• BOLEH gelar apa sahaja – perompak, pencuri, penyamun – makhluk spesies ini tetap dengan muka toya lagi amat meluat itu.
  • MALAYSIA Baharu: Di Mana Melayu? Itu tajuk Wacana Sinar dua hari lalu, dibincangkan oleh panel yang mewakili PH, Umno dan Abim.Tidak ada kepastian di mana suku-sakat Hang Tuah itu dalam pentadbiran kerajaan baharu sekarang. Tetapi pada akhir sesi dua jam itu semua sepakat dan bersetuju bahawa “Melayu mesti berubah.”
  • MEMANG ada sesetengah hal yang orang kita terlalu sensitif. Sekiranya tersasul sebut, atau tersilap tulis dalam media sosial, kita boleh disaman.
  • ALAM persekolahan @ pendidikan sepatutnya menyeronokkan, bukan membebankan, kata Dr Maszlee Malik. Setuju betul saya dengan Menteri Pendidikan itu. Bercakap menerusi pengalaman. sebenarnya keseronokan itulah yang saya rasakan sejak hari pertama masuk sekolah, kira-kira 50 tahun lalu.
  • YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammd V menceriakan Dewan Rakyat pagi Selasa, dua hari lalu. Sebelum duduk baginda bertitah: “Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sila duduk, dan jangan lari!” seluruh Dewan ketawa dengan gurauan diraja itu.
  • BERAPA nilai harta yang anda miliki? RM1 juta? RM10 juta? Atau, RM1 bilion?
  • ADA dua nama yang menjadi sebutan dan ingatan ramai sehari dua ini. Keduanya juga menjadi buruan. Bukan mantan PM, Datuk Seri Najib Razak, tidak juga mantan TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi Syed Saddiq, dan Jamal Yunos.
  • SAYA tidak kisah sekiranya ada mana-mana kenyataan kerajaan – rasmi atau tidak rasmi – dibuat tidak menggunakan bahasa Melayu.
  • SUASANA Syawal di kampung saya tidak seperti dulu-dulu lagi. Tahun ini pertama kali saya beraya tanpa abah. Dia meninggalkan kami enam bulan lalu.
  • SECARA kebetulan dalam tempoh sebulan, kita menyambut dua raya besar. Mula-mula pilihan raya pada 9 Mei lalu. Dan esok tiba pula hari raya. Kedua-dua raya ini dari segi konsep, semangat dan dan matlamatnya memang berbeza; yang satu lawan-lawan, yang satu lagi kawan-kawan.
  • GENAP sebulan setelah tersungkur teruk pada PRU14, Umno tidak sepatutnya terus meroyan dan menangis sambil hantuk-hantuk kepala ke dinding.
  • HUJUNG minggu lalu saya balik kampung, dan singgah di sebuah kedai elektrik di pekan Bukit Gambir. Seorang suri rumah gembira apabila diberitahu peti sejuk yang dia berkenan ditawarkan pada harga RM1,100. Itu harga tanpa GST. Kegembiraan di wajah wanita itu adalah salah satu dari sekian banyak keceriaan orang ramai di pekan tersebut sebaik kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.
  • SUDAH masuk minggu kedua berpuasa, saya baru sekali menghadiri majlis iftar atas undangan, iaitu dari Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamed.
  • SEGALANYA sudah jelas tertulis di atas dinding untuk beberapa ketika, tetapi Umno langsung tidak mempedulikannya. Akhirnya pada 9 Mei, parti terbesar orang Melayu itu jatuh merudum, tercungap-cungap bagai ikan hilang nafas.
  • SEKIRANYA kehadiran pada ceramah dijadikan ukuran, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti yang diwakilinya kelihatan menang mudah pada pilihan raya 9 Mei ini. Sejak sebelum pembubaran Parlimen – sebenarnya sejak setahun dua kebelakangan ini – ceramah bekas perdana menteri itu, sentiasa mendapat sambutan hangat daripada hadirin.
  • BAGI pemimpin tidak kira parti apa ada macam-macam sumpah dan ikrar untuk menyatakan kecintaan terhadap parti: Setia bersama parti. Hidup dan mati hanya untuk parti. Rela berkorban apa sahaja demi parti, macam-macam lagi.
  • KATA yang bijak pandai, kalaulah jarum jam dapat diputar ke belakang, banyak peristiwa zaman lampau dapat diungkap semula.
  • AHLUL nujum tidak diperlukan lagi, teka-teki sudah terjawab. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi bagi PRU14 pada hari Rabu, 9 Mei.
  • BAGI sesetengah orang, ada masa lima tahun sekali rezeki datang bergolek-golek, dan melayang-melayang. Senang dapat duit, mudah buat untung atas angin.
  • GENAP setahun menerajui FAM, orang ramai khasnya peminat bola sepak, mengharapkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu sesuatu yang menggembirakan.
  • AL-KISAH, cakap-cakap mula kedengaran bahawa selepas PRU14 nanti cukai barangan dan perkhidmatan, atau panggilan manjanya GST, akan dihapuskan.
  • DRY run, kenapa guna istilah Inggeris? Apa, bahasa Melayu tak ada gah kah?
  • MEMANG kelakar, sekali gus mengarut! Kalau ikut cakap orang politik, macam mudah sangat untuk masuk neraka, atau masuk syurga.
  • INGATKAN saya seorang sahaja yang syok sakan, rupanya ramai lagi di luar sana yang sayangkan Neelofa!
  • SAMA seperti kempen anti-rokok, kita, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan – tidak bersungguh untuk menjayakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik.
  • MINGGU lalu saya di Padang, menyertai rombongan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menghadiri Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia.
  • WALAUPUN sudah empat dekad berpindah, bertukar kad pengenalan dan menjadi warga KL, hari ini saya hendak mengaku bahawa saya ‘orang Muo’.
  • HANYA menunggu hari! Segalanya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Bagaikan sudah hilang semua upaya untuk menyelamatkannya.
  • GARA-GARA menampar seorang wanita di sebuah perhentian bas, seorang lelaki ditahan polis untuk siasatan. Insiden yang tular itu pun segera menjadi berita dunia, apabila dimuat naik dan disebarkan menerusi portal berita Daily Mail, London.
  • WALAUPUN pantai timur dilanda banjir, berkereta ke Kuala Terengganu dua minggu lalu tidak terganggu sedikit pun. LPT2 dari KL ke destinasi, tidak dihalang air.
  • SETELAH sekian lama tidak ke Serambi Makkah, hujung minggu lalu saya ke Kota Bharu Bandar Raya Islam, untuk mengimbau semula nostalgia silam.
  • SOALAN: Agak-agak siapa yang paling diutamakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka?Anda salah jika menjawab suami, atau anak-anak. Salah juga jika ada yang menjawab isteri atau kekasih.
  • BETULLAH kata-kata Hang Tuah: “Tak kan Melayu hilang di dunia!” Andai kata pahlawan Melayu itu masih hidup, dia tentu kagum melihat bangsanya bukan sahaja terus wujud, malah sudah pandai dalam segala benda.
  • TIBA-tiba saya teringat kisah – dan kata-kata – ibu bapa dulu-dulu ketika menyerahkan anak mereka belajar, baik di sekolah agama mahu pun sekolah biasa.
  • PELAJAR -pelajar sekolah menengah itu begitu asyik memfokuskan lensa kamera untuk mendapatkan sudut terbaik fotografi. Kamera yang digunakan semua jenama terkenal.
  • MAAF cakap, saya baru tahu Fathia sehari dua ini. Rupanya ada aktres manis lagi bersantun yang menghiasi persada seni tanah air.
  • MEMANG kedengaran pelik lagi lucu. Lari dari gelanggang tinju, Mike Tyson tiba-tiba bercakap mengenai Miss World @ ratu cantik.
  • ISU larangan memakai tudung ke atas pekerja hotel timbul lagi di Parlimen, awal minggu ini. Tentu sekali ia menjadi lebih hangat sebab dibangkitkan oleh Bung Moktar.
  • DILIHAT dari sudut mana pun, tidak ada apa yang luar biasa mengenai wanita Islam bertudung. Ia tidak sedikit pun mengehadkan pergerakan, tidak juga menjejaskan keupayaan pemakainya.
  • ANDA boleh bermegah mempunyai gelaran ‘Datuk Seri’, atau boleh jadi lebih tinggi dari itu. Tetapi status itu tidak sama sekali membolehkan anda sesuka hati mengasari orang lain.
  • SATU ketika dulu – zaman baru merdeka – gadis atau wanita bermata biru adalah satu lambang status. Ketika itu orang kita memandang tinggi terhadap Inggeris, bekas penjajah.
  • ADA sebab orang keturunan Bugis berasa hati, dan marah pada Tun Dr Mahathir Mohamad. Rupa-rupanya tidak sahaja di Malaysia, kenyataan mantan PM itu merebak hingga ke luar negara – di Istanbul.
  • MASIH ingat program hiburan Akademi Fantasia (AF)? Saya agak program realiti TV yang amat popular itu mesti mengambil ilham daripada realiti hidup budak-budak darjah satu!
  • LEGA, tetapi hairan juga apabila juruwang tidak mahu menerima wang saya petang hujung minggu lalu. Katanya: “Ada orang sudah bayar apa yang pakcik makan.”
  • LOGO halal boleh dinilai secara berbeza, mengikut lokasi. Di tempat kita, sesetengah pengguna Islam sendiri macam tidak menghiraukan sangat logo tersebut. Sama ada berlogo atau tidak, mereka makan mengikut selera.
  • SETELAH ding-dong-ding-dong dan siri berbalas pantun, akhirnya pesta meneguk arak dibatalkan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017.
  • ADA dua perkara yang dilakukan abah setiap pagi. Pertama, menziarahi mak sebaik hari cerah selepas solat Subuh.
  • BAYI itu baru beberapa saat dilahirkan. Hanya sedetik menyedut udara dunia, dan belum sempat mengeluarkan suara, nyawanya direntap secara sadis. Hidupan masih merah, masih bertali pusat itu telah dibunuh dengan amat kejam. Kepalanya yang masih lembut dipijak dengan but keras lagi tebal.
  • SASARAN awal ialah 111. Syabas, team kita terlebih sasar, dengan memperoleh lebih 140 pingat emas. Tidak syak lagi, muncul juara keseluruhan pada Sukan Sea-29 di Kuala Lumpur, adalah hadiah paling bermakna untuk sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-60.
  • HANYA seminggu lagi tarikh 31 Ogos, tetapi ramai yang macam tidak kisah mengenai Hari Merdeka. Sekiranya kibaran bendera dijadikan kayu ukur, ternyata ulang tahun ke-60 ini paling muram.
  • ALKISAH, setelah 60 tahun merdeka, jangan lagi kata orang Melayu masih bodoh berniaga. Ada pun cucu-cicit Hang Tuah sudah membuktikan keupayaan berdagang pada peringkat global. Hatta, terbukti juga dalam sesetengah urusan kewangan, orang kita boleh mengalahkan bangsa-bangsa lain yang selama ini memperlekeh kita.
  • MUNGKIN tidak perlu, boleh jadi juga tidak berapa bijak. Tetapi saya tidak fikir Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan undang-undang dalam isu ‘anak lelaki Kutty’.
  • SESETENGAH orang kita memang ‘cakap tak serupa bikin’. Cakap berdegar-degar, tetapi ‘habuk pun tarak’. Mereka boleh bertegang urat sambil tumbuk-tumbuk meja di kedai kopi, tetapi tindakan mereka kosong. Contoh paling mudah ialah politik. Ada orang kita yang pagi-petang, siang-malam tidak habis-habis cakap tentang politik. Sebut sahaja politik semangat mereka terus membara.
  • SEMALAM saya makan tengah hari – di sebuah restoran Arab – dengan seorang sahabat lama yang kini menjadi Naib Canselor sebuah universiti.
  • SEKIRANYA ada duit, dan ingin membiakkan – orang dulu-dulu kata ‘memberanakkan’ – duit anda, cara paling baik ialah menerusi pelaburan.
  • DI tempat kita banyak benda tercetus mengikut musim. Jadi, sama macam durian dan manggis, perjuangan menegak dan mempertahankan bahasa Melayu pun bermusim.
  • TAHUN ini senyuman isteri melebar hingga ke telinga. Almaklumlah, sejak sebelum puasa telah diputuskan kami sekeluarga beraya di kampung halamannya, Kuala Terengganu.
  • MINGGU terakhir puasa. Setakat semalam tidak sampai 20 kad raya yang saya terima. Itu pun kira baik sedikit dari 12 yang saya dapat tahun lalu, termasuk tiga yang tiba di meja saya selepas cuti Aidilfitri.
  • ISNIN depan @ 19 Jun @ 24 puasa, semarakkan - dan merdukan! – seluruh negara dengan lirik-lirik ALLAH. Alangkah indah dan syahdunya apabila bacaan al-Quran bergema serentak di seluruh pelosok, dari Perlis hingga ke Sabah.
  • TAKDIR menentukan bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak dapat bersama orang-orang tersayang – terutama ayah dan ibu – ketika takbir Syawal bergema pagi raya nanti.
  • PUKUL 6.15 petang – kira-kira sejam lagi azan Maghrib – matahari masih membahang, dan tekak kering terasa amat dahaga setelah sepanjang hari berpuasa.
  • PETANG itu ketika minum dan bersantai bersama pengamal media, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan para penguat kuasa supaya jangan meminta ‘duit pau’.
  • MEMANG sudah terlewat tiga hari, tetapi ingin juga saya mengucapkan selamat dan terima kasih kepada lebih 435,000 orang pendidik di seluruh negara. Jasa mereka patut dihargai.
  • MEMANG satu nama yang indah, lagi kedengaran murni: Basuki Tjahaja Purnama. Jika dieja baku baru, Basuki ‘Cahaya Purnama’. Atau, boleh juga diertikan ‘sinar rembulan’.
  • APA ada pada nama? Ada rezeki, sekiranya nama itu disertai dengan jaminan kualiti. Dalam dunia yang ada sekian banyak pilihan, nama penting untuk menarik pelanggan.
  • MEMANG, siapa sahaja boleh memohon maaf atas apa juga keterlanjuran. Tetapi, hati yang tergores tidak mudah dipulihkan dengan sebaris ayat. Hatta, sejuta perkataan pun belum tentu dapat meredakan perasaan.
  • TIBA-TIBA saya teringat satu kisah menarik – dan membanggakan – zaman muda dulu-dulu. Orang lain kena tipu, saya tidak!
  • TIDAK hujan, tidak ribut, tidak fasal-fasal saya menerima satu berita baik. Ada bungkusan berisi barangan berharga kiriman Fiona Smith dari Brisbane, Australia.
  • ORANG Islam di tempat kita patut berasa terkilan. Bukan setakat terkilan, malah malu semalu-malunya. Seperti yang disedari semenjak dua menjak ini macam-macam perkara tidak berapa sedap terjadi di hadapan mata, berkait langsung dengan Islam.
  • GURU diberi hanya dua pilihan – terus menjadi pendidik, atau sokong pembangkang dan berhenti jadi cikgu. Kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, seperti yang dilaporkan Bernama:
  • TIDAK kira betul atau auta – fakta atau kelentong – orang yang berani selalu mendapat publisiti dan menjadi sebutan umum. Ambil sahaja Ibrahim Mat Zin sebagai contoh terkini.
  • ADA satu produk Malaysia yang selalu menjadi sebutan - dan topik perbualan - setiap kali saya menaiki teksi di Jakarta: Upin & Ipin.
  • AKHIR-AKHIR ini angka juta-juta selalu menjadi perhatian dan perbincangan umum di tempat kita. Sering kali pula angka juta yang disiarkan media boleh melonjakkan emo rakyat.
  • BAGI orang yang berkuasa, nampaknya mudah sangat untuk mengumpul duit dan harta, secara haram, menerusi rasuah. Hanya dengan satu nota kecil – mungkin ditulis dengan pensel – mereka boleh menjadi jutawan sekelip mata.
  • TENTU sekali saya bersimpati kepada ibu bapa yang menjelang subuh hari itu telah kehilangan anak-anak tersayang. Betapa sedihnya, sebelum maghrib masih berbual dan makan bersama, tiba-tiba...
  • BUNGKUSAN daripada seorang sahabat lama menarik perhatian saya, petang itu. Isinya ialah Jejak Seni Johan Jaaffar (JSJJ), buku terkini Tan Sri, yang membaca Kata Penghantar pun segera membangkitkan kenangan silam. Zaman kanak-kanak penulis ini banyak menyerupai apa yang saya lalui lebih setengah abad lalu. Kami sama-sama lahir dan membesar di Muar. Dia di Sungai Balang, saya di Sungai Ekor.
  • SESETENGAH orang kita, maaf cakap termasuk Melayu dan Islam, memang suka membazir makanan. Bukan sahaja suka, malah berasa megah sebab dapat dengan sengaja membuang rezeki.
  • KETUA Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad benar-benar mengotakan apa yang dikata. “Tunggu...” demikian beliau menegaskan mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas mana-mana ahli politik yang korup.
  • PERMAINAN itu namanya All Out. Jika diterjemahkan bulat-bulat dalam bahasa Melayu ertinya ‘semua keluar’. Pendek kata tiada satu pun yang perlu ditutup atau dikurung.
  • NAMPAKNYA kita hendak memerangi rasuah habis-habisan, syabas! Kalau melihat reaksi dan gelagat sehari dua ini, macam tidak ada siapa akan terlepas sekiranya terlibat dengan amalan busuk itu.
  • MENGHAMPIRI dua tahun pelaksanaannya, cukai barangan dan perkhidmatan – GST – masih mencetuskan perdebatan asas antara pemerintah dengan massa. Kerajaan kata bagus, rakyat kata tidak bagus.
  • SESETENGAH orang kita – tanpa mengira bangsa dan agama – macam fobia terhadap perkataan ‘halal’. Ada ketikanya mereka terlebih sensitif, malah boleh menjadi rasis, dengan istilah asal Arab itu.
  • KENYATAAN 1: Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, semua agensi yang terlibat dengan keselamatan jalan raya – JPJ, PDRM, Miros, JKJR, MKJR, Puspakom, bomba dan lain-lain – perlu duduk semeja untuk berbincang secara terperinci.
  • HUJAN masih mencurah ketika saya tiba di rumah, petang awal minggu. Tempias membasahi ruang meletak kereta. Lopak-lopak di halaman sudah menakung air, harap-harap tidak jadi banjir kilat.
  • PASTI ramai guru tersenyum puas. Lebih-lebih lagi mereka yang termasuk dalam kelompok yang disebut sebagai ‘duka lara’, iaitu cikgu-cikgu yang terpaksa bertahun-tahun berpisah dengan suami atau isteri sebab bertugas di lain kawasan.
  • BELUM sempat menghabiskan makanan yang dipesan, juruterbang memberitahu kita akan mendarat di Pekanbaru. Penerbangan dari KLIA2 mengambil masa hanya 45 minit.
  • INI hukum kehidupan sekarang, lebih-lebih lagi di KL. Kalau hendak harga lama, saiznya akan berubah. Kalau hendak saiz lama, harganya akan berubah. Saya bercakap mengenai roti canai.
  • DALAM keadaan semua barang naik, jangan selalu tertekan, dan jangan asyik menekan. Sesekali redakan perasaan. Sebenarnya ada banyak benda-benda baik yang boleh menenangkan fikiran. Kita cakap yang ringan-ringan dan nyaman...
  • KALAULAH air boleh menyanyi, pasti dia akan meniru artis ngetop Indonesia, Tegar, dan turut mengalunkan lirik yang sama: “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...” Memang ada beza air dulu-dulu dengan air sekarang.
  • SEKIRANYA pemilik rangkaian restoran Ninja Joe ada sedikit keprihatinan dan berfikiran waras, tentu dia tidak dengan sengaja mengaitkan nama Melayu (Islam) dengan babi.
  • KALAULAH tidak viral di media sosial, perkara ini mungkin disenyapkan begitu sahaja, dan mereka yang bertanggungjawab akan terlepas, malah boleh mengulangi kesilapan serupa.
  • BAGI yang betul-betul memerlukan, setitik air bersih adalah seribu nikmat dalam kehidupan. Tetapi bukan semua orang dikurniakan nikmat tersebut. Meski telah lama merdeka, ramai yang terus mimpikan air bersih. Tidak pasti bila mimpi itu menjadi kenyataan.
  • BAHASA Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Eekeleh! Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan? Yeenadey! Mohon maaf banyak-banyak, mungkin kedengaran sinis, tetapi saya tidak percaya – dan sudah hilang keyakinan – bahawa bahasa datuk-nenek-moyang saya itu masih relevan di negara ini.
  • TIBA-tiba teringat Panggung Selamat, pawagam pertama di Bukit Gambir, sebuah pekan kecil dekat kampung saya. Waktu itu filem @ wayang gambar adalah satu-satunya sumber hiburan rakyat, sebab TV belum ada.
  • INI cerita benar, kisah orang biasa. Sementara menunggu isteri berbelanja barang keperluan dapur di sebuah kedai ikan di Kampung Medan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, saya meneruskan tabiat ‘mengeteh’ di warung berhampiran.
  • LAMA sudah saya tidak berasa kemeriahan Aidiladha dan berkorban lembu secara kampung. Isnin lalu nostalgia zaman kanak-kanak menjelma. Bukan di tempat kelahiran saya di Muar, Johor, tetapi nun di negeri penyu.
  • DIA orang kata dalam politik tidak ada sahabat sejati. Hari ini kawan baik, sama-sama berpelukan, makan sepinggan, minum secawan, tidur sebantal, hatta kentut pun senada seirama. Siang malam intim bagaikan Laila dengan Majnun.
  • SEMALAM genap 59 tahun kemerdekaan. Saya bangga mengibarkan Jalur Gemilang pada anjung rumah, sejak dua hari lalu. Seperti tahun-tahun sebelumnya bendera hanya berkibar di rumah saya, pada hal ada lebih 100 rumah lagi di lorong yang sama. Apa boleh buat...
  • WAKTU duha, dalam tandas lelaki sebuah masjid di pinggir Kuala Lumpur. Seorang remaja mengutip tisu dan beberapa puntung rokok yang bersepah pada singki, lalu dimasukkan ke dalam tong sampah di sebelah pintu.
  • TANPA gentar, tanpa debar, pagi semalam saya ke Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman. Bukan dipanggil untuk membantu siasatan, sebaliknya sengaja datang untuk menyampaikan salam ummah kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf