• LIMA bulan lalu – sebelum keka­lahan BN dalam PRU 9 Mei – tidak terlintas di fikiran kita bahawa pemimpin parti itu akan ditang­kap dan dihadapkan ke mahkamah.
  • ADA tiga isu penting yang hendak saya bincang minggu ini – pengurusan kewangan negara, sikap angkuh MMC-Gamuda dan kenaikan harga barang walaupun GST sudah dihapuskan.
  • DI DINDING Facebook Jumaat lepas saya terpandang dua tampalan yang menarik satu selepas yang lain. Tampalan pertama mengenai kes mahkamah Datin Seri Rosmah Mansor dan yang kedua berkenaan seorang pegawai kerajaan yang mencuri telur.
  • SEHINGGALAH baru-baru ini, penyokong kerajaan lama mengejek kerajaan baharu Pakatan Harapan bahawa mereka tidak ada kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, bersabit 1MDB.
  • TANGKAPAN dan tuduhan ke atas peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkaitan pengubahan wang haram dan cukai pendapatan membuka satu lagi lembaran dalam saga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.
  • MINGGU ini, izinkan saya bercerita sedikit sesuatu yang agak peribadi tetapi mempunyai kaitan dengan dunia maklumat, media dan kewartawanan.
  • ANTARA janji utama Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu adalah menghormati kebebasan bersuara.
  • MINGGU lalu saya mengulas mengenai 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Minggu ini saya menyambung cerita 100 hari itu dengan mengulas berkenaan kerja-kerja yang dilakukan oleh Majlis Orang Ternama (Council of Eminent Persons).
  • TENTU ada pihak yang berasa risau atau marah dengan sesetengah reaksi kritikal terhadap pencapaian 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Bergantung kepada siapa yang memberi reaksi itu.
  • KALAU kita ambil 10 Mei, 2018 sebagai permulaan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka ia akan genap 100 hari pada 18 Ogos, iaitu seminggu dari sekarang.
  • KITA tidak perlu terkejut kalau ada orang kata, rakyat jelata makin tidak sabar dengan kerajaan baharu kerana pada pendapat mereka tidak tunai janji malah yang sebaliknya berlaku. Memang betul. Ada janji yang ditunaikan dan ada juga yang kerajaan sendiri akui akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
  • SEORANG pembahas blog saya yang menggunakan nama samaran “A New Cat” berkata, antara lain, bahawa 'tawaran' ahli lembaga pengarah Khazanah Berhad meletakkan jawatan secara beramai-ramai adalah tindakan 'remeh dan dendam'.
  • DALAM satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, seorang guru memberitahu saya sesuatu yang menyebabkan saya berfikir panjang mengenai masa depan pendidikan kebangsaan, khususnya sekolah kebangsaan.
  • PADA 6 Julai lalu, media massa menyiarkan tajuk berita berbunyi: “Susah cari penjawat awam bersih”. Satu tajuk berita yang berat dan merunsingkan tetapi tidak pula memeranjatkan. Lagi membebankan ialah ia memetik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • SELAIN perbicaraan kes jenayah sensasi seperti pembunuhan Altantuya Shaariibuu (2009), Ahli Dewan Undangan Pahang Datuk Mazlan Idris (1993) dan Speaker Adun Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib (1982), perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bermula Rabu lalu mempunyai keistimewaan tersendiri.
  • APABILA Pakatan Harapan (PH) berkempen untuk pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, ia membuat beberapa janji melalui manifestonya. Sesetengah daripada janji itu seperti pemansuhan GST, pembukaan semula siasatan ke atas kes-kes jenayah besar, pembatalan sesetengah projek mega yang dicurigai telah pun dilaksanakan.
  • DALAM ekonomi pasaran iaitu ekonomi yang dipacu oleh perniagaan bebas hak membuat keputusan tentang apa yang hendak dilakukan dengan modal terletak di tangan pelabur dan pengusaha.
  • BEBERAPA perkara menarik berlaku dalam masa seminggu ini yang memberi kelegaan dan ada juga yang menimbulkan tanda tanya. Kerajaan baharu dan jentera pentadbirannya terus cergas menyiasat, menyelidik dan menyelongkar kejadian seta peristiwa luar biasa yang berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan dahulu.
  • ALHAMDULILLAH isu berkaitan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru selesai pada 4 Jun lalu berikutan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
  • PEMBATALAN Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menjimatkan sekitar RM100 bilion ringgit. Kesan positif penjimatan ini adalah lebih besar daripada pampasan yang dianggarkan sebanyak RM500 juta yang perlu dibayar kerana pembatalan projek itu.
  • TINDAKAN kerajaan baharu Pakatan Harapan nampaknya mula memberikan keyakinan bahawa ia sedang mengotakan apa yang dijanjikannya. Seperti saya catatkan dalam tulisan minggu lepas, pasaran saham, mata wang dan bon tidak mengalami pergerakan negatif walaupun berlaku penyesuaian di sana sini.
  • ALHAMDULILLAH, dakwat di jari kebanyakan kita belum terhakis tetapi kerajaan baharu Pakatan Harapan yang berusia tidak sampai dua minggu telah berjaya melaksanakan beberapa daripada janji-janji pilihan raya dan mendapat keyakinan peneraju ekonomi.
  • DALAM politik adalah lebih mudah memenangi pilihan raya daripada mentadbir negara dengan jayanya. Apatah lagi dalam suasana politik baharu seperti yang sedang kita lalui sekarang.
  • PERDANA Menteri “caretaker”, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dipetik oleh media massa sebagai berkata bahawa China mungkin memulaukan minyak kelapa sawit jika Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dibatalkan.
  • LANGKAH Kementerian Kewangan memberi pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mempunyai implikasi yang cukup besar.
  • NEGARA kita Malaysia penuh dengan ironi. Maksudnya, benda yang tak patut berlaku bukan saja berlaku tapi berlaku dengan cara yang timbulkan tanda tanya...
  • DALAM Belanjawan 2018 yang dibentangkan 27 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, selaku Menteri Kewangan, menjanjikan kenaikan gaji kepada kakitangan awam.
  • AWAL minggu ini seorang menteri kanan dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan tidak bankrap. Menteri itu menolak dakwaan pembangkang yang kerajaan muflis.
  • SAYA telah beberapa kali mengulas isu perbezaan harga di antara sebuah negara dengan negara lain. Sebarang perbandingan hendaklah mengambil kira beberapa perkara pokok...
  • SEORANG penduduk kampung tradisional di tengah-tengah rancangan Felda kelompok Chini di Pahang bertanya saya, kalau ekonomi stabil mengapakah harga barang-barang keperluan harian naik?...
  • KEMELUT mencampuradukkan pelaburan terus asing (FDI) dengan pinjaman luar dan pelaburan hartanah menjadi semakin mengelirukan...
  • BEBERAPA perkembangan menarik berlaku seminggu lalu yang memerlukan pendalaman dan pemahaman.
  • DALAM bahasa paling mudah, orang ramai yang ditanya pendapatnya mengenai rasuah di Malaysia tahun lalu berkata masalah itu semakin buruk.
  • KEPADA sesiapa yang faham ekonomi, dua kenyataan penting yang menjelaskan kedudukan sebenar ekonomi negara telah dilaporkan baru-baru ini.
  • BARU-baru ini, seorang menteri dilaporkan berkata Malaysia menangani krisis lebih baik daripada banyak negara lain. Dalam bahasa kewartawanan, kenyataan itu dikira 'bukan berita' kerana ia bukanlah sesuatu yang baru.
  • DALAM ekonomi, inflasi adalah “keburukan yang diperlukan”. Kalau inflasi terlalu tinggi, pengguna menderita tetapi kalau terlalu rendah peniaga pula menderita.
  • DULU di bawah Wawasan 2020 matlamat kita adalah menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri menjelang 2020. Kata kuncinya adalah negara maju.
  • LAPORAN sebuah akhbar arus perdana Khamis lalu mengenai kemungkinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hilang pegangan ke atas tanah miliknya di Jalan Semarak Kuala Lumpur akibat urus niaga yang mencurigakan tidak memeranjatkan langsung.
  • SEORANG menteri yang tidak perlulah saya sebut namanya, secara langsung dan tidak langsung menjawab tulisan saya mengenai hutang kerajaan yang tinggi sekarang.
  • MANA-MANA pun dakwaan yang mengatakan taraf hidup orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain adalah lebih baik hari ini daripada sebelum Merdeka adalah tepat dan benar.
  • BEBERAPA perkembangan penting dilaporkan sepanjang minggu ini, yang kalau benar-benar berlaku, akan menambahkan lagi kesan buruk kepada negara dan rakyat jelata.
  • NAIK turun ekonomi sesebuah negara diukur mengikut apa yang dipanggil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau dalam bahasa Inggeris Gross Domestic Product (GDP)
  • SAYA telah menulis mengenai kegiatan perniagaan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), khususnya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam ruangan ini.
  • BANJIR besar tahun 2014 dan siri banjir tempatan yang berlaku selepas itu adalah pra-tayang kepada apa yang akan terjadi dengan lebih kerap dan lebih teruk pada masa akan datang.
  • SEJAK Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, kerajaan menjadi amat sensitif kepada penilaian ekonomi negara oleh badan-badan penarafan antarabangsa.
  • BUKAN semua berkenaan dasar dan rancangan ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diberi julukan 'Najibnomics' tidak berfaedah atau tidak relevan.
  • SUDAH banyak tahun dan banyak kali saya memberi amaran mengenai suasana serta keadaan pelaburan yang mungkin tidak lestari di negara kita.
  • “SEJARAH mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara." Demikian antara lirik lagu popular Doa Buat Kekasih nyanyian Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim.
  • SAYA ingin menyambung perbincangan minggu lepas mengenai sindiran Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah terhadap rakyat tempatan yang kononnya tidak cukup kuat berusaha.
  • PADA 20 September lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia miskin atau merempat.
  • KALAU atas apa alasan pun, kita mengharap atau menjangka kos sara hidup akan turun dalam masa terdekat, kita akan kecewa kerana harga barang dan perkhidmatan akan terus naik. Malah kadar peningkatan mungkin lebih tinggi.
  • PADA 8 September lepas, akhbar New Straits Times memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai berkata Malaysia akan menjadi ekonomi yang ke-24 terbesar di dunia menjelang tahun 2050.
  • ARAB Saudi, negara pengeksport petroleum terbesar di dunia tiba-tiba terpaksa meminjam daripada pasaran kewangan antarabangsa, termasuk daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
  • KALAU ikut perangkaan rasmi, memang benarlah ekonomi negara kita kembang pesat dalam suku kedua (April hingga Jun) tahun ini. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik 5.8 peratus.
  • PADA 15 Ogos lalu, laporan Bernama kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pesara kerajaan adalah golongan yang tak gigit 'organisasi' tempat mereka berkhidmat dulu.
  • TENTU ada orang akan mengatakan bahawa isu penggunaan bahasa Cina (Mandarin) yang begitu ketara di upacara pecah tanah Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Pahang baru-baru ini sengaja diperbesar-besarkan.
  • SESIAPA saja yang mengikuti perkembangan ekonomi negara tentu sudah tahu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah gagal bayar balik hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) Isnin lalu.
  • BERITA Tabung Haji (TH) membeli 100,000 saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada 17 Julai lalu tidak menghairankan malah dialu-alukan.
  • SAYA telah banyak kali menulis mengenai keperluan kita berhati-hati dan berjaga-jaga apabila berurus niaga dan bekerjasama dengan negara China.
  • KITA selalu dengar laporan mengatakan pertumbuhan ekonomi positif. Memang benar tetapi kadarnya sederhana. Di antara tahun 2000 dan awal tahun ini, kadar purata pertumbuhan adalah 4.75 peratus.
  • PEMBATALAN cadangan memasukkan 60 jenis makanan ke dalam senarai cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah petunjuk kepada suasana yang tidak menentu dalam dasar dan prestasi percukaian kerajaan.
  • SESIAPA saja yang faham undang-undang dan konvensyen antarabangsa tidak terperanjat tindakan beberapa negara asing menyiasat dan menghukum pihak terlibat dengan penggelapan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • PADA saat-saat peneroka Felda dan pelabur pasaran saham mengharapkan jawapan kepada masalah mereka, peneraju Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) nampaknya lebih mirip untuk bercakaran sesama sendiri.
  • ANDAIAN bahawa ideologi komunis telah berkubur dengan berakhirnya era Perang Dingin pada 1991 adalah tidak tepat dan berbahaya.
  • BEBERAPA perkembangan penting berlaku di gelanggang ekonomi dan perniagaan minggu ini yang memerlukan perincian dan kefahaman.
  • KITA bukan anti-China atau anti mana-mana negara. Malah kalau kita faham sejarah, kita akan tahu yang negara kita adalah antara yang terawal mengiktiraf China dan jalin perhubungan diplomatik.
  • NAMPAKNYA kita perlu sambung cerita mengenai Bandar Malaysia ekoran pembatalan kontrak IWH CREC Sdn Bhd sebagai pemaju utamanya pada 3 Mei lalu.
  • SEBUAH lagi projek raksasa Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menemui jalan buntu – setidak-tidaknya buat masa ini.
  • BERMULA dengan zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi saya sudah berasa kurang selesa dengan perubahan kaedah perancangan dan pelaksanaan ekonomi negara.
  • ADA beberapa buah berita yang kalau kita faham maksudnya menguatkan lagi ramalan bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan tidak lama lagi atau ada pihak sedang melakukan operasi mengelirukan orang ramai.
  • KALAU ikut tarikh lahir, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, akan berusia 74 tahun pada tahun 2050. Tetapi mengikut jangka hayat rakyat Malaysia, Khairy sudah tidak ada lagi waktu itu.
  • IZINKAN saya sentuh sekali lagi mengenai Felda. Maklumat terbaharu mengenai hutang peneroka kepada Felda cukup menarik, tapi tidaklah mengejutkan sangat.
  • KALAU kita ikut amalan biasa, tugas utama bank negara yang juga dipanggil bank pusat adalah melaksanakan dasar mata wang bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil, menambah guna tenaga, menjaga kestabilan sistem kewangan dan mengawal inflasi.
  • SEORANG kenamaan sektor korporat berpangkat Tan Sri yang dah bertahun-tahun tak saya temui, tiba-tiba cari saya. Macam-macam orang dia tanya untuk hubungi saya.
  • SATU perkara yang kita kena akui adalah sejak zaman dulu kala lagi bumi kita ini jadi tumpuan orang dari berbagai-bagai benua dan wilayah.
  • SEJAK Merdeka pada 31 Ogos 1957 kita amal kaedah demokrasi. Demokrasi maksudnya pemerintahan oleh rakyat jelata untuk rakyat jelata. Ia daripada istilah Greek, demokratia.
  • PADA 22 Februari Kabinet telah lantik Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk buat siasatan awal ke atas kerugian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) lebih 20 tahun lalu.
  • MINGGU ini saya hendak cerita sebuah anekdot berkenaan kisah tragik seorang remaja cerdik lagi tekun yang jadi mangsa politik orang dewasa.
  • TIADA siapa boleh menafikan bahawa dari aspek ekonomi dan sosial, kehidupan petani miskin mengalami perubahan besar hasil pewujudan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatan Inggerisnya Felda.
  • KEBELAKANGAN ini beberapa saluran propaganda arus perdana telah membangkitkan semula peristiwa yang berlaku masa lampau.
  • BERBINCANG dan berbahas mengenai pelaburan China atau pelaburan mana-mana negara pun di negara kita tidak bermakna kita anti pelaburan apatah lagi anti-China. Apatah lagi apabila perbincangan kita itu melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • AKHIRNYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa mengaku yang ia mengalami masalah kewangan yang teruk, khususnya berkaitan pengaliran tunai.
  • MENTERI Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani kata, pelabur akan balik semula ke Malaysia apabila keadaan ekonomi jadi lebih jelas.
  • OGOS tahun lalu, akhbar ini menyiarkan satu siri rencana yang terperinci dan menyeluruh mengenai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau singkatan Inggerisnya Felda.
  • BANYAK berita penting disiarkan oleh akhbar kita beberapa hari kebelakangan ini yang perlu diperhalusi, difahami dan dihayati.
  • DUA tajuk berita minggu ini cukup menarik untuk dibincangkan dan didalami kesannya. Satu berlaku di Malaysia dan satu lagi di luar negara. Kedua-duanya mengenai isu yang sama, iaitu krisis guna tenaga.
  • KENAIKAN mendadak harga santan seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada 9 Disember lalu adalah satu lagi contoh bagaimana pergantungan kepada import boleh memberi kesan buruk ke atas keselamatan bekalan makanan.
  • PEMBINAAN sebuah lagi menara pencakar langit tidak bermakna ekonomi lebih teguh dan mantap. Sebaliknya setiap meter persegi bangunan baru yang didirikan, masalah lebihan ruang bertambah buruk dan fenomena property bubble bertambah mengancam.
  • TIDAK berapa lama dulu saya telah menulis dalam ruangan ini mengenai kerjasama dua hala di antara Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China (CPC).
  • DALAM satu perbincangan mengenai isu ekonomi dalam kalangan rakan-rakan wartawan dan penggiat media sosial baru-baru ini, seorang daripada mereka bertanya bolehkah kita mempercayai apa yang para ekonomis kata.
  • KITA baru saja berbincang mengenai bahaya terlalu bergantung kepada negara China dalam pembangunan negara kita.
  • SEMAKIN hari semakin sukar mengulas mengenai ekonomi negara dan dasar kerajaan terhadapnya tanpa mendedahkan lebih banyak kebimbangan.
  • DALAM rencana sebelum ini di mana kita berbahas dengan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, mengenai hutang kerajaan dan prestasi ekonomi, beliau bandingkan kedudukan kita dengan Jepun.
  • SEBENARNYA kita tidak memerlukan ahli ekonomi ataupun penganalisis pasaran untuk memberitahu yang ekonomi kita dan ekonomi dunia sedang dalam kelembapan.
  • MINGGU lalu kita bertanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kedudukan sebenar pengaliran keluar-masuk modal.
  • KALAU betul fakta-fakta yang diberikan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida), saya tumpang gembira. Apa saja yang memanfaatkan negara dalam suasana tidak menentu sekarang adalah sangat dialu-alukan.
  • SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan.
  • SATU lagi pekung telah didedahkan dalam skandal antarabangsa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pastinya memburukkan lagi nama Malaysia.
  • DALAM beberapa rencana yang lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan mengenai hala tuju ekonomi negara.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf