Ahli PNGL yang menyertai pameran Sinar Automart, di hadapan
Kompleks Media Karangkraf
SHAH ALAM - Walaupun hanya ditubuhkan tiga bulan, namun keahlian Komuniti Pemilik Nissan Grand Livina (PNGL) kini mencecah 1,257 ahli di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Penyelaras PNGL, Shukri Samar berkata, jumlah keahlian ini dapat dicapai melalui gabungan beberapa kelab kecil menjadi satu komuniti yang lebih besar.
Menurutnya, setiap ahli mempunyai nombor siri seperti ‘PNGL01’, untuk memudahkan perhubungan di antara kesemua ahli di negeri- negeri lain. “Ahli kelab kebanyakan berhubung melalui Facebook, ini adalah cara paling mudah untuk kami berkomunikasi bagi mengadakan sesuatu program.
“Matlamat kami adalah untuk terus mencari lagi pemilik Nissan Grand Livina yang mahu berkawan dan menjadi ahli komuniti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyertai pameran kenderaan di Sinar Automart, di sini semalam. Shukri berkata, pihaknya tidak mengenakan sebarang syarat kepada mana-mana individu yang berminat menyertai komuniti ini.
Menurutnya, tiada spesifikasi khas diperlukan untuk menjadi ahli kerana pihak menerima kenderaan standard mahupun yang telah diubahsuai. “Tiada sebarang sayarat dikenakan, hanya perlu tunjukkan kunci kereta Nissan Grand Livina sahaja, mereka boleh menjadi ahli,” katanya. Katanya, selain mengadakan konvoi, pelbagai program dijalankan PNGL termasuk perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah Vokasion Kajang, bulan lalu.