kalam ALLAH memberi petunjuk dan pedoman supaya kehidupan manusia terarah. Pekerti Rasulullah SAW menjadi teladan dan sumber ikutan. Al-Quran dan As Sunnah adalah suatu sinergi (ikatan) supaya tasawwur Islami sifatnya merangkumi.
  • AL-QURAN adalah sumber ilmu yang membawa perkhabaran dan kebenaran untuk manusia. Ia menjadi petunjuk kepada manusia, khususnya orang-orang yang bertakwa (hudan linnas hudan lilmuttaqeen). Tanpa petunjuk manusia boleh hilang pedoman dan bimbingan.
  • AL-QURAN bukan kitab sains. Ia terkandung pedoman saintifik mengenai penciptaan jagatraya, bumi, manusia dan alam. Tentu ada maksud mengapa semua itu diciptakan dan hikmah yang tersirat di sebalik ciptaannya.
  • ISLAM menjadikan faktor niat sebagai sesuatu yang penting dalam melakukan amal. Maksud innamal a’la lu binniat menjadi fokus utama dalam melaksanakan amal lantaran niat yang disantuni dengan fikrah yang baik bakal menemukan keserasian dalam amalan.
  • PROSES pengajaran dan pembelajaran yang Qurani sifatnya dan dikuti dengan proses kefahaman dan pemikiran tetapi menuntut berlakunya internalisasi atau penyerapan yang membawa kesan penghayatan.
  • DALAM proses pengajaran-pembelajaran yang Qurani, tuntutan tafahum atau kefahaman sesuatu tidak boleh dielakkan. Teori pengajaran-pembelajaran meletakkan kefahaman sebagai asas utama. Jika tidak berlaku kefahaman, pembelajaran tidak terjadi.
  • AL-QURAN terhubung rapat dengan kemahiran hafazan. Corak hafazan tidak hanya tekstual atau harfiah dengan tajwid, tartil, qiraat dan taranum yang sempurna tetapi terkandung faktor kontekstual menghubungkannya dengan waqi’ atau realiti.
  • DALAM al-Quran terdapat suatu surah yang langsung terhubung dengan nasihat dan wasiat yang bersifat mendidik.
  • DAKWAH adalah gerak kerja utama dalam mengembangkan Islam. Sejak zaman Rasulullah SAW dakwah menjadi agenda penting bagi penyebaran Islam di Makkah dan Madinah dan akhirnya diwarisi untuk dikembangkan ke Jazirah Arabia dan akhirnya ke seluruh dunia.
  • AL-QURAN amat rapat hubungannya dengan ilmu pengetahuan. Di samping al Quran itu sebagai sumber ilmu dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menggalakkan kita menuntut ilmu kerana kepentingan ilmu amat berharga kepada manusia.
  • MEMAHAMI al-Quran lazimnya melalui tafsir. Sepanjang zaman banyak tafsir yang dilahirkan bagi memberi kefahaman sebenar apa yang terkandung dalam al-Quran. Ada ayat-ayat al-Quran yang bersifat mahkamat dan mutasyabihat yang memerlukan pendekatan tafsir untuk memahaminya.
  • FAKTOR akliah adalah sesuatu yang penting kerana akal adalah kurniaan ALLAH yang amat bernilai. Akal adalah alat untuk berfikir. ALLAH tidak kurniakan akal kepada haiwan. Haiwan menggunakan naluri terhadap sesuatu. Kelebihan manusia menggunakan akal ialah menghasilkan pemikiran.
  • PERSPEKTIF berfikir dalam Islam tidak saja berlegar sekitar kegiatan akliah tetapi dipedoman oleh faktor nakliah.
  • AL-QURAN terkandung fikrah dan apabila diolah dan dijana sumber naqliah ini menjadi petunjuk untuk manusia khususnya mereka yang muttaqeen. Pemikiran yang Qurani amat penting bagi memahami yang nyata dengan yang ghaib. Tanpanya ia bergantung kepada upaya akal semata-mata dan sifatnya terbatas.
  • DALAM Surah Al Alaq iaitu surah awal yang diturunkan oleh ALLAH terkandung maksud Iqra’ atau bacalah. Baca bukan sekadar menatap sesuatu yang tersurat tetapi juga menuntut kita memahami yang tersirat.
  • AL-QURAN adalah kitab (teks) terkandung mukjizat daripada ALLAH. Ia tidak saja berbentuk harfiah tetapi terhubung dengan waqi’ atau realiti (konteks). Setiap kalimah daripada al-Quran apabila dibaca, ALLAH berikan fadilat atau pahala.
  • Al-QURAN terhubung dengan pendekatan hudan linn as dan huddan lilmuttaqeen – petunjuk kepada manusia dan petunjuk kepada yang bertakwa. Al-Quran adalah mukjizat daripada ALLAH dan terkandung sumber pencerahan untuk umat manusia.
  • MANUSIA sepanjang sejarahnya sentiasa dalam pencarian. Ada yang bertemu apa yang dicari dan ramai juga sehingga hujung usia tidak bertemu apa dicari.
  • BAYANGKAN hidup manusia tanpa agama yang sifatnya berpedoman. Dengan akal dan nafsu kemampuan manusia terbatas. Rasionaliti semata-mata tidak semua persoalan manusia terjawab. Manusia akan terus mengkaji dan mencari jawapan-jawapan lain kerana hidup ini sudah semakin kompleks.
  • MAKSUD hati budi di sini ialah faktor dalaman diri manusia yang jernih sifatnya dan memancarkan amalnya yang jernih. Hati budi terhubung erat dengan niat dan terbentuk kualiti mutmainnah yang memandu pola amal supaya sentiasa dalam tunjangan iman dan jiwa muttaqeen.
  • DALAM al-Quran Surah al Hujurat ayat 13, ALLAH mengungkapkan ayat Inna aqramaqum ‘indalla hi atqaqum – karamah insan (kemuliaan diri) berada pada orang yang berjiwa muttaqeen. Piawai ALLAH ini sesuatu yang amat tepat, adil dan benar.
  • RAHMAT dan nikmat ALLAH yang banyak adalah kurniaNya kepada manusia. Rezeki kita terima, kesihatan yang ada, bakat dan kebolehan yang ALLAH beri semuanya adalah rahmat dan nikmat yang tidak ternilai.
  • PADA hakikatnya kita bukanlah milik kita. Kita tidak mampu melakukan penciptaan. Kita adalah milik ALLAH kerana ALLAH itu mencipta kita. ALLAH mencipta manusia dari tidak ada kepada ada. ALLAH mencipta dan mengurus alam ini dan segala isi yang terdapat.
  • TERDAPAT manusia berfikir seolah-olah hidup ini kekal selama-lamanya dengan nikmat duniawi yang banyak. Mereka lupa ALLAH dan seolah-olah mereka terjadi dengan sendiri dan mempunyai kudrat sendiri. ALLAH tidak menciptanya dan tidak mengurniakan rahmah dan nikmah bagi meneruskan kehidupan.
  • BERIBADAH kerana ALLAH (ikhlas) baik secara khusus yang sifatnya rohaniah menjadi syarat kesempurnaan iman. Memiliki rasa ubudiyyah yang tinggi terhadap ALLAH membangun jiwa rukuk dan sujud seperti yang tercermin dalam solat.
  • RASULULLAH SAW melakukan asbab (sebab-musabab dalam dakwah) terhadap bapa saudaranya Abu Talib tetapi hidayah itu adalah milik ALLAH. Meski seluruh hujah bijaksana digunakan oleh Rasulullah SAW dikatakan ia tidak dapat mengubah aqidah Abu Talib.
  • UNGKAPAN sebahagian daripada syair ini diolah oleh seorang Pendeta Melayu terkenal, Pendeta Zaaba yang mempunyai fikrah Islami yang baik.
  • DALAM melakukan sesuatu perbuatan atau pun amalan ia diibaratkan tangan kanan memberi tangan kiri tidak nampak. Ia bertepatan dengan melakukan sesuatu ikhlas kerana ALLAH bukan sebaliknya.
  • SERING diungkapkan lafaz lakukan sesuatu kerana ALLAH. Bercakap, berderma, beramal, bekerja, beribadat dan melakukan apa saja kerana ALLAH. Ia adalah ungkapan yang mulia dan murni.
  • MANUSIA dikurniakan akal untuk berfikir, hati untuk memiliki rasa dan nilai serta daya sebagai sumber amal. Manusia Islam memiliki landasan taabudi menghubungkan diri dengan ALLAH dalam konteks hablumminallah dan wahablum minannas.
  • MENJADI Muslim adalah suatu perkara yang mudah. Berasaskan lafaz syahadah seseorang boleh menjadi Muslim.
  • MANUSIA pada hakikatnya dilahirkan dalam keadaan fitrah. Proses pendidikan yang berlaku sejak dalam perut ibu, lahir ke dunia, melalui dunia kanak-kanak, remaja dan dewasa tidak dibentuk dengan acuan yang betul. Lalu fitrah diri berubah dengan pengaruh didikan dan persekitaran serta menyebabkan binaan watak dan akhlak tidak seperti sepatutnya.
  • MUHASABAH adalah proses menghisab diri datangnya daripada keinsafan dan kesedaran dalam diri menyesali perlakuan terdahulu dan ingin kembali sebagai manusia fitrah. Akibat kekurangan ilmu, pengaruh nafsu nafsi, terlanjur, rasa berdosa yang tinggi mendorong manusia untuk kembali.
  • HIJRAH peribadi adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Jiwa muhasabah yang tinggi menjadi asas kembalinya kita kepada fitrah menginsafi kesilapan lalu, kembali bertaubat dan ingin mentaati perintah ALLAH dan sunnah Rasulullah SAW.
  • MAKSUD ibadah dalam al-Quran terhubung dengan maksud diciptakan jin dan manusia. Konsep ibadah adalah terlalu murni dan luas skopnya. Ia tidak sekadar ibadah khusus yang sifatnya rohaniah tetapi juga bersifat ammah (umum) dan merentasi jalur hidup insan.
  • AL-QURAN dalam Surah al Hujurat ayat 13 menyebutkan Inna aqramakum ‘indallah hiatqaqum – karamah insan terhubung kepada yang berjiwa muttaqeen (taqwa). Kehebatan manusia tidak diukur dari warna kulit, bangsa dan darjatnya tetapi diukur setakat mana ia memiliki ketakwaan tinggi kepada ALLAH SWT.
  • AL-Quran memberi pedoman dalam Surah al Asr – Illallazi na’amana wa’amilussalihat – orang-orang yang beriman melakukan amal soleh. Indahnya Islam tidak saja terletak kepada asas kepercayaan (tauhid) tetapi ketauhidan itu terlihat dalam watak, peribadi dan amal.
  • PENDIDIKAN membangunkan rijal (manusia) dilihat sebagai suatu proses mengadabkan insan. Adab iaitu disiplin akal, hati dan amal adalah perkara pokok membangun insan.
  • ISLAM bukan agama yang dibina atas asas dogma (khayali) seperti pandangan sesetengah pihak. Islam terbina dengan sistem aqidah yang mantap dan cara hidup yang jelas.
  • RIJAL atau manusia memiliki potensi diri untuk dibangunkan. Terdapat hikmah yang besar ALLAH kurniakan akal kepada manusia supaya pemikiran berkembang dan ilmu dijana.
  • IBADAH dalam erti kata yang terbatas lebih bersifat tatacara kerohanian menghubungkan hamba dengan Khaliq. Ibadah dalam erti kata yang luas mencakup hubungan dengan ALLAH, sesama manusia, persekitaran dan sistem.
  • FAKTOR syariat, perundangan atau hukum adalah sangat penting dalam kehidupan Islam. Kerangka ini mengatur kehidupan beradab.
  • AL-QURAN memberi pedoman, “Jin dan manusia dijadikan untuk beribadah kepada-Nya – wama khalaqtul jinni walins illa liyaqbudun”. Maksud kehambaan adalah amat mulia kerana jiwa hamba yang tinggi memiliki kualiti taat, patuh, akur dan tunduk. Ciri-ciri kualiti ini menjadi pancang ikatan dengan Khaliq (ALLAH). Inilah sifat ubudiyyah yang dituntut sebagai orang beriman dan bertakwa.
  • SALAH satu risalah Islam yang berkembang zaman berzaman ialah kepentingan qudwah hasanah atau pekerti yang baik dalam kehidupan. Rasulullah SAW menampilkan qudwah hasanah dalam Sunnahnya dan menjadi sumber ikutan sepanjang zaman.
  • AL-QURAN ditanzilkan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Manusia perlu memahami kewujudan perkara yang nyata dan kewujudan yang tidak nyata (al-ghaib). Kedua-duanya mempunyai hubungan yang amat erat kerana alam ini tidak terjadi dengan sendiri seperti manusia itu juga diciptakan. Al-Quran terkandung ilmu yang sifatnya memberi pertunjuk.
  • ISLAM bukan sekadar agama rohaniah yang menghubungkan manusia dengan Khaliq. Timbal-baliknya ALLAH turunkan al-Quran sebagai sumber pertunjuk.
  • AKIDAH tauhid adalah tunjang kepada keyakinan beragama dalam Islam. Keyakinan kepada keesaan ALLAH menjadi sumber kekuatan bukannya syirik. Mensyirikkan ALLAH dengan benda-benda lain amat dilarang. Ketauhidan kepada ALLAH Yang Satu adalah prasyarat menjadi seorang Islam.
  • TAJDID adalah suatu proses perubahan yang menyeluruh atau transformatif sifatnya. Transformasi tidak saja bermula dalam pemikiran dan penghasilan ilmu pengetahuan, khususnya pengembangan sains...
  • ISLAH atau reform adalah pendekatan dalam Islam apabila melakukan penyesuaian ke arah kemajuan dan perubahan.
  • PLURALISME agama cuba menjadikan pelbagai agama itu sebagai sah dan benar. Lalu pendukung pluralisme agama menganggap semua agama adalah sama benarnya.
  • MAKSUD liberal dari sudut istilah membawa makna bebas atau pembebasan. Faham ini berkembang di Barat di Abad Pertengahan dan membawa pertentangan antara agama dan negara.
  • APA yang berlaku di Perancis, Sweden, Amerika Syarikat dan banyak negara terhadap Islam adalah gambaran Islamophobia yang semakin merebak. Kebebasan yang mereka tampilkan memberi fokus mengenai kebangkitan Islam. Kalau Islam itu tidak ada apa-apa tidak mungkin phobia (kegentaran) itu terjadi.
  • ISTILAH sekular berasal daripada bahasa Latin saeculum yang membawa makna kekinian atau duniawi. Faktor agama tidak menjadi suatu faktor yang relevan. Sekularsime menjadi suatu fahaman yang menyebabkan agama terpinggir dan faktor duniawi semata-mata terserlah.
  • ISLAM sebagai suatu agama perlu difahami seadanya. Ia terbina dengan suatu sistem kepercayaan dan mengaturkan suatu cara hidup. Sebagai suatu sistem kepercayaan ia tidak sempurna melainkan keindahan Islam itu terlihat dalam amal dan contoh.
  • KEKACAUAN dan kecelaruan umat manusia untuk mencari pegangan dan pedoman yang sahih ke arah hidup yang lebih bermakna merupakan fenomena biasa di mana-mana. Ada manusia berpendapat dengan kekuatan ilmu yang terbatas dan sains serta teknologi tanpa dipandu oleh etika dan agama sudah memadai untuk hidup.
  • SEBAHAGIAN masyarakat Barat beranggapan bahawa sains dan teknologi itulah agama. Bagi mereka sains dan teknologi banyak memberi manfaat kepada manusia, bukannya agama dalam maksud yang luas.
  • Fikrah Islami dibentuk oleh tasawur (pandangan semesta) yang mempunyai asas falsafah dan pemikiran yang memandu manusia dalam mengambil sikap dan melakukan tindakan. Dalam tradisi Islam, fikrah Islami ini penting supaya asas berfikir berlandaskan Quran dan Sunnah terbina.
  • ADA tanggapan mengatakan menjadi Islam menyebabkan pemeluknya mundur. Orang Melayu yang sering terkebelakang dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan disebabkan mereka menganut agama Islam. Tanggapan itu pada hakikatnya adalah suatu salah faham.
  • SURAH al Imran ayat 110 menyatakan umat Islam adalah yang terbaik dengan syarat melakukan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH. Khayra ummah adalah umat contoh dan menjadi sumber ikutan kepada umat manusia.
  • SERING dikatakan dalam media dan kenyataan golongan mualaf, masuk Islam tidak semestinya masuk Melayu. Bangsa ialah kejadian ALLAH dan Islam adalah agama ALLAH. Antara bangsa dan agama ada titik persamaan dan ada titik perbezaan yang menuntut berlakunya proses litaarrafu atau kekenalan (Surah Al-Hujurat: 13).
  • ISLAMOFOBIA adalah suatu gambaran kegentaran atau ketakutan terhadap Islam yang sedang berlaku di Barat, malah di dunia. Kebangkitan Islam yang sedang berlaku kini dilihat sebagai suatu ancaman kerana ia tidak selari dengan pendekatan pascamodenisme yang mereka anjurkan.
  • LABEL-LABEL seperti fundamentalis, ekstremis dan teroris sering dikaitkan dengan Islam. Islam sebagai suatu agama tidak mengajar pengikutnya sedemikian.
  • ISLAM sebagai suatu sistem kepercayaan dan cara hidup mendukung asas-asas yang fundamental. Hal-hal yang terkandung dalam Rukun Iman dan Rukun Islam adalah perkara yang fundamental.
  • TASAWUR (pandangan semesta/ world-view) Islam adalah amat penting sebagai cerminan wajah Islam itu sendiri. Islam agama yang menyeluruh sifatnya. Tidak saja aspek rohaniah menjadi keutamaan, tetapi aspek amaliah juga menjadi tuntutan.
  • ISLAM adalah agama yang mendukung ciri-ciri kesejagatan. Ia bukan monopoli bangsa Arab atau bangsa-bangsa tertentu. Risalah alamiahnya (rahmatan lil ‘alamin) menjadi asas penting bagi seluruh umat.
  • ISLAM adalah sistem kepercayaan (system of belief) dan cara hidup (way of life) yang sempurna. Ia tidak saja mengaturkan kehidupan diri yang terhubung dengan Pencipta iaitu ALLAH, manifestasi hubungan dengan ALLAH menjadi asas hubungan dengan manusia dan sistem.
  • PENDEKATAN berimbang atau lazim disebut sederhana atau wasastiyyah terungkap dalam al-Quran (Al Baqarah: 143) merupakan suatu pendekatan atau uslub yang memberi jalur lebih sesuai untuk pengembangan Islam.
  • MENJADI Islam sebenar tidak saja sifatnya batini tetapi juga zahiri. Islam bukan sekadar suatu agama yang diyakini tetapi agama yang diamalkan. Keindahan Islam tidak saja dilihat pada kebenaran ajarannya tetapi kebaikan pekerti penganutnya.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf