• ‘ROK’ bererti semak-samun yang terjadi daripada pohon-pohon renek yang tumbuh liar, sama ada tersendiri atau bersambung dengan hutan. Di sini kita jadikan rok dan hutan sebagai satu ibarat.
  • "Tiada kata secantik bahasa. Akibat angkara murka, aku tersiksa". Itulah dua baris madah dari lirik lagu "Bahasa Cinta" dan "Dari Masa Hingga Masa", masing-masing daripada filem Anakku Sazali dan Panca Delima, ciptaan dan nyanyian P Ramlee.
  • DALAM Surah Ya Sin terdapat analogi berkenaan keagungan ALLAH, kehidupan, maya dan seluruh alam sebagai pegangan mulia yang tidak terhingga.
  • CERITA berikut tidak pernah disahkan ketulenannya tetapi ia sangat menarik dan mungkin benar-benar berlaku. Kediaman menteri besar ini mengalami kekeringan air. Jadi pembaiki bekalan air datang membuat pembetulan. Akhirnya mereka dapati tangki air tersumbat.
  • BERIKUT ialah serangkap lirik sebuah lagu yang tajam perlambangannya: Hasan budak jaga lembu; Hari-hari curi jambu; Kalau nampak Tok Penghulu; Tentu dia kena palu. Ia stanza lagu 'Hasan dan Hasnah' dalam filem 'Air Mata'...
  • ‘YAKJUJ-MAKJUJ’ menurut Kamus Dewan bererti ‘dua suku bangsa yang dipercayai akan membinasakan dunia apabila hampir kiamat’. Untuk maksud ruangan ini, saya suka mengambil pengertian yang biasa saya dengar sejak kecil-kecil lagi.
  • TINDAKAN sinis sembilan ahli Lembaga Pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar, meletak jawatan ramai-ramai ditampar segera oleh PM Tun Mahathir dengan menerimanya serta-merta.
  • TAJUK di atas bukan menjajarkan soal keagaman dengan gelagat goblok seorang pemain bola utama dunia dari Brazil. Ia semata-mata menunjukkan bahawa ruangan ini kali ini memperkatakan dua tajuk menarik.
  • MASIH ada lagi orang yang percaya dunia ini rata dan bukan bulat. Apabila manusia mendarat di bulan 50 tahun dulu, ramai yang tidak percaya, paling baik mereka hanya berkata ‘harus’.
  • JIKA peta dunia dibentangkan dan semua tempat yang bermasalah dibubuh asap berkepul, maka seluruh peta itu berasap. Dari UK ke Rusia; dari Afrika Selatan ke Tunisia; dari Venezuela ke AS; dari Yaman ke Turki; dari Pakistan ke Korea, dan lain-lain lagi.
  • BERITA-BERITA gadang DS Najib dan isterinya DS Rosmah di media, termasuk di akhbar ini, mengingatkan saya kepada perumpamaan-perumpamaan berikut: 1. Orang berak di tepi jalan tak akan mengaku. 2. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin...
  • TUN RAZAK sentiasa berada di luaran kota untuk membangunkan desa sejajar dengan kota. Tun Dr Mahathir bertumpu kepada teknologi tinggi, sesuai dengan suku terakhir abad ke-20. Datuk Sri Najib cuba menuruti dunia pertama mengemaskinikan pengangkutan.
  • KENAPA yang terkukuh dan yang terbaik terdapat dalam bani Israel yang kini dikenali sebagai Yahudi? Jawapannya tidak sukar didapati terutama apabila mengenangkan segala-galanya bermula daripada Allahuakbar.
  • Saya memperkatakan beberapa topik berdenting kali ini, seperti berikut...
  • SATU trilion berangka begini: 1,000,000,000,000. Angka satu diikuti 12 sifar. Itulah hutang negara yang tercinta ini. Rakyat Malaysia berjumlah 33,000,000 (tiga puluh tiga juta orang). Ini bererti tiap-tiap seorang menanggung RM33,303 (tiga puluh tiga ribu tiga ratus tiga ringgit).
  • AMAT menyinarkan imaginasi saya apabila Pele dalam usia 17 tahun dimahkotakan sebagai pemain terbaik dunia selepas menolong Brazil menjuarai Piala Dunia 1958 di Sweden. Kenapa begitu? Saya setahun lebih muda daripadanya sedang ghairah bermain bola untuk mendapat tempat dalam pasukan bola Sekolah Sultan Abu Bakar. Kuantan.
  • KITA di sini menggunakan imej untuk memberikan makna kepada dua patah perkataan penting: integrasi dan perpaduan. Pertama, kita bayangkan lidi-lidi kelapa diikat erat dengan tali guni di satu hujung untuk dijadikan penyapu demi maksud penyapuan dan pembersihan. Itulah integrasi lidi-lidi untuk mencapai satu tujuan...
  • RAKYAT Malaysia rata-rata berada dalam keadaan tegang apabila pelantikan Tun Dr Mahathir tertangguh begitu lama. Sesudah semua ahli Parlimen Pakatan Harapan dan penyokong-penyokong lain mengangkat sumpah bertauliah bersetuju sebulat suara, masih lagi timbul kebimbangan pelantikan itu tidak berlaku.
  • DATUK Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan keluar daripada tahanan pada satu tarikh di pertengahan Jun nanti. Ini bererti lebih kurang sebulan setelah PRU14 diadakan dan selepas sebuah kerajaan baharu ditubuhkan, baik BN mahupun Pakatan Harapan (Harapan).
  • TIGA orang tokoh dari parti Amanah baru-baru ini telah membuat kenyataan kritis di Parlimen terhadap Perdana Menteri DS Najib kerana Najib dikatakan mengeluarkan kata-kata yang bermaksud ‘jika BN tidak menang dalam PR nanti, tidak ada parti yang menang.’
  • DULU-DULU lagi sudah kerap didengar dari mulut ke mulut dan di muka akhbar kisah Pak Mat berparang dengan Pak Man kerana bersengketa akibat batas padi mereka berubah.
  • ‘KATAK di bawah tempurung’ ialah perumpamaan yang tidak perlu diolah. Semua orang faham. Orang bebal lagi bebal. Sempit lagi sempit. Tidak tahu lebih jauh daripada hujung hidungnya. Sebaliknya, mereka yang di luar tempurung mempunyai pengetahuan yang luas, baik akhirat mahupun duniawi.
  • MAYAT mendiang Presiden Marcos yang dipelalikan terlentang dalam peti kaca di suatu tempat di Filipina. Beliau seperti tidur nyenyak, genap berpakaian seragam. Rambutnya lebih lebat dan lebih hitam...
  • ‘MUSANG Berbulu Ayam’ ialah ungkapan yang bukan berasal dari lidah Melayu tetapi ia dicetuskan oleh perumpamaan Inggeris: the wolf in the sheespskin atau ‘serigala berbulu biri-biri’.
  • DI MANA-MANA saja terutama di Barat, politician sering saja menjadi bahan gurau-gurauan dalam kehidupan harian dan program TV. Menggunakan sindiran dan perli, mereka mengatakan politician itu...
  • JIKA parlimen di Westminster, London, dipanggil induk segala parlimen, maka pasti ia banyak yang boleh dicontohi dunia. Di Malaysia sistem pentadbiran British atau UK dilaksanakan dari peringkat daerah ke Putrajaya. Amalan demokrasi ala UK terpancar di situ...
  • "TAKKAN Melayu hilang di dunia" ialah kata-kata Hang Tuah yang saya dengar sejak di sekolah rendah lagi. Hebat. Jika benar Hang Tuah wujud, kata-kata itu mungkin dilafazkan dalam abad ke-15 atau awal abad ke-16...
  • MENINGGALKAN terowong di genting Selangor-Pahang di kaki Genting Highlands, serta-merta melintasi Bukit Tinggi, sebuah kawasan yang agak rata.
  • PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap di sana sini akhir-akhir ini bahawa ia akan hapuskan Iran jika negara Islam itu dibiarkan terus mengembangkan tenaga atomnya.
  • ORANG yang berminat tentang sejarah Tanah Melayu tentu tahu atau sekurang-kurangnya maklum bahawa Perjanjian Pangkor merupakan satu-satunya peristiwa besar yang membawa British secara besar-besaran ke negeri-negeri Melayu.
  • DEMAM pilihan raya umum (PRU) bertambah panas. Paling lewat PRU14 mesti diadakan pada 24 Ogos 2018 menurut hakikat yang termaklum. Hakikatnya ialah PRU13 diadakan pada 5 Mei 2013. Sidang Parlimen pertama selepas itu ialah 24 Jun 2013.
  • MEMANGLAH, tajuk di atas dipadankan daripada rima Tiada Kata Secantik Bahasa, lagu ciptaan dan nyanyian P Ramlee dengan lirik gubahan Jamil Sulong.
  • TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika menghadap Raja Thai.
  • TIGA akhbar yang rapat dengan hati saya begitu lama ialah Utusan Malaysia (UM), New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH) yang terangkum dalam apa yang disebut sebagai media arus utama di Malaysia.
  • BALU berusia 60 tahun ini berasal dari Kuala Lumpur, tetapi sejak 30 tahun dulu telah menetap di Pekan, Pahang. Ini adalah panggilan tugas arwah suaminya yang bekerja dengan Risda.
  • "FELDA mesti tegap dan teguh. Kalau semata-mata ubah mengubah seperti tuntutan Yang Berhormat, maka Felda pastinya tidak tegap dan teguh", jawab saya di Dewan Rakyat kepada Hu Sepang, seorang MP DAP dari Negeri Sembilan. Itu berlaku pada tahun 1989.
  • SUKAR untuk membawa 100,000 orang ke Stadium Nasional atau 70,000 orang ke Stadium Shah Alam melainkan untuk menonton sukan, khususnya bola sepak, permainan paling popular di Malaysia. Di stadium tertutup Malawati dan Bukit Jalil atau Stadium Negara jika masih digunakan, hanya badminton yang boleh menarik lebih 10,000 orang ke situ.
  • DALAM kehidupan kampung, terdapat apa yang dipanggil perang mulut. Serang menyerang dengan kata-kata kasar dan maki-hamun. Ia sering berlaku dalam kalangan jiran tetangga.
  • DALAM seminggu yang lalu, kita telah melalui dua perkembangan yang menyayat hati dan mendebarkan. Pertama, pengumuman Presiden Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel.
  • WHATSAPP, Facebook, Instagram dan Twitter adalah antara media sosial yang paling popular. Ciri-cirinya yang utama ialah ramai orang boleh berkomunikasi dan ramai pula yang boleh menjawab pada satu masa. Ia berbeza dari ‘media industrial’, iaitu akhbar dan majalah berkertas; radio dan TV.
  • MACBETH ialah drama pentas karya William Shakespeare paling menarik. Justeru, ia salah sebuah drama kerap dipentaskan di seluruh dunia.
  • DI negara-negara maju, sukan adalah sesuatu yang penting biarpun di peringkat pemimpin negara dan kerajaan. Sesiapa yang menawarkan diri untuk dipilih dalam pilihan raya, prestasinya dalam mana-mana sukan di sekolah, maktab dan universiti diambil kira.
  • RAJA Arab Saudi dikenali juga sebagai penjaga Tanah Suci Makkah dan Madinah. Pada tahun 1979, satu kumpulan Muslim Saudi telah merampas Masjid Haram di Makkah kerana tidak bersetuju dengan pemerintahan Raja Arab Saudi. Antara sebab yang dikemukakan ialah kelemahan Arab Saudi tidak melaksanakan pemerintahan dan amalan Islam yang sewajarnya.
  • DUA badan yang sangat mengerikan di AS kini ialah Jabatan Keadilan atau DOJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan atau FBI.
  • DI SINI, lazimnya sebutan ‘bola’ bererti ‘football’ dalam bahasa Inggeris tetapi pemberita sukan menterjemahkannya semula kepada ‘bola sepak’. Baik apa pun, permainan bola merupakan sukan paling popular di dunia.
  • BARU-BARU ini Presiden Singapura, Halimah Yacob menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam satu majlis negara. Jarang sekali seorang ketua kerajaan (KK) bertutur begitu kepada ketua negara (KN).
  • SEBUTAN Kuala Lumpur berbunyi menarik, sedangkan KL berbunyi glamor apabila di sebut di Boston, AS; Buenos Aires, Argentina; Moscow, Rusia; London, UK dan Istanbul, Turki. Satu ketika apabila menaiki keretapi Metro di Boston AS, saya berbual dengan seorang siswa Universiti Harvard dari Bangladesh. Beliau tersenyum kagum mengenangkan banyak nama kota Malaysia dipendekkan: KL, PJ, PD, KT, KB, JB, KK dan lain-lain lagi.
  • KINI dunia bertumpu kepada AS atas sebab-sebab yang tidak betul. Sejak beberapa bulan dulu ia dilanda ribut taufan yang maha dahsyat.
  • ANDAINYA Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara (KU) berperang nuklear, apa jadi pada kita?
  • DI sana sini orang memakai istilah ‘nilai’. Ahli politik, ahli agama, ahli sukan malah pembohong dan pencuri pun suka menggunakan istilah ini untuk maksud berbunyi baik dan mencari kebenaran.
  • BUKAN sekarang saja Arab Saudi menunjukkan tanda bahawa ia sudah kekurangan wang apabila meminjam 10 bilion dolar dari IMF (Tabung Wang Antarabangsa) di AS.
  • WASHINGTON ialah nama orang, kota, istilah, kalimat dan simpulan bahasa. Ia boleh diertikan satu persatu atau dirangkumkan semua sekali dengan penuh ragam pengertian dan maksud.
  • DUA isu diperkatakan dalam ruangan ini. Pertama, Memali. Kedua, Bank Negara. Peristiwa berdarah Memali berlaku 32 tahun dulu, sedangkan penyangakan wang Bank Negara, 20 tahun dulu.
  • TIMBUL rasa seriau yang amat sangat apabila mengetahui seseorang yang sudah beru-sia 80 tahun dituduh melakukan penghinaan terhadap Islam.
  • TAJUK gadang muka depan akhbar ini pada Khamis 3 Ogos lalu memekik: TANGKAP JHO LOW! Di dalamnya, seorang profesor ekonomi melahirkan kehampaannya terhadap kemungkinan hancurnya integriti negara dalam hal urusan kewangan dengan negara-negara lain seantero dunia.
  • RAHIM Kajai ialah tokoh wartawan Melayu yang era kemuncaknya sebelum Perang Dunia Kedua. Saya tidak sempat mengenalinya tetapi saya kenal rapat anaknya, Salim Kajai, yang jawatan terakhirnya ialah Pengarang Berita Harian sejak pertengahan tahun 1970-an. Salah satu rencana pengarang Rahim Kajai yang meletup bertajuk Apa Salahnya Riadah Perempuan?
  • CERITA buruk tentang penyangakan wang di Bank Negara kira-kira 20 tahun dulu timbul semula apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyiasatnya.
  • SAYA menerima WhatsApp yang menghina Islam dan orang Islam. Segala tindakan dan kejadian buruk yang dilakukan Muslim sejak dulu hingga sekarang, dari timur dunia ke barat dunia, dikutip dan dirangkaikan satu.
  • “JUARA kampung! Hoi, juara kampung!” Itulah pekikan penyokong Indonesia terhadap Rashid Sidek di Stadium Negara sekitar tahun 1990-an. Ketika itu, Rashid ialah pemain badminton terkemuka dunia.
  • MO1 itu ialah Datuk Seri Najib, kata Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Tidak perlu berlindung lagi, katanya. Sejak itu Rahman agak kurang bercakap tentang 1MDB, kalaupun tidak menyentuh perkara itu langsung.
  • DI mana-mana saja dalam dunia kini, punca masalah ialah wang. Trump hendakkan AS terus menjadi nombor satu kerana wang.
  • KITA berada dalam keadaan ekonomi duaan atau dwiekonomi apabila merdeka tetapi setelah merdeka 60 tahun kita masih tidak dapat menguakkan dwiekonomi itu.
  • MALAYSIA kini di bibir MAS, singkatan Monetary Authority of Singapore, bank negara Singapura. Menurut sebuah akhbar Malaysia berbahasa Inggeris yang berkongsi pelana dengan akhbar New York Times...
  • ABAD 21 bermula dengan ranapnya Iraq, diikuti oleh Libya. Jelas sekali keranapan itu diakibatkan oleh AS. Sebagai kuasa nombor satu dunia, AS melakukannya tanpa menerima libasan ekor pari. Tidak ada siapa yang berani menyanggahnya.
  • SEJAK dulu, banyak yang bermula di Barat berlaku di Timur. Begitulah halnya dengan banyak ciptaan dan jumpaan baharu. Penjajahan pun begitu juga. Kita sering menepis, tetapi tidak tertepis. Di sini, semangat ketulenan Melayu dan Kemelayuan membuat apa saja asas agar kemurnian Melayu dan Kemelayuan itu kekal; namun segala itu sukar dipenuhi. Ini kerana proses globalisasi terus menyusup dan bergerak ke hadapan.
  • DIA meninggal dunia apabila motosikal yang ditungganginya laju-laju terbabas dalam hujan renyai-renyai dan melanggar pokok di tepi jalan berhadapan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, majikannya.
  • RAKYAT hanya berpeluang menjadi raja dalam pilihan raya. Undinya menjadi kuasa penentu. Baik suka atau tidak, pilihan raya akan datang harus berlaku sebelum Ogos 2018. Untuk menggunakan kuasa sebaik-baiknya, rakyat perlu mempunyai maklumat atau informasi atau info yang tepat.
  • "DIA Inggeris nak jadi Melayu; dia juga Melayu nak jadi Inggeris.” Itulah kata-kata sindiran di kalangan Inggeris yang ditujukan kepada Hugh Clifford sebelum beliau ditukarkan dari Tanah Melayu pada 1904. Frank Swettenham pula mengatakan bahawa orang Melayu boleh diyakini; amanah menjalankan tugas; tertib dan berbudi bahasa; melainkan mereka boleh mengamuk jika maruah mereka tercemar. Katanya, hanya Melayu yang boleh mengamuk, dipanggil ‘run amok’ dalam bahasa Inggeris.
  • PERKATAAN-PERKATAAN daripada bahasa lain antaranya buku, lampu, botol, sekolah, sah, wajib dan beribu patah lagi menjadi sebati dengan kita. Dalam bahasa Indonesia, perkataan sukses, provinsi, 'rekoning' dan seterusnya dipakai. Sering pula, disebabkan ketidakcekapan, perkataan seperti diesel, yang dimaksudkan sejenis minyak bahan pembakar, dipanggil solar, yang sepatutnya bererti tenaga dari matahari.
  • DUA orang adik-beradik Thaksin di Thailand mengalami nasib yang amat teruk setelah menjadi Perdana Menteri (PM). Si abang sedang dikejar pemerintah negara itu; dan beliau terpaksa lari dari sebuah negara ke negara lain.
  • NO COMMENT ialah dua patah perkataan Inggeris yang selalu dimuatkan dalam ruangan ‘soal jawab’ dalam majalah Bintang apabila seseorang bintang filem, termasuk P Ramlee, mendapati jika dijawab ’ya’ salah, dijawab ‘tidak’ pun salah.
  • TAJUK di atas ialah variasi From Russia With Love, filem kedua dalam siri James Bond yang dibuat dalam tahun 1963, lakonan Sean Connery selaku pendukung watak James Bond asal. Berlainan dengan kisah cinta itu, tulisan ini bertumpu kepada perihal permainan bola (tidak perlu disebut ‘bola sepak’), sukan paling popular seantero dunia. Piala Dunia akan diadakan di Rusia pada 2018.
  • SEORANG yang mengaku dirinya Datuk Abdul Rahman Mohd Nor secara terang-terang menegaskan bahawa beliau akan melawan PM DS Najib Razak dalam PRU akan datang di Pekan, Pahang.
  • TAJUK tulisan ini sebenarnya datang daripada ungkapan ‘hari mana bulan mana’ yang gemar digunakan oleh sasterawan dan pemantun suatu ketika dulu. Ari ialah Menteri DS Nazri Aziz, dan Det, seperti yang diketahui ramai, ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • KEKEJAMAN Kim Jong-un di Korea Utara mengingatkan kita kepada King Henry Vlll di England. Juga kepada pelbagai ketua negara dengan pelbagai gelaran dalam sejarah. Semasa dan selepas Perang Dunia Kedua, diktator-diktator di Amerika Selatan, seperti Argentina dan Brazil, menjelang ke minda kita.
  • SUATU ketika dulu saya pernah memperkatakan tentang penjualan ubat di radio di mana orang yang membuat promosi bercakap seperti seorang doktor pakar, tahu sangat inti-inti ubat yang dijualkan.
  • TIDAK berapa lama lagi pilihan raya akan diadakan. Itulah rata-rata diperkatakan orang. Ia adalah satu ramalan yang realistik. Menurut undang-undang, pilihan raya mesti diadakan paling lewat pada Ogos 2018, lima tahun tiga bulan selepas pilihan raya 2013.
  • ‘JUJ Makjuj’ (Yakjuj & Makjuj) dan ‘Firaun’ dianggap sebagai sesuatu yang hodoh dan zalim. Mustahil hendak dibayangkan rupa dan wajah masing-masing. Itulah kesan yang tinggal dalam kalangan orang kampung pada zaman dulu. Bila merujuk kepada budak yang tidak terkawal perangainya dan mengganggu ketenteraman orang lain, dia dipanggil ‘jahat macam Firaun’. Apabila ada orang yang suka bertindak kurang siuman, hodoh dan menakutkan, dia diumpamakan sebagai ‘Juj Makjuj’.
  • “PELAJAR menengah yang lemah pun lebih tahu," kata Presiden Donald Trump ketika membuat reaksi kepada keputusan hakim yang mengetepikan arahannya: menahan kemasukan Muslim dari beberapa buah negara Islam ke AS. Kononnya arahan itu dibuat demi keamanan negara. Kata-kata begitu jika diperpanjang kepada maksud-maksud lain akan mencakup pelbagai hal, termasuk hal-hal yang berlaku dalam negara kita, Malaysia.
  • TAJUK di atas – Makang ikang sambil berjalang – seolah-olah dirujukkan kepada lidah orang Terengganu, tetapi ia bermaksud untuk menunjukkan bahawa lidah orang Bugis di Makasar, Sulawesi, adalah sama dengan lidah orang Terengganu pada sebutan yang berakhir dengan ‘n’.
  • MAKLUMAT atau info adalah amat penting bagi sesebuah demokrasi. Presiden Obama dalam ucapan selamat tinggalnya sebagai presiden AS baru-baru ini menegaskan bahawa negara yang mempunyai rakyat yang kekurangan maklumat bukanlah sebuah negara yang baik dan utuh.
  • KEPALA arwah ayah saya nyaris-nyaris dipancung akibat memandu dalam hujan lebat musim tengkujuh pada tahun 1942 pada zaman Jepun. Beliau yang memandu di jalan berlopak-lopak telah memercik kuyup askar Jepun di tepi jalan.
  • BAKAL menteri AS (dipanggil Setiausaha) di bawah pentadbiran Donald Trump yang bermula pada 20 Januari nanti, kini sedang disoal jawab oleh Senator-Senator sebelum disahkan dalam jawatan masing-masing. Ini bererti bukan semestinya mereka akan diterima memegang jawatan.
  • JELAS sekali kalimah ‘Insya-ALLAH’ atau ‘dengan izin ALLAH’ amat sebati dengan lidah orang Islam malah terdapat juga orang bukan Islam memakainya. Ini kerana dalam kehidupan hari-hari mereka selalu mendengar kalimah itu dipakai oleh kawan-kawan Islam dalam banyak senario hidup.
  • FILEM atau video dipanggil juga imej bergerak. Agak lama juga Panggung Negara UK di tebing Sungai Thames, London, memakai ‘imej bergerak’ untuk maksud filem dan video.
  • USTAZ sudah menjadi satu institusi. Orang yang dirujukkan sebagai ustaz adalah mereka daripada pelbagai latar belakang, semuanya positif.
  • "SEMUANYA kerana minyak," kata seorang wanita Iran kepada isteri saya beberapa tahun dulu di lobi sebuah hotel di Tehran. Beliau berkelubung liku, kain berwarna hitam. Hanya mukanya yang nampak. Penggunaan bahasa Inggerisnya adalah baik.
  • SURAT yang membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir ke majlis naik takhta YDP Agong dan Timbalan baginda pada 13 Disember, 2016 (lusa) adalah luar biasa, kalaupun tidak pernah berlaku. Penanda-tangan surat itu ialah Syed Danial, pemegang mohor besar Raja-Raja.
  • “ENGLAND tiada kawan dan musuh yang kekal. Apa yang kekal ialah kepentingan bersama,” kata seorang negarawan ketika England sedang membesarkan empayarnya untuk menjadi kuasa nombor satu dunia. Ternyata dalam proses pembesaran itu Tanah Melayu yang dipanggil Malaya, terangkum sama. Ungkapan politik itu disuarakan sewaktu England (atau UK atau Britain) rancak mengaup dan 'mengehek' beberapa buah negara di Afrika dan bumi Arab.
  • SAYA berkunjung ke Mesir 12 tahun dulu. Presiden Mubarak masih tegak berkuasa. Tanda keadaan tegang terasa meluas. Jalan di sebelah istananya menampakkan kehadiran tentera seolah-olah garuda akan menyerang.
  • PERINGATAN supaya undang-undang tidak dilanggar selalu terdengar. Begitu juga seruan agar undang-undang diikuti.
  • MENGIKUTI kempen dan debat dalam persaingan untuk menjadi presiden AS antara Donald Trump dan Hillary Clinton meyakinkan saya bahawa segala kesilapan kecil dan besar, lama dan baharu, menjadi perhitungan. Hakikat ini bukan baharu. Ada presiden dan naib presiden terlucut jawatan. Pada tahun 1972, seorang calon presiden, Senator Eagleton, terencat dan terhapus peluangnya apabila rahsia beliau mendapat nasihat seorang pakar psikologi terdedah.
  • AKHBAR memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan negara ini. Berita-berita dan rencana-rencana menjurus ke arah membakar semangat kemerdekaan. Indonesia dan Sukarno bagaikan pengilham. Banyak rumah yang mengeratkan gambar keluarga Sukarno dan dibingkaikan di ruang kerusi meja atau sekurang-kurangnya ditampalkan di dinding.
  • KERETA kelihatan berasak-asak di mana-mana saja di Malaysia. Disebabkan banyaknya kereta di jalan, saya sering mengambil masa antara 40 minit hingga sejam untuk tiba dari tengah kota Kuala Lumpur (KL) ke tempat tinggal saya kini, Kota Damansara.
  • Saya pernah menghadapi soal jawab dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di sebuah kamar di Parlimen. Seorang MP ahli PAC, tiba-tiba mengemukakan satu soalan. Nyata sekali soalan itu dibuat sesudah beliau membuat kesimpulan. Itu kesalahan pertama. Beliau patut tunggu dulu. Kesalahan kedua, beliau meninggalkan mesyuarat sebelum saya menjawab soalannya.
  • KINI heboh sekali orang mencemuh perbuatan rasuah apabila dua orang staf Jabatan Air di Sabah ditangkap SPRM. Bukan kecil jumlah yang terlibat: lebih seratus juta ringgit nilainya apabila dicampurkan wang tunai, kereta-kereta mewah dan barang-barang kemas.
  • ‘AGONG ADA KUASA SINGKIR PM’, laung muka depan akhbar ini dua hari lepas, 30 September. Sehari sebelumnya, Tengku Razaleigh mencemik: ‘MASUK POLITIK MAHU KAYA’, juga terpampang di muka depan.
  • MEDIA Malaysia kurang atau tidak bebas. Itulah kesimpulan forum tentang kebebasan media yang dianjurkan oleh akhbar ini beberapa hari lepas. Kesimpulan ini memang diduga. Jika dalam pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Hussein Onn yang dirasakan mengharung ketika-ketika yang baik dalam kebebasan akhbar – pun dicap terkongkong – ini pula dalam keadaan yang nyata tertekan.
  • SAYA ingat-ingat lupa, tetapi klip video yang ditunjukkan beberapa kali di TV jelas menunjukkan Hassan Sani dan James Wong mempamerkan persefahaman cemerlang sebelum menyumbat gol Korea Selatan.
  • PM Datuk Seri Najib dikejar wartawan di London dan dihujani pelbagai soalan berkenaan 1MDB. Rakyat Malaysia yang wajar tentulah rasa tersinggung melihat adegan begitu. Kenapa PM kita diburui begitu rupa.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf