MEDIA sosial ketika ini cukup akrab dengan kehidupan kita. Segala-galanya tentang kehidupan termasuk rumah tangga dikongsi di laman ini.

Makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar berlunjur kaki di rumah dengan suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan. Tujuannya? Hanya anda yang tahu.

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.  Ini kerana pada mereka:

1. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik  gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan cara berbeza

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.

***Artikel dipetik dari blog http://www.vanillakismis.my

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAPAR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menasihatkan rakyat negara ini yang menerima tawaran kerja di luar negara supaya mendapatkan maklumat sahih termasuk syarat untuk bekerja di negara itu menerusi kedutaan negara tersebut di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara terbabit.
  • MALIM NAWAR - Replika wau selebar 70 meter dan mempunyai ketinggian mencecah lebih 75 meter yang dihasilkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar diiktiraf sebagai replika wau terbesar oleh Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.
  • TIADA individu yang menyertai sesebuah organisasi berhasrat berada di kedudukan atau memegang jawatan yang sama untuk tempoh masa yang panjang, sehingga bersara atau sehingga dia menamatkan perkhidmatan.
  • ALLAH SWT menyatakan dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.”
  • TITISKANLAH air mata di dunia ini, untuk memadam kepanasan api neraka di akhirat. Sebagaimana kata ulama, kedudukan manusia itu adalah berdasarkan amalan dan bagaimana kita menitiskan air mata.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.